DIA Dah Panggil. JOM!!!

>> 17 November 2009

dalam kelas

Alhamdulillah, hari ini aku diberi kesempatan untuk berkongsi lagi apa yang dikira boleh menjadikan kita hamba yang taat kepadanya. Cuaca di Mu'tah semakin hari semakin menjadi-jadi sejuknya. Bukan nak menyalahkan ketentuan Ilahi. Cuma nak menggambarkan kesejukan semakin hari menusuk kalbu.

Ini belum lagi masuk musim syita'(sejuk). Nanti dah masuk musim syita' tak tahu la macam mana. Malas nak bayang. Mahu taknya. Selimut yang bernilai JD40 bersamaan RM200 yang dianggap sebagai "kubu" kuat dan juga begitu "kebal" pun masih belum mampu melawan kesejukan malam.

malam khatam quran bulan puasa lepas

Namun bukan itu yang hendak digariskan pada entry kali ini. Teringat semasa di Darul Quran dahulu. Asrama lelaki dan perempuan semuanya di dalam kampus. Ye la sebab semua wajib tinggal di kampus. Tak dibenarkan tinggal di luar. Dengan gahnya masjid yang dikira cukup menambat hati bagi mereka yang melihat, namun kesedihan muncul ketika azan dilaungkan. Tapi itu kisah lama. Yang lalu biarkan terus berlalu. Yang akan datang perlu dikecapi sebaik mungkin.

Kini aku sudah meninggalkan Malaysia dengan kata lain "dihantar" ke bumi Mu'tah ini untuk terus menggali ilmu agama agar dapat disumbangkan dan disebarkan pada masyarakat suatu hari nanti. Kesyukuran yang tidak terhingga bilamana DIA menempatkan kami (EX-DQ) seramai 12orang untuk masih bersamanya. Jarak rumah sewa kami dengan masjid tidak lah begitu jauh. Kira-kira 200m dari masjid.
mantan ydp xde time ni(demam)

Nak dikatakan, keseluruhan atau majoriti semua rumah sewa pelajar melayu berada di sekitar Masjid Shuhada, Mu'tah. Tak dinafikan ada jugak yang sedikit jauh. Namun kisah silam kembali lagi. Apabila azan dilaungkan, tidak ramai yang berebut untuk sama-sama menunaikannnya secara berjemaah. Lebih-lebih lagi di Jordan sudah ditetapkan masa untuk iqamah iaitu:
subuh=30minit
zohor= 15minit
asar= 15minit
maghrib= 15minit
isyak= 10minit

Sedangkan dengan masa yang ditetapkan, sudah boleh merancang waktu agar sama-sama dapat menunaikan solat secara berjemaah. Namun itulah tugas Iblis yang sudah berjanji pada Allah untuk menyesatkan umat seperti mana dia berjaya menyesatkan "ayah" kita suatu ketika dahulu begitulah dia berusaha atas diri kita agar sama-sama bersamanya disana nanti.

Untuk itu kita perlu kuat untuk membasmi bisikan liciknya itu. Berbalik pada jemaah, yang mana banyak ayat yang membuuktikan perlu dan pentingnya kepada jemaah. Sama ada dalam surah al-Imran ayat 103, 110 dan surah al-baqarah juga di ayat 110 yang jelas menunjukkan perlunya menunaikan solat secara berjemaah. Seperti mana nabi pernah memberi amaran dasyat kepada mereka yang tidak mahu menunaikan solat berjemaah dengan hadis yang berbunyi:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشأ وصلاة الفجر , ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوا , ولقد هممت أن آمر بالصلاة فتقام , ثم آمر رجلا فيصلي بالناس , ثم أنطلق معي برجل معهم حزم من حطب إلى قوم لا يشهدون الصلاة فأحرق عليهم بيوتهم بالنار- متفق عليه

Yang mana hadis tersebut bermaksud:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafiq daripada solat isyak dan juga subuh. Dan kalau mereka tahu kelebihan yang terkandung dalam kedua solat tersebut, nescaya mereka akan datang ke masjid untuk solat berjemaah sekalipun dalam keadaan merangkak. Kemudian aku ingin menyuruh orang iqamah dan menunaikan solat. Kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat jemaah. Kemudian mengajak sebahagian dari mereka dengan membawa ikatan kayu api untuk membakar rumah mereka yang tidak pergi menunaikan solat berjemaah"


Hadis diatas dengan jelas menunjukkan bahawa pentingnnya solat secara berjemaah walaupun ianya tidak diwajibkan. Dalam hadis tersebut juga menggambarkan bertapa besarnya ganjaran yang sedia menanti bagi mereka yang sama-sama menunaikan solat secara berjemaah dengan gambaran yang diberikan oleh nabi yang mana manusia akan pergi solat berjemaah walaupun dalam keadaan merangkak.
Tingginya iman mereka

Ini pula merupakan gambar yang saya rakamkan sendiri pada minggu lepas di hadapan kedai betul-betul bawah rumah kami(rumah kami tingkat3). Mereka yang bekerja sebagai buruh masih lagi menunaikan solat berjemaah walaupun hanya di hadapan kedai demi memburu ganjaran yang dijanjikan oleh TUANnya.

Tetapi ramai di kalangan kita pada hari ini masih lagi tidak mahu berlumba-lumba kearah kebaikan walaupun dianugerahkan dengan pelbagai kesenangan. Mugkin cukup dengan sedikit perkongsian. mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan bersama. Saya akhiri dengan sebuah cerita, Mudah-mudahan ianya dapat melembutkan hati kita semua insyaallah.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w sedang duduk bersama para sahabat, Kemudian datang pemuda arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabiala Rasulullah s.a.w melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "wahai orang muda,kenapa kamu menangis?"

Maka berkata pemuda itu, "Ya Rasulullah s.a.w, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Bakar r.a dan Umar r.a mengikut pemuda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah sampai di rumahnya, maka Abu Bakar dan Umar mendapati ayah pemuda itu telah bertukar menjadi rupa babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah s.a.w, kami lihat ayah pemuda itu telah bertukar menjadi rupa babi hitam."

Kemudian Rasulullah s.a.w dan para sahabt pergi semula ke rumah pemuda tersebut dan Rasulullah s.a.w pun berdoa kepada Allah, kemudian mayat tersebut bertukar kepada rupa manusia seperti sediakala. Lalu Rasulullah s.a.w dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, dengan kuasa Allah mayat itu sekali lagi bertukar menjadi babi hitam. Kemudian Rasulullah s.a.w pin bertanya kepada pemuda tersebut, "wahai anak muda, apakah yang ayahmu lakukan sewaktu di dunia dahulu?

Pemuda itu menjawab, "Sebenarnya ayahku tidak mahu menunaikan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, "wahai sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah seprti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangkan jenazah tersebut tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan tersebut, mereka melihat ada seekor ular yang sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat itu. Lalu mereka cuba untuk membunuh ular tersebut.

Sewaktu mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka ular itu menyebut, " Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapa kamu hendak membunuh aku? Aku tidak bersalah. Allah yang memerintahkan aku supaya menyeksa mayat ini sehingga hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh mayat ini?" Jawab ular, "dia telah melakukan tiga kesalahan. Diantaranya:
  1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak pergi untuk sama-sama menunaikan solat secara berjemaah.
  2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.


2 comments:

iktiraf November 24, 2009 4:22 PG  

salam ziarah..
entri yang sangat bermakna..
sila la kunjung ke blog kerdil saya... ;)

Raisul Fadhla Bin Safiruddin Januari 10, 2010 7:23 PTG  

Banyak dalil yang menunjukkan 'kewajipan' untuk mendirikan solat secara berjamaah.

Sebahagian ada ana tulis pada link kat bawah ni.

http://hikmahgroup.blogspot.com/2009/11/dirikanlah-shalat-berjamaah.html

Sekarang tengah susun lagi satu, tapi belum siap untuk di-publish kat blog. Kalau dah siap nanti ana bagi tau, insya Allah. :)

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP