Bait Muslim

>> 08 Jun 2010

Ada sahabat maklumkan pada ana, ada pasangan yang menggunakan bait muslim untuk membina keluarga bahagia sudah bercerai. Allahu robbi... Terasa seperti hendak gugur jantung ana ini tatkala mendengar berita tu. Sedih rasa hati. Alam yang diimpikan oleh setiap insan musnah. Kaedah perkenalan sudah betul, namun entah di mana silapnya, kebahagiaan yang dikecapi musnah begitu sahaja. Ya... Mungkin mereka ada sebab tersendiri. Matlamat sebenar perkahwinan perlulah diketahui serta difahami oleh setiap insan yang bakal menamat zaman bujangnya. Dakwah perlu dilaksanakan walaupun sudah berkahwin. Namun, realiti sebenar yang berlaku, masing-masing bilamana sudah berada di zon selesa ( bersama isteri tercinta, anak-anak), bidang dakwah seakan senyap serta gerak kerja hilang entah ke mana. Jadi, bagaimana ingin mengembalikan zaman kegemilangan Islam? Kita boleh lihat di mana tahap kita :

1. Fardhu Muslim

2. Baitul Muslim

3. Mujtama' Muslim (masyarakat)

4. Daulah Islamiyah

5. Khilafah Islamiyah

Jika kita berada di peringkat fardhu muslim, makanya, berusahalah ke peringkat baitul muslim serta seterusnya. Ana dimaklumkan, ada juga sahabat bersama isterinya yang sanggup buat perjanjian di hadapan ulama'  untuk menguatkan diri dengan dakwah selepas menerajui alam rumah tangga. Namun, tidak kurang juga sahabiah yang mengadu tentang perli dari muslimat lain kerana dirinya sudah tidak aktif dalam gerak kerja. Bukan tidak mahu aktif tetapi suami yang tidak mengizinkan katanya. Bak kata suaminya " kalu dah dua-dua aktif, anak macam mana?". Pengorbanan seorang wanita solehah..Dakwah kepada anak-anak adalah yang utama bagi si isteri. Apa-apa pun, setiap individu berhak mempunyai pendapat yang tersendiri. Hormatilah pendapat masing-masing. Yang penting, sesuatu yang dibuat itu, biarlah niatnya ikhlas kerana Allah Taala.

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP