Bila Bahasa Disalah Tafsirkan

>> 26 Mac 2011

Penat seminggu berprogram masih terasa. Kepala ini terasa pening setelah beberapa hari. Pening yang datang secara tiba-tiba dan entah apa puncanya. Terfikir sejenak barangkali pejing iji ada kaitannya dengan kari kepala kambing seminggu yang lepas. Seusai solat subuh berehat seketika dengan kalam-kalam suci yang diturunlan kepada nabi Muhammad s.a.w.. Itu adalah wajib kerana nabi pernah bersabda bahawa tidur selepas subuh menjadikan rezki kita menjadi mahal. Seusai membaca kalam-kalam suci melihat dan memperhati seketika kalau-kalau ada email atau apa-apa yang baru menerjah email mahupun FB. Mungkin ada yang dapay dukongsikan bersama.

Banyak pulak email masuk pagi ni setelah 5jam berehat keletihan. Ada yang dari yahoo group dana ada dari sahabat-sahabat. Teringat semalam ketika program, ada mini klinik dari pelajar-pelajar medic JUST. Kata sahabat saya selepas men"cek" diri ini, "blood presure awak 109/80, kurang sikit je. Biasanya normal 110-130/150. Tapi masih ok insyaallah. Nadi 70/minit dan jenis darah B positif" syukur masih dikekalkan nikmat kesihatan.

Terbaca satu email dari seorang sahabat. Membaca berulang kali, takut-takut diri ini salah memahami dan tersasar mentafsir. Namun setelah meneliti, fikiranku dan riak wajahku sedikit berubah. Dahi dikerutkan demi cuba mengimbau kembali apa yang pernah kuperkatakan. Rasanya tiada silap dalam berbahasa dan ayat ayang dilafazkan juga tiada negatifnya. Namun aku akur dengan email tersebut. Cuba bermuhasabah diri untuk terus berhati-hati dalam menyusun kata.

Maafkan diri ini wahai teman. Tiada yang kurang senang pada diriku melainkan dirimu sentiasa menjadikan diri ini sentiasa bahagia medepani liku-liku kehidupan. Terima kasih kerana menerimaku sebagai teman hidupmu. Semoga ikatan suci ini kekal selamanya...

Kita akan bertemu lagi setelah dirimu memaafkanku. Maafkan diri ini wahai temanku. Aku sentiasa merinduimu.

Read more...

Adab Makan

>> 01 Mac 2011

Semalam lepas isyak dapat mesej dari member minta cari satu bab dalam kitab Ihya Ulumuddin. Kitab yang masyhur saya kira. Karangan Hujjatul Islam Imam Ghazali. Terasa tangan untuk mencapai jilid ke-2 cetakan Darul Arqam. Bila diselak muka surat kandungan, bab mula-mula sekali ialah bab makan. Terus terasa ingin tahu apa yang disusun oleh Imam Ghazali tentang makan. Mana tidaknya setiap hari kita makan tanpa mengetahui secara jelas tentang adab-adab makan yang diajar dalam Islam. 

Dalam bab makan ni Imam Ghazali pecahkan kepada 4bab. Namun pada perkongsian kali ini hanya akan disentuh satu bab sahaja. Bab 1 juga dipecahkan lagi kepada 3bahagian. Insyaallah bahagian kedua dan ketiga serta bab seterusnya akan disambung jika ada sedikit kelapangan masa dan semangat untuk menulis. Maklum sahaja lah kadang-kadang semangat untuk menulis terasa begitu jauh kebawah.

Bahagian pertama dalam bab pertama ini ialah tentang adab yang perlu didahulukan sebelum kita menikmati makanan tersebut.

1.Mestilah makanan itu adalah halal untuk dirinya sendiri iaitu bukanlah dari perkara-perkara yang diharamkan seperti daging khinzir dan sebagainya, baik dari sudut sumber kita memperolehinya dan selaras dengan sunnah dan wara' yang digariskan dalan Islam. Terhindar dari perkara-perkara yang makruh dan sebagainya. Seperti firman allah  
يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل
"wahai orang yang beriman, jangan lah kamu makan harta diantara kamu dengan cara yang batil" Nisa:29

2. Membersihkan tangan sebelum makan. Ini adalah kerana terdapat hadis yang berbunyi
"wudu' sebelum makan menghindarkan diri dari kefakiran dan berwudu' selepasnya dapat melepasi sifat tidak siuman" Abu Daud : 4/136

3. Meletakkan alas dibawah makanan yang terletak di bawah dan perbuatan ini lebih dekat dengan perbuatan Rasul s.a.w. dan ini lebih dekat kepada tawadu'.

4. Berniat dengan makan itu dapat menambah kekuatan untuk mentaati Allah s.w.t.. Tidak berniat hanya untuk menikmati nikmat makan semata-mata. Seterusnya berhenti makan sebelum kenyang. Sesiapa yang melakukannya nescaya ia tidak berhajat kepada doktor.

5. Meredai dengan apa yang terhidang dan tidak berusaha mencari makanan lain yang lebih nikmat serta meminta untuk ditambah lebih dari itu.

6. Berusaha untuk makan secara beramai-ramai sama ada dengan ahli keluarga mahupun anak-anak. sabda nabi s.a.w. "jangan kamu makan berseorangan"

Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberi sedikit gambaran tentang adab-adab dalam kita menikmati makanan seharian. Insyaallah akan disambung bab seterusnya pada masa akan datang.

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP