Mahar Air Mata

>> 31 Mei 2010

Dalam kekalutan dan kesibukan membuat persediaan untuk exam sirah semalam. Sambil-sambil mengulangkaji diselitkan dengan perbualan. Antaranya tentang tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Banyak yang diperbualkan. Walaupun aku tidak berada sekali dalam perbualan namun sampukan yang dibuat menunjukkan minat untuk turut bersama.

Perbualan berkisar tentang keganasan Israel, sifat tidak peduli bangsa arab dan sebagainya. Berita terkini pada malam itu di tahap masih terkawal walaupun tidak berlaku sebarang serangan melibatkan tembakan dan sebagainya. Tetapi berita mengkhabarkan kapal-kapal konvoi yang dikepalai oleh Turki iaitu Mavi Marmara sudah dikepung oleh rejim tersebut. Namun kami hanya mengamati bahawasanya Israel tidak akan menyerang.

Ini kerana melihat kepada rombongan tersebut hanya pergi untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Qaza juga tidak bersenjata. Namun semua itu hanyalah pendapat dan pandangan serta harapan yang dibuat. Namun di subuh yang hening seawal jam 4.00pagi semua bersiap-siap untuk ke masjid. 

Masih tidak menyedari akan apa yang berlaku. Laptop belum dihidupkan. Masing-masing sibuk mengahafal apa yang patut sebagai persediaan terakhir sebelum masuk ke medan peperangan sebenar pada jam 11.00 pagi. Lebih kurang Pukul6.00 pagi barulah menyedari bahawa kapal rombongan sudah pun diserang oleh Israel laknatullah. Dikhabarkan 3orang sudah meninggal dunia manakala 15orang cedera. 

Lantas sahabat-sahabat terus mengambil wuduk dan menunaikan solat hajat memohon kepada Allah agar memberi perlidungan kepada ahli rombongan. Dengan penuh pengharapan dipanjatkan ke hadrat ilahi. Aliran air mata yang mengalir tanpa henti pada saat qunut nazilah dibacakan membuktikan kecintaan dan rasa sensiviti yang masih ada dalam diri.

Seperti mana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"bukan dikalangan Muhammad mereka yang bangun di waktu pagi lantas tidak mengmbil cakna langsung mengenai nasib ummatku"

Aku bersyukur masih dikurniakan sahabat-sahabat yang masih menyangi dan mempunyai sensitiviti terhadap ummat islam seluruh dunia. Ayuh sahabat-sahabat... Kita tidak mempunyai peluang berjuang seperti mereka. Cukuplah sekadar apa yang kita mampu dengan solat hajat yang kita lakukan mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang digariskan oleh rasul. 

Teruskan berdoa wahai kaum muslimin. Sekurang-kurangnya kita juga mempunyai saham dalam misi ini.




0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP