Zahir Dan Batinmu

>> 23 Jun 2010

Seminggu sudah berlalu. Terasa seperti baru semalam menjejak kaki ke bumi syam (Syria) yang dijanjikan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w akan keberkatan padanya. Terasa seperti tidak percaya. Mujamma’ Fatah menjadi pilihan untuk kursus bahasa walaupun pada sebelumnya bercadang untuk berada di Mujamma’ Abu Nur. Tinggal di Mukhayyam Falestin yang terletak agak jauh dari masyarakat melayu, jauh dengan rumah persatuan, tempat talaqi dan sebagainya. Namun terdapat suatu yang tidak ada di tempat lain.
Bermusafir untuk tiga bulan terasa begitu sekejap. Perlu manfaatkan masa sebaik mungkin. Terasa beruntung dapat tinggal serumah dengan Maulana Jalaluddin, Adib dan Amin serta seorang arab Algeria. Terasa sayang untuk meninggalkan Maulana untuk dengan menerima pelawaan Faris, rakan sekampung untuk tinggal bersamanya.
“mai la dok sini dengan aku, free ja cuma bayaq duit air dengan api ja. Hang dok sana kena bayaq mahai. Dah la jauh” ajak Faris seakan memaksa.
Memang benar, rumah yang aku tinggal sekarang agak jauh. Dalam keadaan sekarang terasa begitu sempit. Duit rumah belum lagi dijelaskan. Duit rumah di Jordan juga perlu dijelaskan. Duit hanya tinggal untuk membayar tambang van ke kelas. Berbaki untuk beberapa hari lagi untuk menjadikan poket betul-betul kering. Namun terdapat rahsia disabalik rumah ini yang memaksa aku untuk terus menetap di sini.
Waktu malam yang agak pendek membuatkan malam kadang-kadang dipaksa mata untuk terus berjaga. Menghabiskan masa berbual dengan Maulana dengan beberapa topik dan perkongsian. Sudah 7tahun berada diperantauan tidak pulang ke tanah air membuatkan pengalamannya begitu berharga. 
Teringat keluhan seorang sahabat beberapa bulan yang lepas. Pening memikirkan tingkah laku sahabat-sahabat katanya. Berada di luar negara boleh berbuat sesuka hati mengikut kehendak. Tiada siapa yang dapat menghalang.
Di Mana Hatimu
“hang tengok ja aku macam ni tapi dalam sapa tau, innallaha la yanzuru ila suarikum….”
“ sesungguhnya allah tidak melihat pada luaran dan harta benda kamu tetapi melihat kepada hati kamu”
Terasa puas bila berhujah dengan menggunakan dalil. Begitulah antara hadis yang terdapat dalam sahih bukhari yang mana terdapat bebrapa matan hadis lain yang sekan-seakan dengannya.
Tetapi bukankah terdapat hadis dalam Hadis 40 mengatakan,
“sesungguhnya dalam diri terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah sekalian jasad dan apabila rosak maka rosaklah seluruh anggota”.
 Ini membuktikan keburukan yang terdapat di dalam akan terpancar keluar andai ianya tidak dipelihara sebaiknya. Begitu juga andai seseorang mendakwa di dalamnya baik maka secara tidak langsung kebaikan tersebut akan terpancar keluar. Bagaimanakah kebaikan yang tersemat di dalam diri dan diasuh dengan baik, mengeluarkan hasil yang buruk dan tidak manis di luarnya. Sangat mustahil. Semestinya terdapat sedikit kesalahan dan kecacatan yang tidak disedari. Perlu direnung dan diubati sebaik mungkin.
Kita pernah mendengar pepatah yang berbunyi “don’t judge a book by this cover”. Benarkah pepatah ini boleh dikiaskan dengan setiap perkara? Sudah tentu tidak. Perlu dinilai semula. Tidak sepatutnya bagi seorang yang berilmu memutar belitkan setiap perkara bagi menyelamatkan diri. Kaedah fiqh pula mengatakan “ الظاهر يدل على باطنzahir menggambarkan pada batin. Cukuplah untuk menghukum pada apa yang terzahir walaupun hakikatnya hanya allah yang mampu menentukannya.
Marilah sahabat-sahabat kita mengasuh hati, menjaga diri, memelihara akal, menjinakkan diri dengan perkara-perkara kebaikan. Beramanah dengan ilmu yang dipelajari. Tidak ada insan yang sempurna di dunia ini. Kita bukan nabi bukan juga seorang rasul. Namun kita punya akal fikiran untuk menilainya. Mempunyai keparan dalam membuat pilihan. Mempunyai kemahiran dalam menentukan setiap sesuatu itu tergolong di bahu kanan mahupun kiri.
“Islam tidak dapat dicalari oleh mereka yang tidak memahami Islam”

4 comments:

Ridzuan Adzemi Jun 23, 2010 7:55 PTG  

Selamat Bertalaqqi Us Mad...semoga Ilmu yang diperolehi bermanfaat untuk Ummat..(",)

Sha-na.Szied Jun 26, 2010 4:36 PG  

salam..
pegi ke Syam meraikan family day anak negeri 9 ke??

selamat becuti~

Lynn Nasir Julai 02, 2010 10:17 PG  

don't judge a book by its cover dalam idiom bahasa inggeris memberi makna - jgn memberikan kesimpulan dan penghakiman terlalu cepat tanpa menyelidik dahulu sesuatu perkara itu. seseorang berpenampilan seperti 'ustaz' tak semestinya alim. sebaliknya bg seseorang yg berpenampilan 'biasa' tak semestinya dia tak alim. jadi, bolehkah kita melihat luaran sahaja dan terus kita pasti dia sebagaimana yang dipamerkan?

Sayangibu Julai 03, 2010 4:30 PG  

ridzuan: insyaallah. ana segan dengan ulama mesir. kerdil sangat rasa...

sha: xjoin pun dengan diorang hari tu. duit xbanyak seklarang. nak kena jimat...

lynn nasir : tetapi bagi ana ungkapan itu perlu dinilai semuala sejauh mana kebenarannya. kerana bila diperhatikan ianya bercanggah dengan hadis rasullullah s.a.w.

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP