Kelahiran Muhaddisin Di Mu'tah

>> 03 Januari 2010

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t di atas rahmat yang diberikan kepada seluruh umat islam. Seminggu sebelum program exco akademik memanggilku kerumahnya. "ana nak suruh anta jadi pengarah program takhrij hadis boleh?". Aku mengambil masa seketika untuk menimbang apa yang patut.

"bila programnya?". "hujung minggu ni". jawabnya. Malamnya aku kerumahnya melihat kertas kerja program. Satu program yang bagus. Memikirkan program yang ringkas melibatkan 3 perbentangan kertas kerja dan juga 1 LDK, aku bersetuju untuk memikul amanah tersebut.

Dalam masa seminggu aku cuba manfaatkan masa sebaik mungkin. Dengan bilangan AJK yang sedikit, cuba mengatur mengatur gerak kerja sekemas yang boleh. 4hari sebelum program, meeting untuk kali pertama dan itulah juga yang terakhir untuk dibincangkan berkenaan program. Briefing apa yang patut kepada semua ahli dan membahagikan gerak kerja.

Semua faham. Alhamdulillh...

Dengan bilangan ajk seramai 12 orang, namun hakikat berprogram semua sedia maklum. Tak perlu diulas panjang. Allah sentiasa bersama. Tahniah yang tidak terhingga diatas pertolongan dua orang abang iaitu abg Ifwat dan "abg mithali". Saudara Fudail yang hanya mempunyai beberapa hari untuk meninggalkan bumi Jordan ini. Itulah gelaran yang layak untuknya.




 
 pemergian yang menyedihkan (ust fudail)




kenangan terindah

Inyaallah akan muncul posting khas tentang insan mulia ini di masa akan datang. Insyaallah...

Apa yang kita sedia maklum, hadis merupakan sumber kedua selepas kalam Allah yang mulia. Oleh yang demikian aku memberanikan diri untuk memikul amanah ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak mungkin inilah bentuk sumbangan yang mampu aku berikan.

Nak jadi penceramah entah bila diri ini mampu manyahutnya. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan.

Berbalik kepada hadis, kita boleh tafsirkan bahawa ianya dapat memandu mereka atau dengan kata lain ahli agama agar lebih mendalami selok belok hadis, jarah ta'dil, thiqah, sifat rawi dan sebagainya. Mungkin dengan memahami hadis dengan lebih dekat tidak akan timbul lagi istilah "ini hadis doif, awak ni bid'ah" dan segala macam istilah-istilah yang tidak sepatutnya.

Bila kita lihat zaman ke zaman terlalu banyak golongan yang secara mudah menghukum sesuatu hadis dengan mudah tanpa usul periksa yang mendalam. Tidak segan silu ada pihak yang mendakwa mereka golongan anti hadis. Siapa kita nak menolak hadis. Mulia sangatkah kita? Walikah kita? Ma'sumkah kita? Hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya. Bagaimana pula cara untuk mentafsir sesuatu hadis perlu dititikberatkan.

Bukan hanya mentafsir sesebuah hadis mengikut zahir matan semata-mata. Perlu dinilai dari pelbagai aspek. Ya, itulah yang terbaik. Dari sudut lain, kita perlu menilai bagaimana kesungguhan atau keperitang ulama' terdahulu dalam mengumpul hadis dari segi matannya, rawinya dan segala yang berkaitan ilmu hadis.

Bagaimana dengan zaman sekarang sudah tidak ramai yang bersungguh kearah itu. Ditambah pula dengan adanya Maktabah Syamilah,Maktabah al-Mars, Mausu'at az-Zahabiah (perisian koputer)dan sebagainya menambahkan lagi ke"liat"an mahasiswa masakini untuk mengkaji dengan cara praktikal. Itu semua ujian dan cabaran buat mereka yang mendalami hadis atau umumnya mahasiswa Islam. Nak tak nak memerlukan mujahadah yang kuat.
"masing-masing menjadi ulama silam"

Mengikut perancangan asal, pihak program hanya berhasrat untuk menerima peserta seramai 60 orang iaitu 30 dari peserta syabab dan 30 dari peserta akhawat. Namun penyertaan yang tak dijangka. mendapat sambutan baik dari mahasiswa Mu'tah. Bukan hendak menyekat mereka yang ingin menuntut ilmu, tetapi kekurangan bahan rujukan seperti kitab-kitab yang hendak digunakan sewaktu LDK memaksa untuk menghadkan penyertaan. Namun alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.

Komen Peserta

Alhamdulillah yang tak terhingga, ramai yang melihat program ini cukup baik. Walaupun tenaga yang digunakan hanya beberapa kerat dengan jarak masa yang begitu singkat, mungkin boleh digambarkan ini merupakan anugerah, rahmat dan keberkatan dariNYA untuk mereka yang ingin mendekatkan diri dengan ilmu-ilmuNYA. Program berjalan dengan lancar tanpa masalah-masalah yang tidak diingini.

Disamping itu antara misi yang tercapai ialah berjaya mengumpulkan semua batch walaupun tidak semua yang hadir. Namun mereka melihat ianya sebagai satu kejayaan. 'Ala kulli hal semua komen yang diterima adalah positif.




"peserta sibuk mencari sumber"

Program ini juga merupakan sumbangan idea terakhir dari dua orang senior yang mana merupakan program pertama di Mu'tah. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka. Juga ucapan jutaan terima kasih dan jazakumullah kepada semua ajk dan dan sahabat-sahabat yang membantu secara langsung dan tidak langsung seperti "Syaukani Serba Boleh, hayyi wali" dan sebagainya. Maaf kepada yang tidak disebut.

Kepada semua ajk terutama Ustazah syahidah selaku timbalan pengarah program, Exco Biro Akademik Saudara Azmuddin, ana memohon jutaan kemaafan diatas kelemahan, kekurangan serta cacat cela yang sepanjang program berlansung. Semoga program yang baik ini dapat diteruskan di masa akan datang dan diambil manfaat bersama.







0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP