KAU makbul juga hasratku…
>> 06 Mei 2009
Hasratku untuk memiliki blog sudah begitu lama. Tetapi kini ianya memaksa aku untuk mencipta blog dengan kadar segera kerana ada misi dan visi yang perlu aku capai sebelum aku dijemput olehNYA. “salam. Mad, tolong org berubah” aku teringat mesej yang sudah 2minggu lepas aku terima. Berubah apa? Ayat yang tak mampu untuk aku tafsirkan. Berubah maxis kepada celcom atau …… tetap tak dapat aku tafsirkan. “Berubah apa” ringkas aku balas. “berubah la. Org nak jadi baik. Nak kumpul pahala banyak2, nak solat bagi betul, nak baca quran sebelum org DIPANGGIL nanti”. Meremang bulu romaku mendengar jawapan tersebut. Dalam masa yang sama aku benar2 bersyukur kepada kerana membuka hatinya. Walaupun pada hakikatnya dia cukup baik.
“Org dah lama nak bagitau mad tapi segan dan tak tau nak bagitau macamana”. Aku berfikir sejenak dan berjanji padanya akan cuba sebaik mungkin untuk menunaikan hasratnya. Itulah sebab utama aku mempercepatkan mebikin blog. Tanggal 06/05/09 selepas berakhirnya meeting untuk menyelaraskan semula perjalan smutem beserta sedikit perkongsian idea untuk beberapa masalah yang timbul, DIA menunaikan hasratku untuk memiliki blog dengan dibantu oleh 2orang sahabat smutem iaitu we azmi selaku pengarah smutem dan karim zaidan selaku pic untuk Jordan (rahim nama sebenar).
Tapi yang menyedihkan aku terpaksa mencipta email baru untuk mencipta blog ini kerana blogku yang telah ada yang menggunakan email kesayanganku iaitu “sayangibu_ayah” terlupa passwoodnya. Nak tak nak terpaksa juga. Email baruku issanad@yahoo.com yang akan kuceritakan asal-usulnya satu hari nanti. Kepada sahabatku, aku akan cuba buat yang terbaik untuk menunaikan hasratmu itu. Mudah-mudahan kita ditempatkan bersama golongan yang yang benar-benar bertaqwa kepadaNYA. Amin……………
0 comments:
Catat Ulasan