Ke Mana Aku???

>> 11 Jun 2009

hujung minggu yang lalu sempat aku mencuri masa selama dua hari untuk kembali ke kampung nun jauh di utara. mungkin agak lama aku tidak pulang untuk menatap wajah ayahbonda tercinta.

lepas jumaat aku bertolak pulang bersama adikku yang kuambil di rumah kakakku di putrajaya. saja dia datang bercuti. tidak ketinggalan abang seperjuangan KN Creative nama samarannya.

dalam keadaan poket yang agak nipis KN hulurkan RM50 duit minyak. syukran abang. padahal dia hanya nak ke ipoh. kalu naik bas tak habis RM20. baiknya dia. memang kalau nak dihitung banyak aku terhutang budi dengannya.

balik bukan sebarang balik. hasratku juga untuk berbincang dengan family ke mana tempat aku sambung selepas ini. suatu masa dahulu ayahku pernah suarakan "jordan tak payah la kot. ayah bukan berniaga dah sekarang ni. adik2 ramai lagi nak mengaji". aku hnya mengangguk setuju.

namun dalam hatiku agak sedikit sedih. "cek saja isi borang sebagai backup". jawabku ringkas. tapi itulah kalau nak suruh aku ke mesir, bukan tak boleh. tapi kurang berminat untuk sambung qiraat.

memang dari sekolah rondah aku dah bercita2 untuk sambung dalam bidang syariah. kalau nak mengharap pada ummu qura dan madinah yang aku mohon tahun lalu hanya Allah yang tahu ada rezkiku di sana atau tidak.

tapi bila terkenang sewaktu berada di mekah pada tahun lalu selama tujuh hari untuk tunaikan umrah, begitu sayu hatiku untuk meninggalkannya. "kalau lah ada rezkiku belajar disini satu hari nanti". bisik hatiku.

tapi kalau diukur result taun lepas ramai yang diterima masuk yang hantar borang. bukan yang pergi muqabalah. ditambah dengan taukid dari seorrang ustaz yang kujumpa semasa di pejabat Dato' KP jakim mengatakan demikian. dia juga lepasan UIM dahulu.

"anta hantar borang je insyaallah dapat. muqabalah susah sikit". jelasnya. jadi semuanya DIA yang akan tentukan sama ada aku diterima masuk ke tak ke UI Madianah.

"ayah, DQ ada wat program ijazah dah sekarang. 10hb ni last hantar borang. dapat alaun jugak". jelasku semasa berbual-bual kosong bersama family. "bagus la kalau gitu. isi la cepat. tak payah pikir2 pasal duit lagi". bersemangat dia suruh aku masuk DQ. namun aku hanya anggukkan kepala. pasrah mendengar suruhannya.

keesokan hari(7/6/09) aku dah nak balik dq. akan pulang ke dq dengan perasan yang agak pasrah. jawapan yang tak diduga dan tak pernah terlintas untuk aku menrimanya.

"salam. kak dah, hang kat mana. ada rumah ka. ingat nak pi rumah hang malam ni. ada nak bincang sikit". sempat ku kirim sms kepada kakak sulungku yang rumahnya lebih kurang 30minit dari rumah ayahku.

dia juga merupakan lepasan Universiti Al-bayt, Jordan dalam kuliah lughah. mungkin sedikt sebanyak dapat berkongsi sedikit pengalaman yang ada. abang pula lepasan al-Azhar. mungkin tak salah untuk minta seikit nasihat mereka.

"kami tak dak di rumah. kat rumah kenduri ni. tak tau nak balik bila". sekali lagi hampa. esok dah nak balim dq. tak sempat dah nak jumpa. lepas ni tak tau lagi bila pulak dapat balik kg.

esoknya terpaksa pulang dalam keadaan hati yang agak sayu. namun aku pasrah dengan apa yang ayahku inginkan. ahad malam bertolak pulang ke dq. singgah rumah tok di kulim. pukul10.30 aku mulakan perjalanan. KN menungguku dirumahnya. tiba di rumahnya jam1.30 pagi.

"nasirin, nta drive ye. ana ngantuk dan penat sangat ni". memang aku terlalu penat. siang jaga kedai minyak, kenduri, drive jarak jauh. memang penat sangat. sampai dq dengan selamat tepat jam 5.15pagi.

hari demi hari hati tak tenang. "betul ke aku nak sambung ijazah dq?" aku bermonolog. malam semalam (09/06/09), "salam...kaif hal. " aku menelefon kakakku sesudah pening memikirkan tempat sambung belajar. lama kami berbual... "takyah la dq, cari pengalaman luar. tentang ayah takpa nanti akak setlekan". betul ke apa yang aku dengar ni.

"alhamdulillah allah dah permudahkan urusanku". semangatku muncul kembali setelah hilang bebrapa hari. semalam semasa berjalan pulang dari masji ke bilik, tiba2 teringat ibuku.

"salam. mak dok buat pa. sibuk ka?"
"dok hidang makanan ni. mak dapat duit insuran hari tu 6ribu.
mak wat kenduri arwah sikit malam ni"
"aik tak habaq kat cek pun. kalau cek tau cek tak balik dq lagi"
alah mak buat sikit ja. saja la dah lama tak buat"

"macam mana dengan borang nak sambung luar negara tu
dah isi ka?
takpa la nak sambung luar pun. boleh cari pengalaman baru"

Ya Allah betul ke apa yang aku dengar ni?
maksudnya kakakku dah berbincang tentang aku dengan mak ayahku.
terima kasih kak. semangatku dah puleh kembali
aku bukan lagi warga dq.

terima ksih mak terima kasih ayah kerana memahami rasa hatiku.
namun sekarang aku akan usahakan untuk cari sponsor bagi meringankan beban ayahku sebagai mana janjiku padanya takkan menyusahkannya dari segi kewangan semasa aku sambung belajar nanti.

"ya Allah, kurniakanlah aku tempat sambung belajar yang terbaik. hanya engkau yang tahu manakah yang terbaik untuk hambamu ini. permudahkanlah urusanku untuk aku kesana". amin...."


0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP