Semalam lepas isyak dapat mesej dari member minta cari satu bab dalam kitab Ihya Ulumuddin. Kitab yang masyhur saya kira. Karangan Hujjatul Islam Imam Ghazali. Terasa tangan untuk mencapai jilid ke-2 cetakan Darul Arqam. Bila diselak muka surat kandungan, bab mula-mula sekali ialah bab makan. Terus terasa ingin tahu apa yang disusun oleh Imam Ghazali tentang makan. Mana tidaknya setiap hari kita makan tanpa mengetahui secara jelas tentang adab-adab makan yang diajar dalam Islam.
Dalam bab makan ni Imam Ghazali pecahkan kepada 4bab. Namun pada perkongsian kali ini hanya akan disentuh satu bab sahaja. Bab 1 juga dipecahkan lagi kepada 3bahagian. Insyaallah bahagian kedua dan ketiga serta bab seterusnya akan disambung jika ada sedikit kelapangan masa dan semangat untuk menulis. Maklum sahaja lah kadang-kadang semangat untuk menulis terasa begitu jauh kebawah.
Bahagian pertama dalam bab pertama ini ialah tentang adab yang perlu didahulukan sebelum kita menikmati makanan tersebut.
1.Mestilah makanan itu adalah halal untuk dirinya sendiri iaitu bukanlah dari perkara-perkara yang diharamkan seperti daging khinzir dan sebagainya, baik dari sudut sumber kita memperolehinya dan selaras dengan sunnah dan wara' yang digariskan dalan Islam. Terhindar dari perkara-perkara yang makruh dan sebagainya. Seperti firman allah
يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل
"wahai orang yang beriman, jangan lah kamu makan harta diantara kamu dengan cara yang batil" Nisa:29
2. Membersihkan tangan sebelum makan. Ini adalah kerana terdapat hadis yang berbunyi
"wudu' sebelum makan menghindarkan diri dari kefakiran dan berwudu' selepasnya dapat melepasi sifat tidak siuman" Abu Daud : 4/136
3. Meletakkan alas dibawah makanan yang terletak di bawah dan perbuatan ini lebih dekat dengan perbuatan Rasul s.a.w. dan ini lebih dekat kepada tawadu'.
4. Berniat dengan makan itu dapat menambah kekuatan untuk mentaati Allah s.w.t.. Tidak berniat hanya untuk menikmati nikmat makan semata-mata. Seterusnya berhenti makan sebelum kenyang. Sesiapa yang melakukannya nescaya ia tidak berhajat kepada doktor.
5. Meredai dengan apa yang terhidang dan tidak berusaha mencari makanan lain yang lebih nikmat serta meminta untuk ditambah lebih dari itu.
6. Berusaha untuk makan secara beramai-ramai sama ada dengan ahli keluarga mahupun anak-anak. sabda nabi s.a.w. "jangan kamu makan berseorangan"
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberi sedikit gambaran tentang adab-adab dalam kita menikmati makanan seharian. Insyaallah akan disambung bab seterusnya pada masa akan datang.
"wanita ibarat epal, epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi, kerana ia berguguran di tanah,
Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak.
Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah dirikiu belum dipetik?
Lantas dia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH begitu tinggi martabatnya sehingga tiada yang berani memetiknya. Hanya PEMUDA yang benar-benar HEBAT sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringi”
0 comments:
Catat Ulasan