Satu Kejutan

>> 29 Jun 2010

Mesti ramai yang pernah mendengar pepatah “berkawan dengan tukang besi sikit sebanyak akan bau asap, andai berkawan dengan tukang minyak wangi akan bau wangi”(maaf tidak ingat yang sebenar macam mana). Sudah dua minggu bermusafir di bumi Syam. Banyak perkara baru yang dipelajari bersama Maulana. Sebelum ini mencari sheikh quran untuk mengulang. Namun tidak ditemui. Ada yang sudi namun untuk seminggu sekali kerana jadual sudah penuh. Maklum lah, bila bergelar sheikh mana mungkin ada waktu terluang. Setiap saat begitu berharga.

AL-FATIHAH 3 BULAN

Dalam perjalanan pulang dari Town Centre bersama Maulana, beliau memulakan bicara.
“cane quran anta? Boleh tak mengulang setengah sejuzu’ sehari?”
“erm kalau juz depan dan belakang tu boleh la. Tapi kalau tengah-tengah tu letih la sikit”. Aku mengeluh panjang. Maklum la juz tengah-tengah ini memang agak lama dan kurang mengulang. Setiap orang yang bergelar hafiz akan datang penyakit malas untuk mengulang apa yang dirasakan kurang ingat. Namun sepatutnya itu yang perlu diutamakan. Pelik sungguh.
“anta mengulang dengan ana je lah. Boleh? Sehari 5muka”
“boleh”. Aku bersetuju dengan pelawaannya. 

Namun aku tahu 5muka sehari bukan suatu yang mudah bila dibacakan pada mereka yang syadid dalam bacaan. Maulana sekarang dalam proses menamatkan bacaan qiraat 14 bersama anak murid tujuh orang ulama’ qurra Syria. Belajar kerana ilmu. Tiada istilah sijil dalam hidupnya. Namun bila bicara tentang ilmu, sebut sahaja nama kitab. Insyaallah beliau mampu mengulas dengan baik. Tujuh tahun di perantaun meninggalkan tanah air. South Afrika, Yaman, Kenya, India, Arab Saudi, Mekah, Abu Dhabi semuanya sudah ditawan. 

Dimulakan dengan juz 11.
“a’uzubillahhimina syaitanirrajim” gemuruh, segan, takut,semuanya bercampur baur.
Tamat bacaan 5muka. Setiap muka pasti ada yang ditegur.
“anta baca fatihah pulak” pinta Maulana.
“adus, confirm kena tegur lagi”. Bisik hatiku.
“anta pegang hidung, sebut mim. Bunyi hidung x?”
“banyak lagi anta kena belatih ni, sebut tu bagi betul-betul” sedikit nasihat diberikan.

Aku hanya mengangguk setuju. Di Syria untuk menadapatkan sanad Al-fatihah sahaja memakan masa tiga bulan. Bukan kerana ramai, namun kerana kesalahan yang terlalu banyak yang perlu diperbaiki. Sekarang ada ustaz-ustaz yang dihantar oleh JAIS ada beberpa orang di Syria. Datang untuk menambah ilmu. Juga terkejut bila Maulana menegur fatihah yang dibacakan padanya. Banyak yang perlu diperbaiki. Terasa diri sudah sempurna. Namun itulah hakikatnya. Kini giliran aku untuk berhadapan dengannya setiap hari. Sudah tentu perlu diteliti betul-betul sebelum memperdengarkan dihadapannya. Kalau dahulu sudah berhadapan dengan ustaz-ustaz yang sudah syadid, tetapi kini lebih dari itu.

LAMBAIAN KA’BAH

Selepas selesai memperdengarkan bacaan di hadapan Maulana, aku maklumkan padanya untuk ke Cyber Café. Sudah seminggu tidak mendengar suara bonda tercinta. Call minggu lepas dapat cakap dengan ayah sahaja kerana mak mengikut rombongan ke Terenggganu. 

“ayah jadi pi umrah bulan 8 ni. Kira confirm dah la” ayah memberi kata putus.

Sebelum ini mak beritahu kemungkinan besar tidak jadi pergi umrah kerana tiada siapa yang hendak menjaga kedai. Tida pengganti. Kini adik yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mengambil cuti untuk memberi laluan pada ayahbonda tercinta mengerjakan umrah. 

“Alhamdulillah” aku menarik lafaz lega. Syukur...
Tercapai juga hasrat ayahbonda untuk menunaikan umrah.
“hang jadi pi umrah x? mak jadi pi. Ya la kalau hang jadi pi, mak seronok la sikit. Boleh hang bawak mak nanti. Ajaq apa yang patut. Mak bukan pandai sangat.Boleh jugak jumpa”. Itulah hakikat seorang insan yang hidup tanpa kasih sayang seorang ibu. Tidak diberikan pelajaran ketika kecil. Kini mengharapkan anak-anak memberi tunjuk ajar. 

Aku menarik lafaz lega. Aku juga mempunyai beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama ayahbonda. Tidak sabar untuk berjumpa. Kerinduan pada Baitullah juga kian terasa. Terakhir meninggalkan Mekah pada 9/5/2008 semasa umrah bersama adik-beradik seperjuangan Darul Quran. Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kini aku perlu menumpukan kepada beberapa matlamat yang perlu dicapai. Tiga bulan di Syria tidak lah begitu lama. Masa kini kian pantas. 

Di akhir perbualan ayah memberitahu yang mereka akan ke Negeri Sembilan pada minggu hadapan...:-)

“Semoga Allah merahmati perjalanan ayahbonda. Semoga semuanya mendapat yang terbaik. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama. Allahumma amin…”

Read more...

Zahir Dan Batinmu

>> 23 Jun 2010

Seminggu sudah berlalu. Terasa seperti baru semalam menjejak kaki ke bumi syam (Syria) yang dijanjikan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w akan keberkatan padanya. Terasa seperti tidak percaya. Mujamma’ Fatah menjadi pilihan untuk kursus bahasa walaupun pada sebelumnya bercadang untuk berada di Mujamma’ Abu Nur. Tinggal di Mukhayyam Falestin yang terletak agak jauh dari masyarakat melayu, jauh dengan rumah persatuan, tempat talaqi dan sebagainya. Namun terdapat suatu yang tidak ada di tempat lain.
Bermusafir untuk tiga bulan terasa begitu sekejap. Perlu manfaatkan masa sebaik mungkin. Terasa beruntung dapat tinggal serumah dengan Maulana Jalaluddin, Adib dan Amin serta seorang arab Algeria. Terasa sayang untuk meninggalkan Maulana untuk dengan menerima pelawaan Faris, rakan sekampung untuk tinggal bersamanya.
“mai la dok sini dengan aku, free ja cuma bayaq duit air dengan api ja. Hang dok sana kena bayaq mahai. Dah la jauh” ajak Faris seakan memaksa.
Memang benar, rumah yang aku tinggal sekarang agak jauh. Dalam keadaan sekarang terasa begitu sempit. Duit rumah belum lagi dijelaskan. Duit rumah di Jordan juga perlu dijelaskan. Duit hanya tinggal untuk membayar tambang van ke kelas. Berbaki untuk beberapa hari lagi untuk menjadikan poket betul-betul kering. Namun terdapat rahsia disabalik rumah ini yang memaksa aku untuk terus menetap di sini.
Waktu malam yang agak pendek membuatkan malam kadang-kadang dipaksa mata untuk terus berjaga. Menghabiskan masa berbual dengan Maulana dengan beberapa topik dan perkongsian. Sudah 7tahun berada diperantauan tidak pulang ke tanah air membuatkan pengalamannya begitu berharga. 
Teringat keluhan seorang sahabat beberapa bulan yang lepas. Pening memikirkan tingkah laku sahabat-sahabat katanya. Berada di luar negara boleh berbuat sesuka hati mengikut kehendak. Tiada siapa yang dapat menghalang.
Di Mana Hatimu
“hang tengok ja aku macam ni tapi dalam sapa tau, innallaha la yanzuru ila suarikum….”
“ sesungguhnya allah tidak melihat pada luaran dan harta benda kamu tetapi melihat kepada hati kamu”
Terasa puas bila berhujah dengan menggunakan dalil. Begitulah antara hadis yang terdapat dalam sahih bukhari yang mana terdapat bebrapa matan hadis lain yang sekan-seakan dengannya.
Tetapi bukankah terdapat hadis dalam Hadis 40 mengatakan,
“sesungguhnya dalam diri terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah sekalian jasad dan apabila rosak maka rosaklah seluruh anggota”.
 Ini membuktikan keburukan yang terdapat di dalam akan terpancar keluar andai ianya tidak dipelihara sebaiknya. Begitu juga andai seseorang mendakwa di dalamnya baik maka secara tidak langsung kebaikan tersebut akan terpancar keluar. Bagaimanakah kebaikan yang tersemat di dalam diri dan diasuh dengan baik, mengeluarkan hasil yang buruk dan tidak manis di luarnya. Sangat mustahil. Semestinya terdapat sedikit kesalahan dan kecacatan yang tidak disedari. Perlu direnung dan diubati sebaik mungkin.
Kita pernah mendengar pepatah yang berbunyi “don’t judge a book by this cover”. Benarkah pepatah ini boleh dikiaskan dengan setiap perkara? Sudah tentu tidak. Perlu dinilai semula. Tidak sepatutnya bagi seorang yang berilmu memutar belitkan setiap perkara bagi menyelamatkan diri. Kaedah fiqh pula mengatakan “ الظاهر يدل على باطنzahir menggambarkan pada batin. Cukuplah untuk menghukum pada apa yang terzahir walaupun hakikatnya hanya allah yang mampu menentukannya.
Marilah sahabat-sahabat kita mengasuh hati, menjaga diri, memelihara akal, menjinakkan diri dengan perkara-perkara kebaikan. Beramanah dengan ilmu yang dipelajari. Tidak ada insan yang sempurna di dunia ini. Kita bukan nabi bukan juga seorang rasul. Namun kita punya akal fikiran untuk menilainya. Mempunyai keparan dalam membuat pilihan. Mempunyai kemahiran dalam menentukan setiap sesuatu itu tergolong di bahu kanan mahupun kiri.
“Islam tidak dapat dicalari oleh mereka yang tidak memahami Islam”

Read more...

Sedikit perkongsian dari seorang sahabat..

>> 12 Jun 2010

17 tahun dulu.


PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"
Soal saya.
Amid menundukkan kepala dan membisu.
Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak"

"Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," Jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?"

"Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata-kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"

pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak".

"Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"

Katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"

Soal saya masih tidak percaya.

"Betul" Balas Amid pula tanpa ragu-ragu.

"Suka hati adiklah" Kata saya selepas lama termenung.

Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.

Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik-beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutur katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua daripadanya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.

Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.

Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.

Katanya,

Biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?"

Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?

Dia perempuan.. Mana larat buat kerja yang berat-berat.

Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.

Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.

Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"

kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.

Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.

Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.

Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.

Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.

Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.

Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?

Mak nak buang air ke?

Lapar? Mak nak minum?"

Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.

Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.

Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,

ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.

Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.

Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.

Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.

Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.

Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya..

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.

Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,

buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.


Khamis 7 Oktober 2004


AJAL dan maut di tangan Tuhan.

Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.

Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.

Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.

Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.

Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.

Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.

prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.

Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.

Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata-kata,

"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.

Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.

Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang..

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"

Jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,

tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.

Ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari wajahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan bantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.

Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek,

Mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah-olah dibaringkan dan tangannya diqiamkan ke dada.

Cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.

Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.

Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.

Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi.. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

Tiba-tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.

Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.

Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau satu haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.

Saya mencari-cari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya..

Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.

Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,

Tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". - Surah Luqman ayat 14.

Read more...

Bait Muslim

>> 08 Jun 2010

Ada sahabat maklumkan pada ana, ada pasangan yang menggunakan bait muslim untuk membina keluarga bahagia sudah bercerai. Allahu robbi... Terasa seperti hendak gugur jantung ana ini tatkala mendengar berita tu. Sedih rasa hati. Alam yang diimpikan oleh setiap insan musnah. Kaedah perkenalan sudah betul, namun entah di mana silapnya, kebahagiaan yang dikecapi musnah begitu sahaja. Ya... Mungkin mereka ada sebab tersendiri. Matlamat sebenar perkahwinan perlulah diketahui serta difahami oleh setiap insan yang bakal menamat zaman bujangnya. Dakwah perlu dilaksanakan walaupun sudah berkahwin. Namun, realiti sebenar yang berlaku, masing-masing bilamana sudah berada di zon selesa ( bersama isteri tercinta, anak-anak), bidang dakwah seakan senyap serta gerak kerja hilang entah ke mana. Jadi, bagaimana ingin mengembalikan zaman kegemilangan Islam? Kita boleh lihat di mana tahap kita :

1. Fardhu Muslim

2. Baitul Muslim

3. Mujtama' Muslim (masyarakat)

4. Daulah Islamiyah

5. Khilafah Islamiyah

Jika kita berada di peringkat fardhu muslim, makanya, berusahalah ke peringkat baitul muslim serta seterusnya. Ana dimaklumkan, ada juga sahabat bersama isterinya yang sanggup buat perjanjian di hadapan ulama'  untuk menguatkan diri dengan dakwah selepas menerajui alam rumah tangga. Namun, tidak kurang juga sahabiah yang mengadu tentang perli dari muslimat lain kerana dirinya sudah tidak aktif dalam gerak kerja. Bukan tidak mahu aktif tetapi suami yang tidak mengizinkan katanya. Bak kata suaminya " kalu dah dua-dua aktif, anak macam mana?". Pengorbanan seorang wanita solehah..Dakwah kepada anak-anak adalah yang utama bagi si isteri. Apa-apa pun, setiap individu berhak mempunyai pendapat yang tersendiri. Hormatilah pendapat masing-masing. Yang penting, sesuatu yang dibuat itu, biarlah niatnya ikhlas kerana Allah Taala.

Read more...

Isteriku, Fahamilah Perasaanku...

>> 07 Jun 2010

Alam rumah tangga bukanlah semudah yang diimpikan. Memahami perasaan orang lain adalah satu usaha bagi mendalami dan mengiktiraf seseorang itu sebagai individu. Dalam konteks perkahwinan, suami dan isteri perlu menyelami fikiran, hati dan perasaan pasangan dengan memerhati tabiat dan merakamkan sifat-sifatnya di ingatan seperti perkara yang menjadi kesukaannya dan juga perkara yang tidak disukainya. Realitinya, ramai isteri mengambil sikap tidak kisah dan mengabaikan perasaan suami. Walau apa pun situasi, isteri perlu mengambil peranan memahami suami dengan cara :

1. Menjadi pendengar yang baik dan aktif.
2. Bersikap empati pada suami.
3. isteri perlu menjauhkan diri daripada segala bentuk perbuatan, perkataan dan perkara-perkara yang tidak disukai oleh suami.
4. Dari semasa ke semasa, berusahalah mendekati hati suami.
5. Sentiasa menghormati pilihan dan keputusan suami.
6. Menghargai kehadiran suami dan kebaikan yang dilakukannya.
7. Jangan mencabar ataupun melawan kemarahan suami.

Rujukan : Fahamilah perasaanku, 30 luahan perasaan suami, Hasan Mohd. Ali

Pesanan : Boleh lah baca yang selanjutnya dari buku itu...

Read more...

Erti Sebuah Pengorbanan...

>> 05 Jun 2010

"Man, ana nak anta masuk bertanding bleh tak? Kita tak bleh biarkan mereka menang tanpa bertanding dalam pilihanraya", kata Ustaz Zul.
"Ustaz, bukankah kita dah dapat agak yang calon mereka memang berpotensi untuk menang kali ni?" kata Man.
"Yang tu ana tahu. Tapi, ana tak rela kita biarkan mereka menang. Kita mesti hantar jugak wakil,"kata Ustaz Zul.
"Beri ana masa untuk berfikir dulu ye ustaz. Nanti ana maklumkan pada ustaz akan keputusan ana", jawab Man.
"Ye, ana menantikan jawapan yang positif..syukran Man", kata Ustaz Zul.

"Ya Allah, beratnye hati ini nak buat keputusan..Serba salah dibuatnye. Macam mana dengan anak-anak nanti, isteri, sekolah??huhu..serabutnye kepala..dah le hanya gaji sebagai cikgu tu jugak le aku nak sara keluarga..Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang lurus dan Kau mudahkanlah urusan ku dunia dan akhirat..Amin..", bermonolog Man sendirian.

"Jah, kalu abang masuk bertanding boleh tak?" soal Man kepada isteri tercinta.
"Abang nak masuk bertanding ke? Kalu abang nak bertanding, Jah setuju je..Moga Jah menjadi sayap kiri abang", kata Jah.

"Syukran ye Jah kerana memahami abang", kata Man.

"Isteriku, moga dikau menjadi ketua bidadari untuk ku disyurga nanti...beruntung punyai isteri sepertimu..erm..yela..isteri solehah bukan mudah untuk dicari..", bisik hati Man sambil merenung raut wajah isteri tercinta.

"Ustaz, ana setuju masuk bertanding", kata Man
"Alhamdulillah, bagusla..gembira hati ana..syukran Man", kata Ustaz Zul.

"Kenapa awak nak bertanding? Kan awak dah ada pekerjaan tetap. Fikir baik-baik akan keputusan awak tu..Itu semua kerja sia-sia..", kata Encik Hui Teo, selaku guru besar.

Man hanya diam..Berbisik hatinya, "Kau tidak akan faham".

Man kalah teruk..seperti sudah dijangka yang pihak lawan akan menang dalam pilihanraya..Ramai mengutuk Man serta menghina keluarganya. Kata orang kampung ", Kau sudah hilang akal ya Man?"...Dia hilang sumber pendapatan..Namun, Man sabar dan redha..Dia yakin, pastinya ada seribu hikmah di setiap kejadian..Man menoreh getah untuk menyara keluarganya..Hasil berkat kesabaran, pengorbanan yang dilakukannya untuk perjuangan Islam tercinta, anak-anaknya semua berjaya dan hidupnya kini menjadi senang..Satu ketika, hatinya terdetik ingin memiliki kereta Mercedes..lantas, keesokan harinya, die dihadiahkan oleh anaknye kereta tersebut..begitulah erti sebuah pengorbanan..

Read more...

Abdullah, Syurga Neraka Buatmu

>> 03 Jun 2010

Setelah berpenat lelah menghafal nama-nama yang terlibat dalam subjek sirah nabawiah. Kitab Fiqh Sirah Nabawiah karangan Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti digunakan dalam subjek ni. Bermula dari muqaddimah kitab sehingga akhir bab kelima. 228 muka surat perlu dihadam. Banyak pengajaran dan renungan yang tercatat di dalamnya. Belajar dan ambik pengajaran. Itu yang lebih utama. Tiada guna belajar tanpa ambik iktibar dari apa yang dipelajari.

Bukan mudah untuk laksanakan tetapi tidak mustahil untuk itu. Tiada yang sukar kecuali kesukaran itu dicipta dengan pertolongan sikap dan sifat tidak suka untuk berubah. Satu penyakit yang perlu diubati oleh setiap individu. Ubatnya tidak dijual di farmasi. Hanya diri dan keinginan sahaja mampu merawatinya. 

Bermula dengan muqaddimah, kelahiran nabi, rehlah nabi ke syam, nabi DIRISIK oleh khadijah berwasilahkan nafisah, semua itu ada pengajaran yang perlu diteliti. Namun apa yang nak dikongsikan pada post kali ini tentang Abdullah. Sekali jumpa nama ini rasa geram. Berderau darah mengalir dalam tubuh. Meremang bulu roma. Kalau ada depan mata macam mahu sahaja ditangan-tangankan. Kadang-kadang rasa kerdilnya diri ini dengan nama ini. Seperti tidak layak untuk namakan diri sebagai da'i. Kecintaan pada dunia yang masih menebal. 

Tahniah dan celakalah bagimu wahai Abdullah...

  1. Abdullah Bin Jabir : Ketua pemanah perang uhud.
  2. Abdullah Bin Jaram : Memujuk kaum munafiq agar tidak meninggalkan nabi dalam perang uhud.
  3. Abdullah Bin Ubai : Ketua munafiq
  4. Abdullah Bin Toriq : Tenaga pengajar bagi kabilah 'Udal dan Qarah.
  5. Abdullah Bin Arqat : Musyrikin yang menunjuk jalan rahsia untuk nabi hijrah ke Madinah.\
  6. Abdullah Bin Abi Rabi'ah : Diutus oleh quraisy kepada raja najasyi untuk tidak menerima orang islam berada di Habsyah.
  7. Abdullah Bin Abu Bakar : Anak Saidina Abu Abu Bakar. Membantu menjadi mata-mata kepada nabi ketika nabi dan abu bakar bersembunyi di dalam gua hira'. 


Inilah Abdullah yang dibenci yang disayangi. Kita mampu memilih. Abdullah manakah yang ingin dijadikan idola? Jika Abdullah syurga yang dijadikan idola maka kebaikan dan rahmat allah mengiringi hidup kata. Namun andai Abdullah disalah dan tersalah memilih maka celakalah hidup kita.  Hidup hanya sekali. Tiada peluang untuk diulangi. Andai hidup ini bererti maka syurgalah buat kita. Andai hidup ini dikhianati nerakalah yang mengiringi.

"ya allah ya tuhan kami, jadikanlah kami dari hamba-hambaMu yang terpilih untuk 
sama-sama berjuang ke jalan yang diredaiMU..."

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP