RINDUNYA

>> 16 Jun 2009

Lama sudah rasanya aku meninggalkan pembelajaran kitab-kitab turas secara bertalaqi. Mana tidaknya, semenjak masuk darul quran pada tarikh 14/05/2006, aku rasa boleh dibilang berapa kali je aku berkesempatan untuk bertalaqi kitab semenjak masuk DQ.

Sistem pembelajaran secara muqarar memang tidak menyeronokkan. Tetapi desakan gaya hidup sekarang yang memerlukan sijil memaksa diri ini untuk masuk juga ke DQ.

Hasrat hati untuk bertalaqi dengan ustaz Yusri Mazlan juga sudah lama terpendam. Salah seorang ustaz yang aku betul-betul kagumi dengan ilmunya. Cara beliau bercakap sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang berilmu. Mana tidaknya sampai sekarang beliau masih bertalaqi dengan sheikh2 Pattani.

Memang aku dah sedia maklum yang ustaz Yusri mengajar kitab pada malam hari di sekitar daerah Hulu Selangor. Tetapi itulah, mungkin Allah belum memberi peluang kepadaku untuk bersamanya. Nak dijadikan rezki pada pagi tadi ketika hendak pergi ambil pengesahan baitul mal di pentadbiran terserempak dengan ustaz.

“assalamualaikum ustaz. Ustaz sihat?”
“Waalaikimsalam. Alhamdulillah. Nak kemana ni?”
“nak ambik pengesahan baitul mal ustaz”
“oo.. sambung mana lepas ni”
“ana dengan syaukani jordan insyaallah. Yang ni mesir kot”
Sambil menunjukkan kepada seorang sahabat lagi.

Di kesempatan itu sempat aku soalkan apa yang dah lama terpendam di hati ni.
“ustaz ngajar mana malam ni. Ngajar kitab apa?”
“malam ni dekat taman tanjak. Ngajar kitab aqidah dan tasauf”

Fuh memang menusuk kalbu. So aku tanamkan dalam hati akan pergi dengar ustaz ngajar. Kena bersihkan sikit hati ni. Lama sangat dah tak basuh. Dah nak berkarat rasanya dan mungkin juga dah berkarat. Tu yang macam-macam musibah berlaku sejak akhir-akhir ni. “astaghfirullahal azim”. Banyaknya dosaku. Lepas ambik pengesahan baitul mal ustaz Sya’bani call.

“jom siap-siap. Kita kena ke putrajaya. Ambik diploma. Diploma dah dapat. Lepas tu terus ke wisma putra untuk cop endorsement.”
“erm ok ustaz”

Mulut je bunyi ok. Dalam hati “ala putrajaya lagi. Penatnya”. Boleh dikatakan seminggu dua ni asyik ke putrajaya je. nak kata dekat boleh tahan jugak la dari KKB nak ke sana.

Macam-macam masalah yang timbul. Namun tugasku selaku bendahari smutem merangkap perhubungan luar, sememangnya menjadi tanggungjawab aku untuk ke putrajaya dan sebagainya.

“sempat ke balik sebelum maghrib ni” bisik hati kecilku. Mau tak nye. Dah azam nak pegi dengar ustaz Yusri ngajar malam ni. Namun allah permudahkan urusan. Segalanya berjalan seperti yang dirancang.

semuanya kehendak Allah. aku pergi bersama-sama teman smutem iaitu ridzuan dan rahim. seorang lagi firdaus. bukan ajk smutem. jadi kami berempat.

Antara isi yang disampaikan yang mungkin boleh dikongsi dengan sahabat-sahabat, ustaz ada menerangkan tentang tahap-tahap ikhlas.

1. ikhlas 'ulya = ikhlas yang ada pada diri mereka yang benar-benar melakukan ibadat hanya semata-mata kerana Allah. Tidak ada sebab selain dari itu

2. ikhlas wusto (pertengahan) = yang mana ianya terdapat pada mereka yang beramal kerana berhajat kepada syurga dan takut kepada neraka.

3. ikhlas dunia = iaitu beramal kerana inginkan kemuliaan dan jauh dari bencana.

selain dari itu tidak ada lagi tahap keikhlasan melainkan riak. na'uzubillahi min zalik. kalau salah betulkan ye. erm so selama ni boleh lah untuk kita nilai balik sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan amal ibadat kepadanya.

sebelum balik, sempat ust luangkan masa beberapa minit bersama kami. berbagai soalan diajukan. jawapan yang diberi pula memang memuaskan hati. dengan dalil hadis, kaedah fiqh dan segala matan-matan yang ada semua keluar.

semua yang mendengar teruja. setelah berbual agak panjang ustaz memohon diri untuk pulang.

"erm jap ust, malam esok ustaz ngajar mana plak?" soalku untuk tahu jadual ustaz.

"semalam dekat masjid negara

malam ni kat sini

esok masjid wilayah

khamis selayang

jumat free

sabtu ana talaqi dengan sheikh pattani dekat bukit beruntung"

"dia jual ikan je tapi alim" ulas ustaz ringkas

"tapi lepas ni jangan datang ana ngajar, segan ana dekat orang-orang hafiz ni"

gurauan yang menusuk kalbu. ye la nama je hafiz. tapi ingat ke quran. diri sendiri yang mampu jawab. masih terngiang-ngiang di telinga ni satu kata-kata terakhir sebelum ustaz beredar.

"kita hidup ni kena banyak mengaji. mengaji bagi banyak sikit. ini tidak, baru dapat ijazah sikit belagak. dah tak nak mengaji. orang yang tak nak mengaji ni orang sombong. sombong takde guna"

masyaAllah hebatnya ustaz. insyaAllah ustaz. doakan kami berjaya di dunia dan akhirat. syukur ya ilahi kerana kurniakan aku ustaz sepertinya dan berikan peluang untukku bertalaqi semula...

2 comments:

Tanpa Nama,  Jun 22, 2009 4:44 PTG  

Mantopnya mat..itulah mad, lain kali kena sabar..hu..

ibnuali Jun 22, 2009 4:45 PTG  

takpe mat, yg pentg hang dah merasai rindunya bertalaqi..

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP