Kekeliruan Pemahaman

>> 23 April 2010

Masyarakat kadang-kadang suka melihat kepada perkara yang merugikan. Memandang satu masalah dari sudut negatif semata-mata. Tidak mahu berusaha menjadikan masalah sebagai satu anugerah untuk berusaha memerah otak memikirkan jalan penylesaiannya. Semua itu perlu diperbetulkan semula sementara keadaan ini masih parah.

Tuor De Ilmi (TDI) atau nama glamournya USRAH. TDI nama yang diguna pakai di sini(JORDAN). Katanya perkataan usrah bahaya di tanah arab. begitu juga apa yang dikhabarkan oleh sahabat dari Syria, juga tidak menggunakan perkataan usrah. Sensitif katannya. 

"eh mad, sebut discus. Sini perkataan tu bahaya sikit". Teringat perbualan dengan sahabat semasa pergi ziarahnya di Syria dua bulan yang lepas. Tidak kisah apa jua nama yang diberikan. Namun konsep tetap sama. Cuma caranya fleksibal.

Petang ini usrah dibatalkan disebabkan ketidakhadiran seorang ahli. Kesihatan kurang agak tidak sempurna. Begitulah sayangnya seorang naqib yang tidak mahu anak buahnya terlepas walau sebiji mutiara yang berharga. Ingin semuanya memperoleh setiap mutiara yang dikongsi bersama.

Pulang kerimah lantas membuka helaian kitab berkulit hijau. 'Aunul Ma'bud. Satu kitab syarah bagi Sunan Abi Daud. Sudah lama dibeli. Memilih tajuk yang dirasakan ingin diketahui isinya.  

Teringat satu ketika dahulu bila berbicara tentang soal hudud. Ramai yang membuka mulut. Menentang habis-habisan. Tidak kisah seandainya yang bercakap itu merupakan orang yang berasal dari "kulit hitam", kulit cerah kemerah-merahan, namun yang menyedihkan mereka yang berkulit coklat, bersongkok dan juga bertudung selempang dan pelbagai gaya juga turut serta dalam penentangan melaksanakan hukum tersebut. 

Benarlah kata orang, "harimau yang tinggal di dalam hutan amat ditakuti, tetapi harimau yang berada di zoo sudah punya nilai". Biarlah apa jua bentuk taringnya, manusia bisa mengheretnya ke mana sahaja di kehendaki. Inilah yang berlaku pada profesional yang dicucuk hidungnya dengan "tali dunia" yang tidak akan kemana. 

Tali yang dicucuk begitu kuat. Keprofesional golongan ini sudah tidak punya kuasa untuk melepaskan diri. Otak yang dahulunya begitu geliga kini sudap tepu dek kerana racun yang diminum saban hari. Begitulah akibat harimau zoo yang sukakan makanan percuma. Sampai waktunya makanan tiba di hadapan mata. Mengikut kehendak penjaganya. 

Itulah kesedihan yang sering berlegar oleh saudara-saudaranya yang masih tinggal di dalam hutan. Terus bersemangat mencari rezki walaupun kadang kala berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menimpa. Namun mereka yakin dengan janjiNYA. REZKI tetap ada. 

Harimau zoo terus mengikut telunjuk memikirkan bagaimana untuk menipu kawan-kawannya untuk turut serta bersamanya. Pelbagai doktrinisasi dilakukan untuk memastikan matlamatnya tercapai.  Hudud mungkin sukar untuk dilaksanakan. Namun ianya bukan mustahil. SUKAR TIDAK BERMAKNA MUSTAHIL. Fikirkan bagaimana untuk laksanakan, bukan kesusahan dalam pelaksanaan.

Teringat pada seorang sahabat. Berpewatakan lembut(bukan nyah), sopan santun, tidak suka melawan. Seorang yang disukai oleh ramai guru. Suara yang merdu menyebabkan jemaah kampung sering menyuruhnya menjadi imam solat. Namun ada segolongan sahabat yang mencemburui kelebihannya lantas membencinya. 

Ini menyebabkan dia tidak lagi ingin menjadi imam. Katanya pernah terdengar "tidak sah solat sorang sedang makmum membencinya". Satu penafsiran yang perlu diperbetulkan. Yang hendak difokuskan disini ialah membenci dalam perkara syara'. Seandainya yang menjadi imam seorang yang sering melakukan kejahatan, sentiasa menzalimi dan sebagainya. Itu yang sebenarnya. Bukanlah benci di sini dari sudut penipuan dunia. Ini tidak tergolong dalam tafsiran hadis tersebut. 

Juga tidak dikira seandainya yang membenci itu hanyalah dari segelintir makmum sahaja seperti dua atau tiga orang. Seandainya yang membenci itu ramai barulah tergolong dalam hadis tersebut. 

Beginilah salah anggap yang ditakuti berlaku pada mereka yang mendengar tanpa mengambil dari sumber yang asli. Lebih-lebih lagi bagi mahasiswa yang sepatutnya menjadikan sumber utama sebagai bahan rujukan. Tidak perlu berfikir tentang kesusahan, tetapi berusaha berfikir menginflasikan kesusahan tersebut.

ثَلَاثَةٌ لَا يَقْبَلُ االلّهُ مِنْهُمْ صَلَاةً : مَنْ تَقَدَّمَ قَوْمًا وَهُمْ لَهُ كَارِهُوْنَ وَرَجُلٌ أتَى الصَّلَاةَ دِبَارًا-وَالدِّبَارُ أَنْ يَأْتِيَهَا بَعْدَ أَنْ تَفُوْتَهُ-وَرَجُلٌ اعْتَبَدَ مُحَرَّرَهُ

Sedikit rujukan yang dibuat dalam Kitab 'Aunul Ma'bud, syarah bagi Sunan Abi Daud, lil Allamah Abi Tib Mohd Syamsul Haq Al-'Azim Abadi, Jilid Dua, m/s 29, Darul Hadis, Kaherah

0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP