Membina Keluarga
>> 21 September 2011
Tiada Setarafmu
>> 17 Mei 2011
Jemputan Walimah
>> 30 April 2011
Kamu Sama
>> 01 April 2011
Tidak cukup dengan itu bakal suaminya juga merupakan antara pelajar yang aktif sejak di Malaysia lagi. Itu membuatkan dia rasa begitu rendah diri sehingga dia terlupa akan kelebihan yang ada padanya.
Apa kelebihan yang dia ada? Begitu banyak jika hendak diperincikan setiap sudut. Dia hanya pelajar biasa. Kini menyambung pengajian dalam bidang sains. Jauh dari agama. Itu menjadikan dia terasa begitu kerdil dengan bakal suaminya. Dia menjadi rebutan di kalangan mahasiswa-mahasiswa kampus. Semuanya ingin memilikinya. Namun kefahaman yang diberikan oleh keluarganya, perkongsian ilmu di dalam usrah, kelas pengajian kitab yang diikutinya di surau-surau pada malam hari sudah cukup membantunya menjadi benteng buat dirinya.
Dia tidak melayan mereka-mereka yang cuba mengacaunya. Muamalat dengan berlainan jantina hanya atas dasar urusan kerja semata-mata. Tidak lebih dari itu. Kehebatan dan kelebihan yang ada pada dirinya begitu bernilai. Terlalu berharga. Mungkin itu adalah sebab mengapa bakal suaminya menjadikannya sebagai bakal isteri.
Di zaman sekarang sukar untuk mencari wanita yang solehah. mengamalkan setiap urusan kehidupan mengikut kehendak islam. Sama ada bersukan, bersahabat mengikut acuan islam yang sebenar adalah agak sukar. Hatta bagi mereka yang mempelajari ilmu agama sendiri pun kadang-kadang tidak mampu melaksanakan tuntutan agama dengan baik.
Namun si gadis ini mampu melaksanakan tuntutan agama itu sebaik mungkin. Walaupun tidak mendalami ilmu agama secara khusus, namun dia mampu menjaga segala batas syarak yang wajib baginya untuk dipelihara. Sehingga sahabat-sahabatnya yang secara khusus dalam bidang agama tidak mampu menjadi sepertinya. Itulah harta yang paling bernilai yang telah dianugerahkan kepadanya.
Jadi sepatutnya si gadis ini tidak perlu berasa malu atas kekurangan yang ada pada dirinya kerana hakikatnya dia sudah memiliki agama dengan begitu baik berbanding sahabat-sahabatnya yang lain. Setinggi kesyukuran perlu dilafazkan tanda kesyukuran buatNYA.
Begitu juga sebaliknya bagi si teruna. Juga merasa rendah diri dengan bakal isterinya. Kerana khabar yang diterima bakal isterinya seorang yang hebat di kampus. Aktif dalam berpesatuan. Gerak kerja yang diberikan akan disiapkan dengan seberapa segera.
Latar belakang sekolah adalah dari kalangan meraka-mereka yang cemerlang membuatkan dirinya begitu segan. Dia lupa yang itu semua tidaklah terlalu bernilai jika hendak dinilai dengan apa yang dia ada. Dia diberi peluang untuk mendalami agama. Masih diberi peluang untuk mengenal kalam-kalam yang tersirat dalam al-quran. diberi kesempatan untuk mempelajari segala ilmu-ilmu islam.
Itulah kelebihan yang ada padanya. Ilmu-ilmu yang dipelajarinya bakal menjadi cahaya bagi mereka yang dalam kegelapan, menjadi penawar bagi mereka yang dalam kesakitan, menyelesaikan bagi mereka yang dalam kebuntuan. Itulah hakikat ilmu yang dia sedang pelajari. Dia harus berbangga dengan apa yang dia kecapi sekarang. Dia tidak harus lupa jaminan serta kelebihan yang ada pada ilmu yang dipelajarinya. Antara berita gembira yang dikhabarkan oleh nabi yang berbunyi:
Manusia di dunia sama sahaja. Tidak kira dari jenis dan apa bangsa pun ia. Yang membezakan adalah agama. Jika semuanya berpegang dengan agama yang benar iaitu agama islam, maka mereka adalah sama. Tiada beza disisiNYA. Biar apa pun yang kita belajar, setinggi mana pun ilmu kita hanyalah sia-sia jika tidak diamalkan mengikut kehendakNYA.
Semua manusia serupa.
Bila Bahasa Disalah Tafsirkan
>> 26 Mac 2011
Penat seminggu berprogram masih terasa. Kepala ini terasa pening setelah beberapa hari. Pening yang datang secara tiba-tiba dan entah apa puncanya. Terfikir sejenak barangkali pejing iji ada kaitannya dengan kari kepala kambing seminggu yang lepas. Seusai solat subuh berehat seketika dengan kalam-kalam suci yang diturunlan kepada nabi Muhammad s.a.w.. Itu adalah wajib kerana nabi pernah bersabda bahawa tidur selepas subuh menjadikan rezki kita menjadi mahal. Seusai membaca kalam-kalam suci melihat dan memperhati seketika kalau-kalau ada email atau apa-apa yang baru menerjah email mahupun FB. Mungkin ada yang dapay dukongsikan bersama.
Banyak pulak email masuk pagi ni setelah 5jam berehat keletihan. Ada yang dari yahoo group dana ada dari sahabat-sahabat. Teringat semalam ketika program, ada mini klinik dari pelajar-pelajar medic JUST. Kata sahabat saya selepas men"cek" diri ini, "blood presure awak 109/80, kurang sikit je. Biasanya normal 110-130/150. Tapi masih ok insyaallah. Nadi 70/minit dan jenis darah B positif" syukur masih dikekalkan nikmat kesihatan.
Terbaca satu email dari seorang sahabat. Membaca berulang kali, takut-takut diri ini salah memahami dan tersasar mentafsir. Namun setelah meneliti, fikiranku dan riak wajahku sedikit berubah. Dahi dikerutkan demi cuba mengimbau kembali apa yang pernah kuperkatakan. Rasanya tiada silap dalam berbahasa dan ayat ayang dilafazkan juga tiada negatifnya. Namun aku akur dengan email tersebut. Cuba bermuhasabah diri untuk terus berhati-hati dalam menyusun kata.
Maafkan diri ini wahai teman. Tiada yang kurang senang pada diriku melainkan dirimu sentiasa menjadikan diri ini sentiasa bahagia medepani liku-liku kehidupan. Terima kasih kerana menerimaku sebagai teman hidupmu. Semoga ikatan suci ini kekal selamanya...
Kita akan bertemu lagi setelah dirimu memaafkanku. Maafkan diri ini wahai temanku. Aku sentiasa merinduimu.
Adab Makan
>> 01 Mac 2011
4. Berniat dengan makan itu dapat menambah kekuatan untuk mentaati Allah s.w.t.. Tidak berniat hanya untuk menikmati nikmat makan semata-mata. Seterusnya berhenti makan sebelum kenyang. Sesiapa yang melakukannya nescaya ia tidak berhajat kepada doktor.
5. Meredai dengan apa yang terhidang dan tidak berusaha mencari makanan lain yang lebih nikmat serta meminta untuk ditambah lebih dari itu.
6. Berusaha untuk makan secara beramai-ramai sama ada dengan ahli keluarga mahupun anak-anak. sabda nabi s.a.w. "jangan kamu makan berseorangan"
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberi sedikit gambaran tentang adab-adab dalam kita menikmati makanan seharian. Insyaallah akan disambung bab seterusnya pada masa akan datang.
Di Sebalik Tabir
>> 09 Februari 2011
- kalau eden pegi mesir hari tu, ntah apa la yang jadi kan. mungkin dah kena hantar balik malaysia. tangguh sem. lagi lambat habis. lagi lama orang malaysia kena tunggu. ALHAMDULILLAH sebab xjadi pegi mesir.
- kita hanya merancang tetapi DIA adalah sebaik2 perangcang. mungkin yang kita nak tu bukan yang terbaik untuk kita. al-baqarah: 216
- tak salah nak janji. tapi akhir kalam sebut insyaallah. al-Kahfi: 23-24
- jangan gelakkan tempat orang sebab orang akan gelakkan tempat kita semula.
- kalau dah waktu kelas, kita sebagai pelajar kena la pegi. Dr nak masuk ke x tu urusan dia. yang penting tanggungjawab kita sebagai pelajar kena tunaikan. kena rajin. jangan suka2 je nak ponteng. pantang dan xsuka betul tengok org yang saje2 xnak pegi kelas tanpa sebab.
- jangan mudah percaya cakap orang. bertanyalah pada mereka yang berautoriti insyaalah xde la bazir lagi RM180...:"(
- kena latih diri sentiasa dalam keadaan senyum. senyum kan sedekah. tapi jangan senyum sorang2 dah. kang xpasal kena hantar tanjung rambutan. ada sorang budak mutah orang panggil dia "A..... senyum" jangan marah ye. ambik semangat untuk terus senyum
- last sekali korang tambah la pengajaran sendiri ye
Read more...
Baqo'
>> 15 Januari 2011
Baqo' merupakan salah satu sifat 20 yang wajib diketahui dengan tafsili(terperinci). Baqo' ertinya kekal, sentiasa ada, tiada akhir, maka hakikatnya ibarat daripada menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Taala. Adapun yang lain daripada tuhan ada juga yang kekal tiada binasa selamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar) bahkan kekal عرضي (yang mendatang) jua seperti syurga, neraka, luh, 'arasy, قلم ,kursi dan roh. Maka perkara yang tersebut ini dikatakan kekal kerana mendatang tatkala berta'aluq pada kudrat iradat Allah Taala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa melainkan عجب الذنب (tulang kecil seperti biji sawi duduknya ditonggeng manusia itulah benih anak Adam ketika dibangkit daripada kubur kelak), jisim sekalian nabi-nabi, dan jisim orang yang mati perang sabilillah maka ketiga-tiga ini kekal juga tetapi kekalnya yang mendatang.
Diringkaskan, perkara yang ada permulaan tetapi tiada kesudahan (kekal yang mendatang) ialah :
1. Syurga
2. Neraka
3. luh
4. 'arasy
5. قلم
6. Kursi
7. roh
8. عجب الذنب
9. jisim sekalian nabi-nabi
10. jisim orang yang mati perang sabilillah