Kesilapan Semalam

>> 21 Januari 2010

Seminggu lebih membiarkan blog ini bersawang tanpa sebarang perkongsian dengan sahabat-sahabat. Ini disebabkan memberi penumpuan pada final exam untuk fasal pertama aku berada di permusafiran di Mu'tah. Laptop hanya dionkan dalam beberapa waktu sahaja dalam sehari. Sengaja dihadkan waktu penggunaan. Kalau on pun, status ym diinvisiblekan. Sengaja berbuat demikian.

Imtihan bermula pada 11, 13, 17 dan 18 Januari. Empat subjek sahaja untuk fasal ni. Malas nak daftar lebih. Ini juga salah satu nasihat dari abang-abang senior. Sebagai mahasiswa yang baru mencari kehidupan di tempat baru, aku beriman dengan nasihat tersebut. "Anta ambik sikit dulu untuk fasal ni. Cari pengalaman. Kenal selok belok pengajian di sini dulu macam mana. Fasal-fasal depan terpulang nak ambik berapa subjek pun". Itulah sedikit nasihat dari abang-abang yang sayangkan adik-adiknya.

Satu subjek demi satu subjek berlalu. Ada yang keluar dewan peperiksaan dengan raut wajah yang selamba, ada yang muram sedikit, ada yang macam-macam. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Semua menggambarkan apa yang dilalui dengan hati yang pasrah, reda dan sebagainya.

Hari demi hari berlalu. Result juga keluar satu demi satu. Seronok melihat sahabat-sahabat yang menerimanya dengan tangan kanan. Seperti mana janji allah untuk memberi kitab amalan pada hambanya melalui tangan kanan bagi yang menjunjung segala perintahnya. Namun bagi mereka yang menerimanya dengan tangan kiri, masih ada masa. Masih belum terlamabat. Segalanya boleh diusahakan lagi.

Itulah juga yang berlaku keatas diri seorang insan yang dikira kurang bijak mengorak langkah. Segala perancangan yang diatur. Musnah dan hancur. Tidak mampu merancang sehebat Muhammad Al-Fateh yang mampu merampas kembali Kota Konstaltinopal. Apa boleh buat rancangan pertama gagal. Masih boleh berusaha.

Semua keputusan sudah keluar. Natijahnya sama. Kurang memuaskan. Tidak enak dipandang. Tidak enak didengar. Menyesal, sedih, kecewa? Tak perlu semua itu. Semuanya dah terlambat. Apa yang penting jadikan ianya sebagai pengajaran untuk masa akan datang. Hari ini aku ditemani oleh adik bongsu Dar al-Muttaqin dan juga ulama nahu satu hari nanti insyaallah. Meluangkan sedikit masa untuk ke Amman membeli sedikit kitab-kitab yang mungkin boleh menjadi rujukan untuk fasal-fasal akan datang.

Kalau dahulu apa yang difikirkan, "buat apa beli kitab, bukan baca pun". Itu pemikiran yang dahulu. Sekarang pemikiran perlu diubah kepada yang lebih baik. "Habiskan duit untuk kitab sebanyak yang mungkin. Biar apa orang nak kata. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kurang berfaedah. Nak jadi ulama mesti bermula dari sekarang". 

Adik bongsu menghabiskan wangnya sekitar JD200 (RM1000). Tidak mengapalah berapa pun. Bukan habiskan ke jalan maksiat. Beli kitab-kitab agamaNYA. Insyallah ada berkatnya. Yang penting jaga hati. Susah jugak kan nak jaha hati. Kalau tak, takkan la Imam Nawawi nak letakkan hadis tentang niat di kedudukan yang pertama.

Aku hanya membeli kitab-kitab yang dirasakan perlu setelah mendapat kata-kata semangat dari abang Ifwat yang akan meninggalkan kami tidak lama lagi. Hanya beberapa hari sahaja lagi. Katanya 10haribulan depan akan berangkan meninggalkan bumi Mu'tah. Sedih pun ada. Banyak lagi ilmu yang belum dituntun darinya. Hendak beli banyak, kewangan yang ada terhad. Perlu diagih mengikut hak masing-masing.

Adik manja pulak asyik sedih je setelah keluar keputusan. Sudah habis ayat-ayat jiwangku memujuknya. Sudah tidak tahu lagi ayat apa hendak digunakana untuk memujuknya. Sedih melihat keputusan yang keluar. Abg Fudhail juga selalu memberi nasihat padanya. Bagi kekuatan. Tidak perlu terlalu bersedih. Yang penting muhasabah diri kenapa ianya berlaku dan tingkatkan usaha di masa akan datang. Bawak pergi makan dajaj masywi, sampai aku ditinggalkan. Sampai hati korang berdua ye. Memang tidak puas hati dengan keputusan yang diperolehi.

Namun itulah kesilapan semalam yang perlu diperbaiki. Kata abang Mizi (kuliah luqhah), "sekali anta gagal, anta akan rasa begitu manis bila anta berjaya nanti. Kalau anta tak pernah gagal, anta tak dapat rasa manisnya suatu kejayaan tu". Tapi kalau sentiasa dalam kejayaan itulah yang terbaik.Semoga impianku tercapai satu hari nanti.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, usah ditangisi kegagalan pada hari ini. Tetapi menangislah kerana kejayaan hari esok. Teruskan perjuangan di fasal akan datang dengan perjuangan yang tiada noktahnya.

"Allah tidak melihat sejauh mana kejayaan kamu, 
tetapi allah melihat sejauh mana usaha kamu untuk mencapai kejayaan tersebut"

1 comments:

hasanhusaini Januari 21, 2010 8:33 PTG  

I.allah, suatu hari nanti, ana akan menjadi peserta daurah kitab dan bedah buku yang bakal Us Muhammad anjurkan..igtilah saat itu, ana akan kotakan janji ini...

Allahumma ameen. Ya Allah, saksikanlah pengorbanan mereka..

P/S : klu tak cukup rak, cakap la, ana blh tlg buat rak baru...

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP