Alam rumah tangga bukanlah semudah yang diimpikan. Memahami perasaan orang lain adalah satu usaha bagi mendalami dan mengiktiraf seseorang itu sebagai individu. Dalam konteks perkahwinan, suami dan isteri perlu menyelami fikiran, hati dan perasaan pasangan dengan memerhati tabiat dan merakamkan sifat-sifatnya di ingatan seperti perkara yang menjadi kesukaannya dan juga perkara yang tidak disukainya. Realitinya, ramai isteri mengambil sikap tidak kisah dan mengabaikan perasaan suami. Walau apa pun situasi, isteri perlu mengambil peranan memahami suami dengan cara :
1. Menjadi pendengar yang baik dan aktif.
2. Bersikap empati pada suami.
3. isteri perlu menjauhkan diri daripada segala bentuk perbuatan, perkataan dan perkara-perkara yang tidak disukai oleh suami.
4. Dari semasa ke semasa, berusahalah mendekati hati suami.
5. Sentiasa menghormati pilihan dan keputusan suami.
6. Menghargai kehadiran suami dan kebaikan yang dilakukannya.
7. Jangan mencabar ataupun melawan kemarahan suami.
Rujukan : Fahamilah perasaanku, 30 luahan perasaan suami, Hasan Mohd. Ali
Pesanan : Boleh lah baca yang selanjutnya dari buku itu...
"Man, ana nak anta masuk bertanding bleh tak? Kita tak bleh biarkan mereka menang tanpa bertanding dalam pilihanraya", kata Ustaz Zul.
"Ustaz, bukankah kita dah dapat agak yang calon mereka memang berpotensi untuk menang kali ni?" kata Man.
"Yang tu ana tahu. Tapi, ana tak rela kita biarkan mereka menang. Kita mesti hantar jugak wakil,"kata Ustaz Zul.
"Beri ana masa untuk berfikir dulu ye ustaz. Nanti ana maklumkan pada ustaz akan keputusan ana", jawab Man.
"Ye, ana menantikan jawapan yang positif..syukran Man", kata Ustaz Zul.
"Ya Allah, beratnye hati ini nak buat keputusan..Serba salah dibuatnye. Macam mana dengan anak-anak nanti, isteri, sekolah??huhu..serabutnye kepala..dah le hanya gaji sebagai cikgu tu jugak le aku nak sara keluarga..Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang lurus dan Kau mudahkanlah urusan ku dunia dan akhirat..Amin..", bermonolog Man sendirian.
"Jah, kalu abang masuk bertanding boleh tak?" soal Man kepada isteri tercinta.
"Abang nak masuk bertanding ke? Kalu abang nak bertanding, Jah setuju je..Moga Jah menjadi sayap kiri abang", kata Jah.
"Syukran ye Jah kerana memahami abang", kata Man.
"Isteriku, moga dikau menjadi ketua bidadari untuk ku disyurga nanti...beruntung punyai isteri sepertimu..erm..yela..isteri solehah bukan mudah untuk dicari..", bisik hati Man sambil merenung raut wajah isteri tercinta.
"Ustaz, ana setuju masuk bertanding", kata Man
"Alhamdulillah, bagusla..gembira hati ana..syukran Man", kata Ustaz Zul.
"Kenapa awak nak bertanding? Kan awak dah ada pekerjaan tetap. Fikir baik-baik akan keputusan awak tu..Itu semua kerja sia-sia..", kata Encik Hui Teo, selaku guru besar.
Man hanya diam..Berbisik hatinya, "Kau tidak akan faham".
Man kalah teruk..seperti sudah dijangka yang pihak lawan akan menang dalam pilihanraya..Ramai mengutuk Man serta menghina keluarganya. Kata orang kampung ", Kau sudah hilang akal ya Man?"...Dia hilang sumber pendapatan..Namun, Man sabar dan redha..Dia yakin, pastinya ada seribu hikmah di setiap kejadian..Man menoreh getah untuk menyara keluarganya..Hasil berkat kesabaran, pengorbanan yang dilakukannya untuk perjuangan Islam tercinta, anak-anaknya semua berjaya dan hidupnya kini menjadi senang..Satu ketika, hatinya terdetik ingin memiliki kereta Mercedes..lantas, keesokan harinya, die dihadiahkan oleh anaknye kereta tersebut..begitulah erti sebuah pengorbanan..
Setelah berpenat lelah menghafal nama-nama yang terlibat dalam subjek sirah nabawiah. Kitab Fiqh Sirah Nabawiah karangan Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti digunakan dalam subjek ni. Bermula dari muqaddimah kitab sehingga akhir bab kelima. 228 muka surat perlu dihadam. Banyak pengajaran dan renungan yang tercatat di dalamnya. Belajar dan ambik pengajaran. Itu yang lebih utama. Tiada guna belajar tanpa ambik iktibar dari apa yang dipelajari.
Bukan mudah untuk laksanakan tetapi tidak mustahil untuk itu. Tiada yang sukar kecuali kesukaran itu dicipta dengan pertolongan sikap dan sifat tidak suka untuk berubah. Satu penyakit yang perlu diubati oleh setiap individu. Ubatnya tidak dijual di farmasi. Hanya diri dan keinginan sahaja mampu merawatinya.
Bermula dengan muqaddimah, kelahiran nabi, rehlah nabi ke syam, nabi DIRISIK oleh khadijah berwasilahkan nafisah, semua itu ada pengajaran yang perlu diteliti. Namun apa yang nak dikongsikan pada post kali ini tentang Abdullah. Sekali jumpa nama ini rasa geram. Berderau darah mengalir dalam tubuh. Meremang bulu roma. Kalau ada depan mata macam mahu sahaja ditangan-tangankan. Kadang-kadang rasa kerdilnya diri ini dengan nama ini. Seperti tidak layak untuk namakan diri sebagai da'i. Kecintaan pada dunia yang masih menebal.
Tahniah dan celakalah bagimu wahai Abdullah...
Abdullah Bin Jabir : Ketua pemanah perang uhud.
Abdullah Bin Jaram : Memujuk kaum munafiq agar tidak meninggalkan nabi dalam perang uhud.
Abdullah Bin Ubai : Ketua munafiq
Abdullah Bin Toriq : Tenaga pengajar bagi kabilah 'Udal dan Qarah.
Abdullah Bin Arqat : Musyrikin yang menunjuk jalan rahsia untuk nabi hijrah ke Madinah.\
Abdullah Bin Abi Rabi'ah : Diutus oleh quraisy kepada raja najasyi untuk tidak menerima orang islam berada di Habsyah.
Abdullah Bin Abu Bakar : Anak Saidina Abu Abu Bakar. Membantu menjadi mata-mata kepada nabi ketika nabi dan abu bakar bersembunyi di dalam gua hira'.
Inilah Abdullah yang dibenci yang disayangi. Kita mampu memilih. Abdullah manakah yang ingin dijadikan idola? Jika Abdullah syurga yang dijadikan idola maka kebaikan dan rahmat allah mengiringi hidup kata. Namun andai Abdullah disalah dan tersalah memilih maka celakalah hidup kita. Hidup hanya sekali. Tiada peluang untuk diulangi. Andai hidup ini bererti maka syurgalah buat kita. Andai hidup ini dikhianati nerakalah yang mengiringi.
"ya allah ya tuhan kami, jadikanlah kami dari hamba-hambaMu yang terpilih untuk
Dalam kekalutan dan kesibukan membuat persediaan untuk exam sirah semalam. Sambil-sambil mengulangkaji diselitkan dengan perbualan. Antaranya tentang tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Banyak yang diperbualkan. Walaupun aku tidak berada sekali dalam perbualan namun sampukan yang dibuat menunjukkan minat untuk turut bersama.
Perbualan berkisar tentang keganasan Israel, sifat tidak peduli bangsa arab dan sebagainya. Berita terkini pada malam itu di tahap masih terkawal walaupun tidak berlaku sebarang serangan melibatkan tembakan dan sebagainya. Tetapi berita mengkhabarkan kapal-kapal konvoi yang dikepalai oleh Turki iaitu Mavi Marmara sudah dikepung oleh rejim tersebut. Namun kami hanya mengamati bahawasanya Israel tidak akan menyerang.
Ini kerana melihat kepada rombongan tersebut hanya pergi untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Qaza juga tidak bersenjata. Namun semua itu hanyalah pendapat dan pandangan serta harapan yang dibuat. Namun di subuh yang hening seawal jam 4.00pagi semua bersiap-siap untuk ke masjid.
Masih tidak menyedari akan apa yang berlaku. Laptop belum dihidupkan. Masing-masing sibuk mengahafal apa yang patut sebagai persediaan terakhir sebelum masuk ke medan peperangan sebenar pada jam 11.00 pagi. Lebih kurang Pukul6.00 pagi barulah menyedari bahawa kapal rombongan sudah pun diserang oleh Israel laknatullah. Dikhabarkan 3orang sudah meninggal dunia manakala 15orang cedera.
Lantas sahabat-sahabat terus mengambil wuduk dan menunaikan solat hajat memohon kepada Allah agar memberi perlidungan kepada ahli rombongan. Dengan penuh pengharapan dipanjatkan ke hadrat ilahi. Aliran air mata yang mengalir tanpa henti pada saat qunut nazilah dibacakan membuktikan kecintaan dan rasa sensiviti yang masih ada dalam diri.
Seperti mana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"bukan dikalangan Muhammad mereka yang bangun di waktu pagi lantas tidak mengmbil cakna langsung mengenai nasib ummatku"
Aku bersyukur masih dikurniakan sahabat-sahabat yang masih menyangi dan mempunyai sensitiviti terhadap ummat islam seluruh dunia. Ayuh sahabat-sahabat... Kita tidak mempunyai peluang berjuang seperti mereka. Cukuplah sekadar apa yang kita mampu dengan solat hajat yang kita lakukan mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang digariskan oleh rasul.
Teruskan berdoa wahai kaum muslimin. Sekurang-kurangnya kita juga mempunyai saham dalam misi ini.
Saya bukan seorang "ustaz" dan agak "rimas' jika seseorang memanggil saya "ustaz".
Namun begitu keterlibatan dalam dakwah menyebabkan saya tidak boleh lari bercakap tentang ilmu-ilmu Islam. Saya yakin dengan ilmu saya dan menyebarkan.
Kisahnya juga di Bumi Kenyalang, saya dan sahabat-sahabat "ustaz" (guru agama dan pendidikan Islam) memang cukup erat dan disatukan atas satu wadah Jawatankuasa Usrah dan Dakwah JPB Sibu.
Melalui badan inilah saya dan rakan-rakan menjalankan aktiviti-aktiviti tarbiyyah dan dakwah. Walaupun saya bukan "ustaz" saya diterima baik oleh kawan-kawan yang memanggil saya serta menggolongkan saya juga "ustaz".
Program yang tidak dapat saya lupakan ialah Forum Imam al-Ghazali. Forum itu tertutup (hanya ustaz dan rata-rata orang Semenanjung) dan diadakan tempat rekreasi yang menarik.
Antara tujuan porum tersebut ialah melihat peranan dan sumbangan Imam al-Ghazali dalam bidang pendidikan. Setiap ahli panel menyoroti sejarah kehidupan Imam al-Ghazali dan falsafah serta pemikiran beliau. Saya mendapat banyak ilmu daripada forum tersebut.
Satu hal yang mengejutkan, seorang ahli panel forum daripada JAKIM ketika ditanya oleh peserta tentang dilema guru dalam mendidik iaitu tangan guru mendidik tetapi banyak tangan-tangan dalam masyarakat meruntuhkan terutamanya peranan TV dan pihak-pihak lain. Jawapan yang diberikan cukup mengecewakan iaitu jika kita tak mahu tengok TV1, tengok TV 2 atau pilihlah TV yang lain.
Saya bangun meminta penjelasan kerana dalam hal-hal maksiat dan mungkar kita tidak mempunyai pilihan, kena cegah. Saya memetik kata-kata Imam al Ghazali yang kira-kira maksudnya "Agama itu asas, dan pemerintah itu pengawal. Barang yang tiada asas akan runtuh dan barang yang tiada pengawal akan sia-sia".
Saya berhujah kerana segala program dalam masyarakat sekarang ini tidak bersendikan agama, maka didikan kita begitu mudah diruntuhkan dan peranan pengawal tiada menyebabkan tugas mendidik sia-sia sahaja.
Daripada program itu, saya mengenali seseorang yang takut untuk menyatakan kebenaran ilmu kerana kepentingan tertentu dan individu begini menjadi bualan orang dan mengundang tidak respect kepadanya. Apabila disyorkan nama beiau untuk jadi ahli panel seterusnya ramai yang menggeleng kepala tidak mahu dan tidak bersetuju.
Pokoknya, berkata benarlah walaupun pahit kerana kebenaran yang pahit itu "ubat". Hati akan tertarik kepada setiap kebenaran dan sesiapa yang lidahnya mengungkapkan.
Semasa berdakwah, fikir dan nyatakan kebenaran dahulu kerana hati-hati milik Allah, bukan milik kita. Jangan fikir dengan mengenepikan kebenaran dan mengikut selera manusia, manusia akan mengikuti kita.
Hati manusia tidak akan bersatu atas kebatilan. Menawan hati mestilah dengan kebenaran Ilahi.
Jumaat lepas Majlis pelajar Malaysia Kedah (MPKJ) mengadakan sambutan family day. Katanya ini juga merupakan program terakhir untuk sesi pentadbiran pada sesi ini. Saudara Qayyim menerajui kepimpinan MPKJ pada tahun ini dan akan melepaskannya dalam masa yang berbaki lebih kurang dua bulan. Merancang program yang dapat memupuk semangat ukhwah islamiah dan beberapa objektif lain yang perlu dicapai. Sambutan yang agak menggalakkan walaupun ada di kalangan ahli yang berpenat lelah mengharungi peperiksaan yang belum selesai.
Program di adakan di Wadi Arab, Irbid. Tempat yang menarik dan sesuai untuk tempat perkelahan. Bayaran masuk juga tidak mahal sangat. JD0.500 sahaja bersamaan dengan RM2.50 lebih kurang. Wajar la dengan bayaran di tempat-tempat sebegitu.
Cuma apa yang hendak difokuskan disini banyak objektif yang dapat dicapai sama ada dari segi zahirnya mahupun batinnya. Aktiviti dirancang mengikut kesesuaian dengan tema program.
Belajar Mengenal Kerumitan
Bertolak awal pagi dengan penegasan oleh ajk supaya ahli-ahli berkumpul di hadapan masjid pukul6.00 pagi. Namun pukul7.10 baru dapat bertolak. Inilah kerumitan yang terdapat dalam sesuatu program bila melibatkan ramai orang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3jam. Wadi Arab menyambut kami tepat jam 11.30 pagi. Aktiviti pertama yang dijalankan ialah membuat karipap. Syarat yang diberikan ialah hanya boleh menggunakan sebelah tangan sahaja. Di sini akan membuktikan dan mengukur tahap sifat dan sikap amanah yang terdapat dalam setiap diri ahli-ahli. Ada yang dapat melepasinya dengan begitu sempurna dan ada juga yang tumbang di tengah jalan.
ketupat/kuih inti balut tepung ni???
yang ni jadi la kot. tahniah kepada pemenang (syabab)
Menghargai Warisan Kampung
Seusai solat jumaat, setiap enjin perlu diisi dengan minyak yang cukup. Barulah enjin dapat bergerak dengan lancar. Mengisi perut dengan mee. Seterusnya unit program saudara Asmi merancang aktiviti dengan mengadakan aktiviti TUJU KASUT (baling selipar). Permainan ini seingat aku, aku main masa darjah dua. Umur 8 tahun. Sekarang ni budak-budak kampung mungkin sudah tidak kenal lagi akan permainan ini. Yang mana ianya mempunyai peraturan yang tersendiri. Walaupun ianya bukan suatu yang disyariatkan, namun terasa indah bila terkenang zaman kanak-kanak. Namun zaman sudah berubah. Zaman budak-budak sekarang sudah jauh berbeza. Mereka mengisi masa lapang, mengeratkan hubungan persahabatan dengan perkara yang tidak sepatutnya. Terhanyut dengan budaya kuning. Merempit entah apa-apa. Lelaki dengan cara lelaki, perempuan dengan cara perempuan.
Permainan kedua ialah GALAH PANJANG. Permainan ini pening sikit. pening sebab dah lama sangat tidak main. Masing-masing dah lupa. Banyak kali diberi penerangan oleh ajk baru faham. Namun semua ini boleh dikatakan peninggalan warisan. Ianya semakin hari semakin pupus. Hari ini budak-budak lebih gemar bermain FaceBook (FB), Friendster, Myspace dan pelbagai lagi laman-laman sosial. Mereka tidak lagi gemar bermain permainan warisan. Batu selambut, tuju tin, tuju kasut, getah(cakteng), gasing, guli, semakin hari semakin hilang ditelan zaman.
Pada malam hari diadakan solat hajat dan bacaan yasin bagi memohon kemudahan di dalam urusan hidup dan peperiksaan yang bakal menjelang akhir bulan ini. Semua ahli mengambil bahagian. Syukur kerana masih lagi ada rasa pentingnya bergantung dengan Maha Pencipta. Sekurang-kurangnya sifat keegoan masih belum meresap masuk dalam diri ahli-ahli.
sebahagian ahli syabab
Program penutup dimulakan dengan ucapan pengarah program, saudara Muhammad bin Jaafar. Bekas junior semasa di Darul Quran dahulu. Bekas pelajar program persijilin Gen-9. Bangga dengan pelajar-pelajar darul quran yang mampu menaikkan dan mengharumkan nama darul quran.
adik muhammad Jaafar
Seterusnya ucapan Yang Di-Pertua MPKJ saudara Qayyim dalam bidang perubatan JUST, memberi sedikit nasihat. Perkara yang dititikberatkan ialah soal masa yang selalu dipandang remeh oleh masyarakat melayu yang beragama islam. Mahu tidaknya, suruh berkumpul pukul6.00, pukul7.00 lebih baru dapat bergerak. Suatu perkara dan tabiat yang perlu diubah. Bukan apa, ianya satu kezaliman keatas mereka yang datang awal. Lebih-lebih lagi satu telah mencemar nama baik kaum melayu pada golongan arab. Kata pemandu bas, dia sudah menunggu seawal jam 5.30 pagi. Bukankah satu mencemaran nama yang tidak sepatutnya.
saudara Qayyim menyampaikan amanat
Tidak dilupakan pihak MPKJ tidak melupakan ahli-ahli yang bakal menamatkan pengajian pada semester ini. Pihak MPKJ menyediakan sedikit cenderahati kepada ahli-ahli yang bakal tamat. Selain itu ada sedikit ucapan wakil pelajar yang bakal namat. Fauzi, pelajar ekonomi juga menyampaikan amanat agar mahasiswa agar menjadi mahasiswa yang profesional tidak kira sama ada dari bidang agama, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Jangan kerana mengambil jirusan agama, komputer pun tidak pandai main. Perlu fleksibal dalam dunia yang penuh dengan cabaran sekarang.
amanat terakhir sebelum pulang berbakti di malaysia
Apa-apa pun semoga apa yang terbaik dalam program ini dapat diambil pengajaran dan bekalan buat para ahli. Bukanlah program ini dirancang untuk bersuka ria sahaja melainkan terselit pelbagai objektif dan mutiara ilmu yang begitu banyak dan berharga.
semoga umat islam akan terus maju dan terus maju dengan segala kesempurnaan...
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan kerana merah kilauan lipstik Pada bibir memekar senyuman kosmetik Tetapi pada keperibadian terpelihara Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah Untuk menggoda pandangan nafsu mata Tetapi pada kehidupan terjaga Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam Sehingga turunkan insan ke dunia Tetapi menjadi pembakar semangat perwira Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan Mengalir mutiara di kelopak mata Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga Tetapi sentiasa bersama Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU Bukan kerana kemewahan dimata Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai Menjadi penghibur hati permata kehidupan Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU Bukan terletak pada kebangkitan anak Dalam setiap pertelingkahan Tetapi dibawah lembayung kejayaan Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA Tidak kerana berjaya meruntuh istana Tetapi jalinan kasih sayang Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK Bukan memberi harta dunia Sehingga generasi lupa Tetapi menjadi pada pendita Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA Bukan kerana menyandang puncak dunia Tetapi bijak menangkis rintangan Peka membela nasib dan maruah negara Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA Bukan kerana jernihnya mutiara Mengalir deras di kelopak mata Tetapi senantiasa mengumpul cahaya Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS Bukan kerana menjadi sebutan Sehingga menjulang keegoaan Tetapi dalam mencari ilmuan Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH Bukan kerana keindahan paras rupa Sehingga menjadi igauan mata Tetapi berpegang Akidah Solehah Disebalik tirai jiwa Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah Mengharap keredhaan kehidupan awana
"wanita ibarat epal, epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi, kerana ia berguguran di tanah,
Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak.
Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah dirikiu belum dipetik?
Lantas dia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH begitu tinggi martabatnya sehingga tiada yang berani memetiknya. Hanya PEMUDA yang benar-benar HEBAT sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringi”