Membina Keluarga

>> 21 September 2011

Bila dihitung sudah ermpat bulan lebih aku tidak mencoret di laman ini. Hendak kata sibuk, tidaklah sangat. Mungkin jawapan yang paling benar ialah diri sendiri yang malas untuk menulis. Selama ermpat bulan yang berlalu pelbagai ujian dan cubaan yang datang mendamping diri. Bermula dengan masalah passport yang tamat tempoh, masalah pegawai pejabat agama yang tidak mahu mengeluarkan borang nikah tanpa pengantin dah sebagainya. Segalanya dilalui dengan penuh kesabaran.

Kini aku sudah bertukar status. Dari bujang kepada berkahwin. Sedikit sebanyak perlu berfikir lebih jauh. Kalau sebelum ini hendak bershopping itu dan ini tidak perlu berfikir banyak. Teruskan sahaja hasrat tersebut. Namun kini terpaksa berfikir dua tiga kali dan mungkin empat dan lima kali. Kalau hendak beli barang yang bukan keperluan perlu difikir juga nafkah untuk isteri adakah sudah tertunai atau belum. Kalau belum perlu abaikan dahulu. 

Sememangnya hidup di alam perkahwinan sememangnya banyak perbezaan dengan alam bujang. Segalanya berubah sekelip mata. Dulu hanya punya seorang ibu dan seorang ayah. Kini sudah bertambah menjadi dua ibu dan dua bapa. Kesemuanya perlu diambil perhatian. Bergilir-gilir bermalam dirumah ibu bapa dan ibu bapa mertua itu sudah semestinya. Agar mereka tidak rasa kehilangan anak dan isteri tidak rasa kehilangan ibu bapa.

Semasa di rumahku, aku selalu bertanya kepada isteri, "sudah call mak ke belum?" kalau sudah alhamdulillah. Perlu juga ingatkan isteri agar dia tidak melupai keluarga setelah mendapat keluarga baru. Itu suatu yang tidak sepatutnya berlaku pada mereka. Juga kepada lelaki agar tidak meluapai keluarga andai hidup di rumah mertua. Kerana ia sudah berlaku di masa kini. Ia perlu dibendung agar tidak berterusan.

Hakikat dan matlamat perkahwinan itu sendiri ialah menambah keluarga, bukan mengurangkan keluarga yang ada. Matlamat dan tujuan perkahwinan itu perlu dinilai dan dihayati sentiasa agar perkahwinan yang dilalui tidak tersasar dan membawa kepada perpecahan di masa akan datang. 

BEBAN DAN SENYUMAN

Ada orang menganggap perkahwinan itu sebagai suatu beban keatas dirinya. Ini adalah kerana dia sendiri tidak menghayati dan mengemudi kapalnya dengan baik. Ada orang terasa bahagia dan sentiasa tersenyum setelah berkahwin. Tidak dinafikan ada juga sedikit bebanan yang akan dirasai oleh orang yang berkahwin. Bebanan yang paling jelas ialah dari segi nafkah zahir. Itu yang sentiasa membelenggu remaja-remaja sehingga ada yang membujang hingga lanjut usia. Kita menti meyakini dengan janji Allah yang bermaksud:

"dan orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan orang-orang
yang layak menikah dari hamba-hambamu yang laki-laki dan perempuan.
jika mereka miskin allah akan memberi kemampuan kepada mereka
dengan kurnianya. dan allah maha luas pemberiannya dan maha 
mengetahui" an-nur: 32

Itulah janji allah pada hambanya. Hanya kita sahaja yang tidak mampu untuk meyakini janji tersebut. Dalam ayat yang lain allah berfifman bahawasanya Dia tidak akan menyalahi janjinya. Bagi mereka yang sudah berkahwin pasti dapat merasai sendiri keajaiban yang berlaku. Ada yang mudah mendapat kerja, masalah-masalah yang ada dapat diselesaikan dengan mudah, dan segala keajaiban yang berlaku itulah merupakan kurnia yang allah janjikan.

Bebanan yang kita rasai adalah kerana kita selalu bersangka buruk dengan allah dan tidak meyakini janjinya. Ubahlah diri kita untuk menjadi hamba yang beriman dengan kitab allah secara menyeluruh. Jangan diambil ianya separuh-separuh agar kita terhindar dari menjadi hamba yang dimurkainya. Beban juga akan dirasai jika kita sentiasa menyusahkan perkahwinan yang sebenarnya sangat muda jika dilakukan menurut syariat yang diturunkan. 

Semoga allah merahmati mereka-mereka yang berusaha menyempurnakan syariat dan melawan hawa nafsu syaitan. 

"selamat pengantin baru buat semua sahabat-sahabat yang sudah menamatkan zaman bujang. Sentiasalah berusaha menjadikan keluarga kita keluarga yang dirahmati dan diredai allah. Didiklah isteri menjadi ketua bidadari. Jangan dimanjai mereka dengan segala yang menyalahi syariat. Bertegaslah dalam perkara agama agar kita menjadi suami yang sentiasa dikagumu allah insyallah..."

Dar luqhatan
Mutah karak, Jordan
6.20pm
 

0 comments:

Catat Komen

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP