Satu Kejutan

>> 29 Jun 2010

Mesti ramai yang pernah mendengar pepatah “berkawan dengan tukang besi sikit sebanyak akan bau asap, andai berkawan dengan tukang minyak wangi akan bau wangi”(maaf tidak ingat yang sebenar macam mana). Sudah dua minggu bermusafir di bumi Syam. Banyak perkara baru yang dipelajari bersama Maulana. Sebelum ini mencari sheikh quran untuk mengulang. Namun tidak ditemui. Ada yang sudi namun untuk seminggu sekali kerana jadual sudah penuh. Maklum lah, bila bergelar sheikh mana mungkin ada waktu terluang. Setiap saat begitu berharga.

AL-FATIHAH 3 BULAN

Dalam perjalanan pulang dari Town Centre bersama Maulana, beliau memulakan bicara.
“cane quran anta? Boleh tak mengulang setengah sejuzu’ sehari?”
“erm kalau juz depan dan belakang tu boleh la. Tapi kalau tengah-tengah tu letih la sikit”. Aku mengeluh panjang. Maklum la juz tengah-tengah ini memang agak lama dan kurang mengulang. Setiap orang yang bergelar hafiz akan datang penyakit malas untuk mengulang apa yang dirasakan kurang ingat. Namun sepatutnya itu yang perlu diutamakan. Pelik sungguh.
“anta mengulang dengan ana je lah. Boleh? Sehari 5muka”
“boleh”. Aku bersetuju dengan pelawaannya. 

Namun aku tahu 5muka sehari bukan suatu yang mudah bila dibacakan pada mereka yang syadid dalam bacaan. Maulana sekarang dalam proses menamatkan bacaan qiraat 14 bersama anak murid tujuh orang ulama’ qurra Syria. Belajar kerana ilmu. Tiada istilah sijil dalam hidupnya. Namun bila bicara tentang ilmu, sebut sahaja nama kitab. Insyaallah beliau mampu mengulas dengan baik. Tujuh tahun di perantaun meninggalkan tanah air. South Afrika, Yaman, Kenya, India, Arab Saudi, Mekah, Abu Dhabi semuanya sudah ditawan. 

Dimulakan dengan juz 11.
“a’uzubillahhimina syaitanirrajim” gemuruh, segan, takut,semuanya bercampur baur.
Tamat bacaan 5muka. Setiap muka pasti ada yang ditegur.
“anta baca fatihah pulak” pinta Maulana.
“adus, confirm kena tegur lagi”. Bisik hatiku.
“anta pegang hidung, sebut mim. Bunyi hidung x?”
“banyak lagi anta kena belatih ni, sebut tu bagi betul-betul” sedikit nasihat diberikan.

Aku hanya mengangguk setuju. Di Syria untuk menadapatkan sanad Al-fatihah sahaja memakan masa tiga bulan. Bukan kerana ramai, namun kerana kesalahan yang terlalu banyak yang perlu diperbaiki. Sekarang ada ustaz-ustaz yang dihantar oleh JAIS ada beberpa orang di Syria. Datang untuk menambah ilmu. Juga terkejut bila Maulana menegur fatihah yang dibacakan padanya. Banyak yang perlu diperbaiki. Terasa diri sudah sempurna. Namun itulah hakikatnya. Kini giliran aku untuk berhadapan dengannya setiap hari. Sudah tentu perlu diteliti betul-betul sebelum memperdengarkan dihadapannya. Kalau dahulu sudah berhadapan dengan ustaz-ustaz yang sudah syadid, tetapi kini lebih dari itu.

LAMBAIAN KA’BAH

Selepas selesai memperdengarkan bacaan di hadapan Maulana, aku maklumkan padanya untuk ke Cyber Café. Sudah seminggu tidak mendengar suara bonda tercinta. Call minggu lepas dapat cakap dengan ayah sahaja kerana mak mengikut rombongan ke Terenggganu. 

“ayah jadi pi umrah bulan 8 ni. Kira confirm dah la” ayah memberi kata putus.

Sebelum ini mak beritahu kemungkinan besar tidak jadi pergi umrah kerana tiada siapa yang hendak menjaga kedai. Tida pengganti. Kini adik yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mengambil cuti untuk memberi laluan pada ayahbonda tercinta mengerjakan umrah. 

“Alhamdulillah” aku menarik lafaz lega. Syukur...
Tercapai juga hasrat ayahbonda untuk menunaikan umrah.
“hang jadi pi umrah x? mak jadi pi. Ya la kalau hang jadi pi, mak seronok la sikit. Boleh hang bawak mak nanti. Ajaq apa yang patut. Mak bukan pandai sangat.Boleh jugak jumpa”. Itulah hakikat seorang insan yang hidup tanpa kasih sayang seorang ibu. Tidak diberikan pelajaran ketika kecil. Kini mengharapkan anak-anak memberi tunjuk ajar. 

Aku menarik lafaz lega. Aku juga mempunyai beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama ayahbonda. Tidak sabar untuk berjumpa. Kerinduan pada Baitullah juga kian terasa. Terakhir meninggalkan Mekah pada 9/5/2008 semasa umrah bersama adik-beradik seperjuangan Darul Quran. Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kini aku perlu menumpukan kepada beberapa matlamat yang perlu dicapai. Tiga bulan di Syria tidak lah begitu lama. Masa kini kian pantas. 

Di akhir perbualan ayah memberitahu yang mereka akan ke Negeri Sembilan pada minggu hadapan...:-)

“Semoga Allah merahmati perjalanan ayahbonda. Semoga semuanya mendapat yang terbaik. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama. Allahumma amin…”

4 comments:

hasanhusaini Jun 29, 2010 6:14 PG  

"Aku juga mempunyai beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama ayahbonda. Tidak sabar untuk berjumpa."

Menarik ayat tu...ngan ana tak kongsi ke...?:-)

Lynn Nasir Julai 02, 2010 10:06 PG  

assalamualaikum,

salam kenal. tersesat masuk ke blog awak ketika mencari maklumat. alhamdulillah, merasa saya pengalaman mereka yang merantau mencari ilmu seperti awak. al-fatihah selama 3 bulan..bagaimanalah saya ini jika disemak bacaannya..aduhai :(((

Sayangibu Julai 03, 2010 4:27 PG  

hasanhusaini: erm nak kena kongsi ke? nanti la ye. hehe

lynn nasir: erm xpe. semua kita sama dilahirkan dalam keadaan kosong. kita lah yang membentuk diri bagaimana yang ingin kita tampilkan... masih ada masa untuyk kita sama-sama belajar.

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP