Salji Itu Hati, Penguin Itu Manusia

>> 06 Februari 2010


"buat apa anta beli kasut ni. taun ni salji tak turun"
"huhu. kecewa tahun ni salji tak turun, pegi jual balik la kasut tu"

Macam-macam perbualan yang dituturkan. Sebabnya sudah lama rasa sejuk bermula dari bulan disember lepas. Namun sejak kebelakangan ini kadang-kadang panas. Kalau seorang sahabat yang mempunyai kulit jenis kalis sejuk seperti Moja tidak mengapa. Hanya berT-shirt dikala semua orang memakai baju yang agak tebal ke jameah (universiti). Mahu tidaknya, angin kadang-kadang begitu kuat sehingga menusuk ke tulang putih. Kalau sebelum ni ada yang kata bulan disember salji turun. Tapi tidak turun-turun.


membina kerajaan sejahtera perlukan kerjasama

Bila cuaca semakin sejuk, ramai yang riang gembira.
"horeyy. Syita' (musim sejuk) dah masuk"
"seronoknya dah nak syita'"
"salji sudah tak lama"
Macam-macam status. Kebanyakan status YM semuanya berlegar tentang syita'. Best sangat ke sejuk-sejuk ni. Bila sejuk dah berpanjangan baru la nak menggigil.


"adoi, bila nak habis syita' ni"
"sejuknya, xtahan"

Ha ambik, nak sangat syita'. Suhu kadang-kadang mencapai sehingga 3darjah dan sebagainya. Semua status YM sudah bertukar. Baru tahu best ke tidak syita' ni. Mahu tidaknya, air tu sudah macam pegang ais. Wuduk tu kalau boleh tahan sehari, itu sudah kira satu anugerah yang cukup besar. Bahkan kalau boleh tahan dua waktu pun sudah cukup nikmat. Kalau boleh taknak langsung sentuh air. Tapi apakan daya. Suatu yang ajaib di bumi jordan ni. Wuduk tidak mampu bertahan lama. Satu waktu pun kadang-kadang tidak mampu untuk dijaga. Selalu sangat diganggu oleh "angin bunga ros". Begitu pelik. Selalu sangat bertandang tanpa diundang.


ais ini perlu dijaga agar tidak tercemar. itulah hati

Kalau di Malaysia jarang berlaku angin bunga ros ni. Kadang-kadang sampai 3waktu solat pun masih terjaga wuduk. Yang paling lawak ada segelintir sahabat yang terpaksa MOU dengan rakan-rakan untuk mengabaikan angin tersebut. Mahu tidaknya. Kalau setiap angin ros yang bertandang hendak dijaga dari menjangkiti sahabat-sahabat, jawabnya kena selalu lari jauh la dari sahabat-sahabat. Faham kot semua. huhu.
 


 



susahnya menjadi DR pesakit jiwa

Apa yang hendak dikatakan disini semua itu merupakan kekuasaanNYA bagi membuktikan Maha Agungnya DIA. Tetapi kita sebagai hamba sering kali melupakan segala nikmat yang dianugerahkan. Selalu sahaja mengingkari apa yang disuruhnya dan melakukan apa yang dilarangnya. Paling menyedihkan apabila kita sebagai hamba yang mengaku memperhambakan diri padaNYA dan belajar segala ilmuNYA tetapi menggunakan ilmu tersebut untuk menentang agama Islam itu sendiri. Manusia jenis apakah kita. 


 
kemampuan manusia terbatas

Padahal diri terlalu lemah. Lemah dengan segala bentuk. Seperti mana Allah merakamkan dalam kitabNYA:
وخلق الإنسان ضعيفا
"dan dijadikan manusia itu dalam keadaan lemah"

Semua itu untuk memberi inzar kepada kita agar sentiasa ingat akan kekuasaannya. Tidak melanggar segala perintahnya. Hebatnya DIA tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Sama ada sainstis, hakim, peguam, malah siapa sahaja.

"nak kena pakai berapa lapis ye?"
"anta pakai bape lapis. ana 6lapis je"

Itulah sedikit perbualan diawal pagi hari pertama salji membanjiri pekan Mu'tah. Apa yang nak digariskan disini, hebatnya ciptaan ilahi menjadikan manusia. Penuh dengan kekurangan. Perlu memakai pakaian yang tebal ketika di musim sejuk. Tidak mampu melawan kesejukan yang hanya baru beberapa darjah. Bagaimana pula kalau nak dibandingkan dengan makhluk ini pula?



Hidup dalam keadaan tidak berbaju walau seurat benang. Tetapi mampu hidup dalam keadaan demikian. Hebatnya ALLAH. Makhluk yang begitu unik. Hidup di kutub selatan yang suhunya begitu rendah dan tidak mungkin bagi manusia normal untuk hidup di sana. Walaupun mereka dari pelbagai spesis dan juga pelbagai puak namun kehidupan mereka seperti sebuah keluarga. Saling menolong antara satu sama lain. Mampu mematuhi suruhan allah pada hambaNYA. .
وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان
"dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan" maidah : 2


 
Begitulah kehidupan mereka dalam kelompok yang begitu ramai. Itu haiwan yang tidak berakal. Tetapi malangnya manusia yang dikurniakan akal tidak mampu untuk memikirkan mana yang terbaik untuk kehidupan mereka. Mana yang benar mana yang batil. Sama sekali tidak mampu untuk membezakannya. Sering kali mengikut hawa nafsu semata-mata.

 
superman terbang

"wei, jom kita pegi awal sikit nak. kang kalau lambat tak cantik dah kalau orang lain dah main dulu"
"kita ke sana jom. salji masih putih bersih. takde orang kacau lagi"

Itulah realiti dah hakiki hidup makhluk yang bernama manusia. Sentiasa inginkan kesucian, kecantikan dan segala yang indah di pandangan setiap insan. Tetapi kita mungkin terlupa dan mungkin sengaja melupakan ciptaan diri kita yang begitu indah. Dikurniakan hati yang begitu indah, putih bersih pada awalnya. Jika ais/salji itu bercampur dengan tanah dah sudah bertukar keputuhannya tadi, sudah tentu kita tidak akan bermain dengan ais tersebut. Kerana pada pandangan kita ais itu sudah tercemar dah sudah hilang keindahannya. Namun kita sering lupa untuk mengaitkan keindahan itu dengan hati kita yang perlu dan sewajibnya untuk kita peliharanya agar tidak tercemar daripada sedikit kotoran.

hati yang jauh dari maksiat akan putih seperti  putihnya ais

Itulah hati kita yang asli. Indah, cantik seprti kepulan ais. Cerah berseri tanpa sedikit kotoran. Hanya dengan berbekalkan keimanan yang utuh dapat membantu kita terus memeliharanya agar terus putih berseri.



"Jadikanlah keadaan dan kehidupan sekeliling sebaik wasilah untuk kita memikirkan keAGUNGANnya. Sentiasa memelihara diri dari setiap noda. Semoga kita sentiasa dibawah rahmatNYA"



4 comments:

abdul rahim Februari 07, 2010 5:52 PG  

salam
..masyallah,entry yg mnyentuh jiwa bg warga mu'tah.teruskan memberi agar kita fleksibel pd sekalian ummah.mabruk2

Tanpa Nama,  Februari 09, 2010 9:38 PG  

seronknyer maen salji....

Tanpa Nama,  Februari 09, 2010 9:51 PG  

salam...ana nak tny..bgmn cr ustaz menghafaz quran...ada tak kaedah2 yg senang untk mengingati...

Sayangibu Februari 15, 2010 9:26 PTG  

= tanpa nama
untuk panduan anta/i, bolehlah rujuk blog sahabat ana untuk panduan-panduan menghafal dan sebagainya...
http://hafizquran.blogspot.com/

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP