Bahasa, Satu Kemestian

>> 25 Januari 2010

Syukur tidak terhingga diangkat kepada Yang Maha Agung atas kurniaan rahmat dan kasihnya. Sudah seminggu cuti fasal awal bermula. Sebelum "kemerdekaan", ada jugak planning pergi mesir kebetulan ada ma'rad kutub (pameran kitab) terbesar dunia mungkin. Selain itu ada jugak bercadang untuk ke Syria bersama-sama dengan ahli Dar Al-Muttaqin untuk bertemu dengan adik bongsu, saudara Azan yang mana sama-sama berganding bahu mentadbir PERKEMAT DQ suatu ketika dahulu dan juga khairi yang juga banyak memberi sumbangan idea serta sahabat-sahabat yang lain. Namun Allah mengetahui mana yang terlebih baik buat kami semua. Kata Exco Perhubungan PERMATA saudara Khairullah, visa tidak sempat siap semasa cuti ini. Jadi nak tak nak kena kalau nak melihat kebesaran Allah hanya dalam Jordan je la. 4 hari lepas hanya ke Amman memborong sedikit kitab sebagai bekalan fasal akan datang.

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْءَانًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْن
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai quran yang dibaca dengan bahasa arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. Yusuf : 2


Alhamdulillah cuti fasal ni PERMATA tidak membiarkan ahli-ahlinya menghabiskan masa dengan tidak ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Program Daurah Matan Nahu Dan Sorof diaturkan dibawah naungan exco akademik, saudara Azmuddin seterusnya diserapkan kepada saudara Izuddin untuk merealisasikannya. Program yang cukup memberi kesan kepada ahli lebih-lebih lagi kepada mahasiswa tahun satu yang mungkin belum memahami nahu dan sorof secara baik. Program yang membedah kitab nahu bermula dari Bab Kalam cukup memberi impak yang memberansangkan.

Program dua hari yang bermula semalam dan hari ini insyaAllah mampu menarik minat mahasiswa Mu'tah untuk terus mendalami ilmu bahasa arab. Kagum dengan penceramah jemputan yang mana telah lama menceburi dalam bidang bahasa bermula dari peringkat ijazah sehingga kini meneruskan pengajian di peringkat Phd juga dalam bidang bahasa arab. Sudah semestinya dapat kita bayangkan bagaimana cara penyampaian dan kepakarannya dalam bidang bahasa arab.

Beliau yang dikenali dengan nama  Siti Hasliza Mat Yusoff kini menuntut di University Of Jordan yang dahulunya menamatkan ijazah dan master di UIAM. Sebelum ni beliau pernah dijemput dalam satu forum semasa program API sebelum ini. Itulah kali pertama aku dan sahabat-sahabat dan mungkin senior-senior di Mu'tah mendengar  beliau berbicara. Sebab aku mengatakan senior-senior juga kali pertama, adalah kerana apabila  beliau bertutur dalam forum tersebut sewaktu mukadimah semua orang senyap tidak terkata. Seolah-seolah ada malaikat lalu. Dewan menjadi sepi dan semua mata memandang tepat kepadanya. Semua ter"pukau" dengan sebutannya yang boleh dikatakan lahjah arab. Ya memang tidak dinafikan sebetannya. Begitu fasih.

Cukuplah sedikit pengenalan tentang diri penceramah. Tahniah kepada pihak penganjur kerana dapat menyediakan penceramah yang tidak silap lagi untuk program kali ni. Syukur dipanjatkan pada Allah kerana meluangkan masanya untuk bersama-sama kami untuk kali ke-2.

Di awal pembuka bicara, ustazah menerangkan dan menekankan kepentingan untuk menguasai bahasa arab. Sedikit demi sedikit suntikan semangat kepada kami dengan kaedah menghuraikan syair-syair arab dan beberapa surah dari kalam suci al-Quran. Antaranya surah AL-FATIHAH, AL-LAIL, dan sebagainya. Sangat menarik huraian dan uslub yang dijelaskan. Tersedar seketika dari lamunan. Sebelum ini ayat-ayat tersebut memang sudah dibaca. Namun kejahilan tentang uslub yang digunakan olehNYA membuatkan hati kita tidak tersentuh. Hanya sekadar baca. Padahal tersirat di dalamnya uslub balaghah dan sebagianya. Ya allah, jahilnya hambamuMU ini. Bukanlah bagi kami pintu kefahaman dalam memahami kalamMU.

Slot demi slot berjalan. Semakin terpancar kepentingan menguasai bahasa dalam kehidupan. Dahulu pernah terdetik, "buat apa ambik bahasa, bukan nak guna sangat. nanti balik kampung tetap orang kampung tanya tentang hukum hakam agama walaupun ambik jurusan bahasa. baik ambik fiqh, boleh guna dalam kehidupan harian". Mungkin itu yang ditanamkan dalam minda suatu ketika dahulu. Tetapi selepas hari ini, sudah jelas kehebatan bahasa bilamana melihat cara tafsiran dan kaedah bahasa yang ALLAH gunakan. Memang hebat. Kalau belajar fiqh mungkin hanya faham makna secara zahir sahaja.

Semasa waktu rehat tiba, sempat aku mengajukan soalan. "ustazah, macam mana nak bagi sebut bunyi arab? ustazah cakap melayu pun bunyi macam arab". Memang sahabat-sahabat juga tk nafikan kefasihan lidahnya. Tapi ustazah hanya menjawab sebab cinta kepada bahasa. Jawapan yang tidak memuaskan hati ketika itu. Tetapi akhirnya terjwab semasa hari kedua. Ustazah kata, "kita kena ajar lidah kita dengan lahjah arab". Aku kira jawapan kali ini beru memuaskan hati.

Selain itu aku juga ingat pesanan ustazah di awal program supaya tidak menjadikan bahasa ammi(pasar) sebagai bahasa utama. Dia menasihati kami agar cuba untuk bertutur dalam bahasa fushah(standard). Jangan sampai bahasa ammi sebati dalam diri. Itu juga antara perkara-perkara yang ustazah tekankan. Ya tidak dinafikan kadang-kadang rasa macam jadi darah daging pulak bahasa ammi ni. Tidak dinafikan ramai yang agak mahir dalam berbahasa ammi tetapi kurang mahir apabila bertutur dalam bahasa fushah. Ini juga yang realiti yang berlaku kepada sahabat-sahabat yang berada di mesir.

Apa yang boleh disimpulkan, bagi semua mahasiswa islam masakini kita seharusnya menguasai banyak bidang. Bagi mereka yang dalam bidang pengajian islam sama ada syariah, usuludin, ilmu wahyu dan sebagainya, perlulah juga menguasai ilmu bahasa. Dengan menguasai ilmu bahasa itu, mungkin akan lebih membantu dalam mengkaji ilmu-ilmu yang terdapat dalam kitab-kitab arab secara lebih mendalam. Begitu juga dengan mereka yang mendalami bidang bahasa, perlu juga untuk mengetahui cabang-cabang ilmu yang lain. Ini kerana kita tidak mahu mahasiswa islam hari ini difitnah hanya kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh masyarakat pada hari ini. Seperti yang dikatakan diawal tadi, masyarakat akan menghukum semua graduan yang pulang dari timur tengah pakar dalam bidang hukum hakam dan sebagainya.

Ini merupakan cabaran terbesar untuk kita semua mahasiswa islam pada masa kini. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sahabat-sahabat, agar manfaatkan masa yang ada selama berada disini. Sama ada 3tahun, 3tahun satu fasal dan sebagainya, agar manfaatkan masa sebaik mungkin untuk menguasai sebanyak ilmu untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.






Read more...

Kesilapan Semalam

>> 21 Januari 2010

Seminggu lebih membiarkan blog ini bersawang tanpa sebarang perkongsian dengan sahabat-sahabat. Ini disebabkan memberi penumpuan pada final exam untuk fasal pertama aku berada di permusafiran di Mu'tah. Laptop hanya dionkan dalam beberapa waktu sahaja dalam sehari. Sengaja dihadkan waktu penggunaan. Kalau on pun, status ym diinvisiblekan. Sengaja berbuat demikian.

Imtihan bermula pada 11, 13, 17 dan 18 Januari. Empat subjek sahaja untuk fasal ni. Malas nak daftar lebih. Ini juga salah satu nasihat dari abang-abang senior. Sebagai mahasiswa yang baru mencari kehidupan di tempat baru, aku beriman dengan nasihat tersebut. "Anta ambik sikit dulu untuk fasal ni. Cari pengalaman. Kenal selok belok pengajian di sini dulu macam mana. Fasal-fasal depan terpulang nak ambik berapa subjek pun". Itulah sedikit nasihat dari abang-abang yang sayangkan adik-adiknya.

Satu subjek demi satu subjek berlalu. Ada yang keluar dewan peperiksaan dengan raut wajah yang selamba, ada yang muram sedikit, ada yang macam-macam. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Semua menggambarkan apa yang dilalui dengan hati yang pasrah, reda dan sebagainya.

Hari demi hari berlalu. Result juga keluar satu demi satu. Seronok melihat sahabat-sahabat yang menerimanya dengan tangan kanan. Seperti mana janji allah untuk memberi kitab amalan pada hambanya melalui tangan kanan bagi yang menjunjung segala perintahnya. Namun bagi mereka yang menerimanya dengan tangan kiri, masih ada masa. Masih belum terlamabat. Segalanya boleh diusahakan lagi.

Itulah juga yang berlaku keatas diri seorang insan yang dikira kurang bijak mengorak langkah. Segala perancangan yang diatur. Musnah dan hancur. Tidak mampu merancang sehebat Muhammad Al-Fateh yang mampu merampas kembali Kota Konstaltinopal. Apa boleh buat rancangan pertama gagal. Masih boleh berusaha.

Semua keputusan sudah keluar. Natijahnya sama. Kurang memuaskan. Tidak enak dipandang. Tidak enak didengar. Menyesal, sedih, kecewa? Tak perlu semua itu. Semuanya dah terlambat. Apa yang penting jadikan ianya sebagai pengajaran untuk masa akan datang. Hari ini aku ditemani oleh adik bongsu Dar al-Muttaqin dan juga ulama nahu satu hari nanti insyaallah. Meluangkan sedikit masa untuk ke Amman membeli sedikit kitab-kitab yang mungkin boleh menjadi rujukan untuk fasal-fasal akan datang.

Kalau dahulu apa yang difikirkan, "buat apa beli kitab, bukan baca pun". Itu pemikiran yang dahulu. Sekarang pemikiran perlu diubah kepada yang lebih baik. "Habiskan duit untuk kitab sebanyak yang mungkin. Biar apa orang nak kata. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kurang berfaedah. Nak jadi ulama mesti bermula dari sekarang". 

Adik bongsu menghabiskan wangnya sekitar JD200 (RM1000). Tidak mengapalah berapa pun. Bukan habiskan ke jalan maksiat. Beli kitab-kitab agamaNYA. Insyallah ada berkatnya. Yang penting jaga hati. Susah jugak kan nak jaha hati. Kalau tak, takkan la Imam Nawawi nak letakkan hadis tentang niat di kedudukan yang pertama.

Aku hanya membeli kitab-kitab yang dirasakan perlu setelah mendapat kata-kata semangat dari abang Ifwat yang akan meninggalkan kami tidak lama lagi. Hanya beberapa hari sahaja lagi. Katanya 10haribulan depan akan berangkan meninggalkan bumi Mu'tah. Sedih pun ada. Banyak lagi ilmu yang belum dituntun darinya. Hendak beli banyak, kewangan yang ada terhad. Perlu diagih mengikut hak masing-masing.

Adik manja pulak asyik sedih je setelah keluar keputusan. Sudah habis ayat-ayat jiwangku memujuknya. Sudah tidak tahu lagi ayat apa hendak digunakana untuk memujuknya. Sedih melihat keputusan yang keluar. Abg Fudhail juga selalu memberi nasihat padanya. Bagi kekuatan. Tidak perlu terlalu bersedih. Yang penting muhasabah diri kenapa ianya berlaku dan tingkatkan usaha di masa akan datang. Bawak pergi makan dajaj masywi, sampai aku ditinggalkan. Sampai hati korang berdua ye. Memang tidak puas hati dengan keputusan yang diperolehi.

Namun itulah kesilapan semalam yang perlu diperbaiki. Kata abang Mizi (kuliah luqhah), "sekali anta gagal, anta akan rasa begitu manis bila anta berjaya nanti. Kalau anta tak pernah gagal, anta tak dapat rasa manisnya suatu kejayaan tu". Tapi kalau sentiasa dalam kejayaan itulah yang terbaik.Semoga impianku tercapai satu hari nanti.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, usah ditangisi kegagalan pada hari ini. Tetapi menangislah kerana kejayaan hari esok. Teruskan perjuangan di fasal akan datang dengan perjuangan yang tiada noktahnya.

"Allah tidak melihat sejauh mana kejayaan kamu, 
tetapi allah melihat sejauh mana usaha kamu untuk mencapai kejayaan tersebut"

Read more...

JAHANAM KAU

>> 10 Januari 2010

Esok akan bermulanya imtihan nihai (final exam) bagi semester ini. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sangat menjejak kaki ke sini. Entah mengapa hatiku terdetik untuk menulis petang ni. Tadi lunch kat jameah abg Fudail belanja makan lagi. Segan betul. Asyik belanja je. Tu yang malas nak makan kalau dia ajak. Tapi sejak kebelakangan ni aku cuba manfaatkan masa sebaik mungkin untuk bersamanya. Mengutip segala permata yang terdapat dalam tubuhnya. (kelakar plak rasa ayat ni)

Tapi bukan itu yang nak difokuskan pada entry kali ni. Sudah lama aku menyimpan perkara ini. Maaf sahabatku kerana melengahkan permintaanmu.

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لا يفتنون

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (ankabut : 2)
Kira-kira dua minggu aku dipertemukan olehNYA dengan sahabat lamaku. Dipertemukan melalui alam maya. Memang amat lama. Katanya sudah menukar id(ym) baru. Kebetulan malam itu dia terdetik untuk meng'on' id lama. Melihat dia online aku terus mem"buzz"nya. Sahabat yang sama-menghafal quran suatu ketika dahulu. Rindu sangat. Dia juga seakan-akan tidak percaya dengan pertemuan ini. Amat lama kami berbual. Pelbagai tajuk dibincangkan, pelbagai cerita yang distorykan, pelbagai senda gurau yang tercetus, pelbagai macam pelbagai lagi. Semuanya dilepaskan. Melepaskan kerinduan yang membara.

Setelah puas bersenda gurau, gelaktawa dan sebagainya, dia sempat menceritakan tentang seorang sahabat lama kami, Fauzi(bukan nama sebenar). Siapakah beliau? Beliau merupakan pimpinan tertinggi semasa di sekolah dahulu. Tapi tak la hebat sangat. Sekolah biasa je. Tak boleh nak dibandingkan dengan Maktab Mahmud, Yayasan Khairiah dan sekolah-sokolah lain yang Famous di Kedah.

Hebat. Memang dia sudah hebat sekarang. Dan jauh lebih hebat dari dulu. Masa di tahfiz dulu pun sudah cukup hebat. Tetapi kini bertambah hebat. Sebelum dia putuskan untuk menyambung mengajian ke Timur Tengah dahulu, pelbagai jemputan diundang. Forum, ceramah, motivasi merupakan perkara biasa. Namanya tidak asing lagi di kalangan ustaz-ustaz, penduduk setempat, sahabat-sahabat dari sekolah lain juga boleh dikatakan mengenalinya.

Setelah sampai ke Timur Tengah, abang-abang sudah mengenalinya. Entah dimana diorang semua tahu latar belakangnya, aku pun tak dapat nak jelaskan. PELIK bin AJAIB. Namun itulah hakikat orang yang hebat dalam dunia dakwah. Takkan terlepas untuk "dipaksa" menyebarkan dakwah. Kini dia mencipta nama lagi di Timur tengah. Setiap masalah yang timbul, dialah yang menjadi rujukan utama daripada sahabat-sahabat. Kerana apa? Mungkin suatu kelebihan yang dia ada ialah mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Apa sahaja masalah, pendapat, nasihat yang diajukan dapat dijawab dengan baik ditambah dengan metod dakwah yang mendalam yang dikuasainya, dia dapat menguasai perkataan "bilhikmah" dengan sempurna. Mungkin itulah yang menjadi "kekuatannya" di kalangan majoriti pelajar. "Namun tidak bagi aku". Jawabnya serius.

Aku kehairanan. Kenapa ianya terjadi. Aku cuba menyelidik dan menyungkil apa yang tersirat di sebalik penafiannya. "Anta akan tau kalau anta rapat dengan Fauzi. Orang yang dekat dengannya sahaja akan tahu perangai Fauzi yang sebenar. Namun ana taknak perkara yang negatif itu menjadi penghalang bagi Fauzi meneruskan dakwah. Lagipun setiap apa yang keluar dari mulutnya, semuanya mutiara berharga. Jadi biarlah ana sahaja yang menelan segala "racun" tersebut

Sedikit penerangan ringkas diceritakan. Aku sudah dapat membuat kesimpulan awal. Suasana menjadi sepi. Aku hanya membisu. Mendengar segala luahan darinya. Kini dia sudah berada di tahun tiga. Ilmu semakin bertambah. Tetapi iman manusia tidak seperti malaikat. Kadang tinggi menggunung. Kadang rendah menyembah bumi. Juga merupakan "orang kuat" dalam persatuan. Segala idea, cadangannya kebiasaannya tidak dapat disangkal. Ada hujah tersendiri. Kehebatannya dalam "berkata-kata" sungguh menakjubkan. Kata roomate ana kena taqwa, baru boleh mencapai tahap "aqwamu qila". Mungkin itulah rahsianya. Sebut pasal wanita dialah orang pertama yang akan menentang percampuran lelaki dan perempuan. Kalau nak disebut pasal cinta anta anti lagi lah jauh. Memang semua orang kagum dengan kekuatan "menahan" perempuan dalam hidupnya. Mahu taknya, semasa kami di tahfiz dahulu yang wujud hanya kaum adam. Dengan undang-undang keluar masuk yang begitu ketat, jauh sekali untuk melihat kaum hawa.Jadi apa masalah sebenarnya?

وما الحياة الدنيا إلا لعب ولهو
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan
(al-an'am : 32)


LAPTOP

Ya, inilah rahsia kenapa ianya terjadi. Dia baru sahaja membeli laptop dalam beberapa bulan yang lepas. Pointnya adalah laptop. Dia xmampu untuk meawan hawa nafsunya hanya kerana laptop.  Tak dinafikan laptop juga merupakan faktor utama dakwahnya tersebar. Ceramah menggunakan slide walaupun dahulunya dia buta komputer. Namun kini dia semakin hanyut. Kalau dahulu dia dialah yang memperjuangkan solat berjemaah, namun kini semakin slow. Walaupun dahulu rumahnya terletak agak jauh dari masjid, dia mampu untuk meredah kesejukan pagi untuk sama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Namun kini dia berpindah ke rumah yang "lebih jauh" yang hanya mengambil masa sekitar satu-dua minit pun dia sudah kurang daya kekuatan untuk ke masjid. Jahanam kau laptop. Kerana kau sahabatku hanyut.

INTERNET

Ini satu lagi ujian yang berat. Dulu sebelum rumahnya ada internet, semua gerak kerja lancar. Kalau laptop pun apalah sangat kalau tiada internet. Sekadar melihat simpanan video, mendengar nasyid dan sebagainya. Kini internet didaftarkan diatas sepakat ahli rumah. Untuk kemudahan. Pelbagai syarat diletakkan sebelum semua ahli rumah bersepakat untuk memasang internet. Kini semua berubah. Fauzi lah orang yang paling banyak terpengaruh. 24jam internet. Entah apa yang dilayari. Tapi aku masih yakin semuanya untuk kebaikan. Dia tidak sama sekali membuat perkara-perkara yang bukan-bukan. Apa-apa pun jahanam kau internet.

SIFAT OVER-RATE

Aku pun tak pernah dengar perkataan ni sebelum ni. Baru je terbaca dalam sebuah YG dalam petikan yang bertajuk "cinta anta anti". Banyak YG aku join. Sekadar untuk menambah info dan berkongsi apa yang boleh datangkan manfaat. Sifat apa sebenarnya ni. Ini lah sifat yang aku rasa amat perlu untuk setiap pejuang islam dan para da'i untuk menjauhinya. Over-rate ni bermaksud "orang lain buat dikira tak betul, aku buat dikira tidak salah atau boleh". Sebab tujuannya baik. Sama lah macam cinta anta anti. Orang lain bercinta salah. Haram dan sebagainya. Diri sendiri buat, "tak mengapa sebab kami pandai jaga. Nak jaga hubungan hingga ke syurga". Nak termuntah dengar. Kerat leher baru tahu. Na'uzubillahi min zalik.

TAKSUB PERSATUAN VS SUKA BERJALAN


Pernah satu ketika agak lama Fauzi tidak ke masjid. Nak kata tak tahu hukum solat berjemaah, mustahil. Bila ditanya, jawabnya tidak sihat. Tapi tengok dari zahirnya macam ok je. Hanya Allah yang tahu setiap apa yang ersirat dalam hati. Seperti mana satu kata-kata yang kita sering dengar tidak pasti sama ada hadis atau kata-kata hukamak.
"kita hanya menghukum pada zahir,
dan allah yang mengetahui apa yeng tersirat di dalamnya"
(kalau sape ada maklumat tentang ni sila bagitau ye)


Jadi roomate Fauzi pun hanya membiarkan dia menunaikan solat di rumah. Suatu hari dia mengajak sahabatku yang merupakan roomatenya ke Tanta untuk menyelesaikan sesuatu urusan persatuan. Sahabatku menolak ajakan Fauzi dengan memberi beberapa alasan. Kata sahabatku "takmau lah aku teman dia. Macam bersubahat ja. Ajak pi masjid xmau, pi Tanta nak pulak". Itulah jawabnya dalam dialek Kedah. Tanta ke mansurah mengambil masa dalam sejam setengah. Walaupun kesihatannya yang dikatakan "kurang sihat" itu, dia sanggup untuk pergi jua. Padahal seruan Allah yang bersebelahan dengan rumah tidak disahutnya. Mungkin disebabkan naluri suka berjalan itu juga menjadi faktor tersebut.

Cukuplah sekadar itu. Walaupun hakikatnya masih banyak masalah yang melanda. Apa yang boleh kita simpulkan disini ialah :
  • Sentiasa berdoa agar diberi kekuatan dalam beramal.
  • Istiqamah dengan apa yang kita lakukan.
  • Menilai apa yang terbaik.
  • Sentiasa muhasabah diri.
  • Anggap diri kita hina dari orang lain.
  • Berdoa agar allah tetapkan hati dalam setiap kebaikan
  • Ikhlaskan niat dalam setiap perkara.
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak( al-imran : 14)


Cukuplah sekadar sedikit kesimpulan. selebihnya sahabat-sahabat lebih arif untuk menyimpulnya. Kita punya pelbagai kemudahan. Kita juga punya akal fikiran. Kita juga mampu berfikir. Jadi, Fikirlah yang terbaik.

Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada sahabatku Fauzi. Kembalikan ia seperti dahulu. Aku menyayanginya segenap pelusuk hatiku. Jauh disudut hatiku untuk mengaibkanmu. Kubuat semua ini, mudah-mudahan enkau akan terbaca dan aku yakin enkau akan membacanya. Semuanya adalah kerana kasih sayangku kepadamu. Aku ingin kau kembali seperti dahulu.

"Perkara yang paling aku takuti ialah aku tidak laksanakan apa yang kuucapkan. Kerana jelas amaran allah kepadaku. Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam setiap perkara. 
Jagalah hatiku agar tidak terpesong dari landasanmu"








Read more...

Wajib, Sunat, Harus, Makruh, Haram, Kita Yang Tentukan

>> 05 Januari 2010

Kadang-kadang tak terbaca setiap penulisan yang diwajibkan atas diri ini. Nak kata sibuk, macam tipu je. Mungkin kegagalan menguruskan masa dengan baik. Bukan wajib dari syarak tetapi diri sendiri yang mewajibkan seperti blog Ust Hasrizal , Ust Zaharudin , dan beberapa blog yang dirasakan wajib untuk dibaca. Namun pagi ni tergerak hati untuk membuka email .

Email dari seorang sahabat dalam salah satu yahoogroup yang saya sertai. Walaupun ianya juga difowardkan, tertarik dengan tajuknya. Sudah lama penantian. Hari ini terjawab dengan jawapan yang difikirkan sudah cukup memberi penjelasan yang kukuh. Mungkin begitu juga dengan sahabat-sahabat yang telah lama ternanti-nanti.  Saya fikir tiada masalah untuk dikongsi bersama. Kita yang MENENTUKAN segalanya...




Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Zaharuddin.net on Facebook

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum memberi izin kepda rakan webmaster saya. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Sekiranya jual beli kita dengan seorang berbangsa Yahudi lalu memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya selaku seorang individu Yahudi. Ia sama sekali tidak bermasalah di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyubang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatakala itu barulah hokum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Namun begitu, dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majority pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu, justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (masaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Namun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.

4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya membaca dengan khatam privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Namun demikian, takrif jelas bagi yang disebut di atas masih t
etap terpulang kepada pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Muharram 1431 h

05 Januari 2010

Read more...

Kelahiran Muhaddisin Di Mu'tah

>> 03 Januari 2010

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t di atas rahmat yang diberikan kepada seluruh umat islam. Seminggu sebelum program exco akademik memanggilku kerumahnya. "ana nak suruh anta jadi pengarah program takhrij hadis boleh?". Aku mengambil masa seketika untuk menimbang apa yang patut.

"bila programnya?". "hujung minggu ni". jawabnya. Malamnya aku kerumahnya melihat kertas kerja program. Satu program yang bagus. Memikirkan program yang ringkas melibatkan 3 perbentangan kertas kerja dan juga 1 LDK, aku bersetuju untuk memikul amanah tersebut.

Dalam masa seminggu aku cuba manfaatkan masa sebaik mungkin. Dengan bilangan AJK yang sedikit, cuba mengatur mengatur gerak kerja sekemas yang boleh. 4hari sebelum program, meeting untuk kali pertama dan itulah juga yang terakhir untuk dibincangkan berkenaan program. Briefing apa yang patut kepada semua ahli dan membahagikan gerak kerja.

Semua faham. Alhamdulillh...

Dengan bilangan ajk seramai 12 orang, namun hakikat berprogram semua sedia maklum. Tak perlu diulas panjang. Allah sentiasa bersama. Tahniah yang tidak terhingga diatas pertolongan dua orang abang iaitu abg Ifwat dan "abg mithali". Saudara Fudail yang hanya mempunyai beberapa hari untuk meninggalkan bumi Jordan ini. Itulah gelaran yang layak untuknya.




 
 pemergian yang menyedihkan (ust fudail)




kenangan terindah

Inyaallah akan muncul posting khas tentang insan mulia ini di masa akan datang. Insyaallah...

Apa yang kita sedia maklum, hadis merupakan sumber kedua selepas kalam Allah yang mulia. Oleh yang demikian aku memberanikan diri untuk memikul amanah ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak mungkin inilah bentuk sumbangan yang mampu aku berikan.

Nak jadi penceramah entah bila diri ini mampu manyahutnya. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan.

Berbalik kepada hadis, kita boleh tafsirkan bahawa ianya dapat memandu mereka atau dengan kata lain ahli agama agar lebih mendalami selok belok hadis, jarah ta'dil, thiqah, sifat rawi dan sebagainya. Mungkin dengan memahami hadis dengan lebih dekat tidak akan timbul lagi istilah "ini hadis doif, awak ni bid'ah" dan segala macam istilah-istilah yang tidak sepatutnya.

Bila kita lihat zaman ke zaman terlalu banyak golongan yang secara mudah menghukum sesuatu hadis dengan mudah tanpa usul periksa yang mendalam. Tidak segan silu ada pihak yang mendakwa mereka golongan anti hadis. Siapa kita nak menolak hadis. Mulia sangatkah kita? Walikah kita? Ma'sumkah kita? Hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya. Bagaimana pula cara untuk mentafsir sesuatu hadis perlu dititikberatkan.

Bukan hanya mentafsir sesebuah hadis mengikut zahir matan semata-mata. Perlu dinilai dari pelbagai aspek. Ya, itulah yang terbaik. Dari sudut lain, kita perlu menilai bagaimana kesungguhan atau keperitang ulama' terdahulu dalam mengumpul hadis dari segi matannya, rawinya dan segala yang berkaitan ilmu hadis.

Bagaimana dengan zaman sekarang sudah tidak ramai yang bersungguh kearah itu. Ditambah pula dengan adanya Maktabah Syamilah,Maktabah al-Mars, Mausu'at az-Zahabiah (perisian koputer)dan sebagainya menambahkan lagi ke"liat"an mahasiswa masakini untuk mengkaji dengan cara praktikal. Itu semua ujian dan cabaran buat mereka yang mendalami hadis atau umumnya mahasiswa Islam. Nak tak nak memerlukan mujahadah yang kuat.
"masing-masing menjadi ulama silam"

Mengikut perancangan asal, pihak program hanya berhasrat untuk menerima peserta seramai 60 orang iaitu 30 dari peserta syabab dan 30 dari peserta akhawat. Namun penyertaan yang tak dijangka. mendapat sambutan baik dari mahasiswa Mu'tah. Bukan hendak menyekat mereka yang ingin menuntut ilmu, tetapi kekurangan bahan rujukan seperti kitab-kitab yang hendak digunakan sewaktu LDK memaksa untuk menghadkan penyertaan. Namun alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.

Komen Peserta

Alhamdulillah yang tak terhingga, ramai yang melihat program ini cukup baik. Walaupun tenaga yang digunakan hanya beberapa kerat dengan jarak masa yang begitu singkat, mungkin boleh digambarkan ini merupakan anugerah, rahmat dan keberkatan dariNYA untuk mereka yang ingin mendekatkan diri dengan ilmu-ilmuNYA. Program berjalan dengan lancar tanpa masalah-masalah yang tidak diingini.

Disamping itu antara misi yang tercapai ialah berjaya mengumpulkan semua batch walaupun tidak semua yang hadir. Namun mereka melihat ianya sebagai satu kejayaan. 'Ala kulli hal semua komen yang diterima adalah positif.




"peserta sibuk mencari sumber"

Program ini juga merupakan sumbangan idea terakhir dari dua orang senior yang mana merupakan program pertama di Mu'tah. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka. Juga ucapan jutaan terima kasih dan jazakumullah kepada semua ajk dan dan sahabat-sahabat yang membantu secara langsung dan tidak langsung seperti "Syaukani Serba Boleh, hayyi wali" dan sebagainya. Maaf kepada yang tidak disebut.

Kepada semua ajk terutama Ustazah syahidah selaku timbalan pengarah program, Exco Biro Akademik Saudara Azmuddin, ana memohon jutaan kemaafan diatas kelemahan, kekurangan serta cacat cela yang sepanjang program berlansung. Semoga program yang baik ini dapat diteruskan di masa akan datang dan diambil manfaat bersama.







Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP