Tiada Setarafmu

>> 17 Mei 2011

Semalam kita sedia maklum 16mei. Semua orang makruf 16mei ialah hari guru. Hari yang dikhususkan untuk meraikan pengorbanan semua pendidik sama asa seorang ustaz, uztazah, guru, cikgu, pensyarah, semuanya memainkan peranan yang sama. Mendidik manusia agar menjadi manusia. Menabur segala ilmu yang ada di dada tanpa tersimpan walau sedikit. Itulah pengorbanan mereka yang tidak terhingga. 

Namun ada yang salah faham falam perkara ini. Menggariskan orang yang bergelar guru dan yang sewaktu dengannya sahaja yang layak diraikan pada hari tersebut. Mereka lupa akan pengorbanan kedua ibu bapa mereka sejak kecil yang siang malam mengakar mereka erti kehidupan. Mengajar cara menyebut dengan betul. Mengenal setiap nama yang berada di sekeliling khususnya dan segala yang berada di muka bumi amnya. Itulah yang selayak dan yang teruatamanya diraikan.

Teringat sewaktu kecil-kecil dahulu. Seawal usia 4tahun sudah diajar mengenal huruf al-Quran secara berjadual. Setiap lepas maghrib kedengaran di setiap rumah di kampung-kampung kanak-kanak belajar al-Quran. Kalau sebelum umur tersebut hanya diajar secara "suka-suka". Dengan erti kata yang lain nak baca silakan taknak baca pun tiada azab yang akan diberikan. Namun suasana seprti itu mungkin boleh dikatakan sudah lupus. 

Masyarakat susah tidak memandang penting lagi untuk menjadikan anak-anak mereka celik al-Quran. Terjadilah pada hari ini anak-anak memasang kaset di hari kematian ayah dan bonda tercinta. Amat malang jika ini yang berlaku pada kita. Na'uzubillah min zalik. Minta dijauhi dari perkara tersebut.

Seawal usia 4tahun ibulah yang bersungguh-sungguh mengajarku mengenal huruf al-Quran. meningkat umur 5tahun paha kiri dan kanan tidak sah seandainya tidak ada kesan lebab hasil cubitan manja yang dikurnikan ibu untuk anaknya yang sentiasa "tiada salah" dalam bacaan. Setengah jam sebelum maghrib mesti sudah berada di dalam rumah. Siapkan diri untuk solat. Baca al-Quran sehingga masuk waktu isyak. Kadang-kadang lebih mengikut tahap bacaan. Tali pinggang dan penyangkut baju juga tidak pernah renggang dengannya. Kadang-kadang sifat nakalku dan kakak menyembunyikan tali pinggang dan apa yang ada sebagai senjata ibu dari mengelak dari menerima hukuman. Namun dia hidup lebih lama dari kami. Setiap sudut rumah semua dalam gengagannya. Pasti akan dijumpai barang tersebut.

Tarbiah yang cukup baik dan anugerah cemerlang aku kurniakan padanya. Sememangnya cara sebegitu lebih berkesan dari mermanja-manja dengan anak-anak kecil. Genap usia 6tahun muqadam dikhatamkan dengan baik. Segala ayat dapat dibaca dengan baik. Usia semakin meningkat. Seepas tamat muqadam ibu menyerahkan kami sekeluarga(bermula dari akak yang sulung sehingga aku no6) semuanya diserahkan kepada guru yang dirasakannya lebih sesuai untuk mengajar al-Quran. Kakak yang no1 dan no2 dihantar ke ust Ibrarhim manakala no3 sehingga terakhir no10 semuanya dihantar kepada mak jang. Alhamdulillah majoriti semua dapat khatamkan al-Quran dikala umur menjangkau 8tahun.

Meneruskan pengajian diperingkat sekolah rendah di sekolah kebangsaan lanai, Mahad Tahfiz Abada(tahfiz imam muda Hizbu), Tahfiz Darul Naim(Kelantan), Sekolah menengah agama Tarbiah Diniah Kulim, Sekolah Menegah Mahsyuri(persendirian) Kulim, Darul Quran JAKIM, dan sekarang aku sudah berada di Jordan. 

Semua ini adalah dengan berkat didikan yang diberikan oleh guru-guruku yang sememangnya tidak termampu buat diri ini untuk membalasnya. Hanya aku mampu mendoakan kebahagian hidup kalian di dunia dan akhirat dan SYURGA lah sebaik-baik balasan yang tiada yang lebih nikmat darinya.

Ucapan jutaan terima kasih buat ibu bapa tercinta kerana kamulah GURUKU yang paling bernilai dan paling banyak berkorban buat diri ini. Semoga allah menjadikan ibu bapaku dan meletakkan mereka bersama para anbiak di syurga sana. Amin...

"selamat hari guru buat semua pendidik yang mendidik manusia menjadi manusia"


0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP