Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suaminya

|

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia
Tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada
Orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai
Orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah,
Andai dia adalah jodoh
Yang ditetapkan olehMu kepadaku
Maka campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan
campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu

Namun,
Andainya dia
Bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku.


jangan lupa siapa kita : sayang itu pengubat jiwa. namun andai sayang yang disalah tafsir ia akan memusnahkan jiwa. jiwa-jiwa remaja yang amat diperlukan untuk memperjuangkan islam. andai jiwa-jiwa ini rosak, maka kembali lah islam seperti mana ia datang.

Ust Nik Zawawi Di Darul Muttaqin

|

Seusai solat sunat fajar di saf yang ke-2, sementara menunngu iqamah dilaungkan, aku duduk sambil mengulang beberapa surah dari juz26. Terasa macam pernah kelihatan bayangan seorang insan yang datang menunaikan solat sunat di sebelahku. Apabila ditoleh, memang terkejut aku melihat insan yang cukup dikagumi. Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Minggu lepas dia sudah pun berada di Mu'tah. Namun tak sempat untuk bagi pengisian kepada para "mujahidin Mu'tah" kerana beliau perlu berkejar ke Syria. Ada program yang lebih mustahak katanya.

Selesai solat, aku hanya menebarkan senyuman tanda "kasih sayang" dari "saudara" seperjuangan. Saja malas nak mulakan perbualan walaupun masa untuk iqamah masih berbaki lagi 10minit. Mungkin waktu yang berbaki beliau nak peruntukan untuk berzikir dan sebagainya. Jadi aku bermonolog, andai mendapat peluang untuk menjemput ust ke rumah selepas subuh untuk sedikit pengisian, alangkah untungnya.

Masa 10minit sudah pun berlalu. Ust solat subuh di sebelahku. Segannya...:-)

Selepas selesai solat, aku terus ke belakang masjid. Meminta pendapat dari ahli rumah, sauadara Ihsan untuk menjemput ust bagi menyampaikan sedikit pengisian atau perkongsian dengan "adik-adik". Maklumlah dah lama tak dapat "suntikan kebangkitan" sejak tamat pengajian di Darul Quran. Alhamdulillah Allah murahkan rezki kami pagi ini. Kebetulan ust memang free. Ust dengan senang menerima pelawaan kami. Katanya jadual hari ni hanyalah akan ke rumah DR Ali Fawas, pensyarah jameah Mu'tah, juga merupakan sahabatnya semasa sama-sama menuntut di Mesir dahulu.

Ringkas ceritanya, suka ana nak kongsikan mutiara-mutiara yang amat berharga bagi kita yang mengaku sebagai khalifah Allah dan pejuang agamaNYA. Sedikit perkongsian yang disampaikan ialah:

  1. Cari ilmu sebanyak mungkin. Ilmu akan melekat dalam hati seorang hamba itu apabila dia beramal dah jadikan dia sebagai pegangan.
  2. Belajar berdepan dengan non-muslim
  3. Golongan Ust perlu banyakkan pembacaan dan tidak tertumpu pada buku-buku agama semata-mata.
  4. Pengorbanan dalam menuntut ilmu. Ana (ust) dulu berazam takkan balik malaysia sebelum dapat master (ana pernah satu ketika makan kulit timun kerana takde duit. Kutib yang arab buang) waktu tu semua mata sahabat-sahabat berair. sedih sangat-sangat.
  5. 'ulum maqruah( kena banyak membaca)
  6. 'ulum manzurah(ilmu yang takde dalam kitab. lebih kepada pengalaman)
  7. Pesatuan tak pernah membebankan
  8. Disiplinkan diri(4jam baca kitab dalam sehari)
Contoh yang berlaku baru-baru ini yang mana Selangor mengharamkan arak. Orang non muslim memberontak. Katanya, itu merupakan minuman diorang. Semua orang tak dapat nak bagi penjelasan. Nak guna hujah ayat quran, mana diorang boleh terima. Jadi kerana ada tenaga pakar(ust nik zawawi sendiri) menegaskan dan memberi pendedahan tentang hakikat sebenar yang mana dalam kitab Tripitaka (kitab suci agama Budha) sendiri sama ada dari mazhab Hinayana mahupun Mahayana, dalam asas ke-3 menegaskan dalam kehidupan manusia mesti jauhkan diri dari arak, semua agama haramkan arak, bukan sahaja Islam. Perhimpunan penganut agama Budha di Banaris, India semuanya menegaskan yang arak adalah haram. Selepas dari itu barulah mereka tutup mulut. Pakar-pakar seperti ini lah yang kita perlukan untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang.

Itu merupakan sedikit perkongsian yang diberikan pada kami. Seterusnya kami diberi peluang untuk sesi soal jawab. Antara soalan yang diajukan:

Syaukani: Setengah orang mengatakan, andai pas menang dan boleh mengambil alih tampok pemerintahan, agak berat untuk pas memerintah. Apa pandangan ust?

Ust: Dia gini. Memerintah ni bukan satu benda yang susah. Memerintah ni satu benda yang cukup senang. Kepimpinan yang ada dalam pas berbanding kepimpinan yang ada dalam umno dari sudut profesional, pas lebih ramai. Tengok pemimpin umno. Pimpinan yang ada dalam kabinet umno, berapa orang yang ada PhD? Dari sudut pendidikan, dari sudut pensyarah universiti, pas lebih ramai. Jadi tak ada sebab yang nak kata pas tidak boleh memerintah negara. Macam yang berlaku sebelum ni la. Orang kata pas memerintah Kelantan tak boleh bertahan, tetapi bila kita memerintah lebih baik. Bila kita memerintah, kita boleh ubah banyak benda dalam negara. Malaysia ni dia kena ubah dasar. Cuba bayang kalau kita memerintah. Kita akan perkenalkan Islam. Dan Islam ni sesuai kepada yang bukan Islam. Sistem akan kita laksanakan.

Sebagai contoh mudah. Apabila kita memerintah, kita akan perkenalkan sistem pendidikan mengikut acuan Islam. Dari tadika ke universiti. Contohnya wajibkan usrah. Wajibkan degar ceramah. Jadi bila pendidikan semakin hebat, pada waktu itu kadar jenayah mesti menjunam. Jadi kalau kata tak logik, tu satu benda yang tak betul. Contoh paklah dan Najib, hanya BA. Bukan susah untuk jadi menteri. Contoh semasa saya jadi exco saya kendalikan syarikat taslih(kalau nama ni salah harap maaf sebab tak jelas) di Terengganu, 13.5juta rugi. Dalam masa setahun saya pegang boleh untung 10juta. Yang penting jaga amanah dan disiplin. Kerja kena ikut jadual. Tak ikut jdual, saya sebagai pengerusi saya pecat. Ini merupakan hak allah dan amanah allah. Andai kita terima gaji dari pukul9.00-5.00 tapi kita masuk pkul11.00, 2jam duit yang kita dapat tu duit haram. Anak akan derhaka dll. Sehingga pegawai-pegawai kagum dengan golongan ustaz. "Ustaz hebat.."(kata pegawai)

Ihsan: Bila mana kita banyak membaca, dan bila mana dari "rumah" lain mengatakan yang kita tidak layak memerintah kerana tidak cukup kepakaran, jadi kadang-kadang timbul taradud atau macam mana kita nak jawab pada ahli sendiri?

Ust: Erm ginilah kalau demo nok kita boleh tunjuk pakar-pakar kita. Tengok di universiti-universiti berapa banyak pensyarah-pensyarah di kalangan kita. Contoh di kelantan dulu, yang kita nak sorang. Yang datang 10orang. Kita tengok pas memerintah lebih kurang 60 tahun dari 1951 hingga sekarang. Kerajaan pusat sahaja tiap-tiap bulan dekat sejuta. Kita boleh handle baik. Umno kita tanya berapa sen duit dia? Dia guna duit kerajaan. Duit parti dia mana ada. PWTC dan sebagainya. Duit kerajaan di salahgunakan. Itu kita pembangkang. Kalau kita memerintah? (ust melontarkan provokasi). Jadi tak betul lah kalau kata kita kurang tenaga profesianal.

Soalan seterusnya saya rasa semua ahli gerakan islam perlu memahami secara jelas. Kerana masih banyak di kalangan kita yang ragu-ragu, kabur dan kurang jelas tentang perkara ini.

Mohd: Seperti yang kita sedia maklum, di Malaysia ni banyak jemaah islam. Sama ada JIM. ISMA, Tabligh dan sebagainya. Semua jemaah ini mempunyai tujuan yang sama iaitu menegakkan daulah islamiah. Jadi, andai mereka dengan cara mereka, kita dengan cara kita. Bila pilihanraya mereka tetap undi kita. Jadi apa salahnya Ustaz?

Ust: Kita kena ingat, kita sebagai hamba Allah kita kena ikut syariat Allah. Dalam syariat Islam, berpecah macam mana pun dilarang. Dia ada risiko yang banyak. Kita tengok Palestin. Berperang antara hamas dan fatah lebih hebat dari berperang dengan israel. Ini perpecahan. Macam dalam negara kita jugak. Pertembungan yang berlaku ini, kadang-kadang pertembungan yang berlaku dengan orang islam ini lebih kuat dari bertembung dengan umno. Anta dok di jordan ni berlaga dengan umno dan IRC yang mana lebih kuat. Kuat sesama sendiri. Sebab itulah Allah mengharamkan perpecahan.

من فارق جماعة المسلمين فليس منهم
من شذا شذا في النار

siapa yang berpecah dengan jemaah islam, bukan dari kalangan mereka
siapa yang berseorangan, berseorangan dalam neraka

Ini semua hadis-hadis yang melarang kita daripada berpecah. Sebab itulah kita kena ikut syariat. Kalau kita nak ikut sedap hati, memang berpecah lah. Tak puas hati, aku buat jemaah lain. Buat jemaah yang kedua kerana tak puas hati dengan jemaah yang pertama. Tak ada dalam sejarah tamadun manusia jemaah yang kedua lebih baik dari jemaah yang pertama. Tidak ada. Ikhwan, tubuh di mesir. Tak puas hati dengan ikhwan, tubuh tanzim jihad. Tak boleh mengatasi ikhwan. Kemudian tak puas hati dengan tanzim jihad, tubuh pulak hizbu tahrir. Lagi teruk. Dia tak ada dalam sejarah. Kaedah kita kalau kita tengok ada yang tak puas hati kita kena baiki. Bukan kita mengasingkan diri. Kena baiki. Kena islah. Kalau kita kata ekonomi dalam pas tak bagus, kita tahu ekonomi kita binalah. Dalam islam begitu. Dalam surah fatihah kita baca
اهدنا صراط
Maknanya jemaah. Mesti duduk dalam satu jemaah. Sebab itu dalam banyak-banyak hadis, nabi kita pesan dalam masalah taadud jemaah.

كانت بنو إسراءيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبى وإنه لا نبي بعدي وستكون خلفاء يكسرون قالو فما تأمرنا يا رسول الله. قال فوا ببيعة الأول فالأول

Kata rasulullah, nabi banyak diutus di kalangan bani israil . Dia bunuh sorang Allah ganti sorang. Kata rasulullah "tidak ada nabi selepas pada aku. Tapi ingat, selepas dari pada aku akan ada pemimpin yang ramai. Makna jemaah yang perbagai. Sahabat tanya, bagaimana kami nak buat ya rasulullah. Kata rasulullah, FAWA. Rasulullah bersumpah FAWA. Kamu mesti memberi baiah kepada jemaah yang pertama". Tak kiralah di malaysia, kalau yang pertama JIM, maka JIM lah. Tapi di malaysia ni jemaah yang pertama ni pas. Ana bukan taksub kepada pas. Kalau jemaah pertama orang lain saya sokong orang lain. Di mesir Ikhwan Muslimin. Di Pakistan Jemaah Islami. Mesti Jemaah Islami. Kalau Jemaah Islami tak berapa betul, baiki. Kalau tubuh yang lain, dia akan berlaku musibah kepada orang Islam. Itu kaedah kita dalam Islam. Kita tak boleh ikut cara kita. Kita kata takpa la matlamat sama. Benda ini benda yang tak dak nas(dalil) macam ni. Tak ada dalam hadis tak ada dalam quran yang kata tak apa ta'adud jemaah kerana matlamat sama cuma cara berbeza. Ini semua mulut manusia yang berasas kepada nafsu. Tak dak dalil yang mengatakan begitu.

تلزموا جماعة المسلمين و إمامهم


Kita bersama jemaah islam dan pemimpin jemaah islam ini iaitulah mesti dengan jemaah yang pertama.

من فارق جماعة المسلمين فليس منهم

Nabi tak mengaku umat. Sebab risiko besar. Indonesia berkelahi. Di Mesir Ikhwan, banyak pimpinan dia dibunuh oleh Hizbu Tahrir. Lepas tu balas, Hizbu Tahrir dengan Tanzim Jihad. Lebih dari bertembung dengan Husni Mubarak. Jadi ni lah yang tak sepatutnya berlaku dikalangan umat Islam. Jadi kita kena faham lah. Pandangan yang mengatakan kita nak kepada Islam belaka cuma jalan yang kita berbeza ini adalah pandangan nafsu, tidak ada nas. Kalau ada nas ana terima. Tidak ada ayat quran, tidak ada hadis yang mengajar kita macam ni. Bahkan hadis yang mengajar kita sebalik daripadanya. Mengharamkan kita berpecah-belah di antara satu sama lain. Kalau kita buat, berdosa. Kalau nak dosa tak apa. Kalau tak nak dosa mesti mengikut syariat Allah...Wallahu a'lam.


sedetik bersama murabbi

kesempatan yang tak dilepaskan

Untuk sesi soal jawab, boleh dikatakan keseluruhan yang tertulis merupakan bahasa yang digunakan oleh ustaz. Adapun satu soalan terakhir yang diajukan oleh saudara Amir Hafizi tidak dimasukkan ke dalam post kali ni adalah kerana soalannya mirip dengan soalan yang diajukan oleh Mohd. Semoga semua yang membaca mendapat manfaat bersama. Syukran Ust atas perkongsian dan penerangan yang saya kira cukup jelas dan mudah untuk semua memahami. Semoga Islam dapat memerintah Malaysia suatu hari nanti...

RINDUKU PADAMU BERKOBAR-KOBAR

|

Dah lama sangat rasanya aku “dihalang” untuk melayari internet. Semuanya gara-gara “Dar al-Muttaqin” , rumah baru kami belum dipasang Internet. Nak pasang macam mana, akad ijar(akad sewa) rumah belum buat. Katanya tuan rumah dalam bulan ni. Sebab anaknya berada di Amman. 3jam perjalanan untuk ke mu’tah.

Genap sebulan seminggu aku di bumi syam. Sudah 3minggu kuliah bermula. Namun kadang-kadang aku kesedihan. Sedih dengan kelemahan yang ada. Apa yang Dr sampaikan, tak dapat difahami dengan baik. Kalau Dr yang cakap arab fushah (arab baku), boleh tahan lagi.

Tapi ada Dr yang cakap arab ammi (arab kampung), membuatkan kepala aku pening. Pening untuk memahami. Pening untuk segalanya. Apa pun semua itu perlu diatasi secepat yang mungkin. Usaha dan terus berusaha itulah jalan yang terbaik.

Sesekali teringat kisah lalu. Bersama sahabat-sahabat ijazah DQ-USIM. Lecturer cakap arab fushah. Jadi tak la sukar sangat untuk memahami dan cuba memahami apa yang disampaikan. Kadang-kadang terasa teramat rindu untuk kesana semula.


Malamnya discuss dengan sahabat-sahabat tentang pelajaran yang lalu dan yang akan belajar esoknya. Namun setelah memohon petunjuk dariNYA, pendapat yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah untuk aku kesini, aku pasti dengan keputusan yang dibuat. Pasti dan pasti, terselit hikmah yang besar disebaliknya.

Amat menyeronokkan semasa di sana dahulu. Walaupun otak boleh dikatakan terlalu penat. Mahu taknya, 22jam kredit. Sehari 2subjek. Tapi yang jadi penatnya sebab satu subjek tu 3 atau 4jam tanpa henti. Semuanya disebabkan “lecturer import”.

SEDIHNYA…


Dikhabarkan ustaz Yusri Mazlan, lecturer yang mengajar subjek Sirah Nabawiah dah berhenti mengajar. Berhenti kerana menyambung pengajian ke peringkat Ph.D. Seorang ustaz yang cukup aku kagumi. Subjek arab yang paling best bagi aku berbanding bahasa arab dan dakwah.


Namun yang lebih menyedihkan ada segelintir sahabat-sahabat yang gembira dengan pemergiannya. Gembira kerana homework akan kurang selepas ni. Memang tak dinafikan memang agak berat. Hari ni lecture, esok tutorial. Setiap minggu macam tu. Lagi letih kena cari isi dari buku rujukan lain. Time bentang memang kena bersedia dengan soalan-soalan yang diluar jangkaan.


Dengan erti kata lain tak nak guna buku yang digunakan dalam kelas. Penat memang penat. Tapi terasa manis bila direnung dan difikirkan. Namun aku hanya seketika bersama mereka. Mungkin mereka sudah tidak tertahan membuatkan mereka berkata begitu. “maafkan aku teman kerana meninggalkan kalian”.


Mu’tah University VS Ijazah DQ-USIM


Bila direnung-renung, difikir-fikir, ditilik dan dibuat kesimpulan, tiada banyak perbezaan antara belajar di luar dan dalam negara. Mungkin yang ketara hanyalah berada dalam kelompok arab. Selain itu adalah beberapa perbezaan yang lain. Tahun ini juga merupakan tahun yang paling ramai kemasukan pelajar baru.


Kalau sebelum-sebelum ni difahamkan setiap batch yang daftar masuk tidak melebihi 50orang termasuk syabab dan akhawat. Tahun ni, bila dicampur kedua-dua jantina melebihi satu kali ganda iaitu 128orang. Jadinya biah arab yang diidamkan tidak kesampaian.


Tak la sampai tak rasa biah arab tu. Masih dapat berkomunikasi dengan kaum arab. Kadang-kadang rasa kelakar pun ada. Ye la nak cakap main hentam je. Kadang-kadang buat isyarat je bila tak jumpa perkataan yang nak diperkatakan. Lawak memang lawak.


Boleh dikatakan seolah-olah belajar di Malaysia dengan menjemput lecturer arab. Sebabnya dalam kelas majority 2/3 pelajar melayu. Kadang-kadang rasa macam kelakar. Yela seolah-olah pelajar melayu menguasai kelas. Namun ada segelintir pelajar arab yang kurang senang dengan kaum melayu. Entah kenapa. Tapi seperti yang dikhabarkan. Hanya segelintir. Bukan semua.


Antaranya time kuliah DR Mustofa. DR yang agak suka dan ihtiram dengan pelajar melayu. Mungkin itu yang menyebabkan mereka tak puas hati. Bagi mereka, mereka lah kaum yang terbaik.


Kaum arab. Quran turun dalam bahasa arab. Bahasa syurga bahasa arab. Nabi berketurunan arab. Itu antara hujah-hujah mereka. Namun mungkin mereka terlupa dengan kalam ALLah dalam surah hujurat ayat 13 yang berbunyi:

إن أكرمكم عند ألله أتقئكم

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).surah hujurat:13


LEBIHNYA MU’TAH


Di Jordan terkenal dengan kurangnya air. Air hanya akan naik ke dalam tangki semingu sekali. Sama ada petang Khamis, atau pun petang Jumaat. Air yang kebiasaan untuk setiap rumah hanya 2m3.


Bila hari Khamis je, sahabat-sahabat Syria biasanya akan menghantar mesej perli. “korang berpesta air la hari ni ye/air dah naik, cepat basuh baju, rumah, mandi dan sebagainya”. Pelbagai ayat yang digunakan. Mungkin itu cara untuk mengeratkan lagi hubungan kami walaupun dah berjauhan.


Memang itulah hakikatnya, kebiasaannya kami akan basuh baju, mandi dan segalanya pada hari air naik. Iaitu seminggu sekali sama ada khamis,jumaat atau sabtu. Kalau dulu bila dengar sahabat-sahabat Jordan cerita, rasa macam kelakar, geli, tak percaya dan sebagainya. Namun kini dah merasainya sendiri.


Namun ianya tidah seperi di Malaysia. Tak mandi sehari pun dah bau hapak, badan rasa melekik, rimas dan pelbagai rasa yang tak menyenangkan. Di sini seminggu pun masih tidah berbau. Hahaha… Mesti korang tak percaya kan. Takpe jemput datang. Kita rasa sama-sama...


Namun apa yang nak DIGARISKAN disini, aku mula belajar erti syukur yang sebenar. Air yang kandungannya hanya 2m3 perlu dijimat untuk menampung 6orang selama seminggu. Masak, mandi, tandas, semuanya air tu. Nak tak nak betul-betul kena belajar erti syukur yang sebenar.


Ambik wudu’ secara berjimat, buang air, masak, semuanya secara berjimat. Alahamdulillah aku kini mengerti erti syukur yang sebenar. Alahamdulilllah setakat ini bait al-muttaqqin belum pernah kehabisan air untuk seminggu berbanding dengan rumah sahabat-sahabat lain.


Entah macam mana diorang menguruskan air, malas nak komen. Padahal bilangan ahli rumah dan kandungan air sama banyak. Yang peliknya, kadang-kadang hari selasa pun dah habis. “Jangan la membazir sangat. Pandai-pandai la berjimat”.


Bila ditegur lain pulak jadinya. “aku pun bayar sewa jugak”. Itu pulak yang keluar. Ni yang diceritakan oleh sahabat yang serumah dengan orang yang agak dewasa.


Ye la bila dah rasa diri tu hebat, apa orang tegur semua sukar untuk diterima. So malas dah la nak tegur. Payah jugak kalau tak nak faham pun. Ye la bak kata orang “rambut sama hitam, hati lain-lain”. Memang la bukan semua orang sama.


SAHABAT DQ-USIM


Aku kini betul-betul merindui kalian. Setelah genap 3minggu belajar aku belum dapat memahami apa yang Dr sampaikan. Kalau dulu kita sama-sama bincang. Cari makna dan sebagainya. Sama-sama membantu untuk manfaat dan kefahaman bersama. Tapi sekarang aku dahagakan semua itu.


Aku dapat merasakan korang dah maju sekarang dalam bertutur bahasa arab. Jadi, doakan aku juga begitu. Aku juga dimaklumkan korang dah dibenarkan untuk memebawa kenderaan sekarang. TAHNIAH diucapkan untuk kalian terutamanya tuan Presiden. Haha. Cumanya apa yang nak diingatkan gunakanlah peluang yang diberikan itu sebaik mungkin.


Jangan mengkufuri nikmat yang diberikan. Fiman allah:

وإذ تأذن ربكم لئن شكرتم لأزيدك ولإن كفرتم إن عذابي لشديد
š

7. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".


Itulah amaran Allah yang diperlu kita selalu ingat. Ialah manusia apabiala dalam kesenangan, kadang-kadang kita sering terleka. Apa-apa pun tahniah buat korang semua dan doakan kejaan bersama…

Mampukah Meraih Taqwa

|

"Taqwa's meaning is fear, clinging to obedience to Allah and abandoning disobedience to Him"

Beratnya kewajiban yang harus dilaksanakan dan banyaknya rintangan yang menghalang, menuntut setiap hamba untuk menjalani kehidupan di dunia dengan langkah yang penuh berhati-hati. Selalu waspada dan tidak boleh lengah. Kerana kelengahan sesaat adalah kesempatan emas bagi syaitan untuk mengawal tingkah laku manusia.

Genap tiga minggu aku di bumi mu'tah, juga bumi yang menyaksikan dan menjadi tempat tumpahnya darah syuhada semasa peperangan mu'tah yang berlaku 16 zulkaedah pada tahun ke-8 hijrah. Kadang-kadang terlintas difikiran, mampu dan layakkah aku untuk menjadi seperti mereka.

Dengan jiwa yang kental, kataatan yang hakiki, ketaqwaan yang begitu utuh sehingga tidak mampu dikawal oleh nafsu walau sedetik. Mampukah aku meraihnya? Hanya diri sendiri yang mampu memjawabnya. Segalanya perlu dipelajari dan diusahakan.

Waspada, tidak lengah dan melangkah dengan berhati-hati adalah pati bagi ketakwaan yang sebenar. Allah s.wat berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam"(Ali Imran - 102)

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ
"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa" (Al Baqarah - 197)

يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير

"hai anak adam, sesungguhnya kami telah turunkan kepadamu untuk menutupi auratmu dengan pakaian perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik" (al-A'raf-26)


Begitulah yang dikatakan taqwa. Pernah suatu ketika Umar al-Khattab ditanya oleh sahabatnya iaitu Ubay bin Ka'ab tentang taqwa. Lalu disoal kepada Ubay, "pernahkah kamu lalui jalan yang berduri?" Lalu jawab Ubay "pernah". Bagaimanakah kamu laluinya". Jawab Ubay "aku sentiasa peka, bersedia dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri tersebut''. maka jawab Umar "itulah juga sifat taqwa".

Berat rasanya untuk meraih erti taqwa yang sebenarnya. Namun ianya tidak mustahil tetapi memerlukan mujahadah yang kuat. Bila direnung dewasa ini, dunia semakin hari semakin mencabar dengan pelbagai dugaan yang tidak dapat dikawal.

Bukan dilihat dan dinilai dari golongan yang tidak mendapat didikan agama. Namun tidak dapat dinafikan, kadang-kadang "kekebalan" kaum ustaz dan ustazah juga seolah-olah ternoda.

"selamatkan dan peliharalah aku dan keluargaku serta saudara-saudaraku ya Allah"

Doa yang selalu diulang-ulang selepas setiap kali solat. Itulah kerisauan yang selalu bermain difikiran. Lebih merisaukan bila mana melihat golongan yang sepatutnya meraih erti taqwa dan seterusnya mengajak masyarakat untuk sama-sama mengecapinya seolah-olah mengambil mudah tentang perkataan tersebut.

Ini merupakan realiti yang berlaku pada hari ini. Aku juga malu dengan diri sendiri. Terasa begitu berdosa kerana tidak dapat menjadi yang terbaik kepada agama.

Ulama generasi sahabat mengingatkan setiap hamba untuk sentiasa dalam keadaan taat, zikir dan syukur kepada Allah. Itulah hakikat taqwa.

Tiada waktu yang berlalu dengan kemaksiatan, dan durhaka dari nikmat Allah yang telah diterima. Taqwa yang seperti inilah yang dapat menjadi pengendali yang efektif bagi kesolehan seorang hamba.

Hati-hati dalam melangkah, itulah hakikat taqwa. Berhati-hati dalam mengharungi samudera kehidupan, melaksanakan perintahNya baik yang wajib mahupun yang sunat.

Meninggalkan larangan-larangan yang haram, makruh mahupun syubhah. Demikian juga tidak berlebihan-lebihan dalam menikmati hal-hal yang mubah.

Waspada dengan menjauhi dosa-dosa yang besar mahupun kecil, kerana semuanya akan dihitung dan perlu bertanggungjwab di sisiNya.

"tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan hal yang kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah"- H.R Ahmad dan al-Bukhari

Tidak ada hal yang remeh dan kecil dalam ketaatan dan kemaksiatan. Semuanya harus dianggap besar. Kita tidak tahu bila waktu murka Allah akan datang. Sehingga tidak ada alasan untuk meremehkan dosa dan melanggar perintah Allah.

Amat berat untuk meraih erti taqwa bila direnung sedalam-dalamnya hadis nabi tersebut. Namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak terus berusaha untuk mendapatkannya. Tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini.

Namun kita sebagai hamba perlu menjadikan diri kita sebagai hamba yang hakiki. Bukan hamba yang bongkak dan takabur kepada tuhannya.

"Mudah-mudahan kita sentiasa dibawah rahmat dan pemeliharaanNya agar tidak tergolong dalam golongan yang lalai dan leka terhadap dunia. Serta dianugerahkan sifat taqwa agar ditempatkan bersama para anbiaya di akhirat kelak" AMIN...

Raya Di Perantauan

|

Kali pertama beraya diperantauan. Kadang-kadang tersenyum sendirian. Betul ke apa yang aku sedang lalui? Beraya di tempat orang. Tanpa sanak saudara. Yang ada, hanya teman-teman seperjuangan.

sesi mengemas rumah

Walaupun tidak banyak bezanya, namun terasa kesunyian beraya tanpa ibu bapa tercinta. Kalau sebelum ni, di pagi raya ibu bapa menjadi sasaran utama. Kudakap, kukucup, kucium, kupeluk seerat mungkin, memohon kemaafan dan keampunan. Memohon restu keduanya agar hidup sentiasa dalam keredaan.

cusuk satey sebelum dibakar

Namun kali ni semua itu berlegar-legar di minda. Walaupun aku baru meninggalkan Malaysia kira-kira 2minggu yang lalu, namun kerinduan pada kampung halaman amat terasa.


bakar satey dalam kegelapan & kesejukan


Hajat nak call pagi raya, tetapi almaklum lah pagi raya. Line betul-betul busy. Guna lowratevoip (internet) pun tak boleh. Nak guna call direct pakai no Jordan mahal pulak. Kredit ada JD1 lebih je. Takkan nak call cakap seminit dua je. Tak berbaloi...

rombongan menuju ke masjid


Lepas selesai solat terus menuju ke kedai talifon. Tapi malangnya kedai belum buka. Dengan perasaan hampa, aku melangkah kaki kembali ke rumah. Mungkin sahabat-sahabat dah ramai bertandang ke rumah. Mau taknya, jalan pulang dari masjid akan jumpa rumah kami (bait malizi) dahulu.


mee sup di rumah bait dimasq


Juadah yang disepakati oleh ahlil bait untuk hidangan hari raya tak la banyak. Sekadar nasi himpit, lontong, satey kerbau dan sedikit kuih muih. Ternyata setibanya di rumah, agak ramai sahabat-sahabat sedang menikmati hidangan beserta gelak tawa keriangan.

Selesai solat zohor aku mencuba nasib terus menuju ke kedai talifon. Alhamdulillah ada rezeki. Orang pun tak ramai waktu itu. Jadi aku dapat tempat dalam bilik. Privacy sikit. Guna phone kedai mudah sikit. Suara tak sekat-sekat macam guna internet. Harga pun murahn je. 3 qurusy seminit. Lebih kurang 15sen duit Malaysia.


bersama sahabat-sahabat seperjuangan(housemate)(amir hafizi menghilang)

Namun malangnya line Malaysia masih busy. Banyak kali try baru dapat. Family dekat rumah atuk waktu tu. Ramai yang ada disitu ketika katanya. Mak long, pakcik, makjang, senang cite semua adik beradik mak berkumpul di rumah atuk petang tu(waktu Malaysia). Lama jugak berbual dengan mak, ayah, makjang dan yang lain-lain.

akhawat malaysia yang turut beraya di perantauan


Sebelum akhir perbualan dengan mak dan ayah, aku memohon jutaan kemaafan dan restu agar permusafiranku untuk menuntut ilmu diberkati dan mendapat reda keduanya. Sekali lagi air mata jantanku mengalir. Cuba untuk menahan tetapi tak mampu jua. Ia tetap mengalir.

Melihat jam tangan masih awal (waktu Malaysia dalam 6.20petang), mengambil kesempatan yang ada untuk menghubungi beberapa orang sahabat di Malaysia, mak angkat(bakti hufaz) dan sahabat-sahabat semasa di Tahfiz ABADA dahulu.

Kesedihan beraya di perantauan terasa terubat bila mendengar suara-suara mereka semua. Dahulu selalu bersama. Namun itulah adat dunia. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jika tak kerana ilmu, mungkin kerana kematian.

"semoga Allah panjangkan umur kita semua agar dapat mengumpul sebanyak mungkin bekalan sebeum bertemu denganNYA nanti. Semoga ramadhan yang telah lalu membawa sinar dalam hidup kita" aminnnnn........

Ramadhan Sudah Pergi

|

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5383677979851891426" />

Bekas Pelajar Darul Quran

Pejam celik pejam celik genap sebulan umat Islam berpuasa di bulan yang yang mulia iaitu bulan Ramadhan al-mubarak. Bulan yang terkandung berbagai-bagai kelebihan yang dijanjikan kepada hambaNya yang bertaqwa.


Apabila disebut kelebihan tidak seorang pun manusia yang menggelengkan kepala untuk tidak mendapatkannya. Lebih-lebih lagi bulan ramadhan yang penuh dengan kemuliaan.

Antara kelebihan yang dianugerahkan kepada hambaNya ialah:
1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.
2. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
3. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
4. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu(Allah), Aku(Allah) balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku(Allah).
5. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

Ini merupakan sedikit sahaja kelebihan yang boleh disebutkan untuk membuktikan rahimnya Allah untuk hambaNya. Walaupun demikian masih ramai lagi hamba-hamba yang doif ini dengan bangganya melanggar syariatNya.

Apa pun ramadhan sudah meninggalkan kita. Andai tahun depan dipanjangkan umur, boleh lah kita bertemu lagi dengannya dan mengumpul sebanyak mungkin amal kebajikan. Tetapi andai sebaliknya, matilah kita dalam kerugian yang amat besar.

Mudah-mudahan ramadhan kali ini menjadkan kita hamba yang benar-benar bertaqwa kepadanya.

Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa- albaqarah 197


Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)-hujurat 13

Berperang Dengan Emosi

|

Sudah hampir dua minggu aku di padang sahara ini. Bermula 4hb September aku meninggalkan Malaysia bersama seorang sahabat tercinta Mohd Khairi Bin Abu Yamin. Diiringi kaum keluarga dan sebilangan sahabat yang sanggup untuk menyambut permusafiranku.

Dengan menaiki pesawat yang agak sederhana dari Kuwait Airways mungkin boleh menjimatkan sedikit nilai tambang berbanding dengan pesawat lain.

Bukan nak tunjuk pandai dengan tidak bersama-sama menaiki flight yang dicari oleh Smutem. Namun kesempitan wang memaksa diri untuk aku berbuat begitu.

Kalau dilihat dari zahir, semua melihat yang aku seorang yang berada. Dekat DQ bermula dengan "van perjuangan" lebih kurang setaun lebih bermula bulan Oktober 2007 hingga Raya Cina 2009.

Itupun kerana sedikit kecuaian diri ini menyebabkan van kesayangan terlibat dalam kemalangan.

Kemudian aku membawa Proton Wira untuk memberi sedikit sumbangan kepada smutem. Sahabat yang menilai dari sudut zahirnya berkata "mewahnya anta. Sekejap tukar kete lain". Namun hati ini sape yang tahu. Penuh dengan kekusutan memikirkan masalah kewangan.

Yang banyak duit itu bukan aku. Ada orang kata "anak bapak". Itu semua hartanya. Aku tidak punya apa-apa harta. Mungkin kerana usia yang sudah meningkat membuatkan aku segan untuk meminta wang dari poket ayahku.

Kalau orang lain boleh menabung dengan pemberian ayah RM100,RM200,RM300 sebulan atau lebih, tapi aku terpaksa melihat dari pelbagai sudut untuk memecahkan wang RM10 menjadi RM100.

Bermula akhir semester4 di DQ sehingga akhir pengajian, amat jarang sekali aku meminta wang dari ayahku. Meningkatnya umur ini memaksa aku untuk cuba berdikari dan tidak mengharapkan orang lain.

Bermula dengan perniagaan membekalkan jaket hitam yang diambil alih perniagaan itu selepas adik dziaulhaq yang kini berada di UIA PJ. Pernah juga mencari rezki dengan menjual hotdoq besama rakan seperjuangan yang dianggap sebagai abg iaitu Ihsan Fadli.

Namun kehendak Allah tidak membenarkan kami meneruskan perniagaan tersebut. Disibukkan diri ini dengan gerak kerja dakwah yang tidak putus-putus bertandang.

Semua itu menjadi memori silam buat diri ini. Hari ini aku bergelut dengan kewangan lagi. Terima kasihyang tidak terhingga buat Ustaz Najib Ali (guru tasmikku dari semester1-3) kerana mengurangkan beban dengan sedikit sumbangan untuk aku membayar tiket tambang untuk ke bumi Mu'tah.

Janjiku pada ayah untuk tidak menyusahkannya dengan kewangan seolah-olah tidak tertunai.Maafkanku ayah...

Bila lihat akaun bank sahabat-sahabat yang dengan jumlah wang yang begitu banyak, wajah ayahanda tercinta mula hadir. Pinjaman wang dari Yayasan Kedah yang entah bila masuk membuatkan diriku kebingungan.

Dengar kata semester dua baru dapat. Begitu juga dengan zakat Kedah yang akan dapat semasa semester dua membuatkan aku serba salah. Bagaimana nak meneruskan hidup selama satu semester dengan baki wang yang hanya tinggal beberapa sahaja selepas membayar yuran subjek.

Selepas ini nak masuk rumah baru, juga memerlukan kewangan yang banyak. Carpet, tilam, perkakas dapur dan sebagainya. Kadang-kadang ada jugak suara-suara yang kata aku ni kedekut, terlalu berjimat dan sebagainya.

Bila aku mendengarnya, aku tidak mampu mengungkapkan kata-kata melainkan hanya mampu tersenyum dan menelan perasaan. Surat-surat sponsor yang tidak berjawab juga membuatkan fikiranku runsing.

Seminggu selepas aku disini,kakakku mengkhabarkan yang ayah berkerja semula untuk menyara pengajianku. Air mata mula berlinangan mendengar kata-kata tersebut. Mana taknya sudah berpuluh taun bekerja. Sudah 2tahun bersara, tetapi kini aku merampas waktu rehatnya.

Memang pada awalnya ayahku sudah menghalangku kesini. Bukan tidak suka aku menyambung pengajian disini. Ayah mana yang tidak gembira bila mana anaknya masih mempunyai semangat untuk berjaya.

Namun memikirkan kewangan dia agak berat untuk melepaskan aku kesini. Adik-adik masih berbaki empat orang dibawahku. Juga memerlukan wang untuk belajar. Memikirkan masa depan aku tetap untuk kesini dengan berjanji tidak makan menyusahkannya.

Namun hari ini, janji hanya tinggal janji. Maafkanku ayah... Doakan anakanda pulang dengan segulung kejayaan bukan kegagalan...

 

©2009 jangan lupa siapa kita... | Template Blue by TNB