Berperang Dengan Emosi

>> 16 September 2009

Sudah hampir dua minggu aku di padang sahara ini. Bermula 4hb September aku meninggalkan Malaysia bersama seorang sahabat tercinta Mohd Khairi Bin Abu Yamin. Diiringi kaum keluarga dan sebilangan sahabat yang sanggup untuk menyambut permusafiranku.

Dengan menaiki pesawat yang agak sederhana dari Kuwait Airways mungkin boleh menjimatkan sedikit nilai tambang berbanding dengan pesawat lain.

Bukan nak tunjuk pandai dengan tidak bersama-sama menaiki flight yang dicari oleh Smutem. Namun kesempitan wang memaksa diri untuk aku berbuat begitu.

Kalau dilihat dari zahir, semua melihat yang aku seorang yang berada. Dekat DQ bermula dengan "van perjuangan" lebih kurang setaun lebih bermula bulan Oktober 2007 hingga Raya Cina 2009.

Itupun kerana sedikit kecuaian diri ini menyebabkan van kesayangan terlibat dalam kemalangan.

Kemudian aku membawa Proton Wira untuk memberi sedikit sumbangan kepada smutem. Sahabat yang menilai dari sudut zahirnya berkata "mewahnya anta. Sekejap tukar kete lain". Namun hati ini sape yang tahu. Penuh dengan kekusutan memikirkan masalah kewangan.

Yang banyak duit itu bukan aku. Ada orang kata "anak bapak". Itu semua hartanya. Aku tidak punya apa-apa harta. Mungkin kerana usia yang sudah meningkat membuatkan aku segan untuk meminta wang dari poket ayahku.

Kalau orang lain boleh menabung dengan pemberian ayah RM100,RM200,RM300 sebulan atau lebih, tapi aku terpaksa melihat dari pelbagai sudut untuk memecahkan wang RM10 menjadi RM100.

Bermula akhir semester4 di DQ sehingga akhir pengajian, amat jarang sekali aku meminta wang dari ayahku. Meningkatnya umur ini memaksa aku untuk cuba berdikari dan tidak mengharapkan orang lain.

Bermula dengan perniagaan membekalkan jaket hitam yang diambil alih perniagaan itu selepas adik dziaulhaq yang kini berada di UIA PJ. Pernah juga mencari rezki dengan menjual hotdoq besama rakan seperjuangan yang dianggap sebagai abg iaitu Ihsan Fadli.

Namun kehendak Allah tidak membenarkan kami meneruskan perniagaan tersebut. Disibukkan diri ini dengan gerak kerja dakwah yang tidak putus-putus bertandang.

Semua itu menjadi memori silam buat diri ini. Hari ini aku bergelut dengan kewangan lagi. Terima kasihyang tidak terhingga buat Ustaz Najib Ali (guru tasmikku dari semester1-3) kerana mengurangkan beban dengan sedikit sumbangan untuk aku membayar tiket tambang untuk ke bumi Mu'tah.

Janjiku pada ayah untuk tidak menyusahkannya dengan kewangan seolah-olah tidak tertunai.Maafkanku ayah...

Bila lihat akaun bank sahabat-sahabat yang dengan jumlah wang yang begitu banyak, wajah ayahanda tercinta mula hadir. Pinjaman wang dari Yayasan Kedah yang entah bila masuk membuatkan diriku kebingungan.

Dengar kata semester dua baru dapat. Begitu juga dengan zakat Kedah yang akan dapat semasa semester dua membuatkan aku serba salah. Bagaimana nak meneruskan hidup selama satu semester dengan baki wang yang hanya tinggal beberapa sahaja selepas membayar yuran subjek.

Selepas ini nak masuk rumah baru, juga memerlukan kewangan yang banyak. Carpet, tilam, perkakas dapur dan sebagainya. Kadang-kadang ada jugak suara-suara yang kata aku ni kedekut, terlalu berjimat dan sebagainya.

Bila aku mendengarnya, aku tidak mampu mengungkapkan kata-kata melainkan hanya mampu tersenyum dan menelan perasaan. Surat-surat sponsor yang tidak berjawab juga membuatkan fikiranku runsing.

Seminggu selepas aku disini,kakakku mengkhabarkan yang ayah berkerja semula untuk menyara pengajianku. Air mata mula berlinangan mendengar kata-kata tersebut. Mana taknya sudah berpuluh taun bekerja. Sudah 2tahun bersara, tetapi kini aku merampas waktu rehatnya.

Memang pada awalnya ayahku sudah menghalangku kesini. Bukan tidak suka aku menyambung pengajian disini. Ayah mana yang tidak gembira bila mana anaknya masih mempunyai semangat untuk berjaya.

Namun memikirkan kewangan dia agak berat untuk melepaskan aku kesini. Adik-adik masih berbaki empat orang dibawahku. Juga memerlukan wang untuk belajar. Memikirkan masa depan aku tetap untuk kesini dengan berjanji tidak makan menyusahkannya.

Namun hari ini, janji hanya tinggal janji. Maafkanku ayah... Doakan anakanda pulang dengan segulung kejayaan bukan kegagalan...

3 comments:

ilalfaqir September 16, 2009 3:52 PG  

salam..Allah Akbar, mat,bermula hang berkorban dgn teman2 sebelum smutem lg KAMI dh respect kat hang,tstkala orsng lsin tidsk nsmpsk hsrgs pengorbanan yg hang curahkn sebenarnya ada teman yg mmelihat serta bangga sbb tadhiyah yg tinggi demi Islam,sanggup bersusah payah. hatta ke smutem pn hang berkorban sekali lg. Alhamdulillah hang sampai jordan akhirnya dengan usaha hang dan paling pntg keluarga hang turut membantu. Ayah mana yg sanggup melihat anaknya trkontang kanting, jawapannya mudah tp nk capai mmerlukn usaha dan kejayaan. hang dan semua disini mmg nak capai kejayaan.itu misi kita.dan pasti ayh hang menitis air mata melihat hang berjaya. jd sama2 kita pulun. Selalu doakan kebahagiaan ayah n emak kita. sekadar musyarokah yg asasnya adalah kasih sayang sesama kita.

Hasanhusaini September 16, 2009 8:16 PG  

Jgn takut dan jangan bimbang, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita...dindaku, kita akn ssling membahu untuk mendepani cabaran ini..takkan kita biarkan sesiapa rebah tersungkur..takkan kita biarkn sesiapa hiba tak terhibur...sesungguhnya Allah tahu, bahawa hati kita telah disatukan Allah..sesungguhnya dunia ini xpernah bermakna kepadaku, melainkan kerana adanya sahbat2 seperti kalian...

Tanpa Nama,  September 19, 2009 1:23 PTG  

salam.. sory... terpanggil rasanya diri ini meninggalkan sedikit coretan.. sabaq na.. pengalaman ni la yg akn lbh mdewasakn kita sume.. "innallaha ma'as sobirin".. insyaallah.. bersusah2 dahulu, bersusah2 kemudian wlupon ksusahan 2 xhenti2 angapla Allah Ta'ala nk kasi kerehatan kat syurga nnti k=)sy fhm pe yg saudara lalui.. sy s2ju dgn ilalfaqir.. pe yg pentg skg ni kita sume pulun.. huhu.. slmt ari raya.. ya Allah peliharalah mak ayah kami semua.. sesungguhnya Engkaulah sebaik2 pemelihara. *dikala ini kerinduan pada mak ayah menghantui.. hua.. hua.....=(

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP