Tidak Kujangka
>> 24 Julai 2009
sempat aku perhatikan schedule yang tertampal di softboard dalam bilikku yang comel... pagi sabtu memang free. jadi inilah peluang untuk kami mencuri masa untuk menyiapkan segala assigment yang dah banyak tertangguh.
zuhairi, azrul dak nik shamri dah pun siap untuk ke library.
"tak pe korang pegi dulu. japgi ana follow" ujarku pada sahabat2
tak nak bagi masa diorang terbazir semata2 kerana menungguku. aku cuba bersiap dengan seberapa cepat untuk ke maktabah.
selepas jam menunjukkan 11.30 pagi kami bersepakat untuk pergi makan kecuali zuhairi tetap meneruskan kerjanya.
hajat hati nak ke KKB untuk bank in duit konvokesyen nanti sebanyak RM150.
"ust, hajat nak pinjam motor jap nak ke KKB. nak bank in duit. tu pun kalau boleh la kalau tak boleh tak pe la saje je tanya:"(
mesej dihantar kepada ust fazlah. sengaja buat ayat sedih walaupun sudah diketahui jawannya. hehehe
tak pernah lagi sebelum ni dia tak bagi kalau minta pinjam motor. tapi kadang2 timbul juga rasa segan nak untuk pinjam.
KRING!!!!
alamak ust call. segannya nak jawab
"halo, ha nak kuar kul bape?"
"hajat dalam kul 11.40 macam tu"
"ha datang la ambik kat hep"
"ok ust, syukran"
masuk je hep desinasi pertama yang "terpaksa" disinggah ialah bersemuka dengan ust sya'bani.
semua perbincangan berkisar tentang gerak kerja smutem. ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan sebelum berakhirnya bulan7.
"mad, sini jap" ust shahrulkarnain pulak panggil. penolong pengarah bahagian disiplin.
"ada pe plak ni. aku ada buat salah ke" bisik hatiku. takut jugak ada pape yang tak kena.
"gini mad, kelab rakan muda sudah pun diluluskan untuk ditubuhkan di darul quran. jadi ana nak anta tubuhkan sekretariat. kalau boleh libatkan sekali diploma ye. tapi takyah la ramai sangat dalam 6orang ke cukup la.
cuma pengerusi ana nak dari yang ijazah. bolehkan? ana bagi masa seminggu untuk untuk lantik jawatan kuasa. minggu depann ana nak boleh?"
satu lagi tugas baru yang perlu dipikul
perbincangan diakhiri dengan anggukan dan ungkapan insyaallah. aku menerimanya dengan rela hati. walaupun kalau nak difikirkan macam tak logik dengan assigment yang masih banyak yang belum diselesaikan.
aku yakin dengan keputusan yang dibuat. sekurang-kurangnya ia merupakan suatu motivasi untuk aku uruskan masa dengan lebih terancang. insyaallah aku akan cuba buat yang terbaik atas segala taklifat yang diamanahkan.
"YA ALLAH, BANTULAH HAMBAMU INI DALAM MELAKSANAKAN AMANAH YANG ENGKAU BERIKAN INI. MUDAH-MUDAHAN SEMUANYA DAPAT BERJALAN DI ATAS SYARIATMU"
0 comments:
Catat Ulasan