JAHANAM KAU

>> 10 Januari 2010

Esok akan bermulanya imtihan nihai (final exam) bagi semester ini. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sangat menjejak kaki ke sini. Entah mengapa hatiku terdetik untuk menulis petang ni. Tadi lunch kat jameah abg Fudail belanja makan lagi. Segan betul. Asyik belanja je. Tu yang malas nak makan kalau dia ajak. Tapi sejak kebelakangan ni aku cuba manfaatkan masa sebaik mungkin untuk bersamanya. Mengutip segala permata yang terdapat dalam tubuhnya. (kelakar plak rasa ayat ni)

Tapi bukan itu yang nak difokuskan pada entry kali ni. Sudah lama aku menyimpan perkara ini. Maaf sahabatku kerana melengahkan permintaanmu.

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لا يفتنون

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (ankabut : 2)
Kira-kira dua minggu aku dipertemukan olehNYA dengan sahabat lamaku. Dipertemukan melalui alam maya. Memang amat lama. Katanya sudah menukar id(ym) baru. Kebetulan malam itu dia terdetik untuk meng'on' id lama. Melihat dia online aku terus mem"buzz"nya. Sahabat yang sama-menghafal quran suatu ketika dahulu. Rindu sangat. Dia juga seakan-akan tidak percaya dengan pertemuan ini. Amat lama kami berbual. Pelbagai tajuk dibincangkan, pelbagai cerita yang distorykan, pelbagai senda gurau yang tercetus, pelbagai macam pelbagai lagi. Semuanya dilepaskan. Melepaskan kerinduan yang membara.

Setelah puas bersenda gurau, gelaktawa dan sebagainya, dia sempat menceritakan tentang seorang sahabat lama kami, Fauzi(bukan nama sebenar). Siapakah beliau? Beliau merupakan pimpinan tertinggi semasa di sekolah dahulu. Tapi tak la hebat sangat. Sekolah biasa je. Tak boleh nak dibandingkan dengan Maktab Mahmud, Yayasan Khairiah dan sekolah-sokolah lain yang Famous di Kedah.

Hebat. Memang dia sudah hebat sekarang. Dan jauh lebih hebat dari dulu. Masa di tahfiz dulu pun sudah cukup hebat. Tetapi kini bertambah hebat. Sebelum dia putuskan untuk menyambung mengajian ke Timur Tengah dahulu, pelbagai jemputan diundang. Forum, ceramah, motivasi merupakan perkara biasa. Namanya tidak asing lagi di kalangan ustaz-ustaz, penduduk setempat, sahabat-sahabat dari sekolah lain juga boleh dikatakan mengenalinya.

Setelah sampai ke Timur Tengah, abang-abang sudah mengenalinya. Entah dimana diorang semua tahu latar belakangnya, aku pun tak dapat nak jelaskan. PELIK bin AJAIB. Namun itulah hakikat orang yang hebat dalam dunia dakwah. Takkan terlepas untuk "dipaksa" menyebarkan dakwah. Kini dia mencipta nama lagi di Timur tengah. Setiap masalah yang timbul, dialah yang menjadi rujukan utama daripada sahabat-sahabat. Kerana apa? Mungkin suatu kelebihan yang dia ada ialah mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Apa sahaja masalah, pendapat, nasihat yang diajukan dapat dijawab dengan baik ditambah dengan metod dakwah yang mendalam yang dikuasainya, dia dapat menguasai perkataan "bilhikmah" dengan sempurna. Mungkin itulah yang menjadi "kekuatannya" di kalangan majoriti pelajar. "Namun tidak bagi aku". Jawabnya serius.

Aku kehairanan. Kenapa ianya terjadi. Aku cuba menyelidik dan menyungkil apa yang tersirat di sebalik penafiannya. "Anta akan tau kalau anta rapat dengan Fauzi. Orang yang dekat dengannya sahaja akan tahu perangai Fauzi yang sebenar. Namun ana taknak perkara yang negatif itu menjadi penghalang bagi Fauzi meneruskan dakwah. Lagipun setiap apa yang keluar dari mulutnya, semuanya mutiara berharga. Jadi biarlah ana sahaja yang menelan segala "racun" tersebut

Sedikit penerangan ringkas diceritakan. Aku sudah dapat membuat kesimpulan awal. Suasana menjadi sepi. Aku hanya membisu. Mendengar segala luahan darinya. Kini dia sudah berada di tahun tiga. Ilmu semakin bertambah. Tetapi iman manusia tidak seperti malaikat. Kadang tinggi menggunung. Kadang rendah menyembah bumi. Juga merupakan "orang kuat" dalam persatuan. Segala idea, cadangannya kebiasaannya tidak dapat disangkal. Ada hujah tersendiri. Kehebatannya dalam "berkata-kata" sungguh menakjubkan. Kata roomate ana kena taqwa, baru boleh mencapai tahap "aqwamu qila". Mungkin itulah rahsianya. Sebut pasal wanita dialah orang pertama yang akan menentang percampuran lelaki dan perempuan. Kalau nak disebut pasal cinta anta anti lagi lah jauh. Memang semua orang kagum dengan kekuatan "menahan" perempuan dalam hidupnya. Mahu taknya, semasa kami di tahfiz dahulu yang wujud hanya kaum adam. Dengan undang-undang keluar masuk yang begitu ketat, jauh sekali untuk melihat kaum hawa.Jadi apa masalah sebenarnya?

وما الحياة الدنيا إلا لعب ولهو
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan
(al-an'am : 32)


LAPTOP

Ya, inilah rahsia kenapa ianya terjadi. Dia baru sahaja membeli laptop dalam beberapa bulan yang lepas. Pointnya adalah laptop. Dia xmampu untuk meawan hawa nafsunya hanya kerana laptop.  Tak dinafikan laptop juga merupakan faktor utama dakwahnya tersebar. Ceramah menggunakan slide walaupun dahulunya dia buta komputer. Namun kini dia semakin hanyut. Kalau dahulu dia dialah yang memperjuangkan solat berjemaah, namun kini semakin slow. Walaupun dahulu rumahnya terletak agak jauh dari masjid, dia mampu untuk meredah kesejukan pagi untuk sama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Namun kini dia berpindah ke rumah yang "lebih jauh" yang hanya mengambil masa sekitar satu-dua minit pun dia sudah kurang daya kekuatan untuk ke masjid. Jahanam kau laptop. Kerana kau sahabatku hanyut.

INTERNET

Ini satu lagi ujian yang berat. Dulu sebelum rumahnya ada internet, semua gerak kerja lancar. Kalau laptop pun apalah sangat kalau tiada internet. Sekadar melihat simpanan video, mendengar nasyid dan sebagainya. Kini internet didaftarkan diatas sepakat ahli rumah. Untuk kemudahan. Pelbagai syarat diletakkan sebelum semua ahli rumah bersepakat untuk memasang internet. Kini semua berubah. Fauzi lah orang yang paling banyak terpengaruh. 24jam internet. Entah apa yang dilayari. Tapi aku masih yakin semuanya untuk kebaikan. Dia tidak sama sekali membuat perkara-perkara yang bukan-bukan. Apa-apa pun jahanam kau internet.

SIFAT OVER-RATE

Aku pun tak pernah dengar perkataan ni sebelum ni. Baru je terbaca dalam sebuah YG dalam petikan yang bertajuk "cinta anta anti". Banyak YG aku join. Sekadar untuk menambah info dan berkongsi apa yang boleh datangkan manfaat. Sifat apa sebenarnya ni. Ini lah sifat yang aku rasa amat perlu untuk setiap pejuang islam dan para da'i untuk menjauhinya. Over-rate ni bermaksud "orang lain buat dikira tak betul, aku buat dikira tidak salah atau boleh". Sebab tujuannya baik. Sama lah macam cinta anta anti. Orang lain bercinta salah. Haram dan sebagainya. Diri sendiri buat, "tak mengapa sebab kami pandai jaga. Nak jaga hubungan hingga ke syurga". Nak termuntah dengar. Kerat leher baru tahu. Na'uzubillahi min zalik.

TAKSUB PERSATUAN VS SUKA BERJALAN


Pernah satu ketika agak lama Fauzi tidak ke masjid. Nak kata tak tahu hukum solat berjemaah, mustahil. Bila ditanya, jawabnya tidak sihat. Tapi tengok dari zahirnya macam ok je. Hanya Allah yang tahu setiap apa yang ersirat dalam hati. Seperti mana satu kata-kata yang kita sering dengar tidak pasti sama ada hadis atau kata-kata hukamak.
"kita hanya menghukum pada zahir,
dan allah yang mengetahui apa yeng tersirat di dalamnya"
(kalau sape ada maklumat tentang ni sila bagitau ye)


Jadi roomate Fauzi pun hanya membiarkan dia menunaikan solat di rumah. Suatu hari dia mengajak sahabatku yang merupakan roomatenya ke Tanta untuk menyelesaikan sesuatu urusan persatuan. Sahabatku menolak ajakan Fauzi dengan memberi beberapa alasan. Kata sahabatku "takmau lah aku teman dia. Macam bersubahat ja. Ajak pi masjid xmau, pi Tanta nak pulak". Itulah jawabnya dalam dialek Kedah. Tanta ke mansurah mengambil masa dalam sejam setengah. Walaupun kesihatannya yang dikatakan "kurang sihat" itu, dia sanggup untuk pergi jua. Padahal seruan Allah yang bersebelahan dengan rumah tidak disahutnya. Mungkin disebabkan naluri suka berjalan itu juga menjadi faktor tersebut.

Cukuplah sekadar itu. Walaupun hakikatnya masih banyak masalah yang melanda. Apa yang boleh kita simpulkan disini ialah :
  • Sentiasa berdoa agar diberi kekuatan dalam beramal.
  • Istiqamah dengan apa yang kita lakukan.
  • Menilai apa yang terbaik.
  • Sentiasa muhasabah diri.
  • Anggap diri kita hina dari orang lain.
  • Berdoa agar allah tetapkan hati dalam setiap kebaikan
  • Ikhlaskan niat dalam setiap perkara.
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak( al-imran : 14)


Cukuplah sekadar sedikit kesimpulan. selebihnya sahabat-sahabat lebih arif untuk menyimpulnya. Kita punya pelbagai kemudahan. Kita juga punya akal fikiran. Kita juga mampu berfikir. Jadi, Fikirlah yang terbaik.

Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada sahabatku Fauzi. Kembalikan ia seperti dahulu. Aku menyayanginya segenap pelusuk hatiku. Jauh disudut hatiku untuk mengaibkanmu. Kubuat semua ini, mudah-mudahan enkau akan terbaca dan aku yakin enkau akan membacanya. Semuanya adalah kerana kasih sayangku kepadamu. Aku ingin kau kembali seperti dahulu.

"Perkara yang paling aku takuti ialah aku tidak laksanakan apa yang kuucapkan. Kerana jelas amaran allah kepadaku. Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam setiap perkara. 
Jagalah hatiku agar tidak terpesong dari landasanmu"








6 comments:

miNa Januari 11, 2010 7:00 PG  

hmm..sy terpana seketika memikirkan cerite ini .. hmmm~~

sahabat masarra,  Januari 12, 2010 12:37 PTG  

bagus la abd mad post ni..sket sebyk kena berdebok ats kepala sendiri..huhu..disiplinkan dri dgn penggunaan internet..

miNa Januari 12, 2010 11:39 PTG  

sbb mengenangkan 'hebatnya' internet tu, sampai boleh mengubah personaliti seseorang. Mesti ada yang tak betul dengan 'internet'nye itu..Orang seperti fauzi tu boleh berubah, inikan pulak kami yg biase2 ni .. tak tahu lah~~

sayangibu Januari 13, 2010 3:35 PG  

ana suka yang bagi kena atas kepala ana jgak. baru sentiasa ingt. alhamdulillah ana pun bleh merasakan penggunaan ana mengikut keperluan. elektrik pun bleh kurang. ni asyik on je. geram gak. dah la sini lektrik mahal... huhu

to amal : tu la ana cakap kita kena sentiasa berdoa agar ditetapkan amal. allah akan uji setiap hambanya mengikut kekuatan iman masing2. semoga sentiasa bawah naungannya...

Amalina Asyikin Januari 13, 2010 6:50 PTG  

memang dunia internet tak dpt dielakkan sbb dah memang di bidang ini, hari2 study dan keje di internet&komputer..cuma kena pandai2 mengawal diri .. mekaseyh ye ustaz bg nasihat~..tolong la ingt2kan org2 yg pelupe dan lalai cam sy ni ~_~

Cahaya kesempurnaan Januari 16, 2010 1:20 PG  

~ satu perkongsian yg menarik..

memang wujud sebenarnyer realiti manusia sebegini...
mungkin saudara fauzi punye alasannye sendiri...a
pa apa pun memang dunia melalaikan..
laptop..ternet..dll.......

walaupon sesorg tu ilmu die mantap,
x semestinye die amalkan ilmu tu...
dan akibatnye..
dilaknat ilmu!
nauzubillahiminzalik...

sbb tu amat penting sahabat sekeliling....
menasihati bkn hanye pandang sebelah mata n kutuk n marah dlm hati sahaja...

waallahua'lam ....

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP