Kuasa Allah VS Kezaliman & Kejahilan Manusia

>> 13 Mei 2009

Hari kedua aku di Sabah. Nak ke mana hari ni ye. Tiada tempat yang terlintas untuk aku ziarah. “mad, kita pegi Pulau Malukan je la hari ni ye. Pukul10 kita gerak. Pastu kita pi Karmbunai”. Kakakku hantar mesej pagi tu. Dalam 10minit dari UMS, kami tiba di jeti Pulau malukan. Tiket asal nak ke pulau rm18.tapi kalau ada kad student rm15 je. Tapi kata kakakku kalau datang ramai-ramai rm10 pun dapat. Yang zalimnya sabah (korang nilai la samada rakyat atau pemerintahnya), tadi tu untuk tiket boat. Tiba-tiba ada lagi satu tiket. “ni tiket apa plak”. Soalku kepada kakaku setelah kami berlalu dari kaunter. “ni tiket tax, nanti dah sampai pulau pun kena bayar lagi”. Jelasnya ringkas.

Biar betul kan. Maksudnya untuk naik boat kena bayar, nak atas laut kena bayar cukai, dah sampai pulau nak jalan-jalan dekat pulau pun kena bayar. Gila apa. Nak kata aku ni kuat jalan tak de la sangat. Tapi setakat aku penah pergi Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian just bayar untuk tiket boat je. Zalimnya manusia mengaut keuntungan. Kalau di semenanjung, rakyat tertekan dengan tol. Tambah-tambah bagi mereka yang tinggal di ibu Negara. Sikit-sikit tol, parking dan sebagainya. Semuanya berbayar. Tapi lain pulak yang berlaku ni borneo ni. Asyik cukai je. Hari ketiga akak membawaku pergi ke Poring Hot Spring yang terletak di Ranau. Dengan menyewa kereta kancil dengan harga RM60 untuk sehari. Kami berkongsi 5orang bersama kawannya yang berasal daripada negeri Serambi Mekah. Perjalanan yang jaraknya 128KM itu mengambil masa hampir 3jam kerana terpaksa merentasi bukit-bukit.

Dengan pengalaman yang ada memandu dari Ulu Yam melalui Batu Caves memudahkan perjalanan memandu di jalan berbukit. Apa yang dinyatakan disini segala permandangan dan keindahan alam yang diciptakan oleh Allah tak dapat untuk ditafsirkan. Syukur yang tidak terhingga dan tak terungkap bila memikirkan dilahirkan dalam keadaan dianugerahkan IMAN dan ISLAM jika nak dibandingkan dengan segolongan manusia yang masih lagi mencari panduan dalam kehidupan. Rasa sedih dan simpati bila terkenangkan masyarakat di Sabah yang mana boleh dikatakan kebanyakannya agak jauh dari hidayah Allah s.w.t.

Bukan nak menghukum atau sebagainya. Malam kedua tatkala keluar untuk menikmati ikan bakar, baru saja berhenti moto di hadapan kedai makan yang terletak berhampiran Pasar Philipine, beberapa orang budak-budak yang kudapat rasakan umurnya bawah 12tahun. “nombor, nombor, nombor, nombor”. Beberapa kali diulangi untuk mencari pelanggan. Nombor apa? Apa lagi kalau bukan nombor ekor. Dijual seperti ais krim. Tapi ISLAM kah budak itu. Khabarnya di sabah, bagi perempuan seandainya tidak pakai tudung agak sukar untuk dikenali sama ada ISLAM atau tidak. Sebabnya andai dinilai pada nama lebih kurang nama bukan ISLAM. Golongan yang memakai tudung juga seperi boleh dikira. Ntah la apa nak jadi. Entah bagaimana golongan agama di sini untuk berhadapan dengan mereka.

Itu kisah masyarakat. Berbalik kepada tajuk, masyarakat tidak akan terbela seandainya Negara kita masih lagi tidak mahu mengikut apa yang ISLAM tetapkan. Jika dikenang kisah di zaman khalifah, rakyat dijaga dengan sebaik mungkin. Cukai tidak dikenakan bahkan mengagihkan pendapatan Negara kepada rakyat. Rakyat hidup terbela. Tapi MALAYSIA apa dah jadi. Sikit-sikit cukai. Andai kata ALLAH menghendaki setiap hembusan nafas kita perlu dibayar dengan kadar 0.001sen bagi setiap sedutan. Terbayarkah kita? Rahmannya ALLAH kan. Semua makhluk diberi nafas untuk hidup tanpa sebarang bayaran. Walaupun demikian masih ada di kalangan hambanya yang masih lagi ingin menolak hukum ALLAH. Segala perintah ALLAH kalau boleh semuanya nak disangkal.

Siapakah kita yang masih angkuh tidak mahu mengikut dan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Hebatkah kita.? Sejauh mana suruhannya hendak ditinggalkan. Sanggupkah kita menahan api nerakanya di akhirat kelak. Sebelum kita dijilat api neraka, cukuplah hanya dengan merasai api di dunia yang tidak sampai 0.00000001% berbanding dengan api akhirat yang mana dikhabarkan diambil sedikit api akhirat dan direndam selama 7kali sebelum dihantar kedunia. Itu pun tiada siapa yang sanggup menghadapinya. Oleh yang demikian sama-samalah kita berusaha agar menjadi hambanya yang benar-benar bertaqwa. Semoga ALLAH mengampunkan dosa penulis sama ada yang telah lalu mahupun yang akan datang. AMIN………….

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP