Mampukah Meraih Taqwa

>> 25 September 2009

"Taqwa's meaning is fear, clinging to obedience to Allah and abandoning disobedience to Him"

Beratnya kewajiban yang harus dilaksanakan dan banyaknya rintangan yang menghalang, menuntut setiap hamba untuk menjalani kehidupan di dunia dengan langkah yang penuh berhati-hati. Selalu waspada dan tidak boleh lengah. Kerana kelengahan sesaat adalah kesempatan emas bagi syaitan untuk mengawal tingkah laku manusia.

Genap tiga minggu aku di bumi mu'tah, juga bumi yang menyaksikan dan menjadi tempat tumpahnya darah syuhada semasa peperangan mu'tah yang berlaku 16 zulkaedah pada tahun ke-8 hijrah. Kadang-kadang terlintas difikiran, mampu dan layakkah aku untuk menjadi seperti mereka.

Dengan jiwa yang kental, kataatan yang hakiki, ketaqwaan yang begitu utuh sehingga tidak mampu dikawal oleh nafsu walau sedetik. Mampukah aku meraihnya? Hanya diri sendiri yang mampu memjawabnya. Segalanya perlu dipelajari dan diusahakan.

Waspada, tidak lengah dan melangkah dengan berhati-hati adalah pati bagi ketakwaan yang sebenar. Allah s.wat berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam"(Ali Imran - 102)

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ
"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa" (Al Baqarah - 197)

يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير

"hai anak adam, sesungguhnya kami telah turunkan kepadamu untuk menutupi auratmu dengan pakaian perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik" (al-A'raf-26)


Begitulah yang dikatakan taqwa. Pernah suatu ketika Umar al-Khattab ditanya oleh sahabatnya iaitu Ubay bin Ka'ab tentang taqwa. Lalu disoal kepada Ubay, "pernahkah kamu lalui jalan yang berduri?" Lalu jawab Ubay "pernah". Bagaimanakah kamu laluinya". Jawab Ubay "aku sentiasa peka, bersedia dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri tersebut''. maka jawab Umar "itulah juga sifat taqwa".

Berat rasanya untuk meraih erti taqwa yang sebenarnya. Namun ianya tidak mustahil tetapi memerlukan mujahadah yang kuat. Bila direnung dewasa ini, dunia semakin hari semakin mencabar dengan pelbagai dugaan yang tidak dapat dikawal.

Bukan dilihat dan dinilai dari golongan yang tidak mendapat didikan agama. Namun tidak dapat dinafikan, kadang-kadang "kekebalan" kaum ustaz dan ustazah juga seolah-olah ternoda.

"selamatkan dan peliharalah aku dan keluargaku serta saudara-saudaraku ya Allah"

Doa yang selalu diulang-ulang selepas setiap kali solat. Itulah kerisauan yang selalu bermain difikiran. Lebih merisaukan bila mana melihat golongan yang sepatutnya meraih erti taqwa dan seterusnya mengajak masyarakat untuk sama-sama mengecapinya seolah-olah mengambil mudah tentang perkataan tersebut.

Ini merupakan realiti yang berlaku pada hari ini. Aku juga malu dengan diri sendiri. Terasa begitu berdosa kerana tidak dapat menjadi yang terbaik kepada agama.

Ulama generasi sahabat mengingatkan setiap hamba untuk sentiasa dalam keadaan taat, zikir dan syukur kepada Allah. Itulah hakikat taqwa.

Tiada waktu yang berlalu dengan kemaksiatan, dan durhaka dari nikmat Allah yang telah diterima. Taqwa yang seperti inilah yang dapat menjadi pengendali yang efektif bagi kesolehan seorang hamba.

Hati-hati dalam melangkah, itulah hakikat taqwa. Berhati-hati dalam mengharungi samudera kehidupan, melaksanakan perintahNya baik yang wajib mahupun yang sunat.

Meninggalkan larangan-larangan yang haram, makruh mahupun syubhah. Demikian juga tidak berlebihan-lebihan dalam menikmati hal-hal yang mubah.

Waspada dengan menjauhi dosa-dosa yang besar mahupun kecil, kerana semuanya akan dihitung dan perlu bertanggungjwab di sisiNya.

"tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan hal yang kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah"- H.R Ahmad dan al-Bukhari

Tidak ada hal yang remeh dan kecil dalam ketaatan dan kemaksiatan. Semuanya harus dianggap besar. Kita tidak tahu bila waktu murka Allah akan datang. Sehingga tidak ada alasan untuk meremehkan dosa dan melanggar perintah Allah.

Amat berat untuk meraih erti taqwa bila direnung sedalam-dalamnya hadis nabi tersebut. Namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak terus berusaha untuk mendapatkannya. Tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini.

Namun kita sebagai hamba perlu menjadikan diri kita sebagai hamba yang hakiki. Bukan hamba yang bongkak dan takabur kepada tuhannya.

"Mudah-mudahan kita sentiasa dibawah rahmat dan pemeliharaanNya agar tidak tergolong dalam golongan yang lalai dan leka terhadap dunia. Serta dianugerahkan sifat taqwa agar ditempatkan bersama para anbiaya di akhirat kelak" AMIN...

Read more...

Raya Di Perantauan

>> 20 September 2009

Kali pertama beraya diperantauan. Kadang-kadang tersenyum sendirian. Betul ke apa yang aku sedang lalui? Beraya di tempat orang. Tanpa sanak saudara. Yang ada, hanya teman-teman seperjuangan.

sesi mengemas rumah

Walaupun tidak banyak bezanya, namun terasa kesunyian beraya tanpa ibu bapa tercinta. Kalau sebelum ni, di pagi raya ibu bapa menjadi sasaran utama. Kudakap, kukucup, kucium, kupeluk seerat mungkin, memohon kemaafan dan keampunan. Memohon restu keduanya agar hidup sentiasa dalam keredaan.

cusuk satey sebelum dibakar

Namun kali ni semua itu berlegar-legar di minda. Walaupun aku baru meninggalkan Malaysia kira-kira 2minggu yang lalu, namun kerinduan pada kampung halaman amat terasa.


bakar satey dalam kegelapan & kesejukan


Hajat nak call pagi raya, tetapi almaklum lah pagi raya. Line betul-betul busy. Guna lowratevoip (internet) pun tak boleh. Nak guna call direct pakai no Jordan mahal pulak. Kredit ada JD1 lebih je. Takkan nak call cakap seminit dua je. Tak berbaloi...

rombongan menuju ke masjid


Lepas selesai solat terus menuju ke kedai talifon. Tapi malangnya kedai belum buka. Dengan perasaan hampa, aku melangkah kaki kembali ke rumah. Mungkin sahabat-sahabat dah ramai bertandang ke rumah. Mau taknya, jalan pulang dari masjid akan jumpa rumah kami (bait malizi) dahulu.


mee sup di rumah bait dimasq


Juadah yang disepakati oleh ahlil bait untuk hidangan hari raya tak la banyak. Sekadar nasi himpit, lontong, satey kerbau dan sedikit kuih muih. Ternyata setibanya di rumah, agak ramai sahabat-sahabat sedang menikmati hidangan beserta gelak tawa keriangan.

Selesai solat zohor aku mencuba nasib terus menuju ke kedai talifon. Alhamdulillah ada rezeki. Orang pun tak ramai waktu itu. Jadi aku dapat tempat dalam bilik. Privacy sikit. Guna phone kedai mudah sikit. Suara tak sekat-sekat macam guna internet. Harga pun murahn je. 3 qurusy seminit. Lebih kurang 15sen duit Malaysia.


bersama sahabat-sahabat seperjuangan(housemate)(amir hafizi menghilang)

Namun malangnya line Malaysia masih busy. Banyak kali try baru dapat. Family dekat rumah atuk waktu tu. Ramai yang ada disitu ketika katanya. Mak long, pakcik, makjang, senang cite semua adik beradik mak berkumpul di rumah atuk petang tu(waktu Malaysia). Lama jugak berbual dengan mak, ayah, makjang dan yang lain-lain.

akhawat malaysia yang turut beraya di perantauan


Sebelum akhir perbualan dengan mak dan ayah, aku memohon jutaan kemaafan dan restu agar permusafiranku untuk menuntut ilmu diberkati dan mendapat reda keduanya. Sekali lagi air mata jantanku mengalir. Cuba untuk menahan tetapi tak mampu jua. Ia tetap mengalir.

Melihat jam tangan masih awal (waktu Malaysia dalam 6.20petang), mengambil kesempatan yang ada untuk menghubungi beberapa orang sahabat di Malaysia, mak angkat(bakti hufaz) dan sahabat-sahabat semasa di Tahfiz ABADA dahulu.

Kesedihan beraya di perantauan terasa terubat bila mendengar suara-suara mereka semua. Dahulu selalu bersama. Namun itulah adat dunia. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jika tak kerana ilmu, mungkin kerana kematian.

"semoga Allah panjangkan umur kita semua agar dapat mengumpul sebanyak mungkin bekalan sebeum bertemu denganNYA nanti. Semoga ramadhan yang telah lalu membawa sinar dalam hidup kita" aminnnnn........

Read more...

Ramadhan Sudah Pergi

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5383677979851891426" />

Bekas Pelajar Darul Quran

Pejam celik pejam celik genap sebulan umat Islam berpuasa di bulan yang yang mulia iaitu bulan Ramadhan al-mubarak. Bulan yang terkandung berbagai-bagai kelebihan yang dijanjikan kepada hambaNya yang bertaqwa.


Apabila disebut kelebihan tidak seorang pun manusia yang menggelengkan kepala untuk tidak mendapatkannya. Lebih-lebih lagi bulan ramadhan yang penuh dengan kemuliaan.

Antara kelebihan yang dianugerahkan kepada hambaNya ialah:
1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.
2. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
3. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
4. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu(Allah), Aku(Allah) balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku(Allah).
5. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

Ini merupakan sedikit sahaja kelebihan yang boleh disebutkan untuk membuktikan rahimnya Allah untuk hambaNya. Walaupun demikian masih ramai lagi hamba-hamba yang doif ini dengan bangganya melanggar syariatNya.

Apa pun ramadhan sudah meninggalkan kita. Andai tahun depan dipanjangkan umur, boleh lah kita bertemu lagi dengannya dan mengumpul sebanyak mungkin amal kebajikan. Tetapi andai sebaliknya, matilah kita dalam kerugian yang amat besar.

Mudah-mudahan ramadhan kali ini menjadkan kita hamba yang benar-benar bertaqwa kepadanya.

Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa- albaqarah 197


Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)-hujurat 13

Read more...

Berperang Dengan Emosi

>> 16 September 2009

Sudah hampir dua minggu aku di padang sahara ini. Bermula 4hb September aku meninggalkan Malaysia bersama seorang sahabat tercinta Mohd Khairi Bin Abu Yamin. Diiringi kaum keluarga dan sebilangan sahabat yang sanggup untuk menyambut permusafiranku.

Dengan menaiki pesawat yang agak sederhana dari Kuwait Airways mungkin boleh menjimatkan sedikit nilai tambang berbanding dengan pesawat lain.

Bukan nak tunjuk pandai dengan tidak bersama-sama menaiki flight yang dicari oleh Smutem. Namun kesempitan wang memaksa diri untuk aku berbuat begitu.

Kalau dilihat dari zahir, semua melihat yang aku seorang yang berada. Dekat DQ bermula dengan "van perjuangan" lebih kurang setaun lebih bermula bulan Oktober 2007 hingga Raya Cina 2009.

Itupun kerana sedikit kecuaian diri ini menyebabkan van kesayangan terlibat dalam kemalangan.

Kemudian aku membawa Proton Wira untuk memberi sedikit sumbangan kepada smutem. Sahabat yang menilai dari sudut zahirnya berkata "mewahnya anta. Sekejap tukar kete lain". Namun hati ini sape yang tahu. Penuh dengan kekusutan memikirkan masalah kewangan.

Yang banyak duit itu bukan aku. Ada orang kata "anak bapak". Itu semua hartanya. Aku tidak punya apa-apa harta. Mungkin kerana usia yang sudah meningkat membuatkan aku segan untuk meminta wang dari poket ayahku.

Kalau orang lain boleh menabung dengan pemberian ayah RM100,RM200,RM300 sebulan atau lebih, tapi aku terpaksa melihat dari pelbagai sudut untuk memecahkan wang RM10 menjadi RM100.

Bermula akhir semester4 di DQ sehingga akhir pengajian, amat jarang sekali aku meminta wang dari ayahku. Meningkatnya umur ini memaksa aku untuk cuba berdikari dan tidak mengharapkan orang lain.

Bermula dengan perniagaan membekalkan jaket hitam yang diambil alih perniagaan itu selepas adik dziaulhaq yang kini berada di UIA PJ. Pernah juga mencari rezki dengan menjual hotdoq besama rakan seperjuangan yang dianggap sebagai abg iaitu Ihsan Fadli.

Namun kehendak Allah tidak membenarkan kami meneruskan perniagaan tersebut. Disibukkan diri ini dengan gerak kerja dakwah yang tidak putus-putus bertandang.

Semua itu menjadi memori silam buat diri ini. Hari ini aku bergelut dengan kewangan lagi. Terima kasihyang tidak terhingga buat Ustaz Najib Ali (guru tasmikku dari semester1-3) kerana mengurangkan beban dengan sedikit sumbangan untuk aku membayar tiket tambang untuk ke bumi Mu'tah.

Janjiku pada ayah untuk tidak menyusahkannya dengan kewangan seolah-olah tidak tertunai.Maafkanku ayah...

Bila lihat akaun bank sahabat-sahabat yang dengan jumlah wang yang begitu banyak, wajah ayahanda tercinta mula hadir. Pinjaman wang dari Yayasan Kedah yang entah bila masuk membuatkan diriku kebingungan.

Dengar kata semester dua baru dapat. Begitu juga dengan zakat Kedah yang akan dapat semasa semester dua membuatkan aku serba salah. Bagaimana nak meneruskan hidup selama satu semester dengan baki wang yang hanya tinggal beberapa sahaja selepas membayar yuran subjek.

Selepas ini nak masuk rumah baru, juga memerlukan kewangan yang banyak. Carpet, tilam, perkakas dapur dan sebagainya. Kadang-kadang ada jugak suara-suara yang kata aku ni kedekut, terlalu berjimat dan sebagainya.

Bila aku mendengarnya, aku tidak mampu mengungkapkan kata-kata melainkan hanya mampu tersenyum dan menelan perasaan. Surat-surat sponsor yang tidak berjawab juga membuatkan fikiranku runsing.

Seminggu selepas aku disini,kakakku mengkhabarkan yang ayah berkerja semula untuk menyara pengajianku. Air mata mula berlinangan mendengar kata-kata tersebut. Mana taknya sudah berpuluh taun bekerja. Sudah 2tahun bersara, tetapi kini aku merampas waktu rehatnya.

Memang pada awalnya ayahku sudah menghalangku kesini. Bukan tidak suka aku menyambung pengajian disini. Ayah mana yang tidak gembira bila mana anaknya masih mempunyai semangat untuk berjaya.

Namun memikirkan kewangan dia agak berat untuk melepaskan aku kesini. Adik-adik masih berbaki empat orang dibawahku. Juga memerlukan wang untuk belajar. Memikirkan masa depan aku tetap untuk kesini dengan berjanji tidak makan menyusahkannya.

Namun hari ini, janji hanya tinggal janji. Maafkanku ayah... Doakan anakanda pulang dengan segulung kejayaan bukan kegagalan...

Read more...

Tercapai Jua

>> 04 September 2009

Hasrat hati untuk menyambung pengajian dalam bidang syariah akhirnya tercapai juga. Pilihan yang dibuat adalah Mu’tah Universiti, Jordan.

Walaupun pada awalnya pelbagai halangan yang mendatang. Seperti yang pernah diceritakan dalam post sebelum ni.

Allah maha mengetahui isi hati dan keinginan hambanya. Akhirnya hasrat hati dimakbulkan jua. Walaupun pada awalnya usim-dq menjadi pilihan pertama dengan jurusan quran sunnah. Namun kini aku akan bergelar mahasiswa Universiti Mu’tah.

Walaupun persiapan untuk meninggalkan Malaysia boleh dikatakan agak nazak. Mahu taknya, seminggu sebelum terbang masih berada di Darul Quran membantu pengarah Sekretariat Menyambung Pengajian Ke Timur Tengah (Smutem DQ) menyiapkan laporan2 gerak kerja.

Semua itu perlu dihantar pada Ust Sya’bani selaku pensihat smutem. Disamping itu ianya untuk memudahkan gerak kerja adik2 pada masa akan datang.

Seminggu sebelum fly aku meninggalkan dq. Sempat juga mengambil sedikit masa pada 27ogos untuk adakan sedikit iftor bersama sahabat seperjuangan ijazah.


Untuk menghargai jasa pensyarah dan kakitangan yang bertungkus lumus mewujudkan ijazah usim-dq, mereka juga dijemput untuk turut sama dalam iftor tersebut.


walaupun pada awalnya dijangka dalam 70orang akan memenuhi ruang dewan baru pada petang itu, namun kuasa ilahi tiada siapa yang tahu. hujan yang begitu lebat menghalang hampir 30orang pensyarah untuk turut serta.

apa pun majlis diteruskan jua. dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, ustaz sya'bani selaku penasihat smutem dq dan seterusnya ustazah hayati selaku wakil pensyarah yang bertungkus lumus mewujudkan program ijazah darul quran.

semuanya berjalan lancar. waktu selalu mencemburui. aku mempercepatkan langkag kerana terpaksa bergegas ke Ulu Yam yang untuk menunaikan kewajipan terakhir sebagai imam tarawih disitu.

jarak 20km lebih kurang memaksa aku untuk memandu selaju yang mungkin.semuanya berjalan seperti yang diaturkan. sebelum pulang, kemaafan dipinta pada ajk surau kerana terpaksa meninggalkan mereka sebelum tamat ramadhan.


selamat tinggal semua. pada sahabat2 seperjuanagn ijazah, maafkan ana kerana meninggalkan kalian. insyaallah kita doakan kejayaan bersama
pada pensyarah2, restui pemergian ana dan doakan kejayaan ana di bumi urdun....

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP