TELANJANG??? MALUNYA.....

>> 01 Jun 2009

Syukur yang tak terhingga Allah tempatkan aku di Darul Quran. Indahnya terasa bilamana melihat keindahan tasik buatan yang sememangnya menambat hati setiap yang melihat. Hebatnya ciptaan Allah yang Maha Agung. Kaum adam yang berjubah dan berserban dengan bermacam-macam gaya.
Tidak dilupakan dengan kaum hawa yang berjubah dan bertudung labuh atau dikelanali dengan bidang 60 menyebabkan sejuk mata yang memandang. Bagi yang belum ada serban boleh dapatkan dibilik A8 dengan adik seperjuanganku saudara hasyim juga merupakan salah seorang exco perkemat dq 08/09 dengan berbagai-bagai warna. Harga juga berpatutan. Promote pulak. Kena bagi komisyen ni syim. hehe.

Tetapi benarkah itu pakaian mereka??? Atau ritorika semata-mata??? Bila direnung kembali masyarakat pada hari ini lebih suka dengan gaya hidup budaya barat. Benarkah apa yang dilakukan ini??? Tepuk dada tanya iman. Jangan tanya aiman sebab dia akn jawab "aiman tak kesah". Salah parent/anak yang sememangnya suka mengikut budaya yang tidak sihat??? Kalau lelaki dengan gaya seluar yang macam nak terlondeh. Entah apa-apa la budak-budak ni kan. Apa salahnya kalu pakai betul-betul. Tapi bersalah pulak kalau nak salahkan diorang.

Perempuan pulak nampak parit, longkang, lurah, gunung berapi semua ada. Bila orang ushar malu-malu pulak. Tapi sengaja pakai macam tu. Kira ok lagi tu masih ada secebis rasa malu di dalam diri. Bagi yang sememangnya tak rasa pape cane? Ntah jawab sendiri. Nak kata takde duit macam tak pecaya sebab setakat yang disurvey yang tak cukup kain lagi mahal berbanding yang cukup kain. Tapi yang kain tak cukup jugak nak dipakainya.
Tak cerdiknya manusia zaman sekarang. Pening2... Kalau pakai macam tu dah terang2 tak tutup aurat. Itu kena ubah slow2 la mungkin diorang berasal dari family yang agak jauh dengan didikan agama. Ada jugak yang berasal dari sekolah agama tapi bila dah kerja, bercampur dengan orang awam dia terikit-ikut dengan gaya semasa.

Daripada tudung macam orang Yaman yang labuh berkurang jadi bidang 60, turun lagi saham jadi bidang 45. Tapi tu kira ok la masih boleh dikakatan menutup aurat. Tapi yang dah turun saham sampai tudung 3segi apa nak dikata. Mungkin tu ujian bagi mereka yang dah turun ke medan yang sebenar sama ada dapat istiqamah atau tidak.
Rasanya semua orang dah maklum tudung tu sememangnya agak jarang dan menampakkan leher. Baju pulak dikecilkan saiz pada bahagian pinggang. untuk apa? Semestinya untuk menunjukkan bentuk tubuhnya yang ramping macam kerengga.

Ini bukan tak boleh tetapi sememangnya tak boleh. Syariat sekeras-kerasnya melarang bagi mereka yang bergelar muslim/ah untuk memakai pakaian yang nipis atau jarang serta ketat yang menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Hukumnya sama seperti tidak berpakaian pada apandangan syariat dan hukum Islam kerana seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan masih dianggap terdedah yang membawa kepada pengertian sama seperti tidak berpakaian iaitu tetap membuka aurat berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

سيكون في اخر الزمان كانت أمتي كاسيات عاريات, وعلى رؤسهن كاسنمة البحت, العنوهن فانهن ملعونات ولا يدخلن الجنة, ولا يجدون ريحها, وان ريحها لتجد من مسيرة خمس الف سنة (صحيح البخاري, كتاب اللباس

"Akan datang umatku diakhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan bertelanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka itu dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. Dan sesungguhnya wangian syurga itu didapati jarak perjalanan lima puluh rubu tahun perjalanan."

Boleh bayangkan sahabat-sahabat jika bau syurga yang holeh dihidu baunya dengan jarak lima puluh rubu tahun perjalanan pun kita tidak dapat menghidunya jauh sekali untuk masuk kedalamnya. Yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w "berpakaian dalam keadaan bertelanjang' ialah perempuan yang memakai pakaian yang nipis atau ketat yang menampakkan bayangan warna kulit atau bentuk badan(bagi mereka yang berpakaian ketat), maka mereka itu samalah dengan tidak berpakaian dan tidak menutup aurat. Bahkan boleh dikatakan berpakaian sahaja tetapi pada hakikat sebenarnya adalah telanjang.

Satu kisah di zaman Nabi s.a.w terjadi kepada sahabat, iaitu Habsah binti Abdul Rahman bin Abu Bakar memakai tudung nipis menutupi paras bahunya. Setelah dilihat oleh Aishah isteri Rasulullah s.a.w lalu ditanggalkan sambil berkata "apakah kamu tidak tahu ayat yang diturunkan oleh Allah dalam surah Annur ayat 31 yyang bermaKsud:
"dan hendaklah kamu (kaum wanita) menutupi kain tudung sehingga ke bawah paras dada."

Kemudian Aishah menyuruhnya memakai tudung yang lebih tebal dan labuh serta tidak menampakkan bentuk badannya (Mohd Nasirudin al-Bari, 1994: 124)

Begitu indah Islam menjaga umatnya dalam menguruskan kehidupan harian bagi menjauhkan mereka dari kecelakaan. Tetapi kejahilan yang ada mendorong untuk mereka melakukan perkara yang boleh menbawa mereka dalam kebinasaan.

Seperti larangan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195 "jangan campakkan diri kamu dalam kebinasaan". Semoga Allah memberi hidayah kepada saudara-saudara seagama agar kembali kepada cara dan gaya hidup yang digariskan oleh Islam. Mudah-mudahan kita semua terselamat dari azab api neraka akhirat kelak. amin...

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP