Raya Di Perantauan

>> 20 September 2009

Kali pertama beraya diperantauan. Kadang-kadang tersenyum sendirian. Betul ke apa yang aku sedang lalui? Beraya di tempat orang. Tanpa sanak saudara. Yang ada, hanya teman-teman seperjuangan.

sesi mengemas rumah

Walaupun tidak banyak bezanya, namun terasa kesunyian beraya tanpa ibu bapa tercinta. Kalau sebelum ni, di pagi raya ibu bapa menjadi sasaran utama. Kudakap, kukucup, kucium, kupeluk seerat mungkin, memohon kemaafan dan keampunan. Memohon restu keduanya agar hidup sentiasa dalam keredaan.

cusuk satey sebelum dibakar

Namun kali ni semua itu berlegar-legar di minda. Walaupun aku baru meninggalkan Malaysia kira-kira 2minggu yang lalu, namun kerinduan pada kampung halaman amat terasa.


bakar satey dalam kegelapan & kesejukan


Hajat nak call pagi raya, tetapi almaklum lah pagi raya. Line betul-betul busy. Guna lowratevoip (internet) pun tak boleh. Nak guna call direct pakai no Jordan mahal pulak. Kredit ada JD1 lebih je. Takkan nak call cakap seminit dua je. Tak berbaloi...

rombongan menuju ke masjid


Lepas selesai solat terus menuju ke kedai talifon. Tapi malangnya kedai belum buka. Dengan perasaan hampa, aku melangkah kaki kembali ke rumah. Mungkin sahabat-sahabat dah ramai bertandang ke rumah. Mau taknya, jalan pulang dari masjid akan jumpa rumah kami (bait malizi) dahulu.


mee sup di rumah bait dimasq


Juadah yang disepakati oleh ahlil bait untuk hidangan hari raya tak la banyak. Sekadar nasi himpit, lontong, satey kerbau dan sedikit kuih muih. Ternyata setibanya di rumah, agak ramai sahabat-sahabat sedang menikmati hidangan beserta gelak tawa keriangan.

Selesai solat zohor aku mencuba nasib terus menuju ke kedai talifon. Alhamdulillah ada rezeki. Orang pun tak ramai waktu itu. Jadi aku dapat tempat dalam bilik. Privacy sikit. Guna phone kedai mudah sikit. Suara tak sekat-sekat macam guna internet. Harga pun murahn je. 3 qurusy seminit. Lebih kurang 15sen duit Malaysia.


bersama sahabat-sahabat seperjuangan(housemate)(amir hafizi menghilang)

Namun malangnya line Malaysia masih busy. Banyak kali try baru dapat. Family dekat rumah atuk waktu tu. Ramai yang ada disitu ketika katanya. Mak long, pakcik, makjang, senang cite semua adik beradik mak berkumpul di rumah atuk petang tu(waktu Malaysia). Lama jugak berbual dengan mak, ayah, makjang dan yang lain-lain.

akhawat malaysia yang turut beraya di perantauan


Sebelum akhir perbualan dengan mak dan ayah, aku memohon jutaan kemaafan dan restu agar permusafiranku untuk menuntut ilmu diberkati dan mendapat reda keduanya. Sekali lagi air mata jantanku mengalir. Cuba untuk menahan tetapi tak mampu jua. Ia tetap mengalir.

Melihat jam tangan masih awal (waktu Malaysia dalam 6.20petang), mengambil kesempatan yang ada untuk menghubungi beberapa orang sahabat di Malaysia, mak angkat(bakti hufaz) dan sahabat-sahabat semasa di Tahfiz ABADA dahulu.

Kesedihan beraya di perantauan terasa terubat bila mendengar suara-suara mereka semua. Dahulu selalu bersama. Namun itulah adat dunia. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jika tak kerana ilmu, mungkin kerana kematian.

"semoga Allah panjangkan umur kita semua agar dapat mengumpul sebanyak mungkin bekalan sebeum bertemu denganNYA nanti. Semoga ramadhan yang telah lalu membawa sinar dalam hidup kita" aminnnnn........

1 comments:

Ahmad Ashraf September 29, 2009 11:12 PTG  

salam, best nyer.....

ni dok kat komuniti muslim semua ker?

sate tu sate itik eh?

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP