Hebatnya Solat Dhuha
>> 12 Mei 2009
Melihat tiket air asia yang mana first time aku akan naik. Katanya seperti berada di atas bas metro tanjung malim-rawang (sempit dari segi jarak dengan kerusi depan). Ntah la. Semalam selepas Jumaat aku terus gerak dari masjid Bandar Baru Batang Kali bersama pengarah smutem dq yang mana aku kagumi dengan gerak kerjanya semakin cepat. Mungkin hasil pentarbiahan dari Penolong Pengarah Unit Alumi DQ USTAZ SYA’BANI yang sering melontarkan provokasi kepada kami di atas gerak kerja yang tidak cekap katanya. “kita buat kerja mesti profesianal”. Itu ayat yang sering keluar dari mulutnya jika kami bersamanya. Aku menurunkan Haikal di Station komuter Rawang, katanya hendak pergi kenduri. Kebetulan kami (pihak smutem) nak pergi cap endosment dekat wisma putra.
“kita akan sampai Putrajaya kul bape mat?” tanya we(pengarah smutem) “erm sejam je kot tak salah ana”. Jawabku… “ana nak beli hanphone ni. Yang bleh masuk mp3 quran, boleh masuk software solat, poket quran, GPS, 3G, mms, boleh send sms to many, senang cite complete la. Anta rasa perlu ke tak ana beli ye.” “erm ikut nta la. Kalau nta rasa ada duit dan perlu benda tu, nta beli la. Kalau nta rasa duit tu masih diperlukan untuk urusan lain tak perlu la. Cuba la pertimbangkan yang mana lebih penting.” Cadanganku setelah diminta pendapat. Kami membisu sepanjang perjalanan sambil mendengar ceramah ust Shamsuri yang aku copy beratus2 ceramah, ntah bila nak habis dengar.
Sampai di Wisma Putra hampir jam 3.40 petang. Wisma tutup pukul4.00. Nasib baik sempat. Sampai rumah kakakku, abang iparku yang katanya ada di rumah, ntah ke mana menghilang. “kita makan dulu lah. Lapo ni” ajak we… “erm k jugak, tepi ni ada kedai makan”. Aku makan nasi putih berlauk pe ntah RM7.00. We makan bihun sup RM5.00… Mahalnya… Mahal bagiku yang selalunya makan dengan harga sekitar 3.50-4.50… albinadak(lagu arab)…hpku berbunyi. Abang ipar call…
Seusai solat asar, aku terus bawak we ke alamanda untuk menunaikan hasratnya. “jom, kang takut lewat plak”. Sampai alamanda, kami merayau cari hp yang memenuhi ciri-ciri yang diinginkan. N82, N79, E65, macam2 model yang dkeluarkan. Setelah penat mencari…“you ambik yang ini la, baru pakai sebulan. Semua complete. I masuk semua software kasi you”. Ayat biasa yang sering digunakan oleh promoter bagi menarik minat pembeli. Gajet jenis hTC TyTN II dikeluarkan. Touch screen yang mana harganya RM1999.00 kalu beli baru
“Cane mat, tak nampak mewah sangat ke. Kang ape plak orang kata. Nanti orang kata ana makan (ambik lebih dari yang sepatutnya) duit smutem plak”. Tanya we bagi meminta kepastian. Erm ikut nta la. Kita tak mampu nak tutup semua mulut orang. Kalau kita tak buat salah, biar la orang nak cakap ape pun. Akhirnya hTC TyTN II menjadi pilihan dengan harga RM1120… “banyaknya duit dia”. Bisik hatiku. Tetapi aku tidak merasa hairan sebab selama aku bekerjasama dengan dia dalam melakukan gerak kerja smutem, tak pernah aku tengok dia tingalkan solat dhuha. Penah aku teringat satu ketika, “ana takde duit ni. Dah semakin kering”. Ye la dok smutem makan sendiri. Kebiasaannya kami masak nasi dan rebus telur je bagi menjimatkan kos. Mendengar keluhanku itu, ringkas dia jawab sambil tersenyum, “solat dhuha solat dhuha, insyaAllah murah rezki”. Aku kagum mendapat sahabat sepertinya.
Semuanya terbukti, solat dhuha murah rezki. Penah jugak ketika kami bergurau senda, ridwan aziz kata “we, che de call ana tadi. Dia kata IKBN bagi duit kat nta”. “Tengok murahnya rezki. Tanpa diminta DIA bagi”. Jawab we… memang aku tidak pernah melihat dia kehabisan wang. Ada je rezki yang datang. Aku juga penah mengalami saat seperti itu. Rezeki Allah sentiasa datang tanpa diduka bagi hamba yang taat kepadanya. Katanya kita mesti ada satu amalan yang istiqamah. Biar pun sekecil-kecil perkara katanya. Antara amalan yang aku tengok dia istiqamah antaranya manzil, solat dhuha dan nenerapa zikir yang aku pun tidak tahi untuk apa.
Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dari cerita ini. “innallaha la yukhliful mi’aad”. Allah tidah pernah memungkiri janji. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat menjadikan solat dhuha sebagai ibadah yang istiqamah. Amalan yang sedikit tetapi istiqamah lebih disukai Allah daripada amalan yang banyak tapi tak menentu. Siapa yang belum cuba, boleh amalkan. insyaAllah murah rezki. Solat dhuha yang mana boleh dilakukan setelah matahari segalah dan berakhir sebelum matahari berada tepat atas kepala. Kalau salah betulkan ye.
Lafaz niat pulak “sahaja aku sembahyang solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah ta’ala”. Mudah kan… dua rakaat bukan lama pun. Tak sampai pun 10minit. Ke cane?(trade mark smutem). Doa pulak ada doa khusus yang dianjurkan. Tapi tak kesah je kalau nak pakai doa sendiri pun.
0 comments:
Catat Ulasan