MERDEKA!!!

>> 22 Jun 2009

hari-hari yang sudah lama dinantikan. sekian kalinya menjelma jua. bermula dari tamat final exam pada february yang lepas, kami bertungkus lumus memulakan gerak kerja smutem. daripada 8orang ajk berkurang seorang demi seorang.



berbagai-bagai ujian yang bertandang. dari segi masa, kewangan, fitnah, segalanya menguji iman setiap hamba yang beriman. namun semua itu merupakan proses pentarbiahan dari yang Maha Esa buat hamba-hambanya.



tarikh last hantar borang ke jabatan pengajian tinggi (JPT)akhir MEI hari tu. masalah yang timbul dari pihak pentadbiran membantut gerak kerja kami.



namun itu bukan alasannya. tak perlu nak salahkan sesiapa. masing-masing punyai kekurangan dan kelebihan.





minggu lepas memang hari bersejarah. bermula hari isnin, aku menemani ust sya'bani ke putrajaya. ada urusan bersama KP JAKIM dato' Wan Mohammad.



sememangnya tokoh yang disegani ramai. darul quran maju ke hadapan juga disebabkan kehebatannya mentadbir DQ suatu masa dahulu sebelum dinaikkan pangkat menjadi KP JAKIM.


selasa pulak ust ajak ke wisma putra di Putrajaya lagi untuk endorskan diploma kami yang baru ditandatangani oleh Dato'. diploma yang berjumlah 90helai itu sepatutnya akan disiapakan dalam masa 3hari kebiasaannya.


kenangan bersama ust di ministry of foregn affair


namun Allah memudahkan urusan. ust memohon jasa baik dari pihak wisma untuk siapkan pada esok hari.
mengisi petrol dalam enjin di hulu yam bharu yang sejak pagi belum diisi


rabu jam 8.30 pagi ust call.



ada apa pulak ni



"salm ust, ada apa?"


"nta stanby japgi pegi ambik diploma semalam. tadi wisma call ana dia kata dalam pukul11 pagi boleh pegi ambik. dah ambik terus balik. esok kita hantar ke JPT"




biar betul cepatnya. allah maha pengasih. pertolongan dianugerahkan pada kami. terus bergegas siap-siap apa yang patut. kena kuarkan duit dulu. 90helai = RM900.00.



kakak ni skema sikit. nak kuar duit pun susah. kaunter lain senang sikit


perjalanan diteruskan tanpa berteman. pengarah nak uruskan visa. SU nak siapkan laporan. rahim lak susun fail. so terpaksa la bertemankan mukar dan nakir di kiri dan kanan.



"dik, sijil ni kena cop KPT dulu ye" kata Wisma putra semasa menyerahkan sijil padaku.


pulak dah. dah la nak cepat ni. pegi KPT, diorg kata tak payah lak. wisma kata kena. ah.... peningnya. urusan yang tak sistematik. kejap perlu kejap tak perlu. yang jadi mangsa rakyat.


ujian menimpa lagi. perjalan yang sepatutnya sampai ke dq dalam pukul5 menjadi pukul6.20


semuanya disebabkan sesat jalan. ditambah pulak dengan jam. mau taknya. biasa ikut jalan lain. hari tu menggatal nak try jalan baru konon. huhu



takpe la semuanya menguji kesabaran. sampai dq terus ke hep. sahabat2 menungggu untuk potostat diploma tersebut. memang masa agak sempit.


diploma yang berjumlah 96helai termasuk yang batch lepas perlu dipotostat pulak depan dan belakang dengan 4copy setiap satu.



lepas potostat macam biasa la kena sahkan pulak. ust sya'bani dah tak bermaya. selepas solat maghrib..


"ana balik dulu. nanti minta smua ust yang ada kat dalam dq tolong sahkan ye"


kesian ust minggu ni memang padat.


operasi bermula. semua ust yang bergelar pegawai dicall.


"salam, ust nak minta tolong sahkan diploma ni boleh. esok kami nak hantar ke JPT." yusran call



allah tolong lagi. mendapat sambutan hangat. ust yang turun membantu antaranya ust dasuki, ust shahrulkarnain, ust najib, ust yusri chik.



sorang lebih urang 100helai. tima kasih ust atas bantuan kalian



cop sijil diakui sah sebelum ust sign mempercepatkan kerja



susun fail mengikut turutan yang diberikan



semua ajk bertungkus lumus menyusun fail pada malam tu. mau taknya esok dah nak hantar. hampir 4pagi baru siap. penatnya memang tak dapat ditafsirkan.


semuanya berjalan lancar. ust menunggu kami di JPT. "kita jumpa di sana pukul2 petang" kata ust.

maksudnya minggu ni tiap2 hari aku ke putrajaya. memang penat. setelah disemak betul-betul borang2 dimasukkan dalam kereta tersayang



bergambar sebelum bertolak







tiba di JPT seperti yang dijanjikan. ust pun baru sampai pada waktu tu. semuanya dapat diselesikan dalam seperti yang dirancang walaupun agak terlewat daru tarikh asal.

kak suhana yang banyak bersabar dengan karenah kami

selesai akhirnya kerja smutem....

namun diuji lagi. dua orang peserta ada masalah pulak. sape orang tu. mesti sahabat2 aqrab kenal. saudari juwita dan ummu barakah yang berasal dari singapore.... DAPATKAH KORANG SAMBUNG BELAJAR???

6 comments:

ibnuali Jun 23, 2009 12:36 PG  

tahniah wat kalian..apa yg penting kerjasama..yeah!!!(sedutan atlit pasti dari kelantan)

ibnuali Jun 23, 2009 12:37 PG  

tahniah wat warga smutem
apa yg pntg kerjasama..yeah!!!

ibnuali Jun 23, 2009 12:43 PG  

tahniah wat kalian..
teringat.." apa yg pntg kerjasama..yeah "

Hasanhusaini Jun 23, 2009 4:17 PG  

xdak pon gambak ana...aghitu ghiuh dok tangkap..ingt ka masuk la skeping...nak camna..murtad smutem...

Muhammad Solihin Abd Rahman Jun 25, 2009 9:11 PG  

sedih tul citer.. paperpun ambilah perkara tu sebagai kecil sahaj...onak dan ranjau akan datang lebih payah hendak di tempuhi...ihsan wat bid'ah...smutem pun bleh murtad gak ker

ibnatussolehah Julai 06, 2009 1:15 PG  

tahniah buat us dan sahabt2 smutem yang lain..mintak maaf xdapat bantu waktu kritikal macam nie..apa2 pun tahniah dan moga Allah memudahkan urusan kalian ke Mesir dan Jordan..(",)

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP