Indahnya Bersama al-Muqarrabin

>> 27 Mei 2009

Seperti yang di rancang, minggu ni 15-17 Mei Ridzuan mengajakku pergi ke rumahnya yang terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu untuk membawa sheikh Toha. Seoarang pensyarah arab yang berasal dari Iraq. Dia meminta tolongku kerana aku membawa kereta ke Darul Quran bagi memudahkan urusan SMUTEM DQ. Jadi peluang hujung minggu digunakan untuk pulang ke rumahnya bagi tujuan rawatan susulan kakaknya yang kena buatan orang sejak 9tahun dahulu. Kesian bila tengok. Namun apa yang boleh buat. Sekadar yang termampu dengan memberi sumbangan berbentuk membawa sheikh. Kami pergi berempat termasuk cik karim (rahim nama sebenar)

Bukan cerita kakaknya yang igin dirakamkan. Tetapi seorang insan yang banyak mengajar aku erti hidup sebagai seorang hamba. Dia (sheikh) mula berkhidmat di Darul Quran pada awal tahun kalau tak menjadi kesalahan. Maklum lah aku tidak pernah mendekatinya semasa dia mula-mula sampai di DQ. Kali pertama aku bersamanya ketika sama-sama surfing internet jam 2pagi di surau pentadbiran. Itupun tidak bertegur sapa. Masing-masing hanya melontarkan senyuman.

Bukan aku sombong dan tidak menghormatinya sebagai seorang pendidik yang baru disini. Namun kekuranganku dalam menguaisai bahasa arab membuatkan aku segan untuk memulakan perbualan dengannya. Mungkin sudah menjadi kebiasaannya mendengar bacaan al-Quran apabila laptop hidup. Dalam kesunyian pagi, kami dinaungi oleh alunan ayat suci al-Quran yang muncul dari laptopnya. Tidak ketinggalan juga ditemani oleh beberapa ekor makhluk halus yang tidak henti-henti mencari siapakah gerangan mangsa yang seterusnya.

Apabila aku merasakan darahku diisap oleh makhluk kalus tersebut, tindakan refleks berlaku menyebabkan dengan pantas tanganku terbang untuk membunuh makhluk tersebut. “hei”…..terdengar bunyi orang memarahi perbuatanku tersebut. “bla2 bla2 bla2”. Suara sheikh sebenarnya. Apa salahku? Mafhum tegurannya yang dapat aku simpulkan ialah dia mengatakan tidak baik jika kita membuat bising sedang al-Quran sedang dialunkan. “biar betul pak arab ni. Takkan nak tampar nyamuk pun tak boleh”. Bisik hati kotorku. Tetapi memang tidak dinafikan tidak ramai yang rapat dengannya. Sebab segan,tak pandai berbahasa arab, memang tak suka, hanya Allah yang mengetahui kenapa ianya berlaku.

Sejak kejadian itu aku menjadi kurang senang bila melihatnya. Aku akan cuba menjauhkan diri bila bertembung dengannya. Berdosakah aku? Dengan gerak kerja smutem yang masih lagi tidak berapa sibuk diperingkat awal membuatkan aku mempunyai masa lapang yang boleh dikatakan tidak terisi dengan perkara yang sewajibnya aku lakukan. Sedangkan pada masa tersebut seorang sahabat smutemku yang agak rapat dengan sheikh.

Satu hari aku terfikir, kenapa aku tak cuba rapat dengan sheikh. Sekurang-kurangnya aku dapat kuasai bahasa arab. Kalau tak banyak pun, dua tiga patah pun dapat jugak. Jadi aku mengambil keputusan untuk cuba mendekatinya dengan dibantu oleh sahabatku membawaku berjumpa dengan sheikh. Sejak itu aku sering bersamanya dan sentiasa mendapat bimbinga, nasihat dan teguran dalam meniti erus kehidupan yang dipenuhi dengan tipu daya syaitan laknatullah.

Itu sedikit pengenalan tentang sejarah perkenalan kami. Berbalik kepada cerita, keadaan fizikalku yang begitu penat sejak 2 3 hari ni kerana asyik berulang-alik ke putrajaya, Shah Alam, dan banyak lagi destinasi yang jarak perjalanan yang agak jauh menyebabkan kudratku begitu lemah. Maklum lah Ridzuan dan karim tidak mempunyai lessen memandu. Nak tak nak terpaksa memandu seorang diri. Tepat jam 1pagi kami memulakan perjalanan. Ntah berapa kali aku berenti tidur memang tak terkira. Drive setengah jam, berhenti tido 2jam. Memang penat sangat hanya Allah yang tahu. Perjalan yang hanya 5 ½ jam telah mengambil masa 10jam untuk kami sampai ke KT.

Tiba di hentian temerloh, tepat masuk waktu subuh. Aku mengarahkan mereka untuk pergi menunaikan solat sedang aku mengambil sedikit masa untuk tidur. Memang penat sangat. Tak bermaya rasanya untuk aku bangun untuk mendirikan solat bersama mereka. Selesai mereka solat, barulah aku memaksa diri untuk pergi solat. Setelah kembali dan menghidupkan enjin kereta untuk meneruskan perjalanan, “Muhammad”. Namaku dipanggil oleh sheikh yang sentiasa berada di sebelahku kemana sahaja kami pergi. “limaza la tusolli ma’ana? You know sahabat?”. tegunya dengan nada yang agak keras...

sambung nanti...

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP