Boleh Rehat
>> 23 Julai 2009
Seperti yang dirancang, untuk meringankan bebanku sebagai wakil pelajar selama ini, perlantikan perwakilan perlu disegerakan.
Ye lah kalau sebelum ni selepas kelas sahabat2 semua boleh pulang ke hostel untuk berehat tapi aku sebaliknya. Ada je yang perlu dibuat.
Kalau tak ust azali, ust naim. Tak pun ustazah hayati. Semua yang terlibat menguruskan program ijazah akan memanggilku ke akademik. Nak tak nak sebagai mantan exco didik dalam perkemat batch 07/08, so aku la orang pertama yang dicari.
Tapi takpe la mungkin itu pengorbanan yang mampu aku sumbangkan untuk sahabat2. Tapi adakah tindakan aku itu betul?
“tidak, seorang profesional takkan membiarkan dirinya terkorban. perlu fikir suatu yang lebih baik bagi menyelesaikannya”
“ya, perubahan mesti dilakukan”
Malam jumaat, 23/7/09 merupakan hari yang dinantikan. Pelantikan exco2 menggunakan kuasa veto terpaksa dilakukan.
Bukan satu kezaliman, tetapi mungkin itu yang difikirkan yang terbaik. Komitmen yang tidak memuaskan jika dilantik secara demokrasi memaksa untuk aku putuskan demikin.
Namun suatu yang tak diduga. Segala yang diputuskan dapat diterima oleh sahabat2 dengan hati yang terbuka. Takde yang menunjukkan reaksi untuk menentang.
“terima kasih tuhan atas bantuan”
ya, itu yang lebih penting. pergantungan dengan allah jangan dipandang remeh. tiada tempat pergantungan yang paling kukuh melainkanNYA.
segala yang dirangcang sudah menjadi kenyataan. mudah2an selepas ini mungkin ada sedikit masa untuk aku berehat. berehat bukan bererti berehat yang hakiki. hanya berehat dari segi nama. perjungan perlu diteruskan.
bila sudah bergelar pejuang, mana mungkin untuk berjumpa dengan tanda noktah. tanda noktah sudah tak wujud lagi dalam kamus hidupku. hanya yang tahu segalanya.
organisasi sudah diwujudkan. mampukah kalian bergerak?
ya, aku optimis dengan dengan kalian. habis je pelantikan sudah ada yang bertanya tentang gerak kerja. suatu respon yang baik. nampak bersemangat. mudah2an semangat itu berkekalan. terima kasih NAEMAH atas komitmen yang diberikan.
sahabat seperjungan yang juga satu negeri denganku. taklifat yang diberikan sebagai timbalan exco sukan dan kebudayaan. mungkin itu lebih sinonim dengan dirinya. tahniah diucapkan.
apa2 pun segala sokongan, komitmen dan kerjasama daripada kalian amat diharapkan. terima juga kepada S/Usaha saudara muzil adli (mtqn pahang) yang banyak membantu.
"allah tidak menerima sesuatu amalan, melainkan dengan hati yang ikhlas" al-hadis
0 comments:
Catat Ulasan