Seminggu sudah berlalu. Terasa
seperti baru semalam menjejak kaki ke bumi syam (Syria) yang dijanjikan
junjungan besar nabi Muhammad s.a.w akan keberkatan padanya. Terasa seperti
tidak percaya. Mujamma’ Fatah menjadi pilihan untuk kursus bahasa walaupun pada
sebelumnya bercadang untuk berada di Mujamma’ Abu Nur. Tinggal di Mukhayyam
Falestin yang terletak agak jauh dari masyarakat melayu, jauh dengan rumah
persatuan, tempat talaqi dan sebagainya. Namun terdapat suatu yang tidak ada di
tempat lain.
Bermusafir untuk tiga bulan
terasa begitu sekejap. Perlu manfaatkan masa sebaik mungkin. Terasa beruntung
dapat tinggal serumah dengan Maulana Jalaluddin, Adib dan Amin serta seorang
arab Algeria. Terasa sayang untuk meninggalkan Maulana untuk dengan menerima
pelawaan Faris, rakan sekampung untuk tinggal bersamanya.
“mai la dok sini dengan aku, free
ja cuma bayaq duit air dengan api ja. Hang dok sana kena bayaq mahai. Dah la
jauh” ajak Faris seakan memaksa.
Memang benar, rumah yang aku
tinggal sekarang agak jauh. Dalam keadaan sekarang terasa begitu sempit. Duit
rumah belum lagi dijelaskan. Duit rumah di Jordan juga perlu dijelaskan. Duit
hanya tinggal untuk membayar tambang van ke kelas. Berbaki untuk beberapa hari
lagi untuk menjadikan poket betul-betul kering. Namun terdapat rahsia disabalik
rumah ini yang memaksa aku untuk terus menetap di sini.
Waktu malam yang agak pendek
membuatkan malam kadang-kadang dipaksa mata untuk terus berjaga. Menghabiskan
masa berbual dengan Maulana dengan beberapa topik dan perkongsian. Sudah 7tahun
berada diperantauan tidak pulang ke tanah air membuatkan pengalamannya begitu
berharga.
Teringat keluhan seorang sahabat
beberapa bulan yang lepas. Pening memikirkan tingkah laku sahabat-sahabat
katanya. Berada di luar negara boleh berbuat sesuka hati mengikut kehendak.
Tiada siapa yang dapat menghalang.
Di Mana Hatimu
“hang tengok ja aku macam ni tapi
dalam sapa tau, innallaha la yanzuru ila suarikum….”
“ sesungguhnya allah tidak
melihat pada luaran dan harta benda kamu tetapi melihat kepada hati kamu”
Terasa puas bila berhujah dengan
menggunakan dalil. Begitulah antara hadis yang terdapat dalam sahih bukhari
yang mana terdapat bebrapa matan hadis lain yang sekan-seakan dengannya.
Tetapi bukankah terdapat hadis dalam
Hadis 40 mengatakan,
“sesungguhnya dalam diri terdapat
seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah sekalian jasad dan
apabila rosak maka rosaklah seluruh anggota”.
Ini membuktikan keburukan yang terdapat di
dalam akan terpancar keluar andai ianya tidak dipelihara sebaiknya. Begitu juga
andai seseorang mendakwa di dalamnya baik maka secara tidak langsung kebaikan
tersebut akan terpancar keluar. Bagaimanakah kebaikan yang tersemat di dalam
diri dan diasuh dengan baik, mengeluarkan hasil yang buruk dan tidak manis di
luarnya. Sangat mustahil. Semestinya terdapat sedikit kesalahan dan kecacatan
yang tidak disedari. Perlu direnung dan diubati sebaik mungkin.
Kita pernah mendengar pepatah
yang berbunyi “don’t judge a book by this cover”. Benarkah pepatah ini boleh
dikiaskan dengan setiap perkara? Sudah tentu tidak. Perlu dinilai semula. Tidak
sepatutnya bagi seorang yang berilmu memutar belitkan setiap perkara bagi
menyelamatkan diri. Kaedah fiqh pula mengatakan “ الظاهر يدل على باطن” zahir menggambarkan pada batin. Cukuplah untuk
menghukum pada apa yang terzahir walaupun hakikatnya hanya allah yang mampu
menentukannya.
Marilah sahabat-sahabat kita
mengasuh hati, menjaga diri, memelihara akal, menjinakkan diri dengan
perkara-perkara kebaikan. Beramanah dengan ilmu yang dipelajari. Tidak ada insan
yang sempurna di dunia ini. Kita bukan nabi bukan juga seorang rasul. Namun
kita punya akal fikiran untuk menilainya. Mempunyai keparan dalam membuat
pilihan. Mempunyai kemahiran dalam menentukan setiap sesuatu itu tergolong di
bahu kanan mahupun kiri.
“Islam tidak dapat
dicalari oleh mereka yang tidak memahami Islam”
don't judge a book by its cover dalam idiom bahasa inggeris memberi makna - jgn memberikan kesimpulan dan penghakiman terlalu cepat tanpa menyelidik dahulu sesuatu perkara itu. seseorang berpenampilan seperti 'ustaz' tak semestinya alim. sebaliknya bg seseorang yg berpenampilan 'biasa' tak semestinya dia tak alim. jadi, bolehkah kita melihat luaran sahaja dan terus kita pasti dia sebagaimana yang dipamerkan?
ridzuan: insyaallah. ana segan dengan ulama mesir. kerdil sangat rasa...
sha: xjoin pun dengan diorang hari tu. duit xbanyak seklarang. nak kena jimat...
lynn nasir : tetapi bagi ana ungkapan itu perlu dinilai semuala sejauh mana kebenarannya. kerana bila diperhatikan ianya bercanggah dengan hadis rasullullah s.a.w.
"wanita ibarat epal, epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi, kerana ia berguguran di tanah,
Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak.
Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah dirikiu belum dipetik?
Lantas dia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH begitu tinggi martabatnya sehingga tiada yang berani memetiknya. Hanya PEMUDA yang benar-benar HEBAT sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringi”
4 comments:
Selamat Bertalaqqi Us Mad...semoga Ilmu yang diperolehi bermanfaat untuk Ummat..(",)
salam..
pegi ke Syam meraikan family day anak negeri 9 ke??
selamat becuti~
don't judge a book by its cover dalam idiom bahasa inggeris memberi makna - jgn memberikan kesimpulan dan penghakiman terlalu cepat tanpa menyelidik dahulu sesuatu perkara itu. seseorang berpenampilan seperti 'ustaz' tak semestinya alim. sebaliknya bg seseorang yg berpenampilan 'biasa' tak semestinya dia tak alim. jadi, bolehkah kita melihat luaran sahaja dan terus kita pasti dia sebagaimana yang dipamerkan?
ridzuan: insyaallah. ana segan dengan ulama mesir. kerdil sangat rasa...
sha: xjoin pun dengan diorang hari tu. duit xbanyak seklarang. nak kena jimat...
lynn nasir : tetapi bagi ana ungkapan itu perlu dinilai semuala sejauh mana kebenarannya. kerana bila diperhatikan ianya bercanggah dengan hadis rasullullah s.a.w.
Catat Ulasan