“Sabahat karibku” (2)
>> 12 Mei 2009
Kadang-kadang aku kurang bersetuju dengan maklumat yang diterima oleh orang ketiga. Kadang-kadang golongan ini yang menjadi dalang. Bukan nak menghukum. Tapi bukan semua begitu. Aku lebih senang siasat sendiri. Setelah dua hari berlalu (8/5/09) dalam perjalanan nak ke wisma putra, mesej darinya muncul lagi. “Us rasa ana zalim sangat tak buat dia macam tu? Bila dengar dari dia sendiri, dia cakap orang yang sampaikan maklumat tu tak tahu dan tak faham keadaan dia yang sebenar... ana bingung la us.. tapi jauh dalam sudut hati ana, ana tak nak kehilangan dia..” luahnya dalam keadaan kesal.
Itu lah yang aku terangkan tadi, kadang-kadang orang yang tak tahu keadaan sebenar cuba nak merosakkan hubungan antara dua hati yang telah mengikat mengikut hukum yang ditetapkan oleh syara’. Aku boleh berkata begitu, kerana aku jugak tidak terlepas daripada menjadi mangsa golongan seperti ini suatu ketika duhulu. Namun segalanya telah kulupakan. Tak guna nak ingat perkara yang dah lepas. Cukup sekadar menjadi pengajaran dalam menuskan hidup. Anggap sahaja ianya ujian dan juga tarbiah yang diberikan olehNYA kepada hambaNYA yang terpilih. Jadi bagaimana sekarang.
Soalnya sekarang siapa yang bersalah dalam hal ni. Dah jadi macam ni, yang jadi mangsa, tentulah dua hati ini. Orang ketiga? Malas nak bercakap. Kalau dia bagi maklumat yang sahih alahamdulillah. Tapi kalau salah… biar Allah yang tentukan segalanya. Keputusannya sekarang????? Ana masih menunggu jawapan dari dia. Katanya masih memohon petunjuk Allah samada nak rujuk semula atau sebaginya(macam orang bercerai la pulak). Bukankah ada hadis yang mengatakan “bukan di kalangan umatku mereka yang memutuskan silaturahim”. Nak tahu kutusan tunggu la ye…. “Innallaha ma’as sobiriiin”. Allah bersama orang yang sabar…. Tapi kita sebagai umat Islam yang cintakan kedamaian, sama-samalah kita doakan sahabat ana, semoga ikatan pertunangannya disambung semula dan mendapat kebahagiaan suatu hari nanti bersama tunangnya itu. Amin…………………………
2 B continue…
0 comments:
Catat Ulasan