MALAMKU

>> 21 Disember 2010

Malamku

Akan kuguna sebaiknya
Akan kumanfaat semaksima mungkin
Akan kunilai dengan keimanan

Malamku
Kutahu kini  jiwamu kesunyian
Tiada manusia yang ingin menemanimu
Tiada hamba yang sudi bersahabat denganmu
Tiada nafas yang terhembus di sebalik kesejukanmu

Malamku
Hidupmu kini bagai layang-layang yang terputus talinya
Terus terbang membawa diri
Membawa diri mencari tuan
Tuan yang tidak sudi mengkhadamkanmu

Malamku
Biarpun waktu ini kau keseorangan
Namun aku tetap berusaha menemanimu
Biarpun sahabat-sahabatku membencimu
Aku tetap bersamamu


Malamku
Kusedar disuatu masa dulu
Para sahabat pernah menjejak kakinya disini
Meraka menabur bakti kerana islam
Mengorban segala jiwa raga keranya
Mencari redo ilahi

Malamku
Kucuba menghidupkan suasana malam
Suasana yang dininginkan tuhan
Suasana yang menjamin syurga padanya
Suasana yang dirindui para auliyak

Malamku
Ketika manusia sedang nyenyak tidur
Aku menguatkan diriku menemanimu
Dalam kesejukan yang tidak mampu kubertahan
Namun kerana keazaman yang kuat
Dengan azamku yang baru
Aku berusaha melawannya
Maka kuatkan lah aku

Malamku
Di kala abu bakar mengalirkan air mata
Di kala umar membasahi pipinya
Di kala osman basah bajunya
Di kala ali merah matanya
Mereka masih lagi dibuai mimpi indah
Mereka masih dalam nyenyakan tidur
Mereka masih lagi tidak hidup
Apakah masalah mereka???

* sajak yang dibuat sehari sebelum pertandingan FESKIE dalam keadaan idea tidak sampai. memang sedih sangat. macam tak dapat nombor je. nasib la siapa suruh tidak buat persiapan awal-awal...

Read more...

Skill Berdoa

>> 16 Disember 2010

Seandainya seorang murid sentiasa mengharapkan syafaat dari seorang guru untuk memperolehi markah tinggi, seorang pekerja bergantung kepada bosnya untuk naik pangkat, seorang kakitangan kerajaan bergantung pada pemantau maka kita sebagai hamba tidak boleh terlepas dari bergantung kepada allah dalam urusan harian sama ada duniawi mahupun ukhrawi. Kadang-kadang terasa seperti kecewa memohon terlalu lama namun tidak dimakbulkan. Kita tidak perlu untuk tergopoh dalam sesetengah keadaan. Ada perkara kita perlu bergerak pantas seperti menentang musuh dan ada perkara yang kita perlu meletakkan seinfiniti kesabaran dalam menanti kehadirannya. Pasti dan pasti ia akan termakbul. Sama ada cepat atau lambat itu bukanlah urusan kita. 

Kita tidak perlu melatah di siang hari. Tidak usah tergopoh untuk memohon kemenangan dengan cepat seperti yang diminta oleh Khabbab bin al Arat kepada nabi untuk mencapai kemenangan menentang kafir ketika itu. Itu pun setelah tubuhnya disiksa dan disiat dengan besi panas. Sehingga seperti itu pun nabi masih menasihatinya agar tidak tergopoh-gapah dalam menuntut kemenangan. Juga seperti nabi Yunus yang hidup di dalam perut ikan nun. Juga kisah dakwahnya nabi Nuh memakan seumur hidupnya dalam berdakwah namun hanya sebilangan kecil yang menyahut seruannya. Bagaimana dengan kita? Sudah berapa banyak pengorbanan kita? Sudah berapa tahun kita menanti? Sungguh malu jika hendak dibandingkan dengan mereka yang terdahulu.

Dalam berdoa kadang-kadang sesetengah kita lupa akan cara memohon dengan yang MAHA ESA. Jika kita memohon wang dari ayahbonda mempunyai skill yang tertentu, dimulakan dengan "mengayat" terlebih dahulu, inikan pula dengan KHALIQ semestinya mempunyai skill yang tertentu. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips ataupun skill yang perlu kita praktikkan.

1. Memohon Di Waktu Yang Mulia
Dalam islam kita mempunyai hari-hari yang mulia disisinya. Antaranya hari arafah dalam setahun, ramadhan dalam bulan, hari jumaat dalam seminggu dan waktu sahur (2/3 malam) dalam sehari.
sabda nabi dari Abu Hurairah : allah turun setiap 1/3 akhir malam setiap hari ke langit dunia. allah berkata"siapa yang menyeruku aku akan jawab, sesiapa yang meminta kepadaku akan aku perkenankan permintaannya dan sesiapa yang memohon ampun akan aku ampunkannya" muttafaqun 'alaih

2. Keadaan Yang Mulia
Berkata Abu Hurairah: "pintu langit dibuka ketika menuju ke jalan allah, ketika turunnya hujan dan ketika mendirikan solat fardu"
sabda nabi s.a.w "Doa ketika antara azan dan iqamah tidak akan ditolak" H.R Abu Daud
"doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak" H.R Tirmizi
"waktu paling hampir hamba dengan tuhannya ialah ketika sujud, maka perbanyakkan berdoa" H.R Muslim
  
3. Mengadap Kiblat


4. Tidak Terlalu Meninggikan Suara Dan Tidak Terlalu Rendah


5. Tidak Bermain-main / Bersajak Dalam Berdoa
Dengan makna memohon dengan sepenuh rintihan ketika berdoa.

6. Merayu, Khusyuk, Harap

7. Meyakini Bahawa Doa Akan Dimakbulkan 
Kerana dari Abu Hurairah meriwayatkan nabi melarang berdoa "ya allah ampunilah aku jika kamu mahu, rahmatilah aku jika kamu mahu...."


8. Mengulangi Doa 3 Kali
"Apabila nabi berdoa, baginda berdoa 3kali". H.R Muslim

9. Membuka Dan Menutup Doa Dengan Selawat Atas Nabi
Kata Sualaiman Darani rahimahullah: "sesiapa yang ingin memohon kepada allah, maka mulakanlah dengan berselawat atas Nabi s.a.w, kemudian mohonlah hajatnya, kemudian menutupnya dengan selawat. sesungguhnya Allah menerima dua selawat dan Allah memuliakan doa diantara kedua selawat tersebut.

10. Taubat
Ini merupakan perkara dalaman dan merupakan sebab utama untuk menjadikan doa kita dimakbulkan allah. Jangan segan untuk bertaubat kepada allah. Jika Nabi s.a.w yang ma'sum dan sudah dijamin syurga pun memohon ampun 70 kali dalam sehari, inikan kita hambanya yang sentiasa dalam kemaksiatan kepada penciptanya.


"mohonlah kepadaNYA. DIA Maha Kaya atas segala sesuatu"
"mintalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenakan kepadamu" mafhum ayat

Read more...

Tidak Ku Pinta Mahar Yang Tinggi

>> 08 Disember 2010

Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia. Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program "short sem" di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung. Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Di hujung tahun sebegini sememangnya para bujang senang mahupun bujang belum terlajak mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang paling bahagia mungkin dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan. Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti. 

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari kebahgiaan tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang. 

Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan. 

"anak mak cik limah tu SPM je, RM10k"
"anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. xpatut betul ustaz tu"
"anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun"
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan, 

"anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita".

Dengan penuh bongkak dan takabur berbicara. Tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan. Masyarakat yang menjadikan Islam itu semakin sukar untuk di amalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.

"mak tak payah la letak mahal2 sangat, dia bukan keje tetap lagi" kata Lina
"hang gila ka apa. aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2k ja. baik cari orang lain kalau macam tu" balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan terderhaka.Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya. Kerana sememangnya nilai seorang wanita itu tidak dapat di nilai dengan wang ringgit kerana Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat di beli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama sehingga akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ianya diterima sebagai mahar. Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ianya mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, semestinya ianya akan menyukarkan pihak lelaki. 

Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahgian dalam sesebuah keluarga. Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik. 

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.

"aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. goreng ikan pun xmasak, lipat baju pun xpndai., masak kari masin dan bla bla bla...."

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku. Kita lupa akan pesan nabi s.a.w yang mana nabi menyebut, 

"pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya"
"sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya"
"sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah"
"berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi"

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi mahal mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali. 

Saya masih ada seorang kakak yang belum berkahwin dan insyaallah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan insyaallah.Sempat saya berpesan kepada mak sebelum kakak bertunang.

"kak nanti, mak jangan letak mahal-mahal. ikut pihak lelaki la nak bagi berapa. kita bukan nak jual anak. kalau mahal-mahal pun menyusahkan pihak lelaki je. lagi masalah"

Pelbagai alasan dan sebab serta hikmah tentang perkahwinan sempat diceritakan. Saya sudah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya. 

Semoga hubungan kakak saya dengan bakal suaminya berkekalan selamanya dan mendapat reda dari ILAHI AMIN...



Read more...

Kudambakan Cinta Ilahi

>> 17 November 2010


Sejak akhir-akhir ini hati Hanif agak tidak tenteram. Dia bingung dengan hubungannya. Dia bimbang seandainya hubungannya dengan bakal isterinya tidak mendapat reda ilahi. Dia bimbang seandainya hubungan itu tidak dirahmati bermakna mereka sentiasa dalam murka Allah. Namun dia seperti tidak punya kekuatan untuk melawan nafsu yang sentiasa menodai jiwanya. 

Ya memang benar tidak lama lagi mereka akan berkahwin. Namun dalam tempoh pertunangan mereka sentiasa ada perhubungan. Tempoh pertunangan yang sememangnya digunakan untuk saling mengenali serba sedikit tentang budi pekerti pasangan masing-masing. Hanif tidak menafikan soal itu. Namun siapa tahu hati hamba yang lemah itu sentiasa dinodai godaan syaitan laknatullah.

Sesekali dia merasakan hubungannya dengan bakal isterinya agak terpesong dari landasan yang ditetapkan. Kadang-kadang terlebih bicara dari yang tidak sepatutnya. Setiap kali membaca kisah-kisah cinta selepas kahwin di blog-blog sahabat dan laman-laman lain, air matanya mengalir. Mengalir kerana tidak mampu membimbing bakal isterinya mengikut percintaan dalam islam. Dia cemburu membaca cerita-cerita couple selepas kahwin. Penuh dengan rahmat Allah. Dinaungi rahmat dan kasih Ilahi. Sememangnya cinta seperti itu yang diidamkannya selama ini.

Dia berusaha dan cuba untuk lakukan yang terbaik untuk bakal rumah tangganya. Sememangnya zuriat yang bakal lahir sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan sikap seorang insan yang bergelar ayah dan ibu. Dia bimbang dengan hubungan yang seperti ini, dia tidak mampu lahirkan jundi-jundi islam dek kerana dosa dan maksiat yang dia lakukan sama ada sedar atau tidak.

Sesekali mereka saling memperingati antara satu sama lain agar menjaga hubungan sebaik mungkin sebelum menjadi suami isteri yang sah. Namun iblis laknatullah tidak pernah jemu menggoda. Terkadang mereka terlalai. Terleka dengan godaan syaitan. Walaupun tidak sebebas seperti muda mudi diluar sana, dia tetap tidak senang dengan hubungan seperti itu. Baginya tetap bertepatan dengan cinta yang Islam tetapkan.

Dia tidak mahu berbual dengan tunangnya. Kerana dia tahu suara wanita itu punya "kekuatan" tersendiri. Dia khuatir tidak mampu melawan "kekuatan" tersebut. Dia lebih senang perhubungan mereka hanya melalui e-mail, ym dan sebagainya perhubungan yang tidak memerlukan percakapan seandainya ingin berbincang tentang perkahwinan dan sebagainya. 

Suatu hari dia tidak dapat melawan hawa nafsunya. Dia mengambil keputusan untuk membuat panggilan kepada tunangnya. Dia tewas. Dia malu kerana tidak terdaya melawan hawa nafsunya. Iblis bergelak tawa. Hasutannya berjaya. Kini Hanif sudah tergoda dengan hasutannya. 

Kini Hanif sentiasa risau. Fikirannya berbelah bahagi memikirkan rasa hatinya, hati tunangnya, hukum allah yang ada batasnya. Tidak mahu ada yang terasa hati. Dia yakin begitu juga perasaan tunangnya berbelah bahagi. Hendak ditolak bimbang hanif akan terasa hati, kecewa dan sebagainya. Sedangkan dia tahu tunangnya bukanlah seperti itu. Setiap hari dia menghitung hari pernikahannya. Dia tidak sanggup lagi berhubung dalam keadaan tidak dibenarkan oleh islam. Dia tidak mahu hubungannya tidak mendapat keberkatan dari Ilahi. Dia tidak mahu anak-anaknya nanti tidak bergelar jundi-jundi Islam kerana dosanya. 

Namun jauh di sudut hati Hanif, dia inginkan perhubungan yang ada batasnya. Dia ingin memjadi petunjuk kepada isterinya kejalan yang diredaiNYA. Dia tidak mahu permaisurinya ternoda dan jauh dariNYA kerananya. Dia ingin mereka sama-sama mencapai reda Ilahi. 

Tunangku,
Ku ingin kau tahu bahawasanya aku menyintaimu sepenuh jiwaku,
Namun aku khuatir cintaku kepadamu melebihi cintaku kepadaNYA,
Aku bimbang dengan perhubungan yang berlebihan,
Aku ingin hubungan yang suci dan dibawah rahmatNYA.

Tunangku, 
Aku tidak punya iman setebal Nabi Yususf untuk melawan nafsuku ini,
Imanku tidak seteguh Nabi Ibrahim untuk mengorbankan cintaku keranaNYA,
Kata-kataku tidak sehebat Nabi Sulaiman untuk didengari oleh semua makhluk,
Tingkah lakuku tidak sehebat Nabi Muahammad untuk diikuti setiap insan.

Tunangku,
Oleh yang demikian aku mengharapkan bantuanmu, 
Bantulah aku mencapai reda ilahi,
Bimbinglah aku menjadi hamba yang taat padaNYA,
Pimpinlah aku menjadi insan yang membawamu kearah cintaNYA.

Tunangku,
Aku dambakan kebahgian yang hakiki,
Ku impikan cinta yang sejati,
Ku idamkan hubungan yang dirahmatiNYA.

Tunangku,
Aku memohon kemaafan diatas kelalaiannyaku,
Aku malu kerana menjauhkanmu dariNYA,
Aku tidak mahu kerana aku sifat wanita solehahmu tergadai,
Aku tidak sanggup melihat dirimu ternoda dengan pujuk rayuku,
Aku menyesali atas segala kesalahanku,
Ku mengharapkan kau menerima segala kekurangan yang ada pada diriku.

Maafkan diri ini wahai puteriku...

# Doakan semoga Hanif dan pasangannya berjaya melalu liku-liku hidup yang penuh dengan godaan.
# Bercintalah kamu semahunya, namun jangan dilupai cintamu kepadaNYA.




Read more...

Hati Wanita

>> 09 November 2010

Hati wanita,
Hatinya begitu lembut,
Namun agak sukar untuk disentuh,
Bila sudah disentuh jangan sesekali melukainya.

Hati wanita,
Bila sudah ditawan dia bagai layang-layang yang memerlukan tali,
Semakin kuat tali semakin kuat kebahgiannya,
Ketenangan hatinya akan kekal selagi mana tali itu tidak dikasari oleh orang lain.

Hati wanita,
Lembutnya bagaikan kapas dan embunan salji diTurkey,
Sekali digapai dia akan tetap dalam genggaman,
Apabila dilepaskan ia akan cair dan mengalir ke tanah,
Namun dia tetap akan mengingati siapa yang menggenggamnya pada awal penurunannya.

Hati wanita,
Kelembutannya itu tersirat pada batinnya,
Luarannya terkadang seperti kerasnya batu di Bukit Fraser,
Bila tiba waktu kekerasannya menonjol, biarkan lah dia untuk seketika,
Kerana kelebutannya akan terserlah selepas matahari senja terbenam.

Hati wanita,
Cemburumu membuktikan kasih sayangmu tidak terperi,
Kasih sayang terpancar dengan segala ragam kemarahanmu,
Cemburumu itu kadang-kadang tidak difahami oleh mereka yang bergelar lelaki,
Namun jauh di sudut hati mereka, sangat menyayangimu.

Hati wanita,
Ku mohon kemaafan pada hati yang telah terluka,
Bukan niatku untuk melakukannya,
Namun terkadang aku terleka dengan ujian dunia,
Menjadikan aku alpa pada PENCIPTA.
Hati wanita,
Biarpun hatimu itu telah terluka,
Kesalahanku tidak mendapat kemaafan,
Kau biarkan diri ini menanggung derita,
Hidup dalam rasa bersalah menjadikan diriku tidak keruan,
Namun percayalah tidak pernah terlintas untuk menyakitinya.

Hati wanita,
Bila disentuh ia akan bergoncang,
Berkoncang seperti mana gempa bumi di Medan,
Jangan dikotori kesuciannya,
Lupakan kisah lama,
Semailah ia dengan roh KEIMANAN,
agar segala luka dan lara dapat diubati sebaiknya.

"MAAFKKAN DIRI INI WAHAI TEMAN"

Read more...

Manusia Semakin Lupa

>> 26 Oktober 2010

Dalam dunia dakwah penuh dengan cabaran. Sama ada cabaran alam sekitar, sahabat seperjuangan, saudara-mara dan keluarga. Ada yang tidak mahu berdakwah lantaran kekurangan yang terdapat pada saudara-mara terdekat, kaum keluarga dan sebagainya. Kita sering mendengar cakap-cakap orang sekeliling. 

"alah ustaz tu, cakap bergegar, family dia pun hancur jugak. macam aku tak kenal adik dia sape"
"aku dah malas dah nak dengar ceramah dia. Dia tu pandai cakap je. Amal tak pun"
"yang ko dok sibuk ceramah sana sini apa kes. pi balik ceramah kat family ko dulu"

Pelbagai ayat yang kita sering dengar yang semuanya menghantui fikiran para pendakwah. Namun bagi yang mempunyai kecekalan iman akan terus melakukan kerja dakwah tersebut kerana memikirkan akan nasib umat islam dan seluruh masyarakat. Tanpa mengharapkan sebarang bayaran, terus menerima segala permintaan untuk berceramah, tazkirah dan sebagainya. Tujuan hanya satu. Ingin melihat seluruh masyarakat kembali dengan cara hidup islam.

 لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
"tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu 
seperti mana mengasihi diri kamu sendiri"

Dewasa ini kita melihat masyarakat Malaysia semakin jauh dengan islam. Ditambah pula dengan lahirnya pemimpin yang berotak ular sawa. Hanya memikirkan "makan" sahaja sehingga keselamatan masyarakat pada hari "kemudian" diabaikan. Inilah yang disebut oleh Nabi dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a:

" إِذَا وُسِّدَ الْأَمْر إِلَى غَيْر أَهْله فَانْتَظِرْ السَّاعَة"
  "apabila diserahkan sesuatu urusan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran"

Hadis yang jelas dalam memerintahkan manusia agar memilih pemimpin di kalangan orang yang memahami dan mengamalkan syariat yang diturunkan pada seluruh umat. Kerana dengan pemimpin yang seperti inilah yang akan membawa kepada keselamatan manusia sejagat. Inilah yang ditekankan dalam memilih pemimpim agar tidak tersalah memilih pemimpim bersifat "ular sawa". 

Keruntuhan akhlak dan segala masalah sosial yang berlaku pada hari ini bukanlah hendak dituding jari sepenuhnya kepada pemimpin. Namun kita melihat pada hari ini usaha untuk memulihkan "penyakit jiwa" yang berlaku pada masyarakat pada hari ini amat kurang memuaskan. Malah tindakan menyuntik racun dalam diri masyarakat bertambah-tambah dari hari ke sehari. 

Oleh yang demikian semua pihak perlu mengambil peranan dalam menjadikan masyarakat kembali menjadikan hidup seharian mengikut acuan dan landasan Islam. Walaupun hidayah itu sememangnya milik Allah, 

"sesungguhnya engkau(muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi(supaya dia menerima islam), tetapi allah jualah yang berkuasa memberi hidayah kepada siapa yang dia kehendaki" qasas: 56
Namun kita sebagai umat islam tidak terlepas dari suruhan allah agar menyeru kepada kebaikan dan mencegah setiap perkara yang mungkar.

"dan hendaklah ada dikalangan kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyeru 
kepada perkara ma'ruf dan mencegah kemungkaran" al-Imran: 104

Setiap insan perlu menyedari bahawa dunia hari ini semakin menjurus kepada kehancuran. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama menjadikan diri kita terlebih dahulu mengamalkan hidup mengikut acuan yang disarankan oleh Islam. Agar dengan kebaikan akhlak dan tingkah laku yang kita tonjolkan menjadi cermin kepada masyarakat di luar sana.

"Berjuang untuk Islam tidak akan selesai sehingga hujung nyawa"

Read more...

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

>> 17 Oktober 2010

Sedang berehat-rehat di petang hari. Tiba-tiba seorang sahabat bertanya tentang keadilan.

"mad, cane ye seandainya seseorang itu mempunyai tunang atau kekasih. masing-masing menyayangi. namun dari segi pergaulan tidak di jaga. hanya sebelah pihak je yang jaga. dijaga pergaulan sebab nak bagi pada pasangan selepas mendapat ikatan yang sah"

Senyum sahaja mendengar luahan tersebut. Tergambar cemburu yang menebal di hatinya. Benarlah siapa yang tidak sayang pasangan masing-masing. Namun harus diselidiki terlebih dahulu apa yang menyebabkan ianya berlaku. Sebab ditakuti cemburu yang tidak kena pada tempatnya. Kerana cemburu yang membabi buta biasanya akan membawa padah.

Sahabat kedua pula bertanya, "mad, nta jeles tak kalau pasangan anta berhubung dengan orang lain?"

Jawapannya sama sahaja, seandainya hubungan tersebut diatas dasar kerja persatuan dan perkara-perkara yang diperlukan, jadi tidak seharusnya kita meletakkan sifat cemburu pada waktu tersebut. Kita semakin dewasa. Sudah mampu memikirkan mana yang perlu dilakukan bagi mengekalkan kasih sayang antara pasangan(bagi yang sudah berpunya).

Teringat kisah silam dalam sebuah program. Ada seorang peserta lelaki mengisi borang penilaian. Antara tajuk buku yang diminati ialah Majalah Wanita. Peserta-peserta lain menterawakannya. Namun dia hanya reda. Baginya mungkin orang yang tidak membacanya tidak tahu apakah rahsia yang terkandung di dalamnya.

Jadi tidak salah hendak baca apa sahaja bahan bacaan, sama ada majalah, novel dan sebagainya selagi mana kita mampu mengambil apa yang terbaik untuk dijadikan bekalan hidup. 

Bagi yang sudah berpunya, jagalah ikatan kalian sebaik mungkin. Masing-masing memberi kepercayaan dan sematkanlah kejujuran dalam hati kalian. Sesungguhnya kalian beruntung kerana sudah dikurniakan pasangan. Selain itu ditambah pula dengan kurniaan pasangan yang menyenangkan hati. Kerana diluar sana terdapat ramai pasangan yang bercerai berai, hilang kejujuran, penuh dengan kecurangan. Lakukan yang terbaik untuk masa depan.
 
Buang yang keruh ambil yang jernih. Kita mampu memilih apa yang terbaik untuk dijadikan tembok dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba. Keluarga yang bahagia, anak yang soleh dan solehah, masyarakat yang bersatu, dimulakan dengan diri seorang insan yang meletakkan hatinya bergantung penuh kepada pemilik hati. Kejujuran yang disulami dengan keikhlasan akan membuahkan kebahagiaan yang hakiki.

Read more...

Berakhirlah Ia

>> 12 Oktober 2010

Persiapan yang agak kurang memuaskan. Entah kenapa otak yang dikurniakan, tidak difungsi.kan dengan baik. Puas diperah. Semuanya dirasakan seakan-akan sudah selesai. Namun entah kenapa masih banyak yang belum sempurna. Bak kata pakar motivasi, orang lelaki biasanya memikirkan perkara-perkara pokok sahaja. Bagi perkara-perkara furu' atau cabang, biasanya kaum wanita yang akan memkirkannya. Mungkin fakta ini ada kalanya boleh diterima. Mungkin sebab itulah Allah menjadikan manusia ini berpasangan untuk saling melengkapi. 

Sudah 3hari berlalu Program Minggu Haluan Siswa bagi mahasiswa-mahasiswa yang baru mendaftarkan diri di universiti-universiti di Jordan. Bagi kami yang berada di zon Mu'tah berpeluang untuk mengadakan program tersebut bersama mahasiswa Mafraq. Seronok mungkin seronok, namun gerak kerja perlu dilipat gandakan. Setiap perkara yang dilakukan perlulah meraikan kedua-dua belah pihak. 

Entah kenapa sehingga saat ini masih lagi rasa bersalah pada semua pihak. Pada pihak MPPMJ kerana tidak mampu mencapai apa yang hendak disampaikan pada peserta, pada pengarah kerana tidak mampu uruskan program dengan lancar, pada sahabat-sahabat kerana menjadikan semua unit tidak tersusun, seterusnya pada peserta kerana tidak mampu menerapkan tarbiah yang terbaik juga berasa berdosa pada Allah kerana tidak mampu menunaikan amanah sebaiknya.

Sebelum program berlangsung, mesyuarat terakhir dilakukan. Semua unit memberikan laporan dengan baik. Qarar bagi program ditetapkan dengan memilih pendekatan tidak syadid atau dengan kata lain tidak terlalu keras atau sedikit santai. Dengan alasan semuanya sudah berumur. Alam mahasiswa bukan lagi alam untuk mengherdik dan sebagainya. Namun hati kecilku tetap mengatakan pendekatan keras adalah lebih berkesan. Namun aku pasrah dengan apa yang diputuskan. Ada benar apa yang dikatakan. Namun sejarah telah membuktikannya. Pengalaman sudah cukup mengajar erti tersebut.

Ramai-ramai peserta berasal dari pelbagai latar belakang. Tidak disangka sahabat-sahabat yang pernah bersama di alam tahfiz suatu ketika dahulu, sahabat-sahabat Darul Quran, dipertemukan kembali di dataran syam ini. Gembira, namun terselit juga kesedihan. Bak kata orang, sukar untuk mentarbiah seandainya sama taraf, sama ada dari segi umur, pendidikan dan sebagainya. Mesti memerlukan sedikit kelebihan dalam menyampaikan terbiah. Bukan mustahil untuk menerima tetapi sedikit sukar barangkali.

Seperti yang aku terangkan pada peserta dan berbual-bual kosong dengan kawan,

"saya tak garang, saya xpandai nak marah dan xpandai nak buat-buat garang. nak buat-buat marah pun xpandai."

Itu hakikat yang perlu diterima. Macam kelakar, tetapi itulah yang sebenarnya. Namun jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Perjalanan program dapat dirasakan begitu santai. Namun wajah-wajah para peserta sudah menunjukkan kepenatan pada petang hari. Program sampai malam. Manjanya kalian. Teringat MHS pada saat aku diprogramkan pada tahun lepas. Unit disiplin dipegang oleh Shahreza. Siapa yang tidak kenal dengan nama tersebut. Baru nampak kelibat semua sudah takut. Namun itulah yang terbaik. Program dapat berjalan dengan lancar. Masa dijaga dengan baik. Setiap detik dimanfaatkan. Menghafal hadis dan ayat quran yang diamanahkan.

Jadi program yang santai ini menjadikan para peserta begitu selesa. Masa tidak dijaga. Amanah yang diberikan tidah dilaksanakan dengan baik. Namun terpulanglah pada kalian bagaimana hendak menghargai program ini. Teringat beberapa situasi yang benar-benar menguji kesabaran. Tetapi kesabaran ini masih dapat dipelihara sebaiknya.

"boleh kot masuk dewan cepat sikit, kita dah lewat ni" pintaku dengan nada yang lembut.
"ok3" masih meneruskan perbualan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

"enta pg masuk LDK dulu boleh.?"
"malas la. /erm boring la dah banyak kali LDK macam tu. /erm japgi ana masuk" macam-macam jawapan.

Kalau nak ikutkan hati mahu sahaja melepaskan pelempang yang sudah lama tersimpan. Namun kesabaran masih lagi dalam pemeliharaan. Hebat sangatkah kalian? Tidak bolehkah melepaskan sedikit ego yang terpendam jauh dilubuk hati untuk menerima sedikit tarbiah dari AJK program.

Pokoknya dalam program tarbiah tidak dapat tidak pendekatan santai amat-amatlah tidak relevan. Ini apa yang diperhatikan. Namun seandainya pendekatan seperti ini dirasakan terbaik, teruskan. Namun cukuplah dengan apa yang telah berlaku, pengalaman mengajar segalanya. Bukan lama. Hanya 2-3hari. Biarlah kita hendak dibenci. Namun percayalah, kebencian itu akan bertukar kepada kasih sayang dan akan dikenang selamanya.

Pesanan buat semua lapisan masyarakat:

  1. Perserta: buanglah dan tinggalkanlah segala keegoan, kehebatan yang ada ketika kita menjadi peserta. Terimalah apa sahaja yang hendak diberikan. Mungkin ada yang kita tidak tahu, ajk lebih mengetahui apa yang lebih baik dan apa yang kita perlukan. Jika ada kekurangan, berjumpalah dengan AJK, sampaikan dengan penuh hikmah. Tiada gunanya bertutur di belakang.
  2. AJK: Buatlah dengan sebaik mungkin. Laksanakan dengan hati yang rela. Tarbiahlah diri kamu sebelum kamu mentarbiah orang lain. Jangan kerana dosa-dosa yang kamu lakukan menjadi penghalang kepada sampainya dakwah yang ingin disampaikan pada para peserta.
Sedikit  prinsip hidup:
"hebat macam mana pun kamu,tinggi mana pun ilmu yang kamu ada,
sebanyak mana pun pangkat yang kamu sandang, setinggi mana pun sijil yang kamu genggam, 
andai tiada rasa hormat pada orang lain, 
pergi jahanam la kamu, tidak akan kupandang walaupun sebelah mata"

*mudahnya untuk menuturkan bait kalam, namun tersangat sukar untuk melaksanakannya. kumengharapkan keampunanMU ya Allah...

Read more...

Sayang Tak Manfaatkan

>> 03 Oktober 2010

Kini hanya berbaki 6 hari sebelum Syawal meninggalkan kita. Jadi masih punyai kesempatan waktu bagi sahabat-sahabat yang belum melaksanakan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal seperti mana yang disarankan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dalam hadisnya:

“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (H/R Muslim (1164)

Amat rugilah bagi kita yang dianugerahkan kesihatan yang tidak ada nilainya jika tidak menggunakannya sebaik mungkin. Lagi pula pahala setahun puasa bukanlah satu janji yang boleh dipandang enteng. Walaupun ianya puasa sunat, namun ibadat sunatlah yang akan menyempurnakan kelompongan yang terdapat dalam ibadat wajib. 

Cuba kita bayangkan seorang imam ke masjid dengan memakai jubah dilengkapi dengan serban, namun serban itu diikat atas kepala tanpa memakai kopiah. Nampak seperti kemas tetapi terdapat kelompongan di situ. Ini lah yang menjadikan perkara yang sunat itu bertindak sebagai menyempurnakan perkara yang tidak sempurna.

Read more...

Perjalanan 1000 Makna

>> 25 September 2010

Sudah 2minggu lebih ramadhan berlalu. Sudah lama tidak update setelah "bercuti". Teringat detik-detik hendak menjadi tetamuNYA. Sebulan berpuasa di tanah suci amat menyeronokkan. Biarpun cuaca yang agak panas sehingga mencapai 47darjah celcius, namun semangat untuk berlumba-lumba melakukan ibadah padaNYA tidak pernah luntur di dalam diri semua jemaah yang hadir. Baik yang muda mahupun golongan berumur semuanya sibuk mencari redaNYA. Hampir 24jam berada di masjid haram di Mekah mahupun masjid nabawi di Madinah. Mana tidaknya bukannya mudah untuk menjadi tetamuNYA. Tidak semua yang terpilih.

Teringat kembali perjalananku dalam proses untuk ke sana. Pelbagai masalah yang timbul. Sekejap boleh dapat visa sekejap sudah tutup. Begitulah berurusan dengan arab. Namun akhirnya aku tetap dapat ke sana untuk melakukan umrah bersama ayahbonda tercinta. Alhamdulillah yang tidak terhingga kupanjatkan pada ilahi kerana memberi peluang untukku.

Kali pertama menaiki kenderaan seharian lebih tanpa henti amat-amat memenatkan. Menjadi kebiasaan bagi penduduk Syria, Jordan dan negara-negara yang berjiran dengan Saudi untuk ke sana dengan melalui jalan darat. Perjalanan hampir dua hari mungkin sudah biasa bagi mereka. Namun bagiku ianya suatu perkara baru. Pada raya tahun 2008 bersama-sama beberapa orang sahabat sudah menakluk semenanjung Malaysia. Semua rumah sahabat-sahabat dikunjungi memikirkan raya terakhir sebelum berhijrah ke luar negara. Dari Kedah turun ke Darul Quran(selangor) balik semula ke Perak, Penang,Kedah, Perlis, Kelantan, Terangganu, terus ke Pahang, balik ke KL, terus ke Negeri Sembilan dan Kembali ke detinasi terakhir Darul Quran. Perjalan denagn van ayah yang banyak berjasa kepadaku serta satria seorang sahabat amat menyeronokkan. 

Jaraknya juga hampir 2000km. Tetapi ianya tidak memenatkan kerana banyak berhenti. Tetapi kali ini perjalanan yang terlalu memenatkan. Ditambah dengan seorang diri tanpa teman-teman sebangsa. Bertemankan arab-arab. Namun semuanya baik-baik belaka. Melayanku dengan baik. Perjalanan di hari pertama puasa. Duit dalam dompet hanya tinggal 5dinar Jordan. Lebih Kurang RM25.00. Semuanya kerana proses pinjaman yayasan yang begitu lambat. Sepatutnya masuk awal bulan 8 namun di atas sedikit masalah yang berlaku sehingga kini pinjamanku masih belum diterima. Namun atas faktor ayahbonda di sana, aku memberanikan diri untuk terus ke sana. 

Tiba saat berbuka puasa, aku membeli sedikit roti dan sebotol air mineral. Hendak beli nasi takut lari bajet. hendak beli topup lagi. 

"kamu xmakan ke? ada duit x? makan apa?" tanya driver bas kerana melihat aku tidak makan. 
"sekejap lagi saya makan" jawabku.

Namun dia tahu aku tidak makan. Mungkin dia memerhatikanku. Aku memberi alasan tidak makan kerana sakit mulut, kebetulan memang pada waktu itu mulutku sakit. Alhamdulillah ada alasan yang kukuh. Mereka mengambil berat tentangku. Membeli air jus, buah dah sebagainya untukku. Baiknya mereka. Tiba di Mekah setelah 32jam perjalanan. Setelah selesai menunaikan umrah, barulah menghubungi ayah untuk berjumpa. 10hari di awal ramadhan bersama ayahbonda. 

Ayah pulang ke tanah air setelah 10hari ramadhan berlalu. Untuk 10hari kedua belum ada tempat. Alhamdulillah ditemukan dengan seorang travel Malaysia. Aku menumpang di bilik hotelnya selamnya 10hari kedua ramadhan sebelum sahabat-sahabat dari Jordan tiba di 10 akhir ramadhan. Aku berkawan dengan makcik-makcik yang sudah berumur di bilik sebelah. Semuanya dari Kelantan. Mereka selesa bersamaku. Boleh dikatakan setiap hari aku membawa mereka melakukan umrah. Meraka begitu gembira. Mana tidaknya travel yang bawa mereka seolah-olah melepas tangan. 

Allah Maha Kaya. Aku menolong beberapa orang makcik dan pakcik yang uzur dalam melakukan umrah. Menolak mereka di atas kerusi roda. Niatku hanyalah untuk menyumbangkan tenaga yang masih ada ketika muda. Mana tahu di hari tuaku nanti ada insan yang akan menolongku pula. Hidup ini seperti roda. Sekarang kita sihat, akan tiba waktu sakit, sekarang muda, kuat, akan tiba waktu tua, lemah. Kesian melihat mereka. Sekali tawaf dan sa'i, arab mengambil upah sehingga RM200-RM350. Aku tahu bukan semua dari golongan yang berada.

"kalau mohd tolak berapa?" tanya mereka
"eh xde la makcik, saya xambik upah pun. sementara saya masih muda dan sihat ni boleh la tolong-tolong. mana tahu nanti saya tua cucu makcik pulak yang tolak saya". mereka gelak ketawa. 
Semuanya 9orang menjadi temanku untuk bersuka ria dan gelak tawa. Umur dalam lingkungan 55-73.

Penatnya tidak terkata. Menolak di bawah cuaca yang panas ditambah dengan bulan puasa. Namun aku hanya mengahrapkan reda dariNYA. Semoga usaha yang sedikit ini mempunya nilai disisiNYA. 

Alhamdulilah sebulan di sana, boleh dikatakan duit tambang untuk ke sana Allah sudah gantikan. Bermakna aku pergi tanpa bayaran. Ramai yang menghulurkan zakat sebelum kami berpisah. Aku membayar tambang ke sana dengan menggunakan duit zakat dan sumbangan yang diberikan oleh makcik dan pakcik yang aku tolong. Mereka ikhlas memberi sumbangan tersebut. Di hari terakhir aku bersama mereka tergambar kesedihan di wajah mereka. Kerana tiada lagi orang yang akan membawa mereka melakukan umrah. Tiada teman untuk berbual-bual. Namun yang terasa lucu di hatiku bila teringat kata-kata seorang makcik. 
"makcik ada anak bongsu umur sama dengan Mohd. Sekarang dekat UIA". Aku hanya ketawa kecil. Terima kasih atas pelawaan tersebut. Kami bertukar alamat dan berpisah dengan ucapan selamat hari raya dan mohon kemaafan di malam 27ramadhan.

Mudah-mudahan aku dikurniakan rezki untuk menjadi tetamuNYA lagi di tahun hadapan.

Ringkasan perjalanan dari Jordan ke Mekah:

09.00am: bertolak dari Mu'tah
12.30pm: Mudawwarah(border Jordan. 300km)
01.30pm: boder saudi
03.30pm: bergerak dari border saudi
07.10pm: berbuka puasa di R&R Taymak(350km)
09.05pm: bertolak dari Taymak
12.30am: berehat di Khaibar
03.30am: bergerak dari khaibar
04.30am: berehat solat di akhir khaibar
04.55am: bertolak ke Bir Ali(440km)
06.25am: sampai di Bir Ali
09.45am: bertolak dari Bir Ali
12:50pm: berhenti rehat
04.30pm: sampai di tanah suci(430km)

#lebih kurang perjalanannya. tidak terlalu terperinci

Read more...

Debaran Terasa

>> 10 Ogos 2010

Terkadang rasa macam nak menangis, terkadang nak senyum, terkadang nak ketawa. Arab2... bilalah bangsa kalian akan maju.

Semalam pergi follow up Abu Ali bos maktab umrah-haji tentang perjalanan untuk aku ke umrah 1ramadhan. Semuanya diakatan ok. Bertolak pukul8 pagi seandainya hari rabu ini tidak puasa dan bertolak selepas berbuka andai hari rabu berpuasa. Aku menarik lafaz lega walupun sedikit kegelisahan yang terperap di dalam hati. Gelisah kerana apa? Biarlah menjadi rahsia peribadi.

Ayah pula tidak putus-putus follow up dari Mekah. Rindu sangat agaknya pada anaknya yang seorang ini. Mungkin itu naluri seorang bapa setelah berjauhan hampir setahun. Kalau sebelum ini jarang berpisah. Semasa di Darul Quran pun selalu sahaja pulang ke rumah walaupun jarak Darul Quran dengan rumah memakan masa 5jam andai dipandu kereta secara sederhana. Namun van KY 5289 dan wira KAR 487 yang ayah pinjamkan memudahkan untuk aku pulang ke rumah. Kadang-kadang sebulan dua kali pun pernah. Macam dekat pula dibuatnya antara Kedah dan Hulu Selangor. Mungkin perpisahan kali ini membuatnya terlalu rindu.

Tadi selepas solat asar aku lagi sekali ke maktab Abu Ali. Naluriku terasa lain.

"kef bukrah? sa'ah saminah sobah mu?"

"lak. anta bitla' fi akhir ramadhan"

Terkadang macam sedap jugak bermuamalat dengan menggunakan bahasa ammi. Ringkas dan memudahkan. Tapi jangan diamalkan selalu takut nanti terbawa-bawa ke Malaysia. Tiada faedah dan tiada yang akan memahaminya.

Terkejut beruk aku mendengarnya. Raut wajahku terus berubah. Wajah ayahbonda kembali terpancar. Mereka sudah lama menanti anak lelakinya. Tidak sabar hendak bertemu. Setelah dipujuk jawapannya tetap negatif. Sudah pasrah mendengar jawapannya.Pulang ke rumah dengan penuh kehampaan. Berfikir bagaimana hendak menerangkan pada ayahbonda tercinta seandainya tiada rezki kami untuk bersua.

Mushaf al-quran diambil. Ringankan tekanan dengan menghabiskan murajaah(ulangan) yang disusun untukku oleh guruku yang banyak memberi suntikan baru dalam hidup. Dari 5juz sehari dikurangkan menjadi 3juz sehari agar hafalan lebih kuat. Tamat juz12. Sodaqallahhul a'zim...

Call  presiden ust Husin minta tolong dia cakap dengan arab. Mana tahu kepetahannya berbahasa membuahkan hasil yang baik. Ternyata pasrah. Jawapan yang sama diberikan oleh Abu Ali. Ikhtiar kali terakhir dibuat. Cuba memujuk dengan bahasaku yang agak kurang memuaskan, dengan raut wajah yang entah apa-apa(sedih sangat), dengan nada suara yang begitu sayu, dalam masa yang sama terus berdoa pada allah agar dipermudahkan segala urusan.
"ni nak pergi jugak la ni ye? sabar2" kata Abu Ali.

Mengangguk dengan penuh harapan. 

"ada sorang budak malaysia bla bla bla bla...."

Menanti dengan penuh debaran. Dari satu nombor ke satu nombor yang lain. Nombor pasport diberikan pada sahabatnya.

"ok boleh. bertolak esok"

Aku hanya mendengar dengan sedikit senyuman. Tidak mahu lagi terlalu axcited dengan jawapannya. Takut kecewa untuk kali kedua. Sehingga kini masih menanti waktu yang dijanjikan dengan penuh mengharapan kepaNYA agar dipermudahkan urusan. 

Mohon doa sahabat-sahabat agar diri ini terpilih untuk menjadi tetamunya untuk ramadhan kali ini. Bulan yang penuh keberkatan padanya.

Seandainya diri ini menyepi untuk sebulan ramadhan, bermakna diri ini sudah dijemput olehNYA ke sana. Namun andai diri ini masih aktif ber"FB", blog, ym dan sebagainya, bermakna diri ini tidak berpeluang untuk menjadi tetamuNYA. Oleh itu seandainya yang pertama berlaku, saya memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang tidak sempat untuk bersua muka memohon kemaafan. Maafkan diri ini atas segala salah silap samada besar mahupun kecil, sengaja mahupun tidak. Andai ada sebarang masalah sahabat-sahabat bolehlah menghubungi saya di talian:

Malaysia : +60132002134
Jordan : +962776588692
Saudi : +966564684256

"Doakan yang terbaik untuk hamba yang penuh dengan kefaqiran ini"

#kalau nombor malaysia dan jordan hanya boleh mesej.
#kalau nak call, sila hubungi no saudi.



Read more...

Umrah, Suka Atau Berduka

>> 06 Ogos 2010

"visa umrah macam mana" tanya ust Jalaluddin sewaktu masih di Syria
"insyaallah nanti seminggu sebelum pergi ana balik jordan uruskan."

Sempatkah seminggu untuk uruskan visa? Ini kerana maklumat yang diberikan oleh seorang sahabat yang pernah menguruskan visa umrah untuk pelajar-pelajar ke umrah hanya seminggu. Aku mendengar dengan penuh kepercayaan tanpa berfikir panjang. Memang benar urusan umrah hanya seminggu namun aku terlupa akan kouta yang diberikan oleh Arab Saudi kepada setiap negara. 


Perancangan asal untuk ke tanah suci 7/8. Jadi 31/7 aku bertolak pulang dari Syria ke Jordan. Dalam perjalanan tidak henti-henti memikirkan tentang visa. Risau seandainya tidak sempat mendapatkan visa sebelum tarikh tersebut. Malang tidak berbau. perjalanan dari Syria ke Jordan yang hanya 5jam menjadi hampir 10jam. Bermula dengan perangai teksi dari Syria ke Jordan hinggalah dari Amman ke Mu'tah. Macam-macam masalah. Penat, letih, geram semuanya bercampur baur. Mahu tidaknya dengan cuaca yang begitu panas di Syria menyebabkan emosi tidak dapat dikawal sebaik mungkin.

Sampai Mu'tah sudah jam 11.30 malam. Esok pagi terus "call" kawan.

"cane ni? ana nak baut visa ni dekat Amman atau buat dekat maktab sini je?"
"erm buat kat sini je. lebih kurang je Amman dengan sini. xyah pegi Amman. petang nanti ana habis kelas kita pegi sama-sama"

Hanya menunggu dengan penuh kesabaran. Lepas solat asar kami ke maktab umrah.

"kef halak. syu akhbarak. syaulak, kef sihhah, kaifak" Dimulakan dengan ayat yang sudah menjadi adat bagi orang arab. padahal semuanya membawa maksud sama "apa khabar". 

Setelah diterangkan segala hajat dan tujuan, ayat yang keluar dari mulut pakcik arab itu sangat-sangat menyedihkan.

"maaf la visa sudah tutup"

Meremang bulu roma. Terpancar wajah kedua orang tua. Ibu yang begitu berharap agar dapat sama-sama menunaikan ibadah umrah bersamaku. Wajah ayah yang selalu follow up tentang visaku. Terasa bersalah. Selepas sesi pujuk-memujuk dan segala ayat harapan dikeluarkan...


"sabar-sabar". Dia cuba memujuk bila melihat raut wajahku sudah berubah. Mendail beberapa orang sahabatnya. Pegawai arab saudi barangkali.

Seletah menamatkan perbualan, isyarat good  ditunjukkan. Aku menarik lafaz lega. Katanya ok. Pulang dengan membawa seribu satu kegembiraan. Terpancar wajah ayahbonda tercinta. Semalam selepas solat asar dia memanggil.

"ibnu isa, ta'al, taksyir mafi(visa xde)"

Masyaallah. Betulkah apa yang aku dengar. Terus hilang semangat. Mengidamkan dapat berjumpa ayahbonda, berpuasa sebulan penuh di tanah suci menjadi suram. Semangat untuk ke sana sekali lagi menjadi dingin. Terus mengokorinya ke pejabat bertemankan seorang sahabat.

Setelah berbincang, aku hanya berpeluang ke sana seandainya ada sahabat-sahabat yang mempunyai visa menarik diri dengan kata lain menarik diri untuk pergi umrah. Namun adakah mungkin sahabat-sahabat yang sanggup berkorban? Sanggupkah mereka memberi laluan untukku dan memberikan visa mereka kepadaku? 

"Permudahkan urusan hambamu yaallah. sesungguhnya 
Enkau mengetahui apa yang tersirat di sebaliknya"

Read more...

Keluarga Bahagia

>> 31 Julai 2010

Bermuala sebuah keluarga bahagia itu bukanlah dengan mewahnya hidup, bukan dengan banyaknya harta, bukan dengan ramainya kenalan, bukan dengan hebatnya kita dalam kerjaya, tetapi bermulanya sebuah keluarga bahagia dengan hidupnya sebuah keluarga dalam keredaan Allah.

ERTI REDA

Reda dengan erti kata setiap kerja buat kita seharian mendapat naungan Allah. Naungan Allah ternaung dengan setiap kerja buat kita seharian diniatkan untuk mendapat keredaanNya. Memang sukar untuk kita niatkan setiap kerja buat kerana Allah. Namun semua itu bukan suatu benda yang mustahil.

CIRI-CIRI YANG MENGGAMBARKAN KEBERKATAN

Kadang-kadang kita merasakan perniagaan kita begitu maju. Namun yang menghairankan duit kita tak pernah cukup. Kenapa terjadi demikian rupa??? Jawapannya hanya empunya diri yang mampu menjawab. Tepuk dada tanya IMAN.

Cuba kita renung seketika. Sebelum tidur, letak tangan ke dahi. Cuba renung kembali setiap detik dalam seharian, apa yang sudah kita lakukan. Untuk keluarga, selaku ketua keluarga. Untuk IBUBAPA, selaku seorang anak yang tidak terlepas untuk mentaatinya. Untuk masyarakat, selaku pendakwah.

Setiap orang ada kewajipan dan tugas yang mampu dan perlu disumbangkan untuk ISLAM. Untuk saudara/I, kawan-kawan, sahabat-sahabat dan abang-abang yang bergelar peniaga. Apa sumbangan yang diberikan untuk Islam. Renung-renungkan.

Kembali kepada tajuk. Pernahkah kita terfikir, bagaimana kehidupan pelajar-pelajar mahupun ustaz-ustaz pondok? Kadang-kadang hanya mempunyai sebuah motosikal bagi yang sudah berumahtangga. Kadang-kadang juga mempunyai kereta tetapi boleh dikatakan sudah hendak sampai “ajal”.

Tetapi yang peliknya mereka nampak tenang. Hidup sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan tenteram. Apa kuncinya? Itulah yang disebutkan pada awal tadi tentang KEBERKATAN.

Bagaimana pula hubungan kita dengan ayahbonda. Adab, cara percakapan, layanan dan sebagainya. Adakah benar-benar mengikut apa yang disyariatkan oleh ALLAH? Fikir dan terus berfikir.

Muhasabah itu yang paling penting. Berbalik kepada rezki. Allah telah mengharamkan jual beli secara tidak bersih atau dengan kata lainnya tidak jujur dan tidak amanah.

“wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan cara yang batil/berbohong/zalim/tidak adil/tidak benar kecuali dalam perniagaan yang berlaku atas dasar sama suka di antara kamu” an-Nisa’ : 29

Ini jelas menunjukkan Allah melarang bagi hambanya untuk memakan harta secara batil.

“Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” al-baqarah : 275

Ini semuanya memberi kesan dalam kehidupan seharian kita. Kadang-kadang orang hanya melihat kepada perkara zahir tanpa menyedari hakikat perkara batin yang bakal menimpa. Penipuan yang dilakukan dalam jual beli sememangnya menjadikan seseorang itu akan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Namun ia tidak sedar apakah yang bakal menimpanya di masa akan datang.

Seperti yang disebutkan di awal tadi, walaupun merasakan perniagaan begitu maju namun sering merasakan kekurangan. Kadang-kadang rumah kena pecah masuk, anak jatuh sakit, isteri selalu buat perangai, suami sering marah-marah. Ini membuktikan hasil kerja yang tidak ada keberkatan padanya.

Bukanlah kehidupan yang hakiki itu adalah dunia yang penuh dengan fitnah ini, namun hakikat kehidupan ialah menjadikan kehidupan yang sementara ini sebagai langkah untuk kehidupan setelah mati. Sejauh mana saham yang dilaburkan, sebanyak mana sedekah yang diberikan, seikhlas manakah setiap amalan yang dikerjakan.

“Tiada amalan yang diterima Allah menlainkan yang ikhlas keranaNYA”
“Bukan kemewahan yang diimpikan, namun reda Allah yang utama”

Read more...

Rahsia Ulama’ Dimasy

>> 18 Julai 2010


Sering kali terfikir bagaimanakah tanah arab melahirkan ramai ulama-ulama? Tidak terkira ramainya. Semuanya mepunyai kemahiran dan pengetahuan yang luar biasa. Pelbagai bidang diceburi. Semua ilmu agama dikuasai dengan sebaik mungkin. Menjawab setiap soalan dengan penuh keyakinan. Tiada sedikit ragu-ragu. Dengan tepat dan memuaskan hati mereka yang bertanya. Tiada berlapik. Yang hak ditegakkan. Yang batil dihapuskan. Dengan penuh hikmah dan proaktif.

Semalam hari pertama bertalaqi di Malihah. Satu tempat yang agak jauh dari bandar Dimascus. Tiada orang melayu yang tinggal dan bertalaqi di sana. Sengaja mencari angin baru. Niat asal ke sana untuk mendalami bahasa arab dengan lebih baik. Belajar dengan pelajar yang semuanya arab dengan harapan dapat membantu peningkatan dalam mempercepatkan kemahiran dalam berbahasa.

“kita nak start macam mana ni. Ana nak kena tau jugak tahap anta macam mana. Setakat mana dah anta belajar bahasa arab sebelum ni.” Tanya ust Mamduh setelah diterjemahkan begitulah lebih kurang bunyinya.

“malam ni belajar fiqh. Jadi macam mana?”

“erm kalau gitu ana join je la dulu diorang malam ni” cuba mengikuti kelas bersama-sama anak arab.

Melihat semuanya muda-muda belaka. Fikiranku umur mereka mungkin dalam lingkungan 12-15 tahun barangkali.

“Bab mudharabah.” Ust Mamduh memulakan bicara. Terkejut aku dibuatnya. Di usia yang kecil mereka sudah belajar bab muamalat. Teringat ketika belajar di USIM-DQ seketika dahulu sebelum sambung belajar ke Jordan. Bab muamalat di ajar dalam subjek “business management” di smester pertama. Di sini menampakkan Malaysia sedikit ketinggalan dalam proses menyampaian ilmu kepada rakyatnya. Inilah yang menjadikan rakyat Malaysia tidak mampu melahirkan ramai ulama ataupun cendiakawan  islam yang ramai.

Tidak cukup dengan itu, majority dari mereka mengambil bahagian dalam kelas. Tidak putus-putus mengajukan soalan dan berhujah dengan ustaz. Begitu kagum aku melihat mereka. Kelas ditamatkan setelah azan isyak berkumandang.

“kam ‘umruk atau dalam bahasa melayunya berapa umur kamu?”
“arba’ata ‘asy ataupun empat belas”

Sempat mengajukan soalan kepada seorang adik yang tidak putus-putus mengajukan soalan pada ustaz sebelum aku bergegas pulang. Bergegas menuju ke rumah ust Mahfuz pula untuk belajar kitab kailani dengannya.

“Semoga Impian Menjadi Kenyataan”

Read more...

Tertunaikah Yang Fardu

>> 11 Julai 2010

Mahasiswa masakini kian melupai perkara pokok yang perlu dititikberatkan. Masing-masing mengejar kemasyhuran. Belajar hingga peringkat tertinggi. Menggapai segulung ijazah merupakan suatu kebanggan yang tidak terhingga. Tamat peringkat menengah, terus menyambung ke peringkat ijazah sama ada dalam mahupun luar negara. Tidak kira pencapaian memuaskan mahupun tidak. Asas agama yang perlu ditanam terlebih dahulu. Perkara asas seperti kefahaman aqidah, syariah dan tasawuf perlu dihadam terlebih dahulu. Barulah ianya menjadi pendinding yang kukuh agar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur tidak sihat.


Ini masalah yang perlu diperhatikan dan perlu diambil serius.

طلب العلم فريضة على كل مسلم
“Menuntut ilmu suatu kefarduan bagi setiap orang islam”
-syarah musnad Abi Hanifah

Kefarduan menuntut ilmu di sini ialah termasuk mempelajari perkara asas bagi syariah, usuludin dan juga tasawuf. Ramai mahasiswa berbangga bila mempelajari kitab-kitab yang tinggi di sisi ulama sedangkan mereka lupa akan asas yang belum kukuh disemai. Ini menyebabkan berlakunya salah faham dalam memahami sesuatu perkara dalam agama. Termasuklah isu membid’ahkan doa selepas solat, zikir beramai dan perkara-perkara lain yang hangat dibincangkkan. Ini semua berpunca daripada sifat memandang enteng perkara pokok atau tunjang yang perlu disemai.

“anta belajar mesir/Syria/Jordan dan sebagainya. Fardu ain bagi ilmu syariah, usuludin, tasawuf sekadar mana ye?”

Kepala yang tidak gatal digaru berulang kali. Pening memikirkan jawapan yang hendak diberikan. Ini kerana tidak memahami perkara pokok dalam sesuatu perkara. Begitu juga dengan ilmu tajwid, sekadar manakah menjadi fardu ain bagi setiap muslim untuk mempelajarinya. Adakah cukup sekadar menghabiskan hukum Nun Mati dan Tanwin?

Tiada kata yang hendak dilafazkan. Adakah kita semua sudah melepasi Fardu Ain sebelum kita belajar ilmu Fardu Kifayah? Buat renungan sahabat-sahabat semua. Marilah kita sama-sama mengukuhkan diri dengan perkara wajib sebelum menunaikan yang sunat mahupun harus.

“utamakan yang lebih penting daripada yang penting kerana yang lebih penting itu
lebih penting daripada yang penting”

Read more...

Perah Otak Buat Penawar

>> 03 Julai 2010


Masa yang berlalu begitu pantas. Hampir tiga minggu berada di dataran syam. Namun terasa bagai semalam menjejak kaki. Maulana pula tidak putus-putus memberi semangat untuk terus menuntut ilmu. Kekangan masanya menyebabkan bacaan al-quranku padanya telah tertunda dua hari. Maksudnya aku berhutang dengannya sebanyak 7helai semuka. Mana tidaknya, 2orang sheikhnya sudah pulang dari umrah. Jadi masanya menjadi semakin padat. Tidak tidur malam sudah menjadi kebiasaan dalam hidupnya.

Kali ini aku tidak punya idea untuk berkongsi. Minda kosong. Entah kenapa fikiran terganggu. Hujung bulan perlu pulang ke Jordan semula untuk menguruskan visa untuk ke tanah suci bersama ayah dan bonda tercinta pada 7/8/2010 yang hanya berbaki beberapa hari. Kerinduaan membara.

“seminggu sebelum pergi pun sempat insyaallah untuk uruskan visa tu” kata ust Husin selaku orang yang mengepalai pelajar-pelajar Jordan ke tanah suci.

Apa yang memjadi kebimbanganku adalah adakah sempat untuk aku habiskan hafalan 30juz bersama Maulana sebelum pulang ke Jordan untuk mulakan mengajian selepas raya nanti. Seminggu sebelum umrah dan 2minggu di tanah suci bermakna 3minggu aku tidak dapat membaca bersama maulana. Bermakna aku berhutang dengannya sebanyak 5juz 5muka. Satu bebanan yang berat. Apapun itu semua satu ujian yang perlu aku rancang bagaimana untuk melunaskannya.

Teringat masa kecil selalu bermain teka-teki dengan kawan-kawan. Kalau dulu soalan berkisar, binatang apakah kerisnya di kaki. Buah apakah bijinya di luar. Tetapi kini soalan sudah berubah. Kita kongsi bersama-sam beberapa soalan mudah dan sama-sama kita fikirkan.

1.      Perbezaan azam dengan niat?
2.      Apakah itu ‘ilmu yakin, ‘ain yakin dan haqqul yakin?
3.      Perbezaan fardu, wajib dan syarat?

Read more...

Satu Kejutan

>> 29 Jun 2010

Mesti ramai yang pernah mendengar pepatah “berkawan dengan tukang besi sikit sebanyak akan bau asap, andai berkawan dengan tukang minyak wangi akan bau wangi”(maaf tidak ingat yang sebenar macam mana). Sudah dua minggu bermusafir di bumi Syam. Banyak perkara baru yang dipelajari bersama Maulana. Sebelum ini mencari sheikh quran untuk mengulang. Namun tidak ditemui. Ada yang sudi namun untuk seminggu sekali kerana jadual sudah penuh. Maklum lah, bila bergelar sheikh mana mungkin ada waktu terluang. Setiap saat begitu berharga.

AL-FATIHAH 3 BULAN

Dalam perjalanan pulang dari Town Centre bersama Maulana, beliau memulakan bicara.
“cane quran anta? Boleh tak mengulang setengah sejuzu’ sehari?”
“erm kalau juz depan dan belakang tu boleh la. Tapi kalau tengah-tengah tu letih la sikit”. Aku mengeluh panjang. Maklum la juz tengah-tengah ini memang agak lama dan kurang mengulang. Setiap orang yang bergelar hafiz akan datang penyakit malas untuk mengulang apa yang dirasakan kurang ingat. Namun sepatutnya itu yang perlu diutamakan. Pelik sungguh.
“anta mengulang dengan ana je lah. Boleh? Sehari 5muka”
“boleh”. Aku bersetuju dengan pelawaannya. 

Namun aku tahu 5muka sehari bukan suatu yang mudah bila dibacakan pada mereka yang syadid dalam bacaan. Maulana sekarang dalam proses menamatkan bacaan qiraat 14 bersama anak murid tujuh orang ulama’ qurra Syria. Belajar kerana ilmu. Tiada istilah sijil dalam hidupnya. Namun bila bicara tentang ilmu, sebut sahaja nama kitab. Insyaallah beliau mampu mengulas dengan baik. Tujuh tahun di perantaun meninggalkan tanah air. South Afrika, Yaman, Kenya, India, Arab Saudi, Mekah, Abu Dhabi semuanya sudah ditawan. 

Dimulakan dengan juz 11.
“a’uzubillahhimina syaitanirrajim” gemuruh, segan, takut,semuanya bercampur baur.
Tamat bacaan 5muka. Setiap muka pasti ada yang ditegur.
“anta baca fatihah pulak” pinta Maulana.
“adus, confirm kena tegur lagi”. Bisik hatiku.
“anta pegang hidung, sebut mim. Bunyi hidung x?”
“banyak lagi anta kena belatih ni, sebut tu bagi betul-betul” sedikit nasihat diberikan.

Aku hanya mengangguk setuju. Di Syria untuk menadapatkan sanad Al-fatihah sahaja memakan masa tiga bulan. Bukan kerana ramai, namun kerana kesalahan yang terlalu banyak yang perlu diperbaiki. Sekarang ada ustaz-ustaz yang dihantar oleh JAIS ada beberpa orang di Syria. Datang untuk menambah ilmu. Juga terkejut bila Maulana menegur fatihah yang dibacakan padanya. Banyak yang perlu diperbaiki. Terasa diri sudah sempurna. Namun itulah hakikatnya. Kini giliran aku untuk berhadapan dengannya setiap hari. Sudah tentu perlu diteliti betul-betul sebelum memperdengarkan dihadapannya. Kalau dahulu sudah berhadapan dengan ustaz-ustaz yang sudah syadid, tetapi kini lebih dari itu.

LAMBAIAN KA’BAH

Selepas selesai memperdengarkan bacaan di hadapan Maulana, aku maklumkan padanya untuk ke Cyber Café. Sudah seminggu tidak mendengar suara bonda tercinta. Call minggu lepas dapat cakap dengan ayah sahaja kerana mak mengikut rombongan ke Terenggganu. 

“ayah jadi pi umrah bulan 8 ni. Kira confirm dah la” ayah memberi kata putus.

Sebelum ini mak beritahu kemungkinan besar tidak jadi pergi umrah kerana tiada siapa yang hendak menjaga kedai. Tida pengganti. Kini adik yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mengambil cuti untuk memberi laluan pada ayahbonda tercinta mengerjakan umrah. 

“Alhamdulillah” aku menarik lafaz lega. Syukur...
Tercapai juga hasrat ayahbonda untuk menunaikan umrah.
“hang jadi pi umrah x? mak jadi pi. Ya la kalau hang jadi pi, mak seronok la sikit. Boleh hang bawak mak nanti. Ajaq apa yang patut. Mak bukan pandai sangat.Boleh jugak jumpa”. Itulah hakikat seorang insan yang hidup tanpa kasih sayang seorang ibu. Tidak diberikan pelajaran ketika kecil. Kini mengharapkan anak-anak memberi tunjuk ajar. 

Aku menarik lafaz lega. Aku juga mempunyai beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama ayahbonda. Tidak sabar untuk berjumpa. Kerinduan pada Baitullah juga kian terasa. Terakhir meninggalkan Mekah pada 9/5/2008 semasa umrah bersama adik-beradik seperjuangan Darul Quran. Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kini aku perlu menumpukan kepada beberapa matlamat yang perlu dicapai. Tiga bulan di Syria tidak lah begitu lama. Masa kini kian pantas. 

Di akhir perbualan ayah memberitahu yang mereka akan ke Negeri Sembilan pada minggu hadapan...:-)

“Semoga Allah merahmati perjalanan ayahbonda. Semoga semuanya mendapat yang terbaik. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama. Allahumma amin…”

Read more...

Zahir Dan Batinmu

>> 23 Jun 2010

Seminggu sudah berlalu. Terasa seperti baru semalam menjejak kaki ke bumi syam (Syria) yang dijanjikan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w akan keberkatan padanya. Terasa seperti tidak percaya. Mujamma’ Fatah menjadi pilihan untuk kursus bahasa walaupun pada sebelumnya bercadang untuk berada di Mujamma’ Abu Nur. Tinggal di Mukhayyam Falestin yang terletak agak jauh dari masyarakat melayu, jauh dengan rumah persatuan, tempat talaqi dan sebagainya. Namun terdapat suatu yang tidak ada di tempat lain.
Bermusafir untuk tiga bulan terasa begitu sekejap. Perlu manfaatkan masa sebaik mungkin. Terasa beruntung dapat tinggal serumah dengan Maulana Jalaluddin, Adib dan Amin serta seorang arab Algeria. Terasa sayang untuk meninggalkan Maulana untuk dengan menerima pelawaan Faris, rakan sekampung untuk tinggal bersamanya.
“mai la dok sini dengan aku, free ja cuma bayaq duit air dengan api ja. Hang dok sana kena bayaq mahai. Dah la jauh” ajak Faris seakan memaksa.
Memang benar, rumah yang aku tinggal sekarang agak jauh. Dalam keadaan sekarang terasa begitu sempit. Duit rumah belum lagi dijelaskan. Duit rumah di Jordan juga perlu dijelaskan. Duit hanya tinggal untuk membayar tambang van ke kelas. Berbaki untuk beberapa hari lagi untuk menjadikan poket betul-betul kering. Namun terdapat rahsia disabalik rumah ini yang memaksa aku untuk terus menetap di sini.
Waktu malam yang agak pendek membuatkan malam kadang-kadang dipaksa mata untuk terus berjaga. Menghabiskan masa berbual dengan Maulana dengan beberapa topik dan perkongsian. Sudah 7tahun berada diperantauan tidak pulang ke tanah air membuatkan pengalamannya begitu berharga. 
Teringat keluhan seorang sahabat beberapa bulan yang lepas. Pening memikirkan tingkah laku sahabat-sahabat katanya. Berada di luar negara boleh berbuat sesuka hati mengikut kehendak. Tiada siapa yang dapat menghalang.
Di Mana Hatimu
“hang tengok ja aku macam ni tapi dalam sapa tau, innallaha la yanzuru ila suarikum….”
“ sesungguhnya allah tidak melihat pada luaran dan harta benda kamu tetapi melihat kepada hati kamu”
Terasa puas bila berhujah dengan menggunakan dalil. Begitulah antara hadis yang terdapat dalam sahih bukhari yang mana terdapat bebrapa matan hadis lain yang sekan-seakan dengannya.
Tetapi bukankah terdapat hadis dalam Hadis 40 mengatakan,
“sesungguhnya dalam diri terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah sekalian jasad dan apabila rosak maka rosaklah seluruh anggota”.
 Ini membuktikan keburukan yang terdapat di dalam akan terpancar keluar andai ianya tidak dipelihara sebaiknya. Begitu juga andai seseorang mendakwa di dalamnya baik maka secara tidak langsung kebaikan tersebut akan terpancar keluar. Bagaimanakah kebaikan yang tersemat di dalam diri dan diasuh dengan baik, mengeluarkan hasil yang buruk dan tidak manis di luarnya. Sangat mustahil. Semestinya terdapat sedikit kesalahan dan kecacatan yang tidak disedari. Perlu direnung dan diubati sebaik mungkin.
Kita pernah mendengar pepatah yang berbunyi “don’t judge a book by this cover”. Benarkah pepatah ini boleh dikiaskan dengan setiap perkara? Sudah tentu tidak. Perlu dinilai semula. Tidak sepatutnya bagi seorang yang berilmu memutar belitkan setiap perkara bagi menyelamatkan diri. Kaedah fiqh pula mengatakan “ الظاهر يدل على باطنzahir menggambarkan pada batin. Cukuplah untuk menghukum pada apa yang terzahir walaupun hakikatnya hanya allah yang mampu menentukannya.
Marilah sahabat-sahabat kita mengasuh hati, menjaga diri, memelihara akal, menjinakkan diri dengan perkara-perkara kebaikan. Beramanah dengan ilmu yang dipelajari. Tidak ada insan yang sempurna di dunia ini. Kita bukan nabi bukan juga seorang rasul. Namun kita punya akal fikiran untuk menilainya. Mempunyai keparan dalam membuat pilihan. Mempunyai kemahiran dalam menentukan setiap sesuatu itu tergolong di bahu kanan mahupun kiri.
“Islam tidak dapat dicalari oleh mereka yang tidak memahami Islam”

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP