Mampukah Meraih Taqwa

>> 25 September 2009

"Taqwa's meaning is fear, clinging to obedience to Allah and abandoning disobedience to Him"

Beratnya kewajiban yang harus dilaksanakan dan banyaknya rintangan yang menghalang, menuntut setiap hamba untuk menjalani kehidupan di dunia dengan langkah yang penuh berhati-hati. Selalu waspada dan tidak boleh lengah. Kerana kelengahan sesaat adalah kesempatan emas bagi syaitan untuk mengawal tingkah laku manusia.

Genap tiga minggu aku di bumi mu'tah, juga bumi yang menyaksikan dan menjadi tempat tumpahnya darah syuhada semasa peperangan mu'tah yang berlaku 16 zulkaedah pada tahun ke-8 hijrah. Kadang-kadang terlintas difikiran, mampu dan layakkah aku untuk menjadi seperti mereka.

Dengan jiwa yang kental, kataatan yang hakiki, ketaqwaan yang begitu utuh sehingga tidak mampu dikawal oleh nafsu walau sedetik. Mampukah aku meraihnya? Hanya diri sendiri yang mampu memjawabnya. Segalanya perlu dipelajari dan diusahakan.

Waspada, tidak lengah dan melangkah dengan berhati-hati adalah pati bagi ketakwaan yang sebenar. Allah s.wat berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam"(Ali Imran - 102)

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ
"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa" (Al Baqarah - 197)

يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير

"hai anak adam, sesungguhnya kami telah turunkan kepadamu untuk menutupi auratmu dengan pakaian perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik" (al-A'raf-26)


Begitulah yang dikatakan taqwa. Pernah suatu ketika Umar al-Khattab ditanya oleh sahabatnya iaitu Ubay bin Ka'ab tentang taqwa. Lalu disoal kepada Ubay, "pernahkah kamu lalui jalan yang berduri?" Lalu jawab Ubay "pernah". Bagaimanakah kamu laluinya". Jawab Ubay "aku sentiasa peka, bersedia dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri tersebut''. maka jawab Umar "itulah juga sifat taqwa".

Berat rasanya untuk meraih erti taqwa yang sebenarnya. Namun ianya tidak mustahil tetapi memerlukan mujahadah yang kuat. Bila direnung dewasa ini, dunia semakin hari semakin mencabar dengan pelbagai dugaan yang tidak dapat dikawal.

Bukan dilihat dan dinilai dari golongan yang tidak mendapat didikan agama. Namun tidak dapat dinafikan, kadang-kadang "kekebalan" kaum ustaz dan ustazah juga seolah-olah ternoda.

"selamatkan dan peliharalah aku dan keluargaku serta saudara-saudaraku ya Allah"

Doa yang selalu diulang-ulang selepas setiap kali solat. Itulah kerisauan yang selalu bermain difikiran. Lebih merisaukan bila mana melihat golongan yang sepatutnya meraih erti taqwa dan seterusnya mengajak masyarakat untuk sama-sama mengecapinya seolah-olah mengambil mudah tentang perkataan tersebut.

Ini merupakan realiti yang berlaku pada hari ini. Aku juga malu dengan diri sendiri. Terasa begitu berdosa kerana tidak dapat menjadi yang terbaik kepada agama.

Ulama generasi sahabat mengingatkan setiap hamba untuk sentiasa dalam keadaan taat, zikir dan syukur kepada Allah. Itulah hakikat taqwa.

Tiada waktu yang berlalu dengan kemaksiatan, dan durhaka dari nikmat Allah yang telah diterima. Taqwa yang seperti inilah yang dapat menjadi pengendali yang efektif bagi kesolehan seorang hamba.

Hati-hati dalam melangkah, itulah hakikat taqwa. Berhati-hati dalam mengharungi samudera kehidupan, melaksanakan perintahNya baik yang wajib mahupun yang sunat.

Meninggalkan larangan-larangan yang haram, makruh mahupun syubhah. Demikian juga tidak berlebihan-lebihan dalam menikmati hal-hal yang mubah.

Waspada dengan menjauhi dosa-dosa yang besar mahupun kecil, kerana semuanya akan dihitung dan perlu bertanggungjwab di sisiNya.

"tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan hal yang kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah"- H.R Ahmad dan al-Bukhari

Tidak ada hal yang remeh dan kecil dalam ketaatan dan kemaksiatan. Semuanya harus dianggap besar. Kita tidak tahu bila waktu murka Allah akan datang. Sehingga tidak ada alasan untuk meremehkan dosa dan melanggar perintah Allah.

Amat berat untuk meraih erti taqwa bila direnung sedalam-dalamnya hadis nabi tersebut. Namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak terus berusaha untuk mendapatkannya. Tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini.

Namun kita sebagai hamba perlu menjadikan diri kita sebagai hamba yang hakiki. Bukan hamba yang bongkak dan takabur kepada tuhannya.

"Mudah-mudahan kita sentiasa dibawah rahmat dan pemeliharaanNya agar tidak tergolong dalam golongan yang lalai dan leka terhadap dunia. Serta dianugerahkan sifat taqwa agar ditempatkan bersama para anbiaya di akhirat kelak" AMIN...

3 comments:

Tanpa Nama,  September 25, 2009 1:34 PTG  

salam us mad isa..mabruk atas perkongsian ni,,teruskan berdakwah ngan memblog,,,,mantep!

Ashcroftstylus Az Oktober 12, 2009 11:07 PG  

tidak melekat ilmu itu jika tiada hati yg brsih,tidak bersih hati jika tdk dibuang kekotrn,tidk trbuang kktrn i2 jika tidak ada Nur Illahi,tdk myuluh Nur Illahi i2 jika tdk ada Hidayah,tdk dtg hdy i2 jika tdk ada 'taqwa'

salam, abg, betul x kata2 kat atas?

jangan lupa siapa kita... Oktober 16, 2009 12:39 PG  

aa betul tu. semoga kkita semua dikurniakan ketaqwaan yang hakiki

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP