Indahnya Bersama al-Muqarrabin

>> 27 Mei 2009

Seperti yang di rancang, minggu ni 15-17 Mei Ridzuan mengajakku pergi ke rumahnya yang terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu untuk membawa sheikh Toha. Seoarang pensyarah arab yang berasal dari Iraq. Dia meminta tolongku kerana aku membawa kereta ke Darul Quran bagi memudahkan urusan SMUTEM DQ. Jadi peluang hujung minggu digunakan untuk pulang ke rumahnya bagi tujuan rawatan susulan kakaknya yang kena buatan orang sejak 9tahun dahulu. Kesian bila tengok. Namun apa yang boleh buat. Sekadar yang termampu dengan memberi sumbangan berbentuk membawa sheikh. Kami pergi berempat termasuk cik karim (rahim nama sebenar)

Bukan cerita kakaknya yang igin dirakamkan. Tetapi seorang insan yang banyak mengajar aku erti hidup sebagai seorang hamba. Dia (sheikh) mula berkhidmat di Darul Quran pada awal tahun kalau tak menjadi kesalahan. Maklum lah aku tidak pernah mendekatinya semasa dia mula-mula sampai di DQ. Kali pertama aku bersamanya ketika sama-sama surfing internet jam 2pagi di surau pentadbiran. Itupun tidak bertegur sapa. Masing-masing hanya melontarkan senyuman.

Bukan aku sombong dan tidak menghormatinya sebagai seorang pendidik yang baru disini. Namun kekuranganku dalam menguaisai bahasa arab membuatkan aku segan untuk memulakan perbualan dengannya. Mungkin sudah menjadi kebiasaannya mendengar bacaan al-Quran apabila laptop hidup. Dalam kesunyian pagi, kami dinaungi oleh alunan ayat suci al-Quran yang muncul dari laptopnya. Tidak ketinggalan juga ditemani oleh beberapa ekor makhluk halus yang tidak henti-henti mencari siapakah gerangan mangsa yang seterusnya.

Apabila aku merasakan darahku diisap oleh makhluk kalus tersebut, tindakan refleks berlaku menyebabkan dengan pantas tanganku terbang untuk membunuh makhluk tersebut. “hei”…..terdengar bunyi orang memarahi perbuatanku tersebut. “bla2 bla2 bla2”. Suara sheikh sebenarnya. Apa salahku? Mafhum tegurannya yang dapat aku simpulkan ialah dia mengatakan tidak baik jika kita membuat bising sedang al-Quran sedang dialunkan. “biar betul pak arab ni. Takkan nak tampar nyamuk pun tak boleh”. Bisik hati kotorku. Tetapi memang tidak dinafikan tidak ramai yang rapat dengannya. Sebab segan,tak pandai berbahasa arab, memang tak suka, hanya Allah yang mengetahui kenapa ianya berlaku.

Sejak kejadian itu aku menjadi kurang senang bila melihatnya. Aku akan cuba menjauhkan diri bila bertembung dengannya. Berdosakah aku? Dengan gerak kerja smutem yang masih lagi tidak berapa sibuk diperingkat awal membuatkan aku mempunyai masa lapang yang boleh dikatakan tidak terisi dengan perkara yang sewajibnya aku lakukan. Sedangkan pada masa tersebut seorang sahabat smutemku yang agak rapat dengan sheikh.

Satu hari aku terfikir, kenapa aku tak cuba rapat dengan sheikh. Sekurang-kurangnya aku dapat kuasai bahasa arab. Kalau tak banyak pun, dua tiga patah pun dapat jugak. Jadi aku mengambil keputusan untuk cuba mendekatinya dengan dibantu oleh sahabatku membawaku berjumpa dengan sheikh. Sejak itu aku sering bersamanya dan sentiasa mendapat bimbinga, nasihat dan teguran dalam meniti erus kehidupan yang dipenuhi dengan tipu daya syaitan laknatullah.

Itu sedikit pengenalan tentang sejarah perkenalan kami. Berbalik kepada cerita, keadaan fizikalku yang begitu penat sejak 2 3 hari ni kerana asyik berulang-alik ke putrajaya, Shah Alam, dan banyak lagi destinasi yang jarak perjalanan yang agak jauh menyebabkan kudratku begitu lemah. Maklum lah Ridzuan dan karim tidak mempunyai lessen memandu. Nak tak nak terpaksa memandu seorang diri. Tepat jam 1pagi kami memulakan perjalanan. Ntah berapa kali aku berenti tidur memang tak terkira. Drive setengah jam, berhenti tido 2jam. Memang penat sangat hanya Allah yang tahu. Perjalan yang hanya 5 ½ jam telah mengambil masa 10jam untuk kami sampai ke KT.

Tiba di hentian temerloh, tepat masuk waktu subuh. Aku mengarahkan mereka untuk pergi menunaikan solat sedang aku mengambil sedikit masa untuk tidur. Memang penat sangat. Tak bermaya rasanya untuk aku bangun untuk mendirikan solat bersama mereka. Selesai mereka solat, barulah aku memaksa diri untuk pergi solat. Setelah kembali dan menghidupkan enjin kereta untuk meneruskan perjalanan, “Muhammad”. Namaku dipanggil oleh sheikh yang sentiasa berada di sebelahku kemana sahaja kami pergi. “limaza la tusolli ma’ana? You know sahabat?”. tegunya dengan nada yang agak keras...

sambung nanti...

Read more...

>> 19 Mei 2009

Read more...

Kuasa Allah VS Kezaliman & Kejahilan Manusia

>> 13 Mei 2009

Hari kedua aku di Sabah. Nak ke mana hari ni ye. Tiada tempat yang terlintas untuk aku ziarah. “mad, kita pegi Pulau Malukan je la hari ni ye. Pukul10 kita gerak. Pastu kita pi Karmbunai”. Kakakku hantar mesej pagi tu. Dalam 10minit dari UMS, kami tiba di jeti Pulau malukan. Tiket asal nak ke pulau rm18.tapi kalau ada kad student rm15 je. Tapi kata kakakku kalau datang ramai-ramai rm10 pun dapat. Yang zalimnya sabah (korang nilai la samada rakyat atau pemerintahnya), tadi tu untuk tiket boat. Tiba-tiba ada lagi satu tiket. “ni tiket apa plak”. Soalku kepada kakaku setelah kami berlalu dari kaunter. “ni tiket tax, nanti dah sampai pulau pun kena bayar lagi”. Jelasnya ringkas.

Biar betul kan. Maksudnya untuk naik boat kena bayar, nak atas laut kena bayar cukai, dah sampai pulau nak jalan-jalan dekat pulau pun kena bayar. Gila apa. Nak kata aku ni kuat jalan tak de la sangat. Tapi setakat aku penah pergi Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian just bayar untuk tiket boat je. Zalimnya manusia mengaut keuntungan. Kalau di semenanjung, rakyat tertekan dengan tol. Tambah-tambah bagi mereka yang tinggal di ibu Negara. Sikit-sikit tol, parking dan sebagainya. Semuanya berbayar. Tapi lain pulak yang berlaku ni borneo ni. Asyik cukai je. Hari ketiga akak membawaku pergi ke Poring Hot Spring yang terletak di Ranau. Dengan menyewa kereta kancil dengan harga RM60 untuk sehari. Kami berkongsi 5orang bersama kawannya yang berasal daripada negeri Serambi Mekah. Perjalanan yang jaraknya 128KM itu mengambil masa hampir 3jam kerana terpaksa merentasi bukit-bukit.

Dengan pengalaman yang ada memandu dari Ulu Yam melalui Batu Caves memudahkan perjalanan memandu di jalan berbukit. Apa yang dinyatakan disini segala permandangan dan keindahan alam yang diciptakan oleh Allah tak dapat untuk ditafsirkan. Syukur yang tidak terhingga dan tak terungkap bila memikirkan dilahirkan dalam keadaan dianugerahkan IMAN dan ISLAM jika nak dibandingkan dengan segolongan manusia yang masih lagi mencari panduan dalam kehidupan. Rasa sedih dan simpati bila terkenangkan masyarakat di Sabah yang mana boleh dikatakan kebanyakannya agak jauh dari hidayah Allah s.w.t.

Bukan nak menghukum atau sebagainya. Malam kedua tatkala keluar untuk menikmati ikan bakar, baru saja berhenti moto di hadapan kedai makan yang terletak berhampiran Pasar Philipine, beberapa orang budak-budak yang kudapat rasakan umurnya bawah 12tahun. “nombor, nombor, nombor, nombor”. Beberapa kali diulangi untuk mencari pelanggan. Nombor apa? Apa lagi kalau bukan nombor ekor. Dijual seperti ais krim. Tapi ISLAM kah budak itu. Khabarnya di sabah, bagi perempuan seandainya tidak pakai tudung agak sukar untuk dikenali sama ada ISLAM atau tidak. Sebabnya andai dinilai pada nama lebih kurang nama bukan ISLAM. Golongan yang memakai tudung juga seperi boleh dikira. Ntah la apa nak jadi. Entah bagaimana golongan agama di sini untuk berhadapan dengan mereka.

Itu kisah masyarakat. Berbalik kepada tajuk, masyarakat tidak akan terbela seandainya Negara kita masih lagi tidak mahu mengikut apa yang ISLAM tetapkan. Jika dikenang kisah di zaman khalifah, rakyat dijaga dengan sebaik mungkin. Cukai tidak dikenakan bahkan mengagihkan pendapatan Negara kepada rakyat. Rakyat hidup terbela. Tapi MALAYSIA apa dah jadi. Sikit-sikit cukai. Andai kata ALLAH menghendaki setiap hembusan nafas kita perlu dibayar dengan kadar 0.001sen bagi setiap sedutan. Terbayarkah kita? Rahmannya ALLAH kan. Semua makhluk diberi nafas untuk hidup tanpa sebarang bayaran. Walaupun demikian masih ada di kalangan hambanya yang masih lagi ingin menolak hukum ALLAH. Segala perintah ALLAH kalau boleh semuanya nak disangkal.

Siapakah kita yang masih angkuh tidak mahu mengikut dan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Hebatkah kita.? Sejauh mana suruhannya hendak ditinggalkan. Sanggupkah kita menahan api nerakanya di akhirat kelak. Sebelum kita dijilat api neraka, cukuplah hanya dengan merasai api di dunia yang tidak sampai 0.00000001% berbanding dengan api akhirat yang mana dikhabarkan diambil sedikit api akhirat dan direndam selama 7kali sebelum dihantar kedunia. Itu pun tiada siapa yang sanggup menghadapinya. Oleh yang demikian sama-samalah kita berusaha agar menjadi hambanya yang benar-benar bertaqwa. Semoga ALLAH mengampunkan dosa penulis sama ada yang telah lalu mahupun yang akan datang. AMIN………….

Read more...

“Sabahat karibku” (2)

>> 12 Mei 2009

Aku sering berdoa agar dipanjangkan jodohnya. “nape bleh jadi macam tu?”. Tanyaku bagi mendapatkan kepastian apakah punca sebenar yang menyebabkan perkara yang tak enak didengar itu berlaku. Tiada siapa yang inginkan perpisahan dalam ikatan pertunangan sebelum berlangsung hari yang dihalalkan antara dua insan. (macam ayat tesis aku je). Hehe. Namun ianya tetap berlaku tanpa di diduga. “dia ada orang lain di belakang ana” jelasnya… Katanya cerita itu dia dapat dari sahabat-sahabatnya yang sama-sama menunutut dengan tunangnya. Tetapi sahihkah cerita yang dia dapat tu. Setahuku, tunangnya boleh dikategorikan dalam golongan yang thiqah.

Kadang-kadang aku kurang bersetuju dengan maklumat yang diterima oleh orang ketiga. Kadang-kadang golongan ini yang menjadi dalang. Bukan nak menghukum. Tapi bukan semua begitu. Aku lebih senang siasat sendiri. Setelah dua hari berlalu (8/5/09) dalam perjalanan nak ke wisma putra, mesej darinya muncul lagi. “Us rasa ana zalim sangat tak buat dia macam tu? Bila dengar dari dia sendiri, dia cakap orang yang sampaikan maklumat tu tak tahu dan tak faham keadaan dia yang sebenar... ana bingung la us.. tapi jauh dalam sudut hati ana, ana tak nak kehilangan dia..” luahnya dalam keadaan kesal.

Itu lah yang aku terangkan tadi, kadang-kadang orang yang tak tahu keadaan sebenar cuba nak merosakkan hubungan antara dua hati yang telah mengikat mengikut hukum yang ditetapkan oleh syara’. Aku boleh berkata begitu, kerana aku jugak tidak terlepas daripada menjadi mangsa golongan seperti ini suatu ketika duhulu. Namun segalanya telah kulupakan. Tak guna nak ingat perkara yang dah lepas. Cukup sekadar menjadi pengajaran dalam menuskan hidup. Anggap sahaja ianya ujian dan juga tarbiah yang diberikan olehNYA kepada hambaNYA yang terpilih. Jadi bagaimana sekarang.

Soalnya sekarang siapa yang bersalah dalam hal ni. Dah jadi macam ni, yang jadi mangsa, tentulah dua hati ini. Orang ketiga? Malas nak bercakap. Kalau dia bagi maklumat yang sahih alahamdulillah. Tapi kalau salah… biar Allah yang tentukan segalanya. Keputusannya sekarang????? Ana masih menunggu jawapan dari dia. Katanya masih memohon petunjuk Allah samada nak rujuk semula atau sebaginya(macam orang bercerai la pulak). Bukankah ada hadis yang mengatakan “bukan di kalangan umatku mereka yang memutuskan silaturahim”. Nak tahu kutusan tunggu la ye…. “Innallaha ma’as sobiriiin”. Allah bersama orang yang sabar…. Tapi kita sebagai umat Islam yang cintakan kedamaian, sama-samalah kita doakan sahabat ana, semoga ikatan pertunangannya disambung semula dan mendapat kebahagiaan suatu hari nanti bersama tunangnya itu. Amin…………………………
2 B continue…

Read more...

Hebatnya Solat Dhuha

Dengan gerak kerja yang banyak, aku terpaksa meninggalkan sahabat2 smutemku untuk menyiapkannya. Sedangkan aku pergi bermusafir untuk beberapa hari. Patutkah aku berbuat demikian?? Tetapi memandangkan tiket penerbanganku dah lama dibelikan oleh kakakku yang berada di Putrajaya, terpaksa aku tinggalkan mereka.

Melihat tiket air asia yang mana first time aku akan naik. Katanya seperti berada di atas bas metro tanjung malim-rawang (sempit dari segi jarak dengan kerusi depan). Ntah la. Semalam selepas Jumaat aku terus gerak dari masjid Bandar Baru Batang Kali bersama pengarah smutem dq yang mana aku kagumi dengan gerak kerjanya semakin cepat. Mungkin hasil pentarbiahan dari Penolong Pengarah Unit Alumi DQ USTAZ SYA’BANI yang sering melontarkan provokasi kepada kami di atas gerak kerja yang tidak cekap katanya. “kita buat kerja mesti profesianal”. Itu ayat yang sering keluar dari mulutnya jika kami bersamanya. Aku menurunkan Haikal di Station komuter Rawang, katanya hendak pergi kenduri. Kebetulan kami (pihak smutem) nak pergi cap endosment dekat wisma putra.

“kita akan sampai Putrajaya kul bape mat?” tanya we(pengarah smutem) “erm sejam je kot tak salah ana”. Jawabku… “ana nak beli hanphone ni. Yang bleh masuk mp3 quran, boleh masuk software solat, poket quran, GPS, 3G, mms, boleh send sms to many, senang cite complete la. Anta rasa perlu ke tak ana beli ye.” “erm ikut nta la. Kalau nta rasa ada duit dan perlu benda tu, nta beli la. Kalau nta rasa duit tu masih diperlukan untuk urusan lain tak perlu la. Cuba la pertimbangkan yang mana lebih penting.” Cadanganku setelah diminta pendapat. Kami membisu sepanjang perjalanan sambil mendengar ceramah ust Shamsuri yang aku copy beratus2 ceramah, ntah bila nak habis dengar.

Sampai di Wisma Putra hampir jam 3.40 petang. Wisma tutup pukul4.00. Nasib baik sempat. Sampai rumah kakakku, abang iparku yang katanya ada di rumah, ntah ke mana menghilang. “kita makan dulu lah. Lapo ni” ajak we… “erm k jugak, tepi ni ada kedai makan”. Aku makan nasi putih berlauk pe ntah RM7.00. We makan bihun sup RM5.00… Mahalnya… Mahal bagiku yang selalunya makan dengan harga sekitar 3.50-4.50… albinadak(lagu arab)…hpku berbunyi. Abang ipar call…


Seusai solat asar, aku terus bawak we ke alamanda untuk menunaikan hasratnya. “jom, kang takut lewat plak”. Sampai alamanda, kami merayau cari hp yang memenuhi ciri-ciri yang diinginkan. N82, N79, E65, macam2 model yang dkeluarkan. Setelah penat mencari…“you ambik yang ini la, baru pakai sebulan. Semua complete. I masuk semua software kasi you”. Ayat biasa yang sering digunakan oleh promoter bagi menarik minat pembeli. Gajet jenis hTC TyTN II dikeluarkan. Touch screen yang mana harganya RM1999.00 kalu beli baru

“Cane mat, tak nampak mewah sangat ke. Kang ape plak orang kata. Nanti orang kata ana makan (ambik lebih dari yang sepatutnya) duit smutem plak”. Tanya we bagi meminta kepastian. Erm ikut nta la. Kita tak mampu nak tutup semua mulut orang. Kalau kita tak buat salah, biar la orang nak cakap ape pun. Akhirnya hTC TyTN II menjadi pilihan dengan harga RM1120… “banyaknya duit dia”. Bisik hatiku. Tetapi aku tidak merasa hairan sebab selama aku bekerjasama dengan dia dalam melakukan gerak kerja smutem, tak pernah aku tengok dia tingalkan solat dhuha. Penah aku teringat satu ketika, “ana takde duit ni. Dah semakin kering”. Ye la dok smutem makan sendiri. Kebiasaannya kami masak nasi dan rebus telur je bagi menjimatkan kos. Mendengar keluhanku itu, ringkas dia jawab sambil tersenyum, “solat dhuha solat dhuha, insyaAllah murah rezki”. Aku kagum mendapat sahabat sepertinya.

Semuanya terbukti, solat dhuha murah rezki. Penah jugak ketika kami bergurau senda, ridwan aziz kata “we, che de call ana tadi. Dia kata IKBN bagi duit kat nta”. “Tengok murahnya rezki. Tanpa diminta DIA bagi”. Jawab we… memang aku tidak pernah melihat dia kehabisan wang. Ada je rezki yang datang. Aku juga penah mengalami saat seperti itu. Rezeki Allah sentiasa datang tanpa diduka bagi hamba yang taat kepadanya. Katanya kita mesti ada satu amalan yang istiqamah. Biar pun sekecil-kecil perkara katanya. Antara amalan yang aku tengok dia istiqamah antaranya manzil, solat dhuha dan nenerapa zikir yang aku pun tidak tahi untuk apa.

Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dari cerita ini. “innallaha la yukhliful mi’aad”. Allah tidah pernah memungkiri janji. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat menjadikan solat dhuha sebagai ibadah yang istiqamah. Amalan yang sedikit tetapi istiqamah lebih disukai Allah daripada amalan yang banyak tapi tak menentu. Siapa yang belum cuba, boleh amalkan. insyaAllah murah rezki. Solat dhuha yang mana boleh dilakukan setelah matahari segalah dan berakhir sebelum matahari berada tepat atas kepala. Kalau salah betulkan ye.


Lafaz niat pulak “sahaja aku sembahyang solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah ta’ala”. Mudah kan… dua rakaat bukan lama pun. Tak sampai pun 10minit. Ke cane?(trade mark smutem). Doa pulak ada doa khusus yang dianjurkan. Tapi tak kesah je kalau nak pakai doa sendiri pun.

Read more...

“Aurat Itu Indah Rupanya…”

>> 06 Mei 2009

Aurat berasal dari kalimah arab ariya (عرى) bereeti suatu yang diminta supaya ditutup, manakala aurat atau aura (عورت) atau (عورى) iaitu setiap sesuatu yang terdedah tiada tutupannya (ibnu Manzur. 1979:3164)

Pendapat kedua menyatakan auratdari kalimah aura (عورى) atau ‘awara عور)) bererti telanjang (عريان) iaitu aib atau memalukan serta tidak baik andai dibiar, kerana keadaannya buruk dan kurang sopan (Muhammad bin Abi Bakar bin Abd Qadir al-Razi 1978m1407H:249)

Mengikut pendapat lain kalimah aurat (عورة) menunjukkan suatu yang hodoh jika didedah. Andai ternampak hendaklah tunduk atau mengubah pandangan kea rah lain ( البصر غض (kerana jijik mata memandang dan buruk akibatnya (Ahmad bin Muhammad bin Ali al-Fayumi,t.tarikh:437)

Sebab itu disuruh tutup bertujuan untuk menunudukkan pandangan supaya tidak jadi keranjang dan liar serta menampakkan kaum lelaki tidak bersopan disebabkan wanita tidak menutup aurat, kerana ulama bahasa member erti al-‘awara (العور( bertelanjang. Pepeatah arab ada berkata (بدت عوراتهما والمر الرجل ) bermaksud lelaki dan permpuan antara jeduanya ada batasan aurat (Mujmal LughahbIbni Faris, 1985:659)

Tujuan aurat ditutup mengikut istilah syara’ ialah:
1. Wajib ditutup di dalam solat untuk mengelak dari godaan syaitan dan tidak sah aidai terbuka.
2. Haram didedah di khalayak ramai dan aurat aalah haram didedah dan dilihat untuk mengelak kejahatan dan maksiat
3. Untuk menjaga maruah dan harga diri. Aurat wajib titutup dan maku sekiranya dibuka. Sesiapa yang membuka aurat dan tidak ada rasa malu di dalam dirinya maka ia tergolong dalam golongan yang tidak malu. Sabda nabi s.a.w :
فان لم تستحي فاصنع مل شئت
“maka sekiranya kamu tidak malu maka lakukanlah apa yang kamu suka”

Sebab itulah aurat wajib ditutup bagi menjaga tubuh badan supaya tidak diganggu dan digugat oleh mata yang memandang. Andai ianya didedah maka ia dianggap tidak amanah dengan diri sendiri yang disuruh oleh Allah supaya ditutup dengan rapi dan sempurna, kerana pendedahan itu seolah-olah tidak menunaikan amanah Allah untuk membeli pakaian supaya menutup seluruh jasad yang dianggap sebagai tanda kesyukuran kepadaNYA (Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Syaukani, t.tarikh:224)

“sesungguhnya kami rimah kami terdedah (tiada pengawal) kemudian Allah menjelaskan yang sebenarnya bukanlah disebabkan rumah-rumah mereka (terdedah) tiada pengawal, sesungguhnya mereka mahu lari dari peperangan.”
(surah al-ahzab:13)
ayat ini diturunkan kepada munafik di yasrib (madinah) yang mana mereka mengatakan mereka tadak mahu pergi berpeang dengan alas an rumah mereka tidak ada pengawal dan merisaukan akan keselamatan ahli keluarga mereka. Begitulah juga dapat disifatkan rata-rata wanita pada hari ini member berbagai-bagai alasan untuk tidak menuup aurat dan sebagainya. Susah untuk mendapat pekerjaan jika tidak memakai seksi dan ntah pape lagi. Bukankah Allah telah berjanji akan dalam surah talaq akan memberikan rezki kepada hambanya yang bertakwa.
Jumpa lagi….

Read more...

“Sabahat karibku” (1)

Sudah sekian lama rasanya handphoneku menyepi tanpa deringan bunyi lagu arab yang aku mode kan untuk isyarat yang menunjukkan mesej baru diterima. 06/05/2009 tepat jam 8:36 pagi hp sony ericssonku yang aku khususkan untuk mengakses internet tanpa dikenakan bayaran itu berbunyi. Hp yang menggunakan no lama kesayanganku berbunyi secara tiba2. Siapa pula yang mimpi di pagi hari menghantar mesej kepadaku dengan menghantar kepada no lamaku. Buang tebiat ke mamat ni. Kata hati kecilku.

“busy ke?” terperanjat aku bila melihat nombornya tertera. Erm ada apa pulak dia mesej aku ni. Tak penah2 mesej sebelum ni tiba2 muncul. Mesti ada sesuatu yang tak kena. “ pe yg us akan lakukan seandainya us tahu ada org khianat n xjujur blkg ust?” soalan pertama yang diajukan setelah aku menjawab tak busy pada mesej “sesatnya”. “ust” kata ganti nama pertama yang sering digunakan oleh kebanyakan mereka yang mendalami ilmu agama ketika bermuamalat dengan insan yang berlainan jantina. Pelik jugak soalan ni. “ana ada khianat us ke?” soalku ringkas. Mana tahu mungkin dia rasa dikhianati yang menyebabkan agak lama dia menyepi dari mesej denganku.

“eh..ana x ckp ust la...org len..ni yg ana tnya..cz ana xthu cmne nk hdpi bnda2 cmni...”. Jawabnya setelah soalannya tidak terjawab. Dalam hatiku masih meyakini yang dia mempunyai masalah. Memang aku antara salah seorang diantara yang menjadi tempat dia meminta nasihat apabila ditimpa apa2 ujian daripadaNYA. Soalan2 demi soalan aku cuba cungkil dari hatinya yang beria2 ingin merahsiakan masalahnya. Mungkin ini masalah yang betul2 seris baginya. Hampir tengahari dia bersetuju untuk berkongsi denganku.
“ana dah putus dengan dia”. Terjawab juga persoalan yang menjadi tanda tanya di mindaku.
2 B continue…

Read more...

KAU makbul juga hasratku…

Sudah bertahun mungkin hasratku untuk memiliki blog sebagai sebuah medan bagiku untuk berkongsi ilmu senipis kulit bawang mungkin. Itupun entah ada atau tidak. Bersama pengalaman hidup yang ada mungkin dapat dikongsi bersama sahabat2 seperjuangan. Bagi orang yang “kaki surfing” blog merupakan perkara biasa dan juga perkara yang simple mungkin. Tapi bagiku suatu benda baru yang perlu aku ketahui bagaimana untuk merialisasikannya.

Hasratku untuk memiliki blog sudah begitu lama. Tetapi kini ianya memaksa aku untuk mencipta blog dengan kadar segera kerana ada misi dan visi yang perlu aku capai sebelum aku dijemput olehNYA. “salam. Mad, tolong org berubah” aku teringat mesej yang sudah 2minggu lepas aku terima. Berubah apa? Ayat yang tak mampu untuk aku tafsirkan. Berubah maxis kepada celcom atau …… tetap tak dapat aku tafsirkan. “Berubah apa” ringkas aku balas. “berubah la. Org nak jadi baik. Nak kumpul pahala banyak2, nak solat bagi betul, nak baca quran sebelum org DIPANGGIL nanti”. Meremang bulu romaku mendengar jawapan tersebut. Dalam masa yang sama aku benar2 bersyukur kepada kerana membuka hatinya. Walaupun pada hakikatnya dia cukup baik.

“Org dah lama nak bagitau mad tapi segan dan tak tau nak bagitau macamana”. Aku berfikir sejenak dan berjanji padanya akan cuba sebaik mungkin untuk menunaikan hasratnya. Itulah sebab utama aku mempercepatkan mebikin blog. Tanggal 06/05/09 selepas berakhirnya meeting untuk menyelaraskan semula perjalan smutem beserta sedikit perkongsian idea untuk beberapa masalah yang timbul, DIA menunaikan hasratku untuk memiliki blog dengan dibantu oleh 2orang sahabat smutem iaitu we azmi selaku pengarah smutem dan karim zaidan selaku pic untuk Jordan (rahim nama sebenar).

Tapi yang menyedihkan aku terpaksa mencipta email baru untuk mencipta blog ini kerana blogku yang telah ada yang menggunakan email kesayanganku iaitu “sayangibu_ayah” terlupa passwoodnya. Nak tak nak terpaksa juga. Email baruku issanad@yahoo.com yang akan kuceritakan asal-usulnya satu hari nanti. Kepada sahabatku, aku akan cuba buat yang terbaik untuk menunaikan hasratmu itu. Mudah-mudahan kita ditempatkan bersama golongan yang yang benar-benar bertaqwa kepadaNYA. Amin……………

Read more...

bermulanya hari pentarbiahan

>> 05 Mei 2009

janjiku padaNYA akan ku tunaikan. mudah2an allah permudahkan segalanya

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP