Abdullah, Syurga Neraka Buatmu

>> 03 Jun 2010

Setelah berpenat lelah menghafal nama-nama yang terlibat dalam subjek sirah nabawiah. Kitab Fiqh Sirah Nabawiah karangan Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti digunakan dalam subjek ni. Bermula dari muqaddimah kitab sehingga akhir bab kelima. 228 muka surat perlu dihadam. Banyak pengajaran dan renungan yang tercatat di dalamnya. Belajar dan ambik pengajaran. Itu yang lebih utama. Tiada guna belajar tanpa ambik iktibar dari apa yang dipelajari.

Bukan mudah untuk laksanakan tetapi tidak mustahil untuk itu. Tiada yang sukar kecuali kesukaran itu dicipta dengan pertolongan sikap dan sifat tidak suka untuk berubah. Satu penyakit yang perlu diubati oleh setiap individu. Ubatnya tidak dijual di farmasi. Hanya diri dan keinginan sahaja mampu merawatinya. 

Bermula dengan muqaddimah, kelahiran nabi, rehlah nabi ke syam, nabi DIRISIK oleh khadijah berwasilahkan nafisah, semua itu ada pengajaran yang perlu diteliti. Namun apa yang nak dikongsikan pada post kali ini tentang Abdullah. Sekali jumpa nama ini rasa geram. Berderau darah mengalir dalam tubuh. Meremang bulu roma. Kalau ada depan mata macam mahu sahaja ditangan-tangankan. Kadang-kadang rasa kerdilnya diri ini dengan nama ini. Seperti tidak layak untuk namakan diri sebagai da'i. Kecintaan pada dunia yang masih menebal. 

Tahniah dan celakalah bagimu wahai Abdullah...

  1. Abdullah Bin Jabir : Ketua pemanah perang uhud.
  2. Abdullah Bin Jaram : Memujuk kaum munafiq agar tidak meninggalkan nabi dalam perang uhud.
  3. Abdullah Bin Ubai : Ketua munafiq
  4. Abdullah Bin Toriq : Tenaga pengajar bagi kabilah 'Udal dan Qarah.
  5. Abdullah Bin Arqat : Musyrikin yang menunjuk jalan rahsia untuk nabi hijrah ke Madinah.\
  6. Abdullah Bin Abi Rabi'ah : Diutus oleh quraisy kepada raja najasyi untuk tidak menerima orang islam berada di Habsyah.
  7. Abdullah Bin Abu Bakar : Anak Saidina Abu Abu Bakar. Membantu menjadi mata-mata kepada nabi ketika nabi dan abu bakar bersembunyi di dalam gua hira'. 


Inilah Abdullah yang dibenci yang disayangi. Kita mampu memilih. Abdullah manakah yang ingin dijadikan idola? Jika Abdullah syurga yang dijadikan idola maka kebaikan dan rahmat allah mengiringi hidup kata. Namun andai Abdullah disalah dan tersalah memilih maka celakalah hidup kita.  Hidup hanya sekali. Tiada peluang untuk diulangi. Andai hidup ini bererti maka syurgalah buat kita. Andai hidup ini dikhianati nerakalah yang mengiringi.

"ya allah ya tuhan kami, jadikanlah kami dari hamba-hambaMu yang terpilih untuk 
sama-sama berjuang ke jalan yang diredaiMU..."

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP