MERDEKA!!!

>> 22 Jun 2009

hari-hari yang sudah lama dinantikan. sekian kalinya menjelma jua. bermula dari tamat final exam pada february yang lepas, kami bertungkus lumus memulakan gerak kerja smutem. daripada 8orang ajk berkurang seorang demi seorang.



berbagai-bagai ujian yang bertandang. dari segi masa, kewangan, fitnah, segalanya menguji iman setiap hamba yang beriman. namun semua itu merupakan proses pentarbiahan dari yang Maha Esa buat hamba-hambanya.



tarikh last hantar borang ke jabatan pengajian tinggi (JPT)akhir MEI hari tu. masalah yang timbul dari pihak pentadbiran membantut gerak kerja kami.



namun itu bukan alasannya. tak perlu nak salahkan sesiapa. masing-masing punyai kekurangan dan kelebihan.





minggu lepas memang hari bersejarah. bermula hari isnin, aku menemani ust sya'bani ke putrajaya. ada urusan bersama KP JAKIM dato' Wan Mohammad.



sememangnya tokoh yang disegani ramai. darul quran maju ke hadapan juga disebabkan kehebatannya mentadbir DQ suatu masa dahulu sebelum dinaikkan pangkat menjadi KP JAKIM.


selasa pulak ust ajak ke wisma putra di Putrajaya lagi untuk endorskan diploma kami yang baru ditandatangani oleh Dato'. diploma yang berjumlah 90helai itu sepatutnya akan disiapakan dalam masa 3hari kebiasaannya.


kenangan bersama ust di ministry of foregn affair


namun Allah memudahkan urusan. ust memohon jasa baik dari pihak wisma untuk siapkan pada esok hari.
mengisi petrol dalam enjin di hulu yam bharu yang sejak pagi belum diisi


rabu jam 8.30 pagi ust call.



ada apa pulak ni



"salm ust, ada apa?"


"nta stanby japgi pegi ambik diploma semalam. tadi wisma call ana dia kata dalam pukul11 pagi boleh pegi ambik. dah ambik terus balik. esok kita hantar ke JPT"




biar betul cepatnya. allah maha pengasih. pertolongan dianugerahkan pada kami. terus bergegas siap-siap apa yang patut. kena kuarkan duit dulu. 90helai = RM900.00.



kakak ni skema sikit. nak kuar duit pun susah. kaunter lain senang sikit


perjalanan diteruskan tanpa berteman. pengarah nak uruskan visa. SU nak siapkan laporan. rahim lak susun fail. so terpaksa la bertemankan mukar dan nakir di kiri dan kanan.



"dik, sijil ni kena cop KPT dulu ye" kata Wisma putra semasa menyerahkan sijil padaku.


pulak dah. dah la nak cepat ni. pegi KPT, diorg kata tak payah lak. wisma kata kena. ah.... peningnya. urusan yang tak sistematik. kejap perlu kejap tak perlu. yang jadi mangsa rakyat.


ujian menimpa lagi. perjalan yang sepatutnya sampai ke dq dalam pukul5 menjadi pukul6.20


semuanya disebabkan sesat jalan. ditambah pulak dengan jam. mau taknya. biasa ikut jalan lain. hari tu menggatal nak try jalan baru konon. huhu



takpe la semuanya menguji kesabaran. sampai dq terus ke hep. sahabat2 menungggu untuk potostat diploma tersebut. memang masa agak sempit.


diploma yang berjumlah 96helai termasuk yang batch lepas perlu dipotostat pulak depan dan belakang dengan 4copy setiap satu.



lepas potostat macam biasa la kena sahkan pulak. ust sya'bani dah tak bermaya. selepas solat maghrib..


"ana balik dulu. nanti minta smua ust yang ada kat dalam dq tolong sahkan ye"


kesian ust minggu ni memang padat.


operasi bermula. semua ust yang bergelar pegawai dicall.


"salam, ust nak minta tolong sahkan diploma ni boleh. esok kami nak hantar ke JPT." yusran call



allah tolong lagi. mendapat sambutan hangat. ust yang turun membantu antaranya ust dasuki, ust shahrulkarnain, ust najib, ust yusri chik.



sorang lebih urang 100helai. tima kasih ust atas bantuan kalian



cop sijil diakui sah sebelum ust sign mempercepatkan kerja



susun fail mengikut turutan yang diberikan



semua ajk bertungkus lumus menyusun fail pada malam tu. mau taknya esok dah nak hantar. hampir 4pagi baru siap. penatnya memang tak dapat ditafsirkan.


semuanya berjalan lancar. ust menunggu kami di JPT. "kita jumpa di sana pukul2 petang" kata ust.

maksudnya minggu ni tiap2 hari aku ke putrajaya. memang penat. setelah disemak betul-betul borang2 dimasukkan dalam kereta tersayang



bergambar sebelum bertolak







tiba di JPT seperti yang dijanjikan. ust pun baru sampai pada waktu tu. semuanya dapat diselesikan dalam seperti yang dirancang walaupun agak terlewat daru tarikh asal.

kak suhana yang banyak bersabar dengan karenah kami

selesai akhirnya kerja smutem....

namun diuji lagi. dua orang peserta ada masalah pulak. sape orang tu. mesti sahabat2 aqrab kenal. saudari juwita dan ummu barakah yang berasal dari singapore.... DAPATKAH KORANG SAMBUNG BELAJAR???

Read more...

RINDUNYA

>> 16 Jun 2009

Lama sudah rasanya aku meninggalkan pembelajaran kitab-kitab turas secara bertalaqi. Mana tidaknya, semenjak masuk darul quran pada tarikh 14/05/2006, aku rasa boleh dibilang berapa kali je aku berkesempatan untuk bertalaqi kitab semenjak masuk DQ.

Sistem pembelajaran secara muqarar memang tidak menyeronokkan. Tetapi desakan gaya hidup sekarang yang memerlukan sijil memaksa diri ini untuk masuk juga ke DQ.

Hasrat hati untuk bertalaqi dengan ustaz Yusri Mazlan juga sudah lama terpendam. Salah seorang ustaz yang aku betul-betul kagumi dengan ilmunya. Cara beliau bercakap sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang berilmu. Mana tidaknya sampai sekarang beliau masih bertalaqi dengan sheikh2 Pattani.

Memang aku dah sedia maklum yang ustaz Yusri mengajar kitab pada malam hari di sekitar daerah Hulu Selangor. Tetapi itulah, mungkin Allah belum memberi peluang kepadaku untuk bersamanya. Nak dijadikan rezki pada pagi tadi ketika hendak pergi ambil pengesahan baitul mal di pentadbiran terserempak dengan ustaz.

“assalamualaikum ustaz. Ustaz sihat?”
“Waalaikimsalam. Alhamdulillah. Nak kemana ni?”
“nak ambik pengesahan baitul mal ustaz”
“oo.. sambung mana lepas ni”
“ana dengan syaukani jordan insyaallah. Yang ni mesir kot”
Sambil menunjukkan kepada seorang sahabat lagi.

Di kesempatan itu sempat aku soalkan apa yang dah lama terpendam di hati ni.
“ustaz ngajar mana malam ni. Ngajar kitab apa?”
“malam ni dekat taman tanjak. Ngajar kitab aqidah dan tasauf”

Fuh memang menusuk kalbu. So aku tanamkan dalam hati akan pergi dengar ustaz ngajar. Kena bersihkan sikit hati ni. Lama sangat dah tak basuh. Dah nak berkarat rasanya dan mungkin juga dah berkarat. Tu yang macam-macam musibah berlaku sejak akhir-akhir ni. “astaghfirullahal azim”. Banyaknya dosaku. Lepas ambik pengesahan baitul mal ustaz Sya’bani call.

“jom siap-siap. Kita kena ke putrajaya. Ambik diploma. Diploma dah dapat. Lepas tu terus ke wisma putra untuk cop endorsement.”
“erm ok ustaz”

Mulut je bunyi ok. Dalam hati “ala putrajaya lagi. Penatnya”. Boleh dikatakan seminggu dua ni asyik ke putrajaya je. nak kata dekat boleh tahan jugak la dari KKB nak ke sana.

Macam-macam masalah yang timbul. Namun tugasku selaku bendahari smutem merangkap perhubungan luar, sememangnya menjadi tanggungjawab aku untuk ke putrajaya dan sebagainya.

“sempat ke balik sebelum maghrib ni” bisik hati kecilku. Mau tak nye. Dah azam nak pegi dengar ustaz Yusri ngajar malam ni. Namun allah permudahkan urusan. Segalanya berjalan seperti yang dirancang.

semuanya kehendak Allah. aku pergi bersama-sama teman smutem iaitu ridzuan dan rahim. seorang lagi firdaus. bukan ajk smutem. jadi kami berempat.

Antara isi yang disampaikan yang mungkin boleh dikongsi dengan sahabat-sahabat, ustaz ada menerangkan tentang tahap-tahap ikhlas.

1. ikhlas 'ulya = ikhlas yang ada pada diri mereka yang benar-benar melakukan ibadat hanya semata-mata kerana Allah. Tidak ada sebab selain dari itu

2. ikhlas wusto (pertengahan) = yang mana ianya terdapat pada mereka yang beramal kerana berhajat kepada syurga dan takut kepada neraka.

3. ikhlas dunia = iaitu beramal kerana inginkan kemuliaan dan jauh dari bencana.

selain dari itu tidak ada lagi tahap keikhlasan melainkan riak. na'uzubillahi min zalik. kalau salah betulkan ye. erm so selama ni boleh lah untuk kita nilai balik sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan amal ibadat kepadanya.

sebelum balik, sempat ust luangkan masa beberapa minit bersama kami. berbagai soalan diajukan. jawapan yang diberi pula memang memuaskan hati. dengan dalil hadis, kaedah fiqh dan segala matan-matan yang ada semua keluar.

semua yang mendengar teruja. setelah berbual agak panjang ustaz memohon diri untuk pulang.

"erm jap ust, malam esok ustaz ngajar mana plak?" soalku untuk tahu jadual ustaz.

"semalam dekat masjid negara

malam ni kat sini

esok masjid wilayah

khamis selayang

jumat free

sabtu ana talaqi dengan sheikh pattani dekat bukit beruntung"

"dia jual ikan je tapi alim" ulas ustaz ringkas

"tapi lepas ni jangan datang ana ngajar, segan ana dekat orang-orang hafiz ni"

gurauan yang menusuk kalbu. ye la nama je hafiz. tapi ingat ke quran. diri sendiri yang mampu jawab. masih terngiang-ngiang di telinga ni satu kata-kata terakhir sebelum ustaz beredar.

"kita hidup ni kena banyak mengaji. mengaji bagi banyak sikit. ini tidak, baru dapat ijazah sikit belagak. dah tak nak mengaji. orang yang tak nak mengaji ni orang sombong. sombong takde guna"

masyaAllah hebatnya ustaz. insyaAllah ustaz. doakan kami berjaya di dunia dan akhirat. syukur ya ilahi kerana kurniakan aku ustaz sepertinya dan berikan peluang untukku bertalaqi semula...

Read more...

apa salahku???

>> 12 Jun 2009






semalam seusai solat jumaat, "halo mat, kat mana? jom bawak ana pegi bangi. nak ambik sign dato KP Ketua Pengarah JAKIM)". ust sya'bani call. nak pegi ambik sign untuk diploma darul quran yang dah tertangguh 2minggu.

sepatutnya borangh mesir perlu hantar sebelum 30 MEI yang lepas. tapi memandangkan diploma belum keluar, borang tak dapat dihantar

"ust dekat mana?"
"ana dekat pentadbiran".
"ok2 ust". jawabku.. dalam masa yang sama aku perlu ke wangsa maju untuk ambik sijil terjemahan diploma KUIN.

tidak ketinggalan, tiga hari lepas sheikh Toha memohon untuk membawanya ke UIA PJ. tapi pada waktu tu aku belum tahu yang terjemahan perlu ambik hari jumaat.

"alamak cane ni we? 3benda dalam satu masa?" soalku kepada pengarah smutem. akhir sekali keputusan dibuat dengan mesyuruh rahim dan yusran menemani ustaz Sya'bani ke Bangi.

aku dengan we akan ke wangsa maju seterusnya ke UIA PJ. hampir 3.4opm baru dapat bertolak setelah menyelesaikan beberapa kerja.

BANG!!!
alamak>>>>>>>>>>
biar betul... apa dah jadi ni. masalah betul.

apa lagi langgar tiang lampu jalan. adoi cane ni, dah la wallet tengah nipis. TIDAK!!!
jerit hatiku. hati yang tadi agak happy menjadi agak panas. masuk je kete radio ikim secara automatik bebunyi.

kebetulan time tu nasyid sedang dimainkan. Sheikh plak tak boleh dengar muzik. "masyaAllah". itu yang keluar kalau dia dengar muzik. bagi dia muzik haram.

dah la tengah bengang time tu. dengan eksiden dengan tiang lagi. masuk kete dok wat bising lak. macam nak suruh turun je. jahatnya aku. "astaghfirullahal azim". apa dah jadi dengan diriku.

namun kesabaranku masih dapat dikawal. cuba tenangkan hati dengan berzikir. namun hati masih belum tenteram memikirkan apa yang berlaku. raut muka menjadi serius secara tiba2.

"i know u angry. but everything from allah. say alhamdulillah. hal ta'rif, syakhson akhar excidennt everything finish. but you, just small"

sheikh cuba menenangkan hatiku. lebih kurang gitu la bunyinya. biasanya dia akan menggunakan 2bahasa itu ketika berbual dengan kami.

aku hanya angukkan kepala mendengar nasihatnya.
kalu lampu saja takpe la. ni bumper pun pecah gak. nak tak nak maunya 3 4 ratus gak. mana nak cari duit ni.

terus gerak ke wangsa maju dan seterusnya UIA PJ. sesat di PJ. berapa kali pusing ntah la. maklum la tak penah sampai. tepat jam 6.30pm baru sampai

teringat akan anak usahku Syuk. dah lama tak bersua. handphone dicapai. "salam Syuk. kat ner tu. ana kat padang ni"

"wsalam. eh betul ke abg mat. bila nta sampai. tak bagitau pun nak datang" jwabnya..

memang aku tidak berjanji untuk datang. cuma aku hanya katakan, andai ada free dan ada rezki ana akan sampai. begitulah ungkapan yang selalu kuucapkan apabila berbual dengannya melalui talipon lama2 sekali.

anak usrah yang paling aku sayang berbanding yan lain. ntah apa yang dia baca padaku...(",)

sheikh bagitau dia nak balik lepas isyak. so lepas solat maghrib di masjid, ramai adik2 berkerumun. rindunya pada mereka. adik2 seperjuangan GEN9 semasa di dq setahun yang lalu.

memang lama benar tak jumpa diorang. "jom kita pergi kafe. ana belanja". aku mengajak semua yang aku temui. hampir 10orang yang menerima pelawaanku. cuma beberapa orang yang menolak.

ada kerja katanya.
lama berbual. dengan gelak-ketawa, gurau senda dan sebagainya membuatkan keadaan kafe E menjadi ceria

lama masa berlalu. "jom mad nak balik dah". panggilan dari We. katnya sheihk dah nak balik.

aku meningalka mereka dengan pelukan setiap pejuang islam. syuk mengiringiku sehingga ke kereta.


"eh We, kunci ada pada nta?"
"mana ada ana pegang" jawabnya..

alamak biar betul satu lagi masalah datang. puas mencari, semua tempat takde. kesian syuk pusing mencari kunci kesan kemari. akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke kafe UKC untuk kali terakhir.

tempat last aku temankan asyrafudin makan.

akhirnya aku ternampak kunci di kaunter. sah itu kunci aku.
"ni kunci saya bang" aku terus ambil. tapi malangnya pendrive yang di jadikan sebagai kechain sudah qhuyub (hilang).

alamak biar betul. segala laporang kewangan smutem ada dalam tu. aku dah takde backup. mati la macam ni. tanya abang kaunter pun, dia hanya menggelengkan kepala.

terima jelah. nak wat cane. benda dah hilang. tentang laporan???? hanya allah yang tahu

"ya allah, kenapa aku diuji sedemikian rupa. apa salahku? ampin segala kesalahanku ya allah. amin..."

Read more...

Ke Mana Aku???

>> 11 Jun 2009

hujung minggu yang lalu sempat aku mencuri masa selama dua hari untuk kembali ke kampung nun jauh di utara. mungkin agak lama aku tidak pulang untuk menatap wajah ayahbonda tercinta.

lepas jumaat aku bertolak pulang bersama adikku yang kuambil di rumah kakakku di putrajaya. saja dia datang bercuti. tidak ketinggalan abang seperjuangan KN Creative nama samarannya.

dalam keadaan poket yang agak nipis KN hulurkan RM50 duit minyak. syukran abang. padahal dia hanya nak ke ipoh. kalu naik bas tak habis RM20. baiknya dia. memang kalau nak dihitung banyak aku terhutang budi dengannya.

balik bukan sebarang balik. hasratku juga untuk berbincang dengan family ke mana tempat aku sambung selepas ini. suatu masa dahulu ayahku pernah suarakan "jordan tak payah la kot. ayah bukan berniaga dah sekarang ni. adik2 ramai lagi nak mengaji". aku hnya mengangguk setuju.

namun dalam hatiku agak sedikit sedih. "cek saja isi borang sebagai backup". jawabku ringkas. tapi itulah kalau nak suruh aku ke mesir, bukan tak boleh. tapi kurang berminat untuk sambung qiraat.

memang dari sekolah rondah aku dah bercita2 untuk sambung dalam bidang syariah. kalau nak mengharap pada ummu qura dan madinah yang aku mohon tahun lalu hanya Allah yang tahu ada rezkiku di sana atau tidak.

tapi bila terkenang sewaktu berada di mekah pada tahun lalu selama tujuh hari untuk tunaikan umrah, begitu sayu hatiku untuk meninggalkannya. "kalau lah ada rezkiku belajar disini satu hari nanti". bisik hatiku.

tapi kalau diukur result taun lepas ramai yang diterima masuk yang hantar borang. bukan yang pergi muqabalah. ditambah dengan taukid dari seorrang ustaz yang kujumpa semasa di pejabat Dato' KP jakim mengatakan demikian. dia juga lepasan UIM dahulu.

"anta hantar borang je insyaallah dapat. muqabalah susah sikit". jelasnya. jadi semuanya DIA yang akan tentukan sama ada aku diterima masuk ke tak ke UI Madianah.

"ayah, DQ ada wat program ijazah dah sekarang. 10hb ni last hantar borang. dapat alaun jugak". jelasku semasa berbual-bual kosong bersama family. "bagus la kalau gitu. isi la cepat. tak payah pikir2 pasal duit lagi". bersemangat dia suruh aku masuk DQ. namun aku hanya anggukkan kepala. pasrah mendengar suruhannya.

keesokan hari(7/6/09) aku dah nak balik dq. akan pulang ke dq dengan perasan yang agak pasrah. jawapan yang tak diduga dan tak pernah terlintas untuk aku menrimanya.

"salam. kak dah, hang kat mana. ada rumah ka. ingat nak pi rumah hang malam ni. ada nak bincang sikit". sempat ku kirim sms kepada kakak sulungku yang rumahnya lebih kurang 30minit dari rumah ayahku.

dia juga merupakan lepasan Universiti Al-bayt, Jordan dalam kuliah lughah. mungkin sedikt sebanyak dapat berkongsi sedikit pengalaman yang ada. abang pula lepasan al-Azhar. mungkin tak salah untuk minta seikit nasihat mereka.

"kami tak dak di rumah. kat rumah kenduri ni. tak tau nak balik bila". sekali lagi hampa. esok dah nak balim dq. tak sempat dah nak jumpa. lepas ni tak tau lagi bila pulak dapat balik kg.

esoknya terpaksa pulang dalam keadaan hati yang agak sayu. namun aku pasrah dengan apa yang ayahku inginkan. ahad malam bertolak pulang ke dq. singgah rumah tok di kulim. pukul10.30 aku mulakan perjalanan. KN menungguku dirumahnya. tiba di rumahnya jam1.30 pagi.

"nasirin, nta drive ye. ana ngantuk dan penat sangat ni". memang aku terlalu penat. siang jaga kedai minyak, kenduri, drive jarak jauh. memang penat sangat. sampai dq dengan selamat tepat jam 5.15pagi.

hari demi hari hati tak tenang. "betul ke aku nak sambung ijazah dq?" aku bermonolog. malam semalam (09/06/09), "salam...kaif hal. " aku menelefon kakakku sesudah pening memikirkan tempat sambung belajar. lama kami berbual... "takyah la dq, cari pengalaman luar. tentang ayah takpa nanti akak setlekan". betul ke apa yang aku dengar ni.

"alhamdulillah allah dah permudahkan urusanku". semangatku muncul kembali setelah hilang bebrapa hari. semalam semasa berjalan pulang dari masji ke bilik, tiba2 teringat ibuku.

"salam. mak dok buat pa. sibuk ka?"
"dok hidang makanan ni. mak dapat duit insuran hari tu 6ribu.
mak wat kenduri arwah sikit malam ni"
"aik tak habaq kat cek pun. kalau cek tau cek tak balik dq lagi"
alah mak buat sikit ja. saja la dah lama tak buat"

"macam mana dengan borang nak sambung luar negara tu
dah isi ka?
takpa la nak sambung luar pun. boleh cari pengalaman baru"

Ya Allah betul ke apa yang aku dengar ni?
maksudnya kakakku dah berbincang tentang aku dengan mak ayahku.
terima kasih kak. semangatku dah puleh kembali
aku bukan lagi warga dq.

terima ksih mak terima kasih ayah kerana memahami rasa hatiku.
namun sekarang aku akan usahakan untuk cari sponsor bagi meringankan beban ayahku sebagai mana janjiku padanya takkan menyusahkannya dari segi kewangan semasa aku sambung belajar nanti.

"ya Allah, kurniakanlah aku tempat sambung belajar yang terbaik. hanya engkau yang tahu manakah yang terbaik untuk hambamu ini. permudahkanlah urusanku untuk aku kesana". amin...."


Read more...

TELANJANG??? MALUNYA.....

>> 01 Jun 2009

Syukur yang tak terhingga Allah tempatkan aku di Darul Quran. Indahnya terasa bilamana melihat keindahan tasik buatan yang sememangnya menambat hati setiap yang melihat. Hebatnya ciptaan Allah yang Maha Agung. Kaum adam yang berjubah dan berserban dengan bermacam-macam gaya.
Tidak dilupakan dengan kaum hawa yang berjubah dan bertudung labuh atau dikelanali dengan bidang 60 menyebabkan sejuk mata yang memandang. Bagi yang belum ada serban boleh dapatkan dibilik A8 dengan adik seperjuanganku saudara hasyim juga merupakan salah seorang exco perkemat dq 08/09 dengan berbagai-bagai warna. Harga juga berpatutan. Promote pulak. Kena bagi komisyen ni syim. hehe.

Tetapi benarkah itu pakaian mereka??? Atau ritorika semata-mata??? Bila direnung kembali masyarakat pada hari ini lebih suka dengan gaya hidup budaya barat. Benarkah apa yang dilakukan ini??? Tepuk dada tanya iman. Jangan tanya aiman sebab dia akn jawab "aiman tak kesah". Salah parent/anak yang sememangnya suka mengikut budaya yang tidak sihat??? Kalau lelaki dengan gaya seluar yang macam nak terlondeh. Entah apa-apa la budak-budak ni kan. Apa salahnya kalu pakai betul-betul. Tapi bersalah pulak kalau nak salahkan diorang.

Perempuan pulak nampak parit, longkang, lurah, gunung berapi semua ada. Bila orang ushar malu-malu pulak. Tapi sengaja pakai macam tu. Kira ok lagi tu masih ada secebis rasa malu di dalam diri. Bagi yang sememangnya tak rasa pape cane? Ntah jawab sendiri. Nak kata takde duit macam tak pecaya sebab setakat yang disurvey yang tak cukup kain lagi mahal berbanding yang cukup kain. Tapi yang kain tak cukup jugak nak dipakainya.
Tak cerdiknya manusia zaman sekarang. Pening2... Kalau pakai macam tu dah terang2 tak tutup aurat. Itu kena ubah slow2 la mungkin diorang berasal dari family yang agak jauh dengan didikan agama. Ada jugak yang berasal dari sekolah agama tapi bila dah kerja, bercampur dengan orang awam dia terikit-ikut dengan gaya semasa.

Daripada tudung macam orang Yaman yang labuh berkurang jadi bidang 60, turun lagi saham jadi bidang 45. Tapi tu kira ok la masih boleh dikakatan menutup aurat. Tapi yang dah turun saham sampai tudung 3segi apa nak dikata. Mungkin tu ujian bagi mereka yang dah turun ke medan yang sebenar sama ada dapat istiqamah atau tidak.
Rasanya semua orang dah maklum tudung tu sememangnya agak jarang dan menampakkan leher. Baju pulak dikecilkan saiz pada bahagian pinggang. untuk apa? Semestinya untuk menunjukkan bentuk tubuhnya yang ramping macam kerengga.

Ini bukan tak boleh tetapi sememangnya tak boleh. Syariat sekeras-kerasnya melarang bagi mereka yang bergelar muslim/ah untuk memakai pakaian yang nipis atau jarang serta ketat yang menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Hukumnya sama seperti tidak berpakaian pada apandangan syariat dan hukum Islam kerana seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan masih dianggap terdedah yang membawa kepada pengertian sama seperti tidak berpakaian iaitu tetap membuka aurat berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

سيكون في اخر الزمان كانت أمتي كاسيات عاريات, وعلى رؤسهن كاسنمة البحت, العنوهن فانهن ملعونات ولا يدخلن الجنة, ولا يجدون ريحها, وان ريحها لتجد من مسيرة خمس الف سنة (صحيح البخاري, كتاب اللباس

"Akan datang umatku diakhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan bertelanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka itu dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. Dan sesungguhnya wangian syurga itu didapati jarak perjalanan lima puluh rubu tahun perjalanan."

Boleh bayangkan sahabat-sahabat jika bau syurga yang holeh dihidu baunya dengan jarak lima puluh rubu tahun perjalanan pun kita tidak dapat menghidunya jauh sekali untuk masuk kedalamnya. Yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w "berpakaian dalam keadaan bertelanjang' ialah perempuan yang memakai pakaian yang nipis atau ketat yang menampakkan bayangan warna kulit atau bentuk badan(bagi mereka yang berpakaian ketat), maka mereka itu samalah dengan tidak berpakaian dan tidak menutup aurat. Bahkan boleh dikatakan berpakaian sahaja tetapi pada hakikat sebenarnya adalah telanjang.

Satu kisah di zaman Nabi s.a.w terjadi kepada sahabat, iaitu Habsah binti Abdul Rahman bin Abu Bakar memakai tudung nipis menutupi paras bahunya. Setelah dilihat oleh Aishah isteri Rasulullah s.a.w lalu ditanggalkan sambil berkata "apakah kamu tidak tahu ayat yang diturunkan oleh Allah dalam surah Annur ayat 31 yyang bermaKsud:
"dan hendaklah kamu (kaum wanita) menutupi kain tudung sehingga ke bawah paras dada."

Kemudian Aishah menyuruhnya memakai tudung yang lebih tebal dan labuh serta tidak menampakkan bentuk badannya (Mohd Nasirudin al-Bari, 1994: 124)

Begitu indah Islam menjaga umatnya dalam menguruskan kehidupan harian bagi menjauhkan mereka dari kecelakaan. Tetapi kejahilan yang ada mendorong untuk mereka melakukan perkara yang boleh menbawa mereka dalam kebinasaan.

Seperti larangan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195 "jangan campakkan diri kamu dalam kebinasaan". Semoga Allah memberi hidayah kepada saudara-saudara seagama agar kembali kepada cara dan gaya hidup yang digariskan oleh Islam. Mudah-mudahan kita semua terselamat dari azab api neraka akhirat kelak. amin...

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP