Tidak Ku Pinta Mahar Yang Tinggi

>> 08 Disember 2010

Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia. Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program "short sem" di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung. Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Di hujung tahun sebegini sememangnya para bujang senang mahupun bujang belum terlajak mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang paling bahagia mungkin dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan. Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti. 

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari kebahgiaan tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang. 

Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan. 

"anak mak cik limah tu SPM je, RM10k"
"anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. xpatut betul ustaz tu"
"anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun"
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan, 

"anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita".

Dengan penuh bongkak dan takabur berbicara. Tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan. Masyarakat yang menjadikan Islam itu semakin sukar untuk di amalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.

"mak tak payah la letak mahal2 sangat, dia bukan keje tetap lagi" kata Lina
"hang gila ka apa. aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2k ja. baik cari orang lain kalau macam tu" balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan terderhaka.Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya. Kerana sememangnya nilai seorang wanita itu tidak dapat di nilai dengan wang ringgit kerana Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat di beli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama sehingga akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ianya diterima sebagai mahar. Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ianya mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, semestinya ianya akan menyukarkan pihak lelaki. 

Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahgian dalam sesebuah keluarga. Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik. 

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.

"aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. goreng ikan pun xmasak, lipat baju pun xpndai., masak kari masin dan bla bla bla...."

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku. Kita lupa akan pesan nabi s.a.w yang mana nabi menyebut, 

"pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya"
"sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya"
"sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah"
"berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi"

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi mahal mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali. 

Saya masih ada seorang kakak yang belum berkahwin dan insyaallah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan insyaallah.Sempat saya berpesan kepada mak sebelum kakak bertunang.

"kak nanti, mak jangan letak mahal-mahal. ikut pihak lelaki la nak bagi berapa. kita bukan nak jual anak. kalau mahal-mahal pun menyusahkan pihak lelaki je. lagi masalah"

Pelbagai alasan dan sebab serta hikmah tentang perkahwinan sempat diceritakan. Saya sudah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya. 

Semoga hubungan kakak saya dengan bakal suaminya berkekalan selamanya dan mendapat reda dari ILAHI AMIN...



4 comments:

Lukluk Baidoa Disember 09, 2010 12:49 PTG  

Teringat seorang sahabat yg sama2 belajar bersama suaminya di bumi anbiya meletakkan hantaran senaskhah al-Quran, sepasang telekong, dan bacaan surah An-Nur...

akad tiada baju pengantin, hanyalah berbaju kurung dan berbaju melayu biasa, begitu juga walimah ala sekadarnya...

Mahar yg tinggi seakan2 menjual anak, ana setuju dgn kenyataan ini.
Jangan kerana mahar tinggi, anak tidak boleh berkahwin kerana tidak mampu nk bayar mahar yg tggi... kurangkn penyebab kepada masalah pembuangan bayi..........

Nurulfazlina Ain Rasol Disember 10, 2010 2:19 PG  

Assalamu'alaikum....

alhamdulillah... perkongsian yang baik dari orang yang baik.

salam ziarah dari ana. penilitian yang perlu dalam setiap perbuatan supaya tidak tersasar....

apa2 perbuatan itu mesti mendahului pandangan ALLAH kpd diri kita... jika rahmatNya diperlukan, maka persembahkanlah yang terbaik kepadaNya....

~semoga berbahagia dengan pilihan dari ALLAH untuk nta... jaga adik ana dengan baik ye....~

Unknown Disember 11, 2010 8:50 PTG  

salam ziarah..n3 yg bagus.

erm, bape ek nak letak hantaran ni?

kompius 2x (ish2, ngaji pun tak abis lg dah gatai) huhuuhu

i follow u......ngeeeee...=)

sayangibu Januari 06, 2011 1:18 PTG  

terima kasih semua. semoga ummat hari ini mengubah persepsi tentang hantaran/mahar/belanja. bukan untuk bermegah-megah dengan nilai yang tinggi. jangan lupa dengan kemegahan yang digapai, sebelah pihak lagi menderita menanggung bebanan...

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP