Kekeliruan Pemahaman

>> 23 April 2010

Masyarakat kadang-kadang suka melihat kepada perkara yang merugikan. Memandang satu masalah dari sudut negatif semata-mata. Tidak mahu berusaha menjadikan masalah sebagai satu anugerah untuk berusaha memerah otak memikirkan jalan penylesaiannya. Semua itu perlu diperbetulkan semula sementara keadaan ini masih parah.

Tuor De Ilmi (TDI) atau nama glamournya USRAH. TDI nama yang diguna pakai di sini(JORDAN). Katanya perkataan usrah bahaya di tanah arab. begitu juga apa yang dikhabarkan oleh sahabat dari Syria, juga tidak menggunakan perkataan usrah. Sensitif katannya. 

"eh mad, sebut discus. Sini perkataan tu bahaya sikit". Teringat perbualan dengan sahabat semasa pergi ziarahnya di Syria dua bulan yang lepas. Tidak kisah apa jua nama yang diberikan. Namun konsep tetap sama. Cuma caranya fleksibal.

Petang ini usrah dibatalkan disebabkan ketidakhadiran seorang ahli. Kesihatan kurang agak tidak sempurna. Begitulah sayangnya seorang naqib yang tidak mahu anak buahnya terlepas walau sebiji mutiara yang berharga. Ingin semuanya memperoleh setiap mutiara yang dikongsi bersama.

Pulang kerimah lantas membuka helaian kitab berkulit hijau. 'Aunul Ma'bud. Satu kitab syarah bagi Sunan Abi Daud. Sudah lama dibeli. Memilih tajuk yang dirasakan ingin diketahui isinya.  

Teringat satu ketika dahulu bila berbicara tentang soal hudud. Ramai yang membuka mulut. Menentang habis-habisan. Tidak kisah seandainya yang bercakap itu merupakan orang yang berasal dari "kulit hitam", kulit cerah kemerah-merahan, namun yang menyedihkan mereka yang berkulit coklat, bersongkok dan juga bertudung selempang dan pelbagai gaya juga turut serta dalam penentangan melaksanakan hukum tersebut. 

Benarlah kata orang, "harimau yang tinggal di dalam hutan amat ditakuti, tetapi harimau yang berada di zoo sudah punya nilai". Biarlah apa jua bentuk taringnya, manusia bisa mengheretnya ke mana sahaja di kehendaki. Inilah yang berlaku pada profesional yang dicucuk hidungnya dengan "tali dunia" yang tidak akan kemana. 

Tali yang dicucuk begitu kuat. Keprofesional golongan ini sudah tidak punya kuasa untuk melepaskan diri. Otak yang dahulunya begitu geliga kini sudap tepu dek kerana racun yang diminum saban hari. Begitulah akibat harimau zoo yang sukakan makanan percuma. Sampai waktunya makanan tiba di hadapan mata. Mengikut kehendak penjaganya. 

Itulah kesedihan yang sering berlegar oleh saudara-saudaranya yang masih tinggal di dalam hutan. Terus bersemangat mencari rezki walaupun kadang kala berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menimpa. Namun mereka yakin dengan janjiNYA. REZKI tetap ada. 

Harimau zoo terus mengikut telunjuk memikirkan bagaimana untuk menipu kawan-kawannya untuk turut serta bersamanya. Pelbagai doktrinisasi dilakukan untuk memastikan matlamatnya tercapai.  Hudud mungkin sukar untuk dilaksanakan. Namun ianya bukan mustahil. SUKAR TIDAK BERMAKNA MUSTAHIL. Fikirkan bagaimana untuk laksanakan, bukan kesusahan dalam pelaksanaan.

Teringat pada seorang sahabat. Berpewatakan lembut(bukan nyah), sopan santun, tidak suka melawan. Seorang yang disukai oleh ramai guru. Suara yang merdu menyebabkan jemaah kampung sering menyuruhnya menjadi imam solat. Namun ada segolongan sahabat yang mencemburui kelebihannya lantas membencinya. 

Ini menyebabkan dia tidak lagi ingin menjadi imam. Katanya pernah terdengar "tidak sah solat sorang sedang makmum membencinya". Satu penafsiran yang perlu diperbetulkan. Yang hendak difokuskan disini ialah membenci dalam perkara syara'. Seandainya yang menjadi imam seorang yang sering melakukan kejahatan, sentiasa menzalimi dan sebagainya. Itu yang sebenarnya. Bukanlah benci di sini dari sudut penipuan dunia. Ini tidak tergolong dalam tafsiran hadis tersebut. 

Juga tidak dikira seandainya yang membenci itu hanyalah dari segelintir makmum sahaja seperti dua atau tiga orang. Seandainya yang membenci itu ramai barulah tergolong dalam hadis tersebut. 

Beginilah salah anggap yang ditakuti berlaku pada mereka yang mendengar tanpa mengambil dari sumber yang asli. Lebih-lebih lagi bagi mahasiswa yang sepatutnya menjadikan sumber utama sebagai bahan rujukan. Tidak perlu berfikir tentang kesusahan, tetapi berusaha berfikir menginflasikan kesusahan tersebut.

ثَلَاثَةٌ لَا يَقْبَلُ االلّهُ مِنْهُمْ صَلَاةً : مَنْ تَقَدَّمَ قَوْمًا وَهُمْ لَهُ كَارِهُوْنَ وَرَجُلٌ أتَى الصَّلَاةَ دِبَارًا-وَالدِّبَارُ أَنْ يَأْتِيَهَا بَعْدَ أَنْ تَفُوْتَهُ-وَرَجُلٌ اعْتَبَدَ مُحَرَّرَهُ

Sedikit rujukan yang dibuat dalam Kitab 'Aunul Ma'bud, syarah bagi Sunan Abi Daud, lil Allamah Abi Tib Mohd Syamsul Haq Al-'Azim Abadi, Jilid Dua, m/s 29, Darul Hadis, Kaherah

Read more...

Peritnya Memikul

>> 16 April 2010

Lama jugak meninggalkan laman ni. Tidak tahu kenapa. Mungkin waktu berehat barangkali. Cepat sangat masa berlalu. Baru sahaja melepasi exam awal. Minggu depan akan bermula pula exam kedua. Sungguh cepat. Macam bermimpi pula.

Tidak ada mutiara yang dapat dikongsi. Mungkin belum ada rezki. Insyaallah jika dizinkan mutiara itu akan kembali. Bermula kisah seorang sahabat. Ihsan namanya. Ada dua orang Ihsan di Mu'tah. Namun bezanya seorang sudah kahwin dan seorang lagi belum sampai masanya. Insyaallah tahun depan(mantan roomate, jangan marah ye). Ana doakan ni. Kalau tidak suka doa ini akan ditarik balik.

Tanggal 9 April 2010, maka lahirlah seorang mujahidah yang diberi nama Nurul 'Ain Zinnirah. Sedap namanya. Pandai juga ayahnya memilih nama. Tetapi adakah benar nama itu ayahnya yang letakkan? Persoalan untuk sahabat-sahabat Mu'tah untuk menjawabnya.

terbayang anak sendiri:-)

Tepat jam 6.45 pagi pada tarikh tersebut maka terdengarlah tangisan mujahidah ini. Kata ayahnya anak nakal ketika berada di dalam. Suka main tendang-tendang. Tapi bila ibunya bertemu dengan DR Amin (lecturer) dia akan senyap. Mungkin ada tanda untuk jadi pejuang islam pasa masa hadapan. Amin....


Mutiara yang seberat 3.5 ini lahir dengan selamat dam sempurna dengan segala panca indera. Anugerah yang perlu disyukuri. Kesihatan yang maksimum dianugerahkan padanya. Cuma hari kedua sahaja kesihatannya kurang baik. Selsema dek kerana tangan-tangan dari pelajar Mu'tah membawa pelbagau virus agaknya.


abang solihin

Inilah wajah abang Solohin yang banyak membantu dalam memajukan diri ini. Dulu semasa di Darul Quran pernah didenda. Sebab tidak dapat menjawab soalan sirah. Teringat pula kenangan lalu. Dia lah juga orang yang menjemputku di lapangan terbang pada hari pertama aku menjejak kaki di bumi Jordan. Terima kasih abang.

Tahun ini dia akan pulang ke Malaysia. Abang-abang di Syria juga ramai yang akan pulang ke Malaysia pada  tahun ni untuk menamatkan zaman bujang. Abang seorang ini mungkin itu juga tujuannya pulang pada tahun ini. Tidak mahu komen panjang. Ingin tahu tujuan sebanar, tanyalah tuan punya badan.

bergambbar bersama abi zinnirah
  
Seronok melihat keriangan sahabat yang dikurniakan cahaya mata. Benarlah janji allah. Akan dimurahkan rezki bagi mereka yang berkahwin. Bila tanya sahabat-sahabat yang sudah berkahwin memang semuanya membenarkannya. Namun tidak ramai yang mempercayainya. Memang benar perancangan perlu ada. Tapi percayalah rezki allah ada di mana-mana. Teringat ceramah yang disampaikan oleh Ust Zamzuri.

"landak pun pandai cari makan, takkan la manusia tak pandai". Bahasa Kedah. Kelakar pun ada. 

Satu cabaran untuk meraka yang bergelar mahasiswa. Ummu Zinnirah adalah pelajar tahun 1. Manakala Abi Zinnirah pelajar tahun 2. Jadi buat yang terakhirnya, buat sahabat-sahabat yang sudah punyai kemampuan, marilah kita sama-sama menyahut seruan nabi yang mulia ini. Yang mana nabi menyukai ummatnya yang ramai. Nabi juga bersabda, "nikah itu sunnahku". 


ini wajah atuk Nurul 'Ain Zinnirah yang datang dari Malaysia melihat cucu pertama. tahniah pakcik...

Tahun depan nak balik Malaysia jugak. Rindu ibuayah(sayangibu_ayah) :-)




Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP