MINDAKU SUDAH BIRU

>> 16 Ogos 2009

lima hari berada di kem bina negara sepang cukup menyakitkan. bermula hari isnin 10hb hingga 14 ogos. biro tata negara (BTN). ramai yang kata ianya merupakan tamrin BN.

adakah ianya benar? atau fitnah semata-mata. bagiku ianya tidaklah seperti yang dibayangkan. tiada berlaku yang tak diingini. semuanya indah belaka.

kalau orang yang kuat makan seperti sahabatku yus, mesej yang pertama dihantar "cane? bestkan BTN. makan sedap2. kalau la DQ macam ni". nak wat cane kan dah orang kuat makan, memang makan je la yang dia ingat.

maaf yus pinjam nama. heheh

apa yang nak dinyatakan disini, mindaku sudah terbuka. daripada tidak tahu menahu tentang sejarah perjuangan dan pengorbanan orang2 terdahulu, kami didedahkan susah payah mereka menentang penjajah.

terharu jugak rasanya. pengorbanan dan perjuangan yang semakin dilupakan orang orang zaman sekarang. semuanya mengikut peredaran zaman. segala pengorbanan nenek moyang dilupakan.

bulan kemerdekaan ini, ntah apa yang difahami. entah apa erti kemerdekaan yang difahami oleh remaja sekarang. walaupun negara sudah merdeka, namun apa yang menyedihkan sekarang minda anak-anak muda dijajah semula dengan pelbagai pemikiran.

pelbagai isme-isme sudah menular di negara tercinta ini.entah bagaimna hendah mengubati masyarakat sekarang. namun aku sedikit bersyukut kerana ditamrinkan oleh BTN.

sikit sebanyak aku talah mengenal siapa aku dan keturunanku. hak-hak orang melayu yang perlu dipertahankan. kalau diperhatikan dalam-dalam, hak-hak melayu semakin dinodai oleh kaum-kaum lain.

konsep satu malaysia yang dibawa oleh ayahanda najib bagaimana pula? semua rakyat tahu apa tujuannya. 446 tahun malaysia dijajah. takkan dibiarkan malaysia dijajah lagi.

apa yang perlu dilakukan sekarang, malaysia dan hak-hak melayu perlu dipertahankan walau apa pun yang berlaku. amat baik rasanya jika kita hadamkan pelembagaan malaysia agar semua rakyat tahu apa yang tersirat di sebaliknya.

semoga ALLAH pertahankan malaysia dari segala bentuk penjajahan...

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP