Ramadhan Sudah Pergi

>> 20 September 2009

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5383677979851891426" />

Bekas Pelajar Darul Quran

Pejam celik pejam celik genap sebulan umat Islam berpuasa di bulan yang yang mulia iaitu bulan Ramadhan al-mubarak. Bulan yang terkandung berbagai-bagai kelebihan yang dijanjikan kepada hambaNya yang bertaqwa.


Apabila disebut kelebihan tidak seorang pun manusia yang menggelengkan kepala untuk tidak mendapatkannya. Lebih-lebih lagi bulan ramadhan yang penuh dengan kemuliaan.

Antara kelebihan yang dianugerahkan kepada hambaNya ialah:
1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.
2. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
3. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
4. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu(Allah), Aku(Allah) balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku(Allah).
5. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.

Ini merupakan sedikit sahaja kelebihan yang boleh disebutkan untuk membuktikan rahimnya Allah untuk hambaNya. Walaupun demikian masih ramai lagi hamba-hamba yang doif ini dengan bangganya melanggar syariatNya.

Apa pun ramadhan sudah meninggalkan kita. Andai tahun depan dipanjangkan umur, boleh lah kita bertemu lagi dengannya dan mengumpul sebanyak mungkin amal kebajikan. Tetapi andai sebaliknya, matilah kita dalam kerugian yang amat besar.

Mudah-mudahan ramadhan kali ini menjadkan kita hamba yang benar-benar bertaqwa kepadanya.

Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa- albaqarah 197


Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)-hujurat 13

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP