Warisan Yang Terhakis

>> 10 Mei 2010

Jumaat lepas Majlis pelajar Malaysia Kedah (MPKJ) mengadakan sambutan family day. Katanya ini juga merupakan program terakhir untuk sesi pentadbiran pada sesi ini. Saudara Qayyim menerajui kepimpinan MPKJ pada tahun ini dan akan melepaskannya dalam masa yang berbaki lebih kurang dua bulan. Merancang program yang dapat memupuk semangat ukhwah islamiah dan beberapa objektif lain yang perlu dicapai. Sambutan yang agak menggalakkan walaupun ada di kalangan ahli yang berpenat lelah mengharungi peperiksaan yang belum selesai.

Program di adakan di Wadi Arab, Irbid. Tempat yang menarik dan sesuai untuk tempat perkelahan. Bayaran masuk juga tidak mahal sangat. JD0.500 sahaja bersamaan dengan RM2.50 lebih kurang. Wajar la dengan bayaran di tempat-tempat sebegitu.

Cuma apa yang hendak difokuskan disini banyak objektif yang dapat dicapai sama ada dari segi zahirnya mahupun batinnya. Aktiviti dirancang mengikut kesesuaian dengan tema program.

Belajar Mengenal Kerumitan

Bertolak awal pagi dengan penegasan oleh ajk supaya ahli-ahli berkumpul di hadapan masjid pukul6.00 pagi. Namun pukul7.10 baru dapat bertolak. Inilah kerumitan yang terdapat dalam sesuatu program bila melibatkan ramai orang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3jam. Wadi Arab menyambut kami tepat jam 11.30 pagi. Aktiviti pertama yang dijalankan ialah membuat karipap. Syarat yang diberikan ialah hanya boleh menggunakan sebelah tangan sahaja. Di sini akan membuktikan dan mengukur tahap sifat dan sikap amanah yang terdapat dalam setiap diri ahli-ahli. Ada yang dapat melepasinya dengan begitu sempurna dan ada juga yang tumbang di tengah jalan.

ketupat/kuih inti balut tepung ni???

yang ni jadi la kot. tahniah kepada pemenang (syabab)

Menghargai Warisan Kampung

Seusai solat jumaat, setiap enjin perlu diisi dengan minyak yang cukup. Barulah enjin dapat bergerak dengan lancar. Mengisi perut dengan mee. Seterusnya unit program saudara Asmi merancang aktiviti dengan mengadakan aktiviti TUJU KASUT (baling selipar). Permainan ini seingat aku, aku main masa darjah dua. Umur 8 tahun. Sekarang ni budak-budak kampung mungkin sudah tidak kenal lagi akan permainan ini. Yang mana ianya mempunyai peraturan yang tersendiri. Walaupun ianya bukan suatu yang disyariatkan, namun terasa indah bila terkenang zaman kanak-kanak. Namun zaman sudah berubah. Zaman budak-budak sekarang sudah jauh berbeza. Mereka mengisi masa lapang, mengeratkan hubungan persahabatan dengan perkara yang tidak sepatutnya. Terhanyut dengan budaya kuning. Merempit entah apa-apa. Lelaki dengan cara lelaki, perempuan dengan cara perempuan.

Permainan kedua ialah GALAH PANJANG. Permainan ini pening sikit. pening sebab dah lama sangat tidak main. Masing-masing dah lupa. Banyak kali diberi penerangan oleh ajk baru faham. Namun semua ini boleh dikatakan peninggalan warisan. Ianya semakin hari semakin pupus. Hari ini budak-budak lebih gemar bermain FaceBook (FB), Friendster, Myspace dan pelbagai lagi laman-laman sosial. Mereka tidak lagi gemar bermain permainan warisan. Batu selambut, tuju tin, tuju kasut, getah(cakteng), gasing, guli, semakin hari semakin hilang ditelan zaman.

Pada malam hari diadakan solat hajat dan bacaan yasin bagi memohon kemudahan di dalam urusan hidup dan peperiksaan yang bakal menjelang akhir bulan ini. Semua ahli mengambil bahagian. Syukur kerana masih lagi ada rasa pentingnya bergantung dengan Maha Pencipta. Sekurang-kurangnya sifat keegoan masih belum meresap masuk dalam diri ahli-ahli.

sebahagian ahli syabab

Program penutup dimulakan dengan ucapan pengarah program, saudara Muhammad bin Jaafar. Bekas junior semasa di Darul Quran dahulu. Bekas pelajar program persijilin Gen-9. Bangga dengan pelajar-pelajar darul quran yang mampu menaikkan dan mengharumkan nama darul quran.

adik muhammad Jaafar

Seterusnya ucapan Yang Di-Pertua MPKJ saudara Qayyim dalam bidang perubatan JUST, memberi sedikit nasihat. Perkara yang dititikberatkan ialah soal masa yang selalu dipandang remeh oleh masyarakat melayu yang beragama islam. Mahu tidaknya, suruh berkumpul pukul6.00, pukul7.00 lebih baru dapat bergerak.  Suatu perkara dan tabiat yang perlu diubah. Bukan apa, ianya satu kezaliman keatas mereka yang datang awal. Lebih-lebih lagi satu telah mencemar nama baik kaum melayu pada golongan arab. Kata pemandu bas, dia sudah menunggu seawal jam 5.30 pagi. Bukankah satu mencemaran nama yang tidak sepatutnya.

saudara Qayyim menyampaikan amanat

Tidak dilupakan pihak MPKJ tidak melupakan ahli-ahli yang bakal menamatkan pengajian pada semester ini. Pihak MPKJ menyediakan sedikit cenderahati kepada ahli-ahli yang bakal tamat. Selain itu ada sedikit ucapan wakil pelajar yang bakal namat.  Fauzi, pelajar ekonomi juga menyampaikan amanat agar mahasiswa agar menjadi mahasiswa yang profesional tidak kira sama ada dari bidang agama, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Jangan kerana mengambil jirusan agama, komputer pun tidak pandai main. Perlu fleksibal dalam dunia yang penuh dengan cabaran sekarang.

amanat terakhir sebelum pulang berbakti di malaysia

Apa-apa pun semoga apa yang terbaik dalam program ini dapat diambil pengajaran dan bekalan buat para ahli. Bukanlah program ini dirancang untuk bersuka ria sahaja melainkan terselit pelbagai objektif dan mutiara ilmu yang begitu banyak dan berharga. 

semoga umat islam akan terus maju dan terus maju dengan segala kesempurnaan...





1 comments:

Farhain Kamaruzaman Mei 10, 2010 1:09 PTG  

teringat pulak kecik2 dlu main galah pjang,tuju selipar dll...sukan pon dapat...ukhuwwah pon dpt...untung hidup zaman dlu....truskan bkongsi ust mad

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP