Bahasa, Satu Kemestian

>> 25 Januari 2010

Syukur tidak terhingga diangkat kepada Yang Maha Agung atas kurniaan rahmat dan kasihnya. Sudah seminggu cuti fasal awal bermula. Sebelum "kemerdekaan", ada jugak planning pergi mesir kebetulan ada ma'rad kutub (pameran kitab) terbesar dunia mungkin. Selain itu ada jugak bercadang untuk ke Syria bersama-sama dengan ahli Dar Al-Muttaqin untuk bertemu dengan adik bongsu, saudara Azan yang mana sama-sama berganding bahu mentadbir PERKEMAT DQ suatu ketika dahulu dan juga khairi yang juga banyak memberi sumbangan idea serta sahabat-sahabat yang lain. Namun Allah mengetahui mana yang terlebih baik buat kami semua. Kata Exco Perhubungan PERMATA saudara Khairullah, visa tidak sempat siap semasa cuti ini. Jadi nak tak nak kena kalau nak melihat kebesaran Allah hanya dalam Jordan je la. 4 hari lepas hanya ke Amman memborong sedikit kitab sebagai bekalan fasal akan datang.

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْءَانًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْن
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai quran yang dibaca dengan bahasa arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. Yusuf : 2


Alhamdulillah cuti fasal ni PERMATA tidak membiarkan ahli-ahlinya menghabiskan masa dengan tidak ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Program Daurah Matan Nahu Dan Sorof diaturkan dibawah naungan exco akademik, saudara Azmuddin seterusnya diserapkan kepada saudara Izuddin untuk merealisasikannya. Program yang cukup memberi kesan kepada ahli lebih-lebih lagi kepada mahasiswa tahun satu yang mungkin belum memahami nahu dan sorof secara baik. Program yang membedah kitab nahu bermula dari Bab Kalam cukup memberi impak yang memberansangkan.

Program dua hari yang bermula semalam dan hari ini insyaAllah mampu menarik minat mahasiswa Mu'tah untuk terus mendalami ilmu bahasa arab. Kagum dengan penceramah jemputan yang mana telah lama menceburi dalam bidang bahasa bermula dari peringkat ijazah sehingga kini meneruskan pengajian di peringkat Phd juga dalam bidang bahasa arab. Sudah semestinya dapat kita bayangkan bagaimana cara penyampaian dan kepakarannya dalam bidang bahasa arab.

Beliau yang dikenali dengan nama  Siti Hasliza Mat Yusoff kini menuntut di University Of Jordan yang dahulunya menamatkan ijazah dan master di UIAM. Sebelum ni beliau pernah dijemput dalam satu forum semasa program API sebelum ini. Itulah kali pertama aku dan sahabat-sahabat dan mungkin senior-senior di Mu'tah mendengar  beliau berbicara. Sebab aku mengatakan senior-senior juga kali pertama, adalah kerana apabila  beliau bertutur dalam forum tersebut sewaktu mukadimah semua orang senyap tidak terkata. Seolah-seolah ada malaikat lalu. Dewan menjadi sepi dan semua mata memandang tepat kepadanya. Semua ter"pukau" dengan sebutannya yang boleh dikatakan lahjah arab. Ya memang tidak dinafikan sebetannya. Begitu fasih.

Cukuplah sedikit pengenalan tentang diri penceramah. Tahniah kepada pihak penganjur kerana dapat menyediakan penceramah yang tidak silap lagi untuk program kali ni. Syukur dipanjatkan pada Allah kerana meluangkan masanya untuk bersama-sama kami untuk kali ke-2.

Di awal pembuka bicara, ustazah menerangkan dan menekankan kepentingan untuk menguasai bahasa arab. Sedikit demi sedikit suntikan semangat kepada kami dengan kaedah menghuraikan syair-syair arab dan beberapa surah dari kalam suci al-Quran. Antaranya surah AL-FATIHAH, AL-LAIL, dan sebagainya. Sangat menarik huraian dan uslub yang dijelaskan. Tersedar seketika dari lamunan. Sebelum ini ayat-ayat tersebut memang sudah dibaca. Namun kejahilan tentang uslub yang digunakan olehNYA membuatkan hati kita tidak tersentuh. Hanya sekadar baca. Padahal tersirat di dalamnya uslub balaghah dan sebagianya. Ya allah, jahilnya hambamuMU ini. Bukanlah bagi kami pintu kefahaman dalam memahami kalamMU.

Slot demi slot berjalan. Semakin terpancar kepentingan menguasai bahasa dalam kehidupan. Dahulu pernah terdetik, "buat apa ambik bahasa, bukan nak guna sangat. nanti balik kampung tetap orang kampung tanya tentang hukum hakam agama walaupun ambik jurusan bahasa. baik ambik fiqh, boleh guna dalam kehidupan harian". Mungkin itu yang ditanamkan dalam minda suatu ketika dahulu. Tetapi selepas hari ini, sudah jelas kehebatan bahasa bilamana melihat cara tafsiran dan kaedah bahasa yang ALLAH gunakan. Memang hebat. Kalau belajar fiqh mungkin hanya faham makna secara zahir sahaja.

Semasa waktu rehat tiba, sempat aku mengajukan soalan. "ustazah, macam mana nak bagi sebut bunyi arab? ustazah cakap melayu pun bunyi macam arab". Memang sahabat-sahabat juga tk nafikan kefasihan lidahnya. Tapi ustazah hanya menjawab sebab cinta kepada bahasa. Jawapan yang tidak memuaskan hati ketika itu. Tetapi akhirnya terjwab semasa hari kedua. Ustazah kata, "kita kena ajar lidah kita dengan lahjah arab". Aku kira jawapan kali ini beru memuaskan hati.

Selain itu aku juga ingat pesanan ustazah di awal program supaya tidak menjadikan bahasa ammi(pasar) sebagai bahasa utama. Dia menasihati kami agar cuba untuk bertutur dalam bahasa fushah(standard). Jangan sampai bahasa ammi sebati dalam diri. Itu juga antara perkara-perkara yang ustazah tekankan. Ya tidak dinafikan kadang-kadang rasa macam jadi darah daging pulak bahasa ammi ni. Tidak dinafikan ramai yang agak mahir dalam berbahasa ammi tetapi kurang mahir apabila bertutur dalam bahasa fushah. Ini juga yang realiti yang berlaku kepada sahabat-sahabat yang berada di mesir.

Apa yang boleh disimpulkan, bagi semua mahasiswa islam masakini kita seharusnya menguasai banyak bidang. Bagi mereka yang dalam bidang pengajian islam sama ada syariah, usuludin, ilmu wahyu dan sebagainya, perlulah juga menguasai ilmu bahasa. Dengan menguasai ilmu bahasa itu, mungkin akan lebih membantu dalam mengkaji ilmu-ilmu yang terdapat dalam kitab-kitab arab secara lebih mendalam. Begitu juga dengan mereka yang mendalami bidang bahasa, perlu juga untuk mengetahui cabang-cabang ilmu yang lain. Ini kerana kita tidak mahu mahasiswa islam hari ini difitnah hanya kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh masyarakat pada hari ini. Seperti yang dikatakan diawal tadi, masyarakat akan menghukum semua graduan yang pulang dari timur tengah pakar dalam bidang hukum hakam dan sebagainya.

Ini merupakan cabaran terbesar untuk kita semua mahasiswa islam pada masa kini. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sahabat-sahabat, agar manfaatkan masa yang ada selama berada disini. Sama ada 3tahun, 3tahun satu fasal dan sebagainya, agar manfaatkan masa sebaik mungkin untuk menguasai sebanyak ilmu untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.






0 comments:

Catat Ulasan

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP