Dilema Wanita

>> 07 Oktober 2011

Hari ini hari jumaat. Penghulu segala hari. Bagi yang rajin dan berusaha untuk hari depan mereka akan membaca surah al-Kahfi untuk menghindari dari fitnah dajjal. Ini adalah janji nabi s.a.w. dalam hadisnya.

Syukur bagi mereka yang ada kesedaran tersebut untuk berusaha menyelamatkan diri di hari tersebut. Seperti biasa musim cuti sekolah di pertengahan tahun merupakan waktu yang sesuai untuk mereka-mereka yang berusaha menyahut sunnah rasul s.a.w dan berusaha menjaga maruah diri, keluarga dan agama akan melangsungkan perkahwinan pada cuti tersebut agar sanak saudara dan sahabat handai dapat menjadi saksi atas pernikahan mereka. Kelak mereka terhindar dari segala fitnah dan noda. 

Aku melihat ramai sahabat-sahabat yang seusia denganku masing-masing membuat meluahkan perasaan baik kepada ibu bapa, sahabat-sahabat tidak lupa juga di laman sosial seperti facebook dan sebagainya. Sememangnya umur lingkungan 24tahun adalah umur yang biasanya sudah "terpanggil" untuk kearah berumahtangga. Ada yang sedang mencari-cari pasangan hidup, ada yang serik dengan cinta monyet dan ada yang sudah bertekad untuk tidak mahu lagi menerima cinta manusia. 

Itu semua adalah kisah silam yang mungkin menghantui diri mereka. Bagi yang pernah gagal dalam percintaan, keputusan untuk tidak lagi bercinta adalah suatu perkara yang amat tidak tepat. Kita semua manusia biasa. Fitrah kita dijadikan sememangnya saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi jika kita tidak mahu lagi bercinta bermakna kita cuba untuk menipu diri kita sendiri. Kita juga yang rugi di hari tua. Tiada insan yang sudi menjaga, tiada waris yang sanggup pelihara. 

Harta yang banyak tiada guna. Ilmu yang bergunung tiada manfaat. Kerana kita tidak berusaha mengaplikasikannya. Diri kita tiada beza. Semua manusia sama sahaja. Yang berbeza hanyalah taqwa yang menebal di dada. Jika tebal syurga lah tempatnya, jika nipis adalah sebaliknya. 

Entah kenapa ramai yang bersuara memohon pertolongan untuk mencari pasangan buat mereka. Aku hanya berusaha selagi terdaya. Ada yang sudah berpunya tahniah buat mereka. Bagi yang belum bertemu, bersabarlah harapnya. Ada jodoh tidak kemana. Cuma dengan siapa dan bila sahaja menjadi tanda tanya. 

Bukan senang menjadi orang tengah untuk tujuan tersebut. Silap hari bulan kita sendiri yang diminta. Oh tidak, aku sudah berpunya. Carilah orang lain harapnya. Ramai lagi diluar sana. 

Saudaraku Diluar Sana,
Jangan kita bermain mata, takut nanti ada yang ternoda. Pernahkah kita terfikir gadis diluar sana tidak semuanya sama. Hati mereka tidak serupa. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Dato' Fadilah Kamsah pernah berkata dalam kajiannya, mereka yang berusia 21tahun kebawah biasanya belum bisa berfikiran serius dalam perkara rumahtangga. Mereka masih dengan dunia mereka. Berfoya-foya, bersuka-ria sehingga lupa dunia. Bila melafazkan cinta, biasanya hanya bermain-main sahaja. Tiada yang serius untuk menerima. 

Mengisi hati yang kosong hanya untuk sementara. Mengikut bisikan syaitan untuk keseronokan sahaja. Membonceng mereka kesini sana. Bila sudah terlanjur, baru ingat syurga. Adalahkah layak untuk mereka. Namun jangan risau syurga allah ada dimana-mana. Pintu taubatnya masih terbuka.

Ikhawah Yang Disayangi,
Jika kita bersedia, cepatlah kita laksanakannya. Jangan kita hampakan harapan mereka. Ketahuilah mereka sentiasa menanti cinta suci kita. Jangan bertunang begitu lama, kerana disana pelbagai ujian akan menimpa. Namun andai kita dapat menyelesaikannya, kitalah yang terbaik di sisiNYA. Bertunang lama apa gunanya? Andai belum bersedia jangan bicara soal rumahtangga. Semuanya tipu belaka. Selesaikan dahulu apa yang utama. Laksanakan dahulu tanggungjawab kita. Jangan kita kecewakan mereka. Cuba kita berfikir andai terkena kepada keluarga kita, adik-adik perempuan kita, kakak-kakak kita, apa perasanan kita?

Semestinya kita akan sedih mengingatinya jika tidak dibatasi dengan iman di dada. Jika kita sudah bersedia, jumpalah mereka dengan cara yang sebaiknya. Dengan mereka yang selayaknya untuk menolong kita. Jodoh itu sememangnya ada jika kita ikhlas mencarinya. Allah tidak zalim pada hambanya. Jika pinangan kita ditolak, anggaplah sahaja dia bukan yang terbaik dan selayaknya untuk kita. Banyak lagi diluar sana. Cari sahaja mana yang suka. Jangan sedihkan diri dengan apa yang tiada rezki buat kita. Bunga bukan sekuntum. Berpeganglah dengannya. 

Saudariku Yang Dicinta,

Jangan kamu percaya lagi dengan janji manis mereka. Mereka semuanya tipu belaka. Tiada yang ikhlas dihati mereka. Jangan kau ulangi cerita lama. Bukalah lembaran baru dalam hidupmu agar kau beroleh bahagia. Bahagia dengan erti sebenarnya, bukan bahagia hanya di dunia yang penuh tipu daya. Carilah mereka yang benar-benar ingin membawamu ke syurga sana.
Akhowatku Yang Disegani,
Aku tahu dirimu begitu berharga. Kadang ada yang tidak berani mendekatimu. Dirimu dilingkari dengan emas dan permata. Penuh dengan ilmu di dada. Kita hanya insan biasa. Jangan sesekali kita berdusata dengan mengatakan kita tidak perlukan mereka. Meraka adalah pelengkap buatmu. Engkau semestinya memerlukan mereka. 
Sahabat-sahabatku mengadu tentang kedegilanmu. Susah betul menerima mereka. Jangan kita cari yang sempurna dek kehebatan kita. Ketahuilah jika itu yang dicari, engkau tidak akan kemana. Akhirnya engkau tetap akan sujud dan berserah kepada mereka. Jangan engkau berikan beribu alasan jika tidak sukai mereka. "ana belum bersedia, ana nak belajar lagi, ana masih muda" , itu semua alasan lama. Lupakan engkau akan hadis nabi yang menyuruh kita menerima pinangan lelaki yang kita reda dengan agama dan akhlaknya? Jadilah wanita yang bersemangat waja. Jika engkau dirisik, jangan engkau terus menolak dek kerana wajahnya yang tidak seberapa. Ketahuilah sahabat baginda s.a.w Bilal bin Rabah, bidadari syurga berebut dikala kematiannya. Jangan engkau pandang pada wajah kerana ianya hanya seketika. Tidak kekal buat selamanya.

Tetapi engkau istikhorohlah dahulu, memohon petunjuknya. Pohon agar dia mengurniakan yang sebaiknya buat kalian. Terbaik dari segi agamanya, buka harta dan paras rupa. Engkau carilah mereka yang kental imannya, kelak engkau akan bahagia. Jika sudah diberi alamat yang dia bukan untukmu, tolaklah pinangannya dengan sebaiknya. Jangan sesekali membuka aibnya. Simpanlah ia sebaiknya. 

Jangan Menjadi Saidatina Khadijah,
Jangan kita lupa pada nama tersebut. Dia juga hanya manusia biasa. Namun di hatinya dipenuhi dengan iman dan taqwa. Itulah penguatnya melayari bahtera dunia. Aku tahu dikalangan kamu ada juga yang teruja dengan kaum sepertiku. Jangan malu untuk bersuara. Tetapi sebelumnya seperti biasa, mintalah pertolongannya. Jika engkau rasa padanya ada agama, cepat-cepatlah merisiknya. Tidak salah menjadi perigi mencari timba. Jangan kau endah dengan kata-kata mereka diluar sana. Tidak harus malu dalam perkara agama. Engkau buka bermain mata, namun enkan menyahut seruan baginda. 
Saidatina khadijah adalah ikutan terbaik buat kalian. Umurmu kian meningkat. Aku tahu di usiamu yang semekain meningkat ini, ada sedikit kerisauan dalam dirimu andai tiada yang meminta. Jangan engkau risau akan hal itu. Dalam dirimu penuh dengan agama, pasti ada yang teruja. Namun jangan engkau bongkak dan takabur dengannya. Tidak harus malu untuk menyatakan hasrat di dada. Engkau harus cuba melaksanakannya andai ada berkenan di hati. Jangan lambat takut nanti kau akan kecewa.

Aku ingin lagi berbicara untuk kamu semua. Namun aku tidak terdaya menyatakannya disini kesemuanya. Apa pun aku doakan agar kalian semua bahagia hendaknya. Di dunia dan seterusnya di akhirat sana. Maafkan daku andai ada yang terasa. Aku juga insan biasa yang tidak terlepas dari dosa dan noda.

Dar-Luqhatan,
Mutah, Karak,
Jumaat, 3.27pm.

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP