Peritnya Memikul

>> 16 April 2010

Lama jugak meninggalkan laman ni. Tidak tahu kenapa. Mungkin waktu berehat barangkali. Cepat sangat masa berlalu. Baru sahaja melepasi exam awal. Minggu depan akan bermula pula exam kedua. Sungguh cepat. Macam bermimpi pula.

Tidak ada mutiara yang dapat dikongsi. Mungkin belum ada rezki. Insyaallah jika dizinkan mutiara itu akan kembali. Bermula kisah seorang sahabat. Ihsan namanya. Ada dua orang Ihsan di Mu'tah. Namun bezanya seorang sudah kahwin dan seorang lagi belum sampai masanya. Insyaallah tahun depan(mantan roomate, jangan marah ye). Ana doakan ni. Kalau tidak suka doa ini akan ditarik balik.

Tanggal 9 April 2010, maka lahirlah seorang mujahidah yang diberi nama Nurul 'Ain Zinnirah. Sedap namanya. Pandai juga ayahnya memilih nama. Tetapi adakah benar nama itu ayahnya yang letakkan? Persoalan untuk sahabat-sahabat Mu'tah untuk menjawabnya.

terbayang anak sendiri:-)

Tepat jam 6.45 pagi pada tarikh tersebut maka terdengarlah tangisan mujahidah ini. Kata ayahnya anak nakal ketika berada di dalam. Suka main tendang-tendang. Tapi bila ibunya bertemu dengan DR Amin (lecturer) dia akan senyap. Mungkin ada tanda untuk jadi pejuang islam pasa masa hadapan. Amin....


Mutiara yang seberat 3.5 ini lahir dengan selamat dam sempurna dengan segala panca indera. Anugerah yang perlu disyukuri. Kesihatan yang maksimum dianugerahkan padanya. Cuma hari kedua sahaja kesihatannya kurang baik. Selsema dek kerana tangan-tangan dari pelajar Mu'tah membawa pelbagau virus agaknya.


abang solihin

Inilah wajah abang Solohin yang banyak membantu dalam memajukan diri ini. Dulu semasa di Darul Quran pernah didenda. Sebab tidak dapat menjawab soalan sirah. Teringat pula kenangan lalu. Dia lah juga orang yang menjemputku di lapangan terbang pada hari pertama aku menjejak kaki di bumi Jordan. Terima kasih abang.

Tahun ini dia akan pulang ke Malaysia. Abang-abang di Syria juga ramai yang akan pulang ke Malaysia pada  tahun ni untuk menamatkan zaman bujang. Abang seorang ini mungkin itu juga tujuannya pulang pada tahun ini. Tidak mahu komen panjang. Ingin tahu tujuan sebanar, tanyalah tuan punya badan.

bergambbar bersama abi zinnirah
  
Seronok melihat keriangan sahabat yang dikurniakan cahaya mata. Benarlah janji allah. Akan dimurahkan rezki bagi mereka yang berkahwin. Bila tanya sahabat-sahabat yang sudah berkahwin memang semuanya membenarkannya. Namun tidak ramai yang mempercayainya. Memang benar perancangan perlu ada. Tapi percayalah rezki allah ada di mana-mana. Teringat ceramah yang disampaikan oleh Ust Zamzuri.

"landak pun pandai cari makan, takkan la manusia tak pandai". Bahasa Kedah. Kelakar pun ada. 

Satu cabaran untuk meraka yang bergelar mahasiswa. Ummu Zinnirah adalah pelajar tahun 1. Manakala Abi Zinnirah pelajar tahun 2. Jadi buat yang terakhirnya, buat sahabat-sahabat yang sudah punyai kemampuan, marilah kita sama-sama menyahut seruan nabi yang mulia ini. Yang mana nabi menyukai ummatnya yang ramai. Nabi juga bersabda, "nikah itu sunnahku". 


ini wajah atuk Nurul 'Ain Zinnirah yang datang dari Malaysia melihat cucu pertama. tahniah pakcik...

Tahun depan nak balik Malaysia jugak. Rindu ibuayah(sayangibu_ayah) :-)




12 comments:

hasanhusaini April 17, 2010 6:03 PG  

Tarik Balik...!!...Ameennn...:-)

محمد حذوان بن حميدان April 17, 2010 8:35 PG  

semoga dipermudahkan dlm mnjalanai hdup d bumi anbiya'..amin (^_^)

Hayyi Mohamad April 17, 2010 9:51 PG  

kita sebenarnya menanti 'mutiara' dari us mad..mk kita akn sama2 ucpkn: barokallahulakuma wabaroka alaikuma wajama'a bainakuma filkhoir.....:)

Tanpa Nama,  April 17, 2010 11:32 PG  

nama dia nurul'ain zinnirah..

Sha-na.Szied April 18, 2010 12:56 PG  

tahniah, smg anta pulak berumah tangge..

ade gaye lah pegang baby

>silent reader

sayangibu April 18, 2010 4:35 PG  

takkan semua nak suruh ana kawin kot. erm tengok la macam mana. haha. takde lah. ada masa nnti smapi la tu kan... cuma bila je belum diketahui...
maaf2. tersalah nama...

sayangibu April 18, 2010 4:35 PG  

takkan semua nak suruh ana kawin kot. erm tengok la macam mana. haha. takde lah. ada masa nnti smapi la tu kan... cuma bila je belum diketahui...
maaf2. tersalah nama...

Mahmud Jamaludin April 20, 2010 9:15 PTG  

Kalau bab kahwin laju je ya mad..

Tapi xpelah, padan dengan orangnya

mudah-mudahan cepat mad...

Mahmud April 20, 2010 9:15 PTG  

kalau bab kahwin, laju je ya mad...

Tapi baguslah tu dah pada dengan orangnya...

Mudah-mudahan cepat mad...

Sha-na.Szied Mei 02, 2010 10:21 PTG  

salam..ape kabar ustaz jordan?? bila singgah morocco ??

sy follow blog ustaz

Rokhaizat and family Mei 04, 2010 6:57 PTG  

dah sampai masa, apa salahnya. dah cukup sedia nak dengar leteran, bebelan(ini satu kemestian) dan keluhan sang isteri, tafaddhol. dah sedia untuk pikul tanggungjawab dan amanah Allah sebaik mungkin, itu yang terbaik. kerana pernikahan jgn hanya dipandang sebagai keseronokan dan sekadar mengikut sunnah nabi, tetapi apa yg lebih penting ialah amanah dan tanggung jawab. apa2 pun istikharah sebanyak mungkin. kami sentiasa mendoakan kemudahan buat sekalian teman-teman. insya-Allah.

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP