BETUL KE...

>> 22 Julai 2009

sekian lama menunggu, akhirnya petang 11hb yang lepas aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda quran sunnah di usim. namun ini merupakan program bekembar usim-dq.

ijazah usim tapi belajar di DQ. tak kesah la yang penting sambung belajar. hajat memang nak ke jordan. tapi keputusan untuk ke jordan belum tentu lagi sama ada dapat sambung atau tak. kalau dapat pun ada ke duit nak kesana? so lebih baik sambung je dulu kat dalam.

lagipun yuran pendaftaran pun tak la mahal sangat seperti U lain. hanya RM365. lagipun itu hasrat ayah aku untuk aku sambung U dalam. dalam masa yang sama dia tak la kisah pun kalau aku nak ke oversea pun.

13hb pendaftaran berlaku seperti biasa bertempat di USIM. namun aku dapat lihat pelbagai ragam manusia. tak pernah ada pengalaman belajar di U yang culturenya begitu berbeza dengan dq. cara pemakaian memang benar2 berbeza.

seusai pendaftaran terus drive kereta wira kesayangan pulang ke DQ. sahabat2 lain naik bas DQ yang sememangnya sudah disediakan untuk membawa "anak kesayangan" pulang ke DQ. batch petama katakan. memang manja...

14 & 15 kelas ditangguhkan bagi memberi laluan kepada mahasiswa/wi untuk menyempurnakan medical cheak up, akaun bank dan apa yang patut.

hari pertama kelas BI. mungkin boleh dikatakan hari bersejarah buat diriku yang mana seperti yang ditetapkan keseluruhan pembelajaran dan komunikasi dalam kelas adalah in inglish and arabic. tapi bila difikir2 best gak. bila lagi nak beajar speaking and takallam kan. walaupun tak la fully faham.

bila dah nama ijazah ni, kaedah pembelajaran memang sangat berbeza. kalau dulu asyik makan suap je tapi sekarang dah kena belajar hidup sendiri. cari bahan sendiri dan sebagainya. mungkin takde lagi istilah soalan sport lepas ni.

kelas seterusnya berjalan sepert biasa. apa yang yang membuatkan diriku rasa sedikit kepenatan, setiap subjek, ada je lecturer bagi asigment untuk disiapkan. itu yang membuatkan masa yang ada perlu diisi dengan sebaiknya.

lagi memenatkan aku dilantik secara tak lansung untuk mewakili sahabat2. jadi segala urusan yang berkaitan dengan kelas atau sebagainya aku lah yag perlu uruskan dan akulah sasaran pentadbiran. panggilan masuk yang tertera number DQ tak henti2 singgah ke hp aku. ada je benda nak suruh aku buat. penatnya

JADI???????

"tak boleh jadi ni" sempat bermonolog...

nak tak nak kena cepatkan perlantikan perwakilan atau boleh ditakrifkan sebagai organisasi MPP. 18hb perjumpaan semua mahasiswa/wi ijazah diadakan bagi melantik MT bagi generasi pertama.

apa yang dah berlaku ni???
aku ditabalakn menjadi presiden
betul ke ni?
mimpi ke aku ni?

sama ada betul ke tak, mimpi ke tak, itulah hakikatnya. mampu ke aku. pengalaman yang ada sebelum ni memang belum cukup untuk aku pergelar presiden. nak tak nak first batch. aku yang akan mencorakkan perjalanan ijazah di bumi barakah ini bersama sahabat2 seperjuanagan.

apa2 pun diri ini memohon doa dan dorongan dari sahabat2 untuk diri ini lakukan yang terbaik atas taklifat yang diberikan. mohon maaf atas kesepian yang agak lama...

"tanpa anda siapalah diri ini"

~presiden usim-dq~

2 comments:

usim-dq jugak.. Julai 22, 2009 11:24 PTG  

Salam presiden!
betulla tu...jangan ragu lagi
tahniah dan takziah atas taklifat yang diterima...
jangan nak taraddud lagi...kesian nanti budak2 usim -dq hilang presiden.
Apepun...mg nusrah Allah mengiringi langkah mr. presiden.
Halatuju kami di tangan anda!
Salam thabat d DQ =)

Tanpa Nama,  Julai 23, 2009 6:01 PG  

good . keeping a low profile....
suatu hari Insya Allah kamu akan ke overseas . Insya Allah.
Amin

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP