Kamu Sama

>> 01 April 2011

Manusia diciptakan sama sahaja. Dari nabi Adam a.s seterusnya berkembang setelah dikurniakan Hawa sebagai teman hidup. Kemudian zuriat bertambah setelah mereka bersama. Lama kelamaan, abad demi abad manusia dijadikan Allah berpuak-puak seperti mana firman Allah yang bermaksud:

"wahai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berpuak-puak agar kamu saling mengenali antara satu sama lain" al-Hujurat: 13

Fitrah kejadian adalah sama. dikurniakan akal fikiran yang serupa. Cuma yang membezakan adalah sejauh mana penguasaan seseorang hamba itu menggunakan anugerah dan rahmat yang dikurniakan kepadanya. 

Teringat kisah sepasang mempelai. Masing-masing merasakan diri terlalu rendah tarafnya jika hendak dibandingkan dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Lagi-lagi dengan bakal pelengkap hidupnya suatu hari nanti. Dia sentiasa merasakan dirinya tidak mencukupi syarat bagi mendampingi bakal suaminya. Kerana apa? Kerana bakal suaminya merupakan seorang pelajar luar negara. Menuntut di Timur Tengah semestinya mempunyai pengalaman yang luas berbanding dirinya yang hanya belajar dalam negara.

Tidak cukup dengan itu bakal suaminya juga merupakan antara pelajar yang aktif sejak di Malaysia lagi. Itu membuatkan dia rasa begitu rendah diri sehingga dia terlupa akan kelebihan yang ada padanya.

Apa kelebihan yang dia ada? Begitu banyak jika hendak diperincikan setiap sudut. Dia hanya pelajar biasa. Kini menyambung pengajian dalam bidang sains. Jauh dari agama. Itu menjadikan dia terasa begitu kerdil dengan bakal suaminya. Dia menjadi rebutan di kalangan mahasiswa-mahasiswa kampus. Semuanya ingin memilikinya. Namun kefahaman yang diberikan oleh keluarganya, perkongsian ilmu di dalam usrah, kelas pengajian kitab yang diikutinya di surau-surau pada malam hari sudah cukup membantunya menjadi benteng buat dirinya.

Dia tidak melayan mereka-mereka yang cuba mengacaunya. Muamalat dengan berlainan jantina hanya atas dasar urusan kerja semata-mata. Tidak lebih dari itu. Kehebatan dan kelebihan yang ada pada dirinya begitu bernilai. Terlalu berharga. Mungkin itu adalah sebab mengapa bakal suaminya menjadikannya sebagai bakal isteri.

Di zaman sekarang sukar untuk mencari wanita yang solehah. mengamalkan setiap urusan kehidupan mengikut kehendak islam. Sama ada bersukan, bersahabat mengikut acuan islam yang sebenar adalah agak sukar. Hatta bagi mereka yang mempelajari ilmu agama sendiri pun kadang-kadang tidak mampu melaksanakan tuntutan agama dengan baik.

Namun si gadis ini mampu melaksanakan tuntutan agama itu sebaik mungkin. Walaupun tidak mendalami ilmu agama secara khusus, namun dia mampu menjaga segala batas syarak yang wajib baginya untuk dipelihara. Sehingga sahabat-sahabatnya yang secara khusus dalam bidang agama tidak mampu menjadi sepertinya. Itulah harta yang paling bernilai yang telah dianugerahkan kepadanya.

Jadi sepatutnya si gadis ini tidak perlu berasa malu atas kekurangan yang ada pada dirinya kerana hakikatnya dia sudah memiliki agama dengan begitu baik berbanding sahabat-sahabatnya yang lain. Setinggi kesyukuran perlu dilafazkan tanda kesyukuran buatNYA.

Begitu juga sebaliknya bagi si teruna. Juga merasa rendah diri dengan bakal isterinya. Kerana khabar yang diterima bakal isterinya seorang yang hebat di kampus. Aktif dalam berpesatuan. Gerak kerja yang diberikan akan disiapkan dengan seberapa segera.

Latar belakang sekolah adalah dari kalangan meraka-mereka yang cemerlang membuatkan dirinya begitu segan. Dia lupa yang itu semua tidaklah terlalu bernilai jika hendak dinilai dengan apa yang dia ada. Dia diberi peluang untuk mendalami agama. Masih diberi peluang untuk mengenal kalam-kalam yang tersirat dalam al-quran. diberi kesempatan untuk mempelajari segala ilmu-ilmu islam.

Itulah kelebihan yang ada padanya. Ilmu-ilmu yang dipelajarinya bakal menjadi cahaya bagi mereka yang dalam kegelapan, menjadi penawar bagi mereka yang dalam kesakitan, menyelesaikan bagi mereka yang dalam kebuntuan. Itulah hakikat ilmu yang dia sedang pelajari. Dia harus berbangga dengan apa yang dia kecapi sekarang. Dia tidak harus lupa jaminan serta kelebihan yang ada pada ilmu yang dipelajarinya. Antara berita gembira yang dikhabarkan oleh nabi yang berbunyi:

"sebaik-baik kamu adalam mereka yang belajar al-quran dan mengajarkannya"

Hakikatnya mereka berdua perlu bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan kepada mereka. Masing-masing dikurniakan rezki yang berbeza-beza. Mungkin telah ditetapkan untuk mereka bersama agar segala kelebihan yang ada dikongsi bersama untuk menghasilkan sesuatu yang mungkin jauh lebih baik dari apa yang mereka kecapi sekarang.

Manusia di dunia sama sahaja. Tidak kira dari jenis dan apa bangsa pun ia. Yang membezakan adalah agama. Jika semuanya berpegang dengan agama yang benar iaitu agama islam, maka mereka adalah sama. Tiada beza disisiNYA. Biar apa pun yang kita belajar, setinggi mana pun ilmu kita hanyalah sia-sia jika tidak diamalkan mengikut kehendakNYA.

Semua manusia serupa.

" sesungguhnya semulia-mulia di antara kamu adalah mereka yang paling bertaqwa kepadaNYA" al-Hujurat: 13

7 comments:

Cikgu wanie April 03, 2011 4:27 PG  

Menarik post ust mad. Macam ada skill wat novel.

sayangibu April 07, 2011 11:39 PG  

erm xsampai tahap lagi kot... bila nak kongsi ilmu kat blog? ada org dok tggu je xupdate2...

Cikgu wanie April 09, 2011 5:31 PG  

dah update dah..hamba Allah peminat blog saya ke?

sayangibu April 09, 2011 8:55 PTG  

erm xpasti la minat ke x tapi selalu la jgak buka...:)

ibnatussolehah88,  April 10, 2011 1:20 PTG  

aiwah..
macam kisah benar je us.mad..
anyway...semoga selamat semuanya..^_^

Cikgu wanie April 11, 2011 5:55 PG  

oo..kisah benar ke??ust mad x cite pun yer? berahsia sgt..

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP