“Aurat Itu Indah Rupanya…”
>> 06 Mei 2009
Pendapat kedua menyatakan auratdari kalimah aura (عورى) atau ‘awara عور)) bererti telanjang (عريان) iaitu aib atau memalukan serta tidak baik andai dibiar, kerana keadaannya buruk dan kurang sopan (Muhammad bin Abi Bakar bin Abd Qadir al-Razi 1978m1407H:249)
Mengikut pendapat lain kalimah aurat (عورة) menunjukkan suatu yang hodoh jika didedah. Andai ternampak hendaklah tunduk atau mengubah pandangan kea rah lain ( البصر غض (kerana jijik mata memandang dan buruk akibatnya (Ahmad bin Muhammad bin Ali al-Fayumi,t.tarikh:437)
Sebab itu disuruh tutup bertujuan untuk menunudukkan pandangan supaya tidak jadi keranjang dan liar serta menampakkan kaum lelaki tidak bersopan disebabkan wanita tidak menutup aurat, kerana ulama bahasa member erti al-‘awara (العور( bertelanjang. Pepeatah arab ada berkata (بدت عوراتهما والمر الرجل ) bermaksud lelaki dan permpuan antara jeduanya ada batasan aurat (Mujmal LughahbIbni Faris, 1985:659)
Tujuan aurat ditutup mengikut istilah syara’ ialah:
1. Wajib ditutup di dalam solat untuk mengelak dari godaan syaitan dan tidak sah aidai terbuka.
2. Haram didedah di khalayak ramai dan aurat aalah haram didedah dan dilihat untuk mengelak kejahatan dan maksiat
3. Untuk menjaga maruah dan harga diri. Aurat wajib titutup dan maku sekiranya dibuka. Sesiapa yang membuka aurat dan tidak ada rasa malu di dalam dirinya maka ia tergolong dalam golongan yang tidak malu. Sabda nabi s.a.w :
فان لم تستحي فاصنع مل شئت
“maka sekiranya kamu tidak malu maka lakukanlah apa yang kamu suka”
Sebab itulah aurat wajib ditutup bagi menjaga tubuh badan supaya tidak diganggu dan digugat oleh mata yang memandang. Andai ianya didedah maka ia dianggap tidak amanah dengan diri sendiri yang disuruh oleh Allah supaya ditutup dengan rapi dan sempurna, kerana pendedahan itu seolah-olah tidak menunaikan amanah Allah untuk membeli pakaian supaya menutup seluruh jasad yang dianggap sebagai tanda kesyukuran kepadaNYA (Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Syaukani, t.tarikh:224)
“sesungguhnya kami rimah kami terdedah (tiada pengawal) kemudian Allah menjelaskan yang sebenarnya bukanlah disebabkan rumah-rumah mereka (terdedah) tiada pengawal, sesungguhnya mereka mahu lari dari peperangan.”
(surah al-ahzab:13)
ayat ini diturunkan kepada munafik di yasrib (madinah) yang mana mereka mengatakan mereka tadak mahu pergi berpeang dengan alas an rumah mereka tidak ada pengawal dan merisaukan akan keselamatan ahli keluarga mereka. Begitulah juga dapat disifatkan rata-rata wanita pada hari ini member berbagai-bagai alasan untuk tidak menuup aurat dan sebagainya. Susah untuk mendapat pekerjaan jika tidak memakai seksi dan ntah pape lagi. Bukankah Allah telah berjanji akan dalam surah talaq akan memberikan rezki kepada hambanya yang bertakwa.
Jumpa lagi….
0 comments:
Catat Ulasan